Saturday, August 13, 2011

A131818 Yeoh Min Hui LJ 03 Emosi Negatif, Jauhi Diri

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Di sini saya sertakan bentangan saya tentang Kuliah Keempat ZT 2253 Pengurusan Emosi yang bertajuk Emosi Negatif. Sebelum kuliah dimulakan, Encik Zamri telah menayangkan sebuah video yang mengenai peperangan. Video tersebut menunjukkan bagaimana peperangan membuatkan orang yang tidak bersala ataupun dengan kata yang lain mangsa merana. Selepas menonton video tersebut, hati saya berasa muram sekali. Saya tidak boleh tahan dengan kerosakan dan kemusnahan yang terjadi mengikuti peperangan. Oleh sebab itu,sejak saya masih kecil lagi saya pun tidak bersetuju dengan mengatasi masalah dengan perbalahan dan peperangan.

Selepas tayangan video tersebut, kuliah telah dimulakan dengan topic yang pertama iaitu emosi takut. Takut merupakan sesuatu responsi kepada kebahayaan yang berkaitan dengan kerisauan yang melampau. Tambahan lagi, takut turut merupakan satu mekanisma untuk hidup serta terjadi berikutan dengan sesuatu rangsangan negatif. Ketakutan juga boleh berlaku dalam peringkat-peringkat emosi seperti kerisauan dan kekejutan yang menakutkan. Selain itu,ketakutan turut boleh terjadi dengan trauma Contohnya, apabila seorang budak terjatuh ke dalam perigi dan mencuba untuk keluar daripada perigi itu,dia akan mengalami ketakutan dalam sesuatu tempat yang tertutup iaitu 'claustrophobia' serta ketakutan terhadap air iaitu ' hydrophobia'. Sungguhpun pada lazimnya ketakutan akan dibawakan oleh sesuatu objek atau keadaan fizikal, namun, ketakutan boleh terjadi dengan benda yang obstrak dalam manusia. Ekspresi muka ketakutan merangkumi pembukaan mata dengan luas, pembesaran anak mata, kenaikan bibir atas serta kening ke dalam. Ketakutan boleh menjadikan seseorang manusia itu sangat takut sekali ataupun sebaliknya, menjadikan seseorang itu sangat ganas sekali. Persamaan antara kedua-dua situasi tersebut adalah kedua-duanya akan menyebabkan manusia kehilangan waras mereka dan membuat sesuatu yangdi luar kawalan mereka sendiri.

Emosi negatif yang telah dibincangkan dalam kuliah tersebut termasuklah malu. Malu ialah sejenis emosi yang dialami apabila seseorang itu terpaksa untuk menerima sesuatu kenyataan yang tidak ingin diterima atau perkara tersebut terdedah kepada orang lain. Lazimnya, malu berkaitan dengan kehilangan maruah atau penghormatan terhadap seseorang, tetapi peringkat malu itu bergantung kepada situasi yang menyebabkan keadaan malu itu. Malu terbahagi kepada dua jenis iaitu malu peribadi dan malu profesional. Malu itu boleh dikategorikan sebagai sesuatu hal yang peribadi. Perkara ini disebabkan oleh perhatian yang tidak diinginkan oleh orang yang lain terhapad hal peribadi ataupun kesalahan seseorang itu. Contohnya, penipuan seseorang didedahkan kepada orang ramai atau orang sekelilingnya serta kekalahan kepada orang yang tidak disukai dalam sesuatu pertandingan. Malu peribadi boleh dibuktikan dengan kombinasi ekspresi seperti tersipu-sipu, berpeluh-peluh, kegelisahan dan tergagap-gagap. Ada kalanya, seseorang yangmalu itu akan mencuba untuk menutup kemaluannya dengan ketawa, terutamanya dalam isu yang berkaitan dengan etika. Selain daripada malu peribadi, malu turut boleh dikategorikan sebagai malu profesional atau malu rasmi. Malu jenis ini berganda tambah dengn isu yang berkaitan dengan duti rasmi ataupun di tempat kerja, isu kewangan atau kehilangan nyawa manusia. Sebagai contoh, kegagalan kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar awam, kelakuan buruk seseorang selebriti atau ahli politik terdedah kepada orang awam serta pendedahan kelakuan rasuah.

Emosi yang seterunya iailah emosi sedih. Seid itu merupakan sesuatu emosi yang mendedahkan perasaan kehilangan atau keburukan. Penglibatan yang terlampau mendalam dalam emosi ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan, dan seterusnya kena berjumpa dengan ahli profesional yang berkelayakan seperti ahli psikologi. Lazimnya, seseorang yang sedang mengalami kesedihan akan menjadi lebih senyap, kekurangan tenaga dan sentiasa bersendirian. Dia tidak akan keluar dan tidak akan aktif dan tidak akan bersosial dengan prang yang lain. Gejala visual kesedihan merangkumi asyik tunduk kepala, badan landau serta aktiviti fizikal yang lemah. Kesedihan juga boleh dianggap sebagai bertentangan dengan kegembiraan. Gejala umum kesedihan adalah seperti mrung dan muram. Menurut Forgas, orang yang gembira dapat menguruskan infomasi dan dutinya dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan orang yang sedih. Teori Isen pada tahun 1987 menunjukkan persamaan dengan teori Forgas. Beliau menyatakan bahawa keupayaan seseorang untuk menguruskan infomasi adalah dipengaruhi dengan moodnya. Untuk orang yang gembira, sebalik dengan orang yang sedih, keperluan sumber-sumber kognitif akan berkurangan untuk pemprosesan maklumat yang mendalam dan tepat. Kajian menunjukkan bahawa apabila seseorang itu dapat mengiktiraf emosi yang diekspres oleh orang lain, dia akan dapat atribut ciri-ciri bertambahan kepada orang yang mengekspresi emosi tersebut. Ini dikenali sebagai ' Halo Effect'. Sebagai contoh, seseorang yang gembira akan mempengaruhi orang di sekelilingnya dengan perasaan gembiranya dan orang yang sedih akan dikategorikan sebagai individu yang lemah dan kekurangan upaya dan orang yang marah pula kan dianggap sebagai orang yang kuat dan orang yang menguasai segalanya. Contoh ini berdasarkan teori Keltner yang diiktiraf olehnya pada tahun 1997. La Tahzan menyeru orang ramai agar janganlah bersedih. Katanya,

"Goreskan pada dinding hati mu bahawa hari ini adalah milik mu" (La Tahzan).

"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi."

"Wahai masa depan, engkau masih dalam kegaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, karena esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

Emosi yang terahkir dibincangkan dalam kuliah ini ialah emosi marah. Marah itu merupakan sesuatu responsi psikofisiologi kepada kesakitan, penderitaan atau ancaman. Ancaman tersebut boleh dikatakan benar, dibincangkan ataupun dibayangkan. Marak kerapnya diekspres sebagai sesuatu responsi kepada persepsi disebabkan oleh konflik fizikal, ketidakadilan, kecuaian, penghinaan, atau pengkhianatan. Emosi marah boleh diekspres dengan cara aktif atau pasif.  Seseorang yang marah itu akan 'kali' secara lisan atau fizikal ke atas sasarannya. Untuk kes marah pasif pula, kemarahan seseorang yang marah itu akan berciri senyap, agresif yang pasif, permusuhan dan ketegangan. Kemarahan turut boleh disebabkan oleh kerengsaan yang memuncak semasa didedahkan kepada sesuatu kegusaran.

Rumusnya, apabila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:

Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.

Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak. ZT2253 PENGURUSAN EMOSI

Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.

Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

 

Sekian sahaja pembentangn saya untuk LJ 03.

No comments:

Post a Comment