Saturday, August 13, 2011

A131650 Wendy Wong Hwei Rong LJ03 Emosi negatif

Salam sejahtera.
 Ini merupakan jurnal saya yang ketiga bertajuk " Emosi Negatif " . Emosi Negatif dibahagikan kepada empat komponen iaitu takut, malu, sedih dan marah. Sebelum kuliah bermula, kami disajikan dengan video yang bertemakan (terrorist)kekejaman peperangan. Semasa saya menonton video ini, saya berasa amat sedih. Dalam video tersebut, kita boleh nampak keadaan semasa peperangan  yang begitu kejam dan kehidupan mangsa-mangsa dalam peperangan yang begitu sukar. Semasa menonton video tersebut, saya teringat sejarah-sejarah zaman dulu. Zaman dulu, peperangan merupakan satu cara untuk merampas tanah, kekayaan atau kuasa pemimpin. Pada masa itu, beberapa soalan timbul pada minda saya, mengapakah zaman dulu peperangan merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah? Mengapakah mereka tidak berfikir about the consequence of the war ? Saya pun berasa bangga dan bahagia saya berada pada zaman yang aman dan zaman yang tidak sokong
 meyelesaikan masalah melalui peperangan kerana cara ini merupakan cara yang paling buruk dan tidak rational. Sebenarnya, video yang disajikan oleh pensyarah bukan nak tunjuk tentang peperangan sahaja. Beliau ingin menunjukkan emosi-emosi yang negatif semasa peperangan. Video ini menekankan beberapa emosi negatif, iaitu, terrorist menunjukkan perasaaan yang marah smasa bertentang dengan polis atau askar-askar. Mangsa-mangsa lain berasa amat takut dan sedih semasa berlaku peperangan. Mereka juga menunjunkkan perassan sedih semasa kehilangan keluarga dan kediaman mereka.  
 
            Kemudian, pensyarah pun memulakan kuliah secara rasmi. Seperti biasa, memberikan jelasan kepada semua empat komponen dalam emosi negatif. Pertamanya, perasaan ketakutan. Apakah maksud takut?  Takut didefinisikan sebagai satu perasaan yang akan timbul samasa menghadapi situasi yang merbahaya dan kecemasan. Takut juga  merupakan salah satu reaksi badan kita  untuk tujuan keselamatan dan ingin menyelamatkan diri samasa menghadapi sesuatu bahaya. Contohnya, apabila kamu ternampak seekor anjing yang fierce sedang lari pada kamu dan menunjunkkan macam nak mengigit kamu, secara automatically, kamu akan berasa sangat takut dan kamu akn cuba melarikan diri. Tidak mungkin kamu akan berdiri tegak dan munuggu anjing tersebut tanpa memberi apa-apa response.  Contohnya lain yang diberikan dalam nota kuliah ialah orang yang pernah terjatuh ke dalam perigi dan menyebabkan mereka menjadi "hydrophobia", takut kepada air dan "claustrophobia", takut untuk berada di dalam ruang yang sempit. Ini merupakan salah satu masalah atau trauma yang dialami samasa kecil. Antara ekpresi muka yang boleh dilihat apabila seseorang itu berasa takut termasuklah sebelah mata yang kelihatan besar  dan anak mata yang berkembang. Seterusnya, bibir atas akan kelihatan naik, dahi yang dikerutkan yang membawa kening mata ke dalam.
Selain itu, Emosi takut selalunya berkaitan dengan perasaan risau, bimbang dan gelisah.
            Seterusnya, perasaan malu . Malu didefnisikan sebagai satu emosi negatif yang timbul dalam diri seseorang apabila tingkah laku diri yang tidak senonoh dan tidak bagus dinampak oleh orang lain. Kebiasaannya perasaan malu ini juga dikaitkan dengan rasa hilangnya penghormatan dan maruah. Malu juga boleh diklassifikasi kepada Personal Embarassment, malu akibat diri sendiri ataupun Professional Embarassment. Personal Embarassment ialah malu yang berkait rapat dengan perbuatan diri sendiri contohnya menipu,atau melakukan kesilapan dan ditangkap oleh orang lain ataupun kalah dalam perlawanan dan diketawa oleh orang lain. Contoh yang paling simple iaitu, balik dari tandas dan tiba-tiba ada orang memberitahu kamu lupa menzip seluar kamu. Pada masa tersebut, kamu akan berasa amat malu dan senyap sahaja. Seseorang yang berasa malu biasanya akan berasa gelisah, cemas, tersipu-sipu dan berpeluh. Seseorang itu juga akan cuba untuk memendamkan kemaluannya dengan bersenyum, untuk mengalihkan perhatian. Contoh  personal embarassement yang laku pada saya diri sendiri adalah saya teringat kali pertama saya membeli dan memakai kasut bertumit tinggi. Pada masa itu, saya amat degil dan insist mahu memakai kasut yang bertumit tinggi (4 inches), ibu saya memberitahu saya kali pertama pakai kasut begitu tinggi amat bahaya dan ibu saya amat risau akan saya. Saya  masih memakai kasut tersebut tanpa mendengar nasihat iby saya. Manakala, semasa saya sedang shopping, tiba-tiba saya berasa tidak stabil dan "pak", saya pun terjatuh. Pada masa itu, semua orang yang disekililing saya menampak dan ketawa saya. Saya berasa amat malu dan menyesal kenapa tidak mendengar nasihat iby saya. Professional Embarassment , Emosi malu professional atau rasmi adalah maklumat yang tidak sahih daripada penyataan yang dipercaya berdasarkan bukti lain yang lebih kukuh. Malu rasmi ini banyak melibatkan perkejaan rasmi atau tempat kerja sebagai contoh, pemimpin besar malu kerana tersalah membuat sesuatu keputusan atau malu tidak menjalankan tugas dengan baik.  Saya juga kerap kali berasa malu dalam kelas PBL apabila tidak dapat menjawab soalan-soalan doktor. Saya berasa amat malu apabila ditegur oleh doktor. Ini merupakan kesalahan saya tidak membuat full preparation kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan tugas saya sebagai seorang pelajar .
            Seterusnya, emosi Sedih. Perasaan sedih pula boleh didefinasikan sebagai satu reaksi apabila menghadapi kehilangan atau kerugian sama ada dari segi benda, masa atau sebagainya. Perasaan sedih yang berlarutan juga akan membawa kepada kemurungan. Kesedihan mampu membuatkan seseorang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan mampu mengganggu kualiti hidup seseorang. Contohnya, Seseorang yang bersedih akan menjadi lebih senyap dan kurang bercakap seperti biasa . Dia akan menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang dan selalu berseorangan. Selalunya, mereka ingin ada orang boleh memberi perhatian kepada mereka. Saya berasa jika ada orang bercakap atau mendengar masalah mereka, mereka akan berasa lebih baik dan tidak akan selalu berasa sedih. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita haruslah lebih sensitif dan prihatin kepada perkara yang berlaku di sekeliling kita maka kita akan dapat melihat dengan lebih jelas tentang perkara yang berlaku. Kita boleh juga lihat perubahan yang berlaku seperti tanda-tandanya yang termasuk tunduk, aktiviti fizikal yang perlahan dan lemah, posisi badan yang tidak stabil. Contoh lain yang selalu berlaku di kalangan pelajar adalah berasa amat sedih apabila mendapat keputusan yang buruk atau tidak memuaskan diri sendiri.
Satu kajian oleh Forgas,1992, 1994 telah merumuskan bahawa orang yang berasa gembira lebih mudah memproseskan maklumat dalam masa yang singkat. Oleh itu, sebagai pelajar, kita haruslah kelihatan berfikir positif dan ceria terutamanya pelajar perubatan. Janganlah kita selalu stress dan berada dalam keadaan tertekan kerana ini akan lebih menyukarkan pembelajaran kita apabila maklumat yang diterima tidak boleh diproses dan diaplikasi dengan baik.
           
            Seterusnya, emosi Marah. Perasaan marah pula merupakan salah satu reaksi badan kita semasa menghadapi sesuatu situasi yang tertentu, contohnya terhadap kesakitan, kesusahan ataupun stress . Perasaan marah pula dikategorikan secara aktif atau pasif. Perasaan marah yang aktif merupakan  seseorang mengekpreskan perasaan marah secara verbal dan physical. Contohnya, mengelurkan kata-kata kesat dan mungkin atau berlaku pergaduhan. Manakala marah secara pasif, seseorang itu lebih kurang menunjukkan emosi marahnya. Sebaliknya, dia akan cuba menyembunyikannya dengan merajuk (sulk). Perasaan marah itu juga mudah dikesan melalui nada suara dan percakapan seseorang itu. Seseorang yang sedang marah juga susah untuk mengawal emosi dan kemarahannya kerana kandungan adrenaline dalam badan yang tinggi yang dikeluarkan apabila marah. Dalam perspektif Islam, kemarahan itu dilihat sebagai satu kelemahan manusia. Muhammad s.a.w. ada meyebut bahawa orang yang kuat itu adalah mereka yang boleh dan pandai mengawal kemarahan. Petua yang penting yang telah saya belajar untuk kuliah ini ialah apabila saya menghadapi situasi yang menyebabkan saya menjadi marah, langkah pertama yang harus saya ambil ialah mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah. Langkah kedua ialah menilai samada situasi ini sesuai untuk saya meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah ketiga pula ialah sekiranya saya rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, saya haruslah menilai sama ada saya perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Langkah terakhir ialah setelah saya bertindak, imbas kembali apa yang telah saya alami dan tindakan saya untuk tujuan membaiki diri. Oleh itu, apabila saya berasa marah kelak, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengawal kemarahan tersebut dengan mengikut petua yang telah diberikan. 
 
            Kesimpulannya, pada pendapat saya manusia tidak dapat lari daripada emosi negatif tersebut iatu takut, marah, sedih dan malu. Tetapi kita haruslah mengawan emosi negatif tersebut  dengan baik dan tidak mengekpres dengan begitu senang . Contohnya, emosi marah merupakan emosi negatif yang amat perlu dikawalkan dengan baik karana jika emosi ini tidak dikawal dengan bagus dan selalu mengekspres. Ini bukan sahaja akan membuat orang lain benci akan diri sendiri, emosi ini juga akan menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, kita haruslah selalu berfikir positif dan jauhkan diri dengan emosi negatif tersebut, hidup kita baru akan berasa aman dan gembira.
 
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment