Saturday, August 13, 2011

ASILAH BT SARIMAN (A132031) DONT BLAME THE NEGATIVE EMOTION

LJ03

DON'T BLAME THE NEGATIVE EMOTION!!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mebaca entri saya terutama pensyarah saya sendiri. Entri ini masih lagi berkaitan dengan kursus yang sedang saya belajar iaitu Pengurusan Emosi. Semakin banyak kuliah yang dihadiri semakin banyak input yang saya dapat mengenai emosi. Hal ini kerana, saya hanya menganggap emosi adalah perkara yang tidak perlu dipelajari secara mendalam tetapi saya semakin seronok untuk mendalaminya. Entri ini merupakan entri  jurnal saya yang ke tiga. Sesungguhnya saya sangat berasa gembira kerana dapat menulis entri kali ini kerana apa yang saya ingin ulaskan sememangnya berlaku dalam kehidupan harian saya terutama dalam bidang perubatan yang sangat mencabar dan terpaksa melalui kesibukan.

Kuliah seterusnya adalah mengenai emosi yang negatif. Emosi yang negatif adalah seperti takut, sedih, malu dan marah. Saya percaya setiap orang pernah mengalami perasaan emosi yang negatif ini kerana tiada manusia yang sempurna. Setelah menghadiri kuliah ini, saya dapat ulaskan serba sedikit tentang emosi negatif. Pertama adalah mengenai emosi takut. Takut merupakan tindak balas terhadap situasi semasa dalma bahaya yang boleh menyebabkan seseorang berasa berdebar ketakutan. Walaubagaimanapun takut merupakan mekanisma selamat dan kebiasaannya berlaku apabila ade punca negative. Saya juga baru dapat tahu bahawa takut juga dapat dikaitkan dengan risau. Apabila seseorang sedang dalam ketakutan dia secara automatic akan berasa risau dalam waktu tersebut. saya juga mempunyai pengalaman menghadapi ketakutan apabila ditinggalkan bersendirian di luar sebuah rumah di tempat terpencil pada pukul 3pagi. Rumah tersebut merupakan punca negative yang menyebabkan saya berasa takut dan saya juga berasa risau jika terdapat sesuatau yang akna terjadi pada masa itu.

Semasa takut, ekspresi muka seseorang akan berubah dengan pantas .  kita dapat mengetahui seseorang berada dalm ketakutan apabila mata mereka akan melebar, biji mata akan membesar, bibir atas akan menaik, kening akan ke dalam dan bibir akan meregang. Kesemua aspek ini merupakan ekspresi yang selalu dapat dilihat dan senang untuk mentafsir. Tetapi dari aspek sains pula, saya dapat belajar bahawa apabila seseorang berada dalam ketakutan, rangsangan sympathetic  akan berlaku dengan pantas dan seterusnya menyebabkan hormone seperti adrenaline akan meningkat dengan tinggi.

Seterusnya dalah emosi malu yang juga termasuk dalam emosi negatif. Malu adalah perasaan tidak senang yang dialami semasa berada dalam situasi sosial atau professional.  Seseorang tidak akan dapat menerima tentang sesuatu tersebut dan membuatkan mereka berasa malu. Hal ini kerana terdapat pihak ketiga yang mungkin mendedahkan tentang keburukan dan rahsia seseorang dan merak menjadi saksi tentang sesuatu perkara. Kebiasaanya, seseorang akan kehilangan maruah dan penghormatan tetapi ianya bergantung kepada situasi yang memalukan tersebut. saya sangat bersetuju dengan hal ini kerana seseorang hanya akan berasa malu yang amat sangat apabila rahsia mereka didedahkan di hadapan semua orang berbanding hanya didedahkan kepada seorang sahaja.

Malu selalunya disebabkan oleh perlakuan yang tidak diteima oleh kelompok sosial sebagai contoh silap memakia padanan baju. Selepas kuliah saya juga dapat menambah pengetahuan saya tentang malu iaitu malu mempunyai dua jenis. Jenis pertama adalah peribadi. Jenis ini adalh disebabkan oleh niat yang tidak diingini terhadap  sesuatu yang peribadi. Sebagai contoh adalah kesilapan semasa berucap. Oleh itu, seseorang akan tersipu-sipu dan akan tergagap serta gelisah. Walaubagaimanapun, seseoarang akan menyembunyikan malu itu dengan hanya senyum dan gelak dengan kuat. Jenis malu yang ke dua adalah malu professional. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang malu tidak dapat menjalankan tugas. Malu akan lebih meningkat apabila membabitkan kerja-kerja rasmi, duit ataupun kehilangan nyawa manusia.

Seterusnya adalah emosi yang ketiga iaitu emosi sedih. Sedih dapat didefinasikan sebagai emosi yang menunjukkan perasaan kehilangan atau keburukan. Tetapi apabila seseorang yang terlampau tangisin dan mempunyai kesedihan yang ekstrem, ini akan menyebabkan impak yang lebih buruk kepada mereka seperti kemurungan ataupun tekanan. Oleh yang demikian, golongan professional seperti pakar psikiatri perlu menolong mereka dalam kaedah rawatan yang tertentu.  Sama seperti saya, apabila saya sedang kesedihan saya akan menjadi senyap dan tidak mahu bberkomunikasi senagn orang lain. Saya juga semakin tidak bertenaga dan akan menarik diri sendiri daripada melakukan sesuatu. Jika rakan-rakan saya ajak untuk keluar saya tidak akan menolak ajakan mereka dan saya hanya akan bersendirian dirumah.semasa kuliah ada menekankan bahawa sedih merupakan sama maksud dan berkaitan dengan sayu, muram, suram, dan murung. Saya juga sangat bersetuju dengan kata-kata oleh Forgas (1992,1994) iaitu orang yang bahagia lebih cenderung untuk menproses informasi dengan jarak amsa yang singkat dan tepat dibandingkan dengan orang yang dalam kesediahan yang hanya akan memproses informasi secara kurang tepat dan mengambil masa yang agak lama.

Emosi terakhir dalam tajuk emosi negative adalah marah. Marah adalah tindak balas psikofisiologi kepada sakit, penderitaan dan stress yang dapat dilihat serta ancaman. Marah selalunya adalah tindak balas untuk persepsi ancaman disebabkan oleh konflik fizikal, ketidak adilan , khianat, dan memalukan. Saya juga dapat mendalami bahawa marah dapat diekspresikan secara aktif mahupun pasif.  Dalam aspek marah secara aktif, seseorang akan mengamuk secara percakapan dan perlakuan tepat pada sasaran. Namun begitu, untuk marah yang secara pasif, seseorang hanya akan merajuk secara senyap dan bersebdirian serta akan menanggung stress. Berdasarkan pengalaman, saya akan berasa marah apabila mengetahui berita tentang pembunuhan kejam kanak-kanak dan kemarahan saya itu berlarutan dan semakin membuak-buak. Selain itu juga, jika seseorang mempunyai pengalaman pahit yang secara sengaja dan berniat emosi tersebut akan menjadi semakin mendalam.

Secara fisiology, neurosains telah menunjukkan bahawa emosi telah dijana dalam struktur di otak yang dipangil amyglada. Sebelum ini saya tidak mengetahui tentang info ini. Amyglada tersebut berfungsi untuk mengenalpasti ancaman dan akan badan akn bertindak mengikut arahan. Amyglada menyebabkan otot-otot badan manusia menjadi tertekan. Oleh itu, cathecolamines akan dirembeskan menyebabkan peningkatan tenaga yang akan berakhir beberapa minit sahaja. Degupan jantung akan menjadi laju, tekanan darah meningkat dan kadar pernafasan juga meningkat. Dengan mendalami aspek fisiologi saya semakin faham tentang emosi marah tersebut. Untuk mengawal marah saya hanya akan merehatkan diri supaya semua anggota badan dan metabolism kembali kepada fasa rehat. Selepas itu saya akan memperbaiki diri supaya tidak mudah marah untuk masa akan datang.

Setelah beberapa hari, saya mencari maklumat tambahan tentang kuliah ini. Apa yang dapat saya faham dalam buku Keajaiban & Kekuatan Emosi yang ditulis oleh Martin Wijokongko adalah emosi perlu dimanfaatkan sebagai satu pelajaran agar dapat kita gunakan untuk meningkatkn kualiti kehidupan. emosi itu perlulah member kita suatu manfaat  yang positif. Tambahan pula, emosi buaknlah musuh manusia. Setiap orang perlu menghilangkan tanggapan bahawa semua emosi negatif adalah musuh. Kita hanya perlu pandai mengendalikan emosi negatif tersebut.

 

No comments:

Post a Comment