Manusia merupakan makhluk yang sungguh istimewa di atas muka bumi ini. Penciptaan kita nyata bukan suatu yang sia – sia. Akal fikiran merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai dalam diri manusia. Seiring dengan itu, akal kita ditemani dengan hati dan perasaan.Nilaian nafsu turut menjadi nakhoda dalam kehidupan seharian. Tetapi yang mana satukah pilihan kita ? Akal atau nafsu ?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya ingin menyentuh mengenai topik emosi negatif. Negatif sesuatu yang berlawan dengan positif. Emosi negatif itu contohnya seperti takut,marah,sedih dan lain – lain. Emosi negatif akan lebih mudah dieskpresikan bila kita di dalam suasana yang tidak kena dengan jiwa kita atau pendek kata bila hilang mood seseorang. Emosi seseorang boleh berubah dengan cepat dari gembira kepada sedih. Contoh mudah,dalam keadaan seseorang sedang mengadakan majlis hari ulang tahun tiba – tiba menerima berita kematian seseorang yang berkait rapat dalam hidupnya.Sudah pasti suasana sedih akan mula menyelubungi minda. Emosi negatif ini perlu meskipun pada perkataan dasarnya adalah negatif akan tetapi emosi ini jika lebih daripada had – had masanya sudah tentu membawa kemudaratan kepada diri sendiri.Contohnya apabila, kita terlalu marah kepada seseorang jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memutuskan talian persahabatan.
Bermula dengan perasaan takut,mengapa seseorang itu berasa takut ? Jika kita lihat orang yang ketakutan mereka akan kelihatan berdebar – debar, berpeluh, meremang bulu roma, dan ekspresi muka mereka turut kelihatan berbeza berbanding dengan ekspresi muka yang lain. Ada orang takut apabila berhadapan dengan bos, ada pula yang takut kepada serangga seperti lipas,ada yang takut kepada hantu dan bermacam – macam lagi. Takut itu boleh menjadi suatu stress atau tekanan kepada mereka setelah berhadapan dengan benda yang mereka kurang senang. Melalui pengalaman saya sendiri, sewaktu kecil saya diasah skill minda untuk takut kepada hantu. Pada pendapat saya, ini merupakan suatu taktik yang sangat berkesan kepada kanak - kanak untuk memudahkan kerja orang yang menjaga mereka contohnya ibu,ayah,kakak dan abang. Sudah tentu, bila kita 'diugut' akan kehadiran hantu tersebut, kita akan berasa takut dan kita akan duduk diam – diam di suatu sudut. Pada pendapat saya, takut kepada hantu itu tidak perlu diajarkan kepada kanak – kanak kecil.Sebaliknya, mungkin kita boleh setkan minda mereka untuk takut kepada sesuatu yang lebih wujud dan pasti. Saya pernah berhadapan dengan rakan saya sendiri yang meracau – racau seperti dirasuk hantu. Bagaimanakah perasaannya ? Melihat pada sahabat saya sendiri yang suaranya sendiri berubah kasar, butiran percakapannya yang menggerunkan, ,matanya besar sendiri melilau kearah kami sudah tentu cukup membuatkan saya meremang bulu roma dan menjadi seram sejuk.Akan tetapi kita harus menjadi seorang yang berani, kerana ada yang lebih perlu kita takut dalam kehidupan seharian. Ada juga orang takut kepada kegagalan dalam kehidupan. Kegagalan bukanlah penamat bagi senario kehidupan tetapi sebaliknya ia merupakan suatu permulaan perjalanan untuk kita bangkit setelah kegagalan itu dengan memperbaiki setiap aspek yang kita kurang peka terhadap sesuatu perkara. Gagal dalam SPM tidak bermaksud kita tidak boleh menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang yang lain.Lain manusia lain kepakarannya dalam sesuatu perkara.Hanya kita perlu mencari dalam diri kita apakah perkara yang boleh membawa kita kepada kejayaan.Jadi usah takut kepada kegagalan ! Sebaliknya belajar daripada kegagalan tersebut !

Huraian seterusnya adalah mengenai perasaan marah. Marah itu akan terjadi bila bertepatan dengan stimulusnya. Biasanya marah ini akan disertai dengan ekspresi wajahnya, suara yang tinggi,badan akan menjadi keras.Bila kita sedang memarahi seseorang, kita sebenarnya disertai dengan geng ghaib iaitu syaitan yang menasihati kita untuk bertindak lebih agresif dan berpanjangan marahnya.Padahal jika diikutkan, benda yang dimarah itu perkara kecil sahaja tetapi seolah – olah menjadi hebahan dunia kerana marahnya itu.Marah itu perlu, tetapi berhati – hati kerana mungkin akan mengguris hati orang lain.Apakah tindakan sewajarnya dilakukan apabila kita marah ? Nyata melalui hadis Rasullulah s.a.w yang mungkin pernah kita terlintas membaca adalah apabila kita sedang marah,hendaklah mengubah kedudukan kita iaitu jika berdiri hendaklah duduk,namun jika masih tidak hilang baring secara mengiring.Lawan kepada marah adalah sabar.Tahan marah lebih elok daripada terus memarahi. Sabar itu merupakan suatu sifat mulia yang diangkat tinggi. Sabar itu tidak semestinya dalam keadaan marah sahaja tetapi kepada semua perkara yang kita lakukan perlu disertai dengan sabar. Apa akan terjadi jika kita berterusan marah ? Implikasinya membawa kepada suatu bentuk penyesalan. Pepatah pun ada menyatakan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. "Think before you act !!". Tetapi penyesalan ini juga perlu kerana dari situ kita akan belajar untuk meminta maaf daripada orang lain.Kita akan belajar untuk menghargai orang lain dan menerima kekurangan diri kita yang sememangnya tidak akan pernah sempurna.
Seterusnya masuk pula kepada perasaan sedih. Sedih memberikan atmosfera atau persekitaran yang lemah, kecewa dan sewaktu dengannya. Biasanya jika orang dalam kesedihan mereka akan menangis, murung,tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Stimulus kesedihan juga berbeza mengikut individu. Sedih itu terjadi bila kita dalam kehilangan atau kerugian. Pernahkah kita merasakan hati atau jiwa ini kosong ?Terlalu hilang arah dan tidak tahu kepada siapa perasaan ini ditujukan. Mungkin itu lebih kerana kita sebenarnya merindui Sang Pencipta yang sebenarnya menciptakan perasaan sedih ini supaya kita dekat kepada Dia.Sedih itu perlu ! Ya supaya mendidik jiwa kita menjadi seorang yang sensitif kepada perkara – perkara yang lebih penting berbanding kepada sedih dalam hal yang remeh temeh. Perlukan sedih diiringi dengan menangis ? Bergantung kepada individu.Pada pendapat saya, menangis itu sebenarnya menghilangkan tekanan dan meredakan bebanan perasaan. Ini tidak bermakna, bila kita menangis itu ertinya kita seorang yang tewas dalam kehidupan. Tetapi sedih yang berlarutan boleh membawa kepada kemudaratan dalam diri. Kita boleh menjadi seorang yang mengalami kemurungan berpanjangan dan disamping menjejaskan kesihatan diri kita. Cuba kita ambil contoh daripada kisah Ibu Mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Bukankah Kasim Selamat bersedih hati setelah mengetahui kematian isterinya,Sabariah.Walhal berita itu merupakan berita palsu kerana ibu mertuanya tidak menyukai Kasim Selamat kerana hanyalah seorang pemain muzik.Akibat dari kesedihan kematian isterinya,Kasim Selamat sentiasa menangis dan menjadi buta akibat kemurungan yang dialaminya.Nah implikasinya saja sudah jelas dan nyata. Setiap perkara itu mempunyai batas dan kita tidak boleh melebihi batas tersebut. Hilang sesuatu benda,pasti terselit seribu hikmah yang dikurniakan oleh Tuhan untuk kita cari dan dalami.
Akhir kata, kita mestilah menjadi orang yang bijak menguruskan emosi. Tidak kira emosi positif mahupun negatif. Setiap dari emosi ini mempunyai imbalan keseimbangan.Emosi negatif yang diluahkan secara berhemah tidak bermakna anda seorang yang pesimis ! Jika anda fikirkan posisi anda sekarang ini,fikirkan pula mereka yang kurang bernasib baik dan yang tidak berkemampuan! Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment