Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu ketiga saya menulis jurnal. Pada minggu ini kami mempelajari dua tajuk kuliah iaitu emosi negatif yang merupakan kuliah sambungan daripada minggu lepas yang mengisarkan tentang emosi positif dan teori aras adaptasi. Sebelum mengupas lebih lanjut tentang emosi negatif dan teori adaptasi, saya ingin menceritakan kronologi kuliah yang ketiga pada rabu yang lepas. Pada permulaan kuliah terdapat sebuah video yang mengisarkan tantang lagu "ummi" yang diubahsuai dari lagu yang dipopularkan oleh Justin Bieber. Kemudian kuliah diteruskan lagi dengan dua tajuk kuliah dan berakhir dengan 20 soalan pop kuiz tentang kuliah pada minggu yang lepas. Ketika menonton video tersebut pada mulanya saya tertawa sendirian mendengar lagu yang diubah tersebut. Namun selepas saya menghayati liriknya, saya terfikir sesuatu. Boleh dikatakan kebanyakan lagu yang ada dipasaran sekarang hanya menceritakan tentang kekasih. Mengapa perkara ini boleh terjadi. Sedangkan mama kita merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Mengapa kita terlalu mengagung-agungkan kekasih yang baru kita temui. Sedangkan jika dibadingkan dengan mama kita mungkin mereka tiada tempat dihati kita.. Mungkin masyarakat kini sudah lupa akan pengorbanan mama kita yang begitu besar dalam hidup kita. Sebagai anak yang banyak menerima budi daripada mama atau ibu kita. Hargailah mereka. Mungkin jika kita fikir kita sudah dewasa dan tidak memerlukan mereka. Pemahaman seperti ini akan memudaratkan kerana restu Illahi datangnya dari restu kedua ibibapa kita. Kemudian kami diberikan 20 soalan pop kuiz. Saya amat bersyukur kerana kumpulan kami mendapat 18/19 dan hanya salah satu. Bagi saya kuiz ini amat berkesan kerana saya kurang memberi penekanan dalam subjek ini. Sekurang-kurangnya saya dapat menguji tahap kefahaman saya.
Seterusnya saya ingin membincangkan tentang emosi negatif. Bunyinya agak kelakar. Namun itulah realitinya. Allah maha besar dan maha adil. Jika dilihat setiap benda didunia ini mempunyai pasangan masing-masing. Bukan hanya manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Emosi juga berpasangan. Menerusi pebacaan saya disalah sebuah laman web emosi merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Emosi yang dikurniakan membantu manusia dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah:
- Kelangsungan hidup-Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.
- Membuat keputusan-Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan sumber informasi yang penting.Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.
- Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita.Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga.
- Komunikasi-Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.
- Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang.Jika kita dapat mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.
- Kesatuan-Emosi adalah universal.Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.
- Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang negatif.Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak.Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik.Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.
Manakala ketika dalam kuliah Dr Zamri menerangkan tentang pelbagai emosi negatif. Antaranya ialah marah, sedih, takut dan malu. Emosi marah berlaku apabila timbulnya perasaan tidak puas hati. Mungkin terhadap diri kita atau terhadap orang lain. Emosi marah diumpamakan sebagai api yang marak. Jangan sesekali kita cuba mencurahkan minyak kerana ia akan menyebabkan api kemarahan itu semakin besar dan sukar dikawal. Mama sering menasihati saya, jika ayah marah, saya hanya perlu mendiamkan diri sahaja. Kerana jika saya memberikan respon ini hanya akan merumitkan keadaan. Oleh itulah ketika sahabat Rasullullah datang meminta nasihat daripada baginda, Rasulullah berpesan "jangan kamu marah! Jangan kamu marah! Jangan kamu marah". Tiga kali baginda mengulangi pesan yang sama. Itulah yang menunjukkan bahawa perasaan marah ini amat bahaya. Namun jika perasaan marah ini berleluasa maka berlakulah kucar kacir. Mungkin akan menyebabkan pergaduhan. Juga akan menyebabkan penceraian jika perasaan marah ini sukar dikawal lagi. Emosi marah ini bukan sepenuhnya menunjukkan sifat negatif, namun jika kena pada tempatnya ia melambangkan ketegasan. Antara tip-tip untuk mengurangkan emosi marah ialah:
- cari tempat yang aman dan nyaman untuk menenangkan hati
- duduk atau tidur
- berdoa kepada allah supaya mendapat ketenangan dan kedamaian hati.
- Memejamkan mata
- fokus pada diri, menarik nafas dalam-dalam
- mengambil wuduk
Emosi yang seterusnya ialah takut. Takut merupakan emosi universal. Menurut Imam al-Ghazali emosi takut diibaratkan seperti sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang amat dibenci atau tidak diingini. Abdul Aziz Mohd Zain pula menjelaskan takut merupakan sifat semulajadi manusia. Setiap makhluk di bumi ini mempunyai sifat takut. Emosi takut boleh dibahagi- bahagikan kepada beberapa jenis iaitu takut kepada allah, takut kepada manusia, takut kepada kematian dan takut kepada kemiskinan. Namun takut kepada Allah amat dituntut dalam islam. Allah merupakan tuhan sekalian alam dan sebagai hambanya kita seharusnya mengabdikan diri kepada-Nya. Takut kepada manusia ini boleh dikatakan bersifat negatif. Jika bersebab mungkin dapat diterima.Antara ciri-ciri sifat takut ialah jantung berdebar-debar, tekanan darah meningkat, sering berpeluh-peluh dan sering terbangun ketika tidur. Namun jika dilihat perasaan takut kini disalahgunakan oleh orang yang berkuasa. Yang selalu berusaha untuk menindas golongan yang lemah. Jika dilihat peristiwa yang berlaku di Palestin. Saya amat bangga dengan mereka. Walaupun ketitisan darah terakhir masih berusaha untuk mempertahankan negara mereka dari dijajah Israel.
Emosi yang seterusnya ialah emosi malu. Perasaan ini pernah dialami oleh setiap orang di muka bumi ini samaada ketika dewasa atau kanak-kanak. Walaubagaimanapun ada sesetengah orang yang mempunyai sifat malu yang keterlaluan berbanding dengan orang lain dalam sesetengah perkara yang tidak sepatutnya mereka malu. Malu juga didefinisikan sebagai kehilangan ketenteraman dalam hati yang diiringi kegugupan,membawa kepada perasaan rendah diri dan serba salah ketika menghadapi situasi – situasi yang baru atau orang yang tidak dikenali. Malu sebenarnya dituntut dalam islam. Namun hanya dalam perkara yang sepatutnya contohnya pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Emosi yang seterusnya ialah emosi sedih. Emosi yang lahir ketika berhadapan dengan situasi yang mengecewakan dan muncul akibat penderitaan kerana luka, derita dan sakit. Selalunya kita sebagai manusia akan mengekspresikan emosi ini melalui tangisan. Tetapi menangis bukan hanya tanda sedih. Ia juga boleh disebabkan oleh gembira. Perasaan ini mempengaruhi kehidupan kita. Sedih akan menyebabkan kita berasa murung dan tidak ceria seperti biasa. Sedih juga menyebabkan seseorang itu menjadi pendiam , mudah tersentuh, mudah menangis dan mungkin akan menyebabkan perubahan sikap ke arah sifat negatif. Bagi saya sedih ini amat bahaya. Kerana jika tidak diluahkan akan mendatangkan pelbagai masalah. Antaranya ialah masalah jiwa. Namun janganlah selalu bersedih. Guru saya ketika di kolej Matrikulasi pernah berkata "kebahagiaan tidak datang dengan sendirinya. Jadi jika kita inginkannya kita sendiri perlu mencarinya". Dengan ini tamatlah sudah penulisan jurnal saya pada kali ini.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment