Assalamualaikum dan salam sejahtera
Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi dipanjankan umur oleh-Nya dan diberi peluang untuk menyiapkan jurnal saya yang ketiga bagi semester ini. Kuliah keempat yang diadakan pada 10 Julai 2011 merupakan kuliah yang ringkas, dimulakan dengan tayangan video berkisarkan tentang seorang ibu.Video ini merupakan sebuah adaptasi dari lagu 'Baby' nyanyian Justin Bieber di mana lirik dan nyanyiannya dialihkan kedalam bahasa melayu. Walaupun rentaknya yang agak rancak, namun video ini seolah-olah mengajak kita untuk menghargai dan mengenang jasa ibu kita yang selama ini bersusah-payah menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kami, tidak kira bangsa melayu, cina mahupun india, sama-sama berasa terpanggil untuk lebih menghormati ibu masing-masing selama peluang masih ada agar tidak menyesal di kemudian hari. Sebelum kuliah di tamatkan, seperti minggu lepas, Dr. Zamri telah mengadakan sesi kuiz yang meliputi tajuk-tajuk kuliah yang diajar pada minggu sebelumnya iaitu teori plutchik dan juga teori tomkin. Soalan-soalannya agak menarik. Saya dan tiga orang rakan yang lain, sebagai satu kumpulan berjaya menjawab 18 daripada 19 soalan dengan betul
Kuliah keempat yang telah disampaikan oleh Dr Zamri meliputi 3 tajuk utama; emosi negatif, teori asas adaptasi dan juga teori Solomon. Oleh itu, untuk jurnal kali ini, secara ringkasnya saya akan merangkan tentang ketiga-tiga tajuk tersebut.
Emosi Negatif
Melalui perkataan negatif, kita tahu bahawa emosi negatif adalah sesuatu yang tidak baik kerana ianya menjadi penghalang untuk kita mencapai dan menikmati kebahagiaan.
Emosi negatif dapat dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu:
a) Takut
Takut merupakan satu respon kepada situasi bahaya yang berkaitan dengan kebimbangan. Perasaan takut juga merupakan reaksi badan yang bertujuan untuk menyelamatkan diri apabila berada ataupun menghadapi situasi merbahaya. Contoh ingin mengambil rasa takut kepada kucing sebagai contoh. Kadang-kadang saya rasa hairan dan pelik, kenapa orang boleh ada rasa takut pada kucing. Seperti yang kita biasa lihat, kucing adalah sejenis haiwan yang manja dan senang di dekati. Namun kita juga perlu ingat, bahawa setiap yang bernyawa pasti mempunyai cara untuk memyelamatkan dan melindungi diri dari situasi merbahaya. Kucing akan mencakar dan menggigit sekiranya mereka berasa terancam. Pastinya mereka yang takut dengan kucing mempunyai sejarah hitam berkaitan dengan kucing. Kadang-kadang ada yang sampai berlari sambil menjerit hanya kerana takutkan seekor kucing. Dalam keadaan takut juga, badan kita akan merembeskan satu hormone iaitu adrenalin yang bertujuan untuk 'fight-flight respon'.
b) Marah
Perasaan marah ialah satu emosi psikofisiologi terhadap kesakitan, kesusahan ataupun stress dan ancaman. Perasaan marah boleh dieksperesikan dalam dua cara iaitu:
i) Aktif
Ini merupakan cara seseorang yang dalam keadaan marah untuk menunjukkan perasaan marah mereka secara verbal dengan memarahi orang yang menimbulkan kemarahan mereka. Kebiasaannya, mereka yang berada dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan rasional dimana mereka cenderung untuk bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata yang akhirnya akan menimbulkan pergaduhan. Situasi ini dapat kita lihat semasa perlawanan bola berlansung di stadium. Penyokong salah satu pasukan yang berlawan kebiasaannya akan mengejek pasukan lawan yang lain. Hal ini sudah tentu menimbulkan kemarahan penyokong pasukan yang diejek tersebut, menyebabkan mereka bertindak ganas seperti membaling botol air dan membakar stadium.
ii) Pasif
Manakala perasaan marah pasif pula dikatogorikan sebagai perasaan marah yang dipendamkan. Perasaan marah boleh timbul apabila kita diberi layanan yang tidak adil, kawan-kawan yang mungkir janji dan sebagainya. Mereka mungkin tidak akan melepaskan marah pada orang yang menimbulkan kemarahan, sebaliknya orang sekeliling terutamanya mereka yang rapat akan menerima tempiasnya.
Menurut agama Islam, perasaan marah merupakan kelemahan. Oelh itu, bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:
Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.
Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.
Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.
Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
Langkah-langkah ini dapat membantu kita untuk mengatasi perasaan dan dapat membuat keputusan yang lebih rasional selepas perasaan merah kita sudah reda.
c) Malu
Malu merupakan perasaan segan dan tidak selesa semasa dalam pergaulan sosial ataupun perbuatan yang tidak senonoh dilihat oleh orang lain. Perasaan malu juga turut disebabkan oleh kehilangan penghormatan dan maruah seseorang. Namun begitu, tahap perasaan malu bergantung kepada situasi. Perasaan malu dapat dikatogori kepada dua iaitu:
i) Personal Embarassment
Malu yang berkaitan dengan perbuatan diri sendiri. Contohnya apabila seorang pelajar gagal untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya, sudah tentu pelajar tersebut akan dirotan dan didenda untuk berjalan itik sepanjang koridor kelas.
ii) Professional Embarassement
Malu yang berkaian dengan profesional seseorang. Contohnya seperti pekerja yang suka mengelapkan duit syarikat, tidak dapat menjalankan amanah dengan sempurna apabila rahsianya telah dibocorkan.
d) Sedih
Perasaan sedih merupakan reaksi sesesorang apabila menghadapi kerugian dan kehilangan. Kesedihan yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan ataupun sejenis penyakit yang dipanggil 'depression'. Pada tahap ini, mereka yang mengalami 'depression' memerlukan bantuan professional untuk meneruskan kehidupannya secara normal kerana mereka seolah-oleh kehilangan halatuju dan matlamat hidup. Kebiasaanya, orang yang sedang bersedih akan kurang bercakap, kelihatan tidak bertenaga dan mengasingkan diri sendiri daripada orang lain. Disini saya ingin memetik kata-kata dari sebuah buku motivasi yang memujuk kita supaya jangan dan berhenti bersedih
"Wahai masa depan, engkau masih dalam kegaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, karena esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."
Kita beralih pula kepada tajuk kuliah yang kedua iaitu teori asas adaptasi. Teori ini mererangkan bagaimana kita akan bertindak-balas terhadap sesuatu ransangan teutamanya ransangan yang baru. Tahap adaptasi kita adalah neutral. Contohnya jika kita dengar sesuatu bunyi yang tidak begitu kuat dan tidak begitu perlahan, maka kita akan beradaptasi terhapi bunyi tersebut. Jika bunyi tersebut bertambah kuat, maka ransangan kita juga akan bertambah.
Tajuk terakhir yang dipelajari ialah teori proses berlawanan Solomon. Teori ini mengatakan bahawa setiap emosi yang ada akan menerbitkan satu emosi berlawanan. Tetapi ianya tidak datang serentak. Jika kita sedang mengalami salah satu emosi yang berpasangan tersebut, maka emosi yang satu lagi akan tenggelam. Sebagai contoh, pada mulanya kita diarahkan untuk menulis jurnal hampir semua orang mengeluh tidak puas hati kerana terlalu banyak perkataan yang harus ditulis. Namun setelah 3 penulisan jurnal berlalu, menulis jurnal seolah-olah menjadi kebiasaan disamping membantu mengaktifkan neuron-neuron kita supaya berkerja dengan lebih cekap untuk mengarang ayat bagi menghasilkan jurnal yang baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment