Saturday, August 13, 2011

MUHAMAD FARHAN BIN ISHAK LJ03, EMOSI OH EMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, saya masih lagi mampu untuk menyambung menulis jurnal untuk ZT2253, Pengurusan Emosi yang mana bagi saya, amatlah menguji jiwa raga saya untuk menulis. Namun, bak kata seorang kawan saya, teruskan beristiqamah dalam melakukan sesuat, walaupun tidak ikhlas, insyaALLAH akan memberikan kesan terhadap diri, dan sesungguhnya keikhlasan itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Sebelum saya sambung menceritakan apa yang telah saya pelajari untuk sesi ini, saya ingin mengulas sedikit tentang apa yang telah saya pelajari pada sesi yang lepas. Untuk makluman, sesi yang lepas banyak berkait dengan emosi positif yang terdapat pada diri manusia.
   Cukup lah dengan emosi positif, kali ini, saya ak berbicara tentang emosi negatif. Dengar sahaja negatif, mesti kita sudah maklumkan? Menurut apa yang saya pelajari, terdapat beberapa emosi negative iaitu takut, malu , sedih dan marah. Oleh itu, kali ini, saya akan bincangkan satu persatu mengenai emosi-emosi yang negatif ini.
   Apa itu takut???takut merupakan satu emosi yang berlawanan dengan marah dan selalu dikaitkan dengan perasan yang boleh membuatkan seseorang berada dalam keadaan yang tidak selamat.  Sebenarnya takut merupakan salah satu adaptasi dan mekanisme badan manusia yang secara lumrahnya wujud disebabkan tindakbalas oleh sesuatu yang dipanggil "stimulus''. Stimulus ini pulak dilahirnkan oleh tindakblas hormon yang memberi stimulasi symphatetic kepada badan kita. Selalunya, takut sering dikaitkan dengan emosi runsing,gemuruh,gementar,cuak , trauma dan macam- macam lagi. Cukuplah dengan ayat-ayat skema di atas, sekarang saya akan merungkai apa itu takut dengan cara dan bagaimana saya faham berkaitan dengan "takut". Untuk makluman, emosi takut ini, sangatlah jelas dan sangat mudah untuk dilihat dan selalunya, emosi ini sangat bersangkut dan berkaitan dengan  kegelisahan. Macam mana gelisah boleh dikaitkan dengan takut? Ok, cuba bayangkan kita mempunyai seorang anak, dan kemudian, anak kita telah tiba-tiba hilang di dalam pusat membeli-belah. Perasaan pertama yang akan wujud dan muncul dalam jiwa kita adalah, gelisah!!. Ini disebabkan kita berada dalam keadaan runsing. Dan bila kita runsing, akhirnya kita akan berasa takut , takut sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap anak kita . oleh itu, kedua-dua perasaan ini sangat berkait rapat, bagaikan our dengan tebing.  Selain itu, kita juga boleh kaitkan perasaan takut ini dengan perkara-perkara tahyul yang sekarang ini semakin menular ibarat cendawan tumbuh selepas taufan. Sebagai contoh, orang selalu takut apabila mendengar perkataan "hantu". Apa itu hantu?? Hantu adalah makhluk yang sering dikaitkan dengan jelmaan manusia yang tidak tenteram setelah manusia meninggal, ada juga yang mengatakan bahawa syaitan juga berperanan dalam kewujudan hantu ini.  Adakah benar hantu ini wujud? Ataupun mitos sahaja? Kewujudan syaitan memang tidak dapat dinafikan kerana memang sudah tercatat dalam Al-Quran dan sebagai umat islam, kita mesti mengetahui bahawa syaitan ini akan terus cuba menyesatkan anak-anak adam sehingga hari kiamat. Akan tetapi, bagi saya, hantu ini memerupakan sesuatu yang sangat abstrak , dan mungkin hanya direka oleh orang-orang tua zaman dahulu untuk menakutkan anak-anak mereka.
   Seterusnya, marilah kita beransur kepada emosi negatif yang kedua , iaitu malu. Apa itu malu? Malu merupakan emosi yang wujud atas ketidakselesaan seseorang terhadap sesuatu keadaan. Emosi malu ini, sangat berkait rapat dengan maruah seseorang. Sebagai contoh, sekiranya nama seseorang tercemar, maruahnya akan jatuh dan akhirnya perasaan malu akan muncul. Emosi malu merupan tindak balas langsung yang wujud kerana merasakan imej diri tergugat.  Terdapat dua jenis perasaan malu iaitu perasaan malu yang  bersifat peribadi dan bersifat professional. Selalunya, malu yang wujud disebabkan hal-hal peribadi seperti, pemakaian, pemakanan, cara hidup, cara adaptasi yang direnda-rendahkan oleh pihak lain. Malu professional pula berkait rapat dengan malu di khalayak ramai dan selalunya melibatkan hal-hal kerjaya. Bagi pendapat saya, perasaan malu ini sangat penting kerana dengan adanya perasaan malu, seseorang akan lebih teliti dan serius dalam buat sesuatu demi menjaga maruahnya dari tecalar. Maruah merupakan suatu aspek yang sangat penting dan amat kritikal dan sering membawa imej seseorang di mata orang lain. Sebagai contoh, seseorang yang bermaruah tidak akan terjebat dengan gejala-gejala social yang merupakan salah satu masalah yang semakin meruncing pada masa kini. Hal ini di sebabkan, seseorang yang bermaruah sangtlah menjaga aib keluarga sendiri agar tidak memalukan nama keluarga.
   Emosi yang ketiga adalah emosi sedih. Apa itu sedih? Sedih merupakan perasaan yang menunjukkan bahawa seseorang itu berada dalam keadaan kekurangan atau kehilangan sesuatu.  Kesedihan yang melampau seterusnya boleh membawa kepada kemurungan. Selalunya, apabila seseorang itu berasa sedih, dia akan menjadi diam , tidak bertenaga dan menyendiri. Saya rasa, setiap orang mesti mempunyai kesedihan masing-masing, namun yang membezakan kita adalah bagaimana kita mengawal perasaan sedih tersebut. Pada pendapat saya, pengawalan emosi sedih ini amat penting, kerana sedih ini merupakan satu emosi negatif yang sangat member impak terhadap kehidupan. Sekiranya perasaab sedih ini tidak diatasi, banyak gangguan emosi akan wujud akhirnya boleh membawa kepada isu bunuh diri. Sebagai contoh, seseorang yang baru putus cinta, sudah tentu dia akan berada dalam keadaan tertekan dan sedih kerana ditinggalakan. Seseorang itu juga boleh mengalami kesedihan sekiranya dia dimarahi, dianiaya dan lain-lain.
  Akhir sekali adalah emosi negatif yang paling kritikal iaitu marah.  Marah merupakan suatu perasaan yang wujud hasil dari perasaan teraniaya, ketidakadilan, dimalukan dan lain-lain. Selalunya perasaan ini wujud adalah disebabkan tindak balas protective yang wujud dalam setiap manusia. Sebagai contoh, seseorng yang marah akan cuba mempertahankan diri sendiri.  Marilah sama-sama kita kaji intipati hadis di bawah, (sumber , http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid=199
الحديث السادس عشر
عــن أبـي هـريـرة رضي الله عــنـه ، أن رَجُــلاً قـــال للـنـبي صلى الله عـلـيـه وعلى آله وسـلـم : أَوْصِــنِي .
قال :( لاَ تَغْضَبْ ) فَرَدَّدَ مِرَارًا ، قال : ( لاَ تَغْضَبْ) .
رواه البخاري [ رقم : 6116 ].

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. "Berwasiatlah kepadaku, "Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."
Riwayat al-Bukhari
 
Huraian hadis,
1. Seorang muslim hendaklah selalu saling menasehati dan mencari pintu-pintu kebaikan.

2. Adakalanya seseorang perlu mengulang-ulang pembicaraannya sehingga dipahami oleh pendengar dan dirasakan pentingnya.

3. Anjuran untuk selalu melakukan tarbiyah (pembinaan) dengan suri tauladan dan contoh yang baik.

4. Orang-orang shaleh selalu rindu akan surga dan berusaha mencari jalan menuju kepadanya.

5. Disyari?atkan agar seorang muslim meminta taushiah (wasiat) kepada orang yang lebih alim daripadanya.

6. Tidak mengapa mengulang-ulang pertanyaan apabila seseorang beranggapan bahwa jawabannya belum cukup atau beranggapan bahwa yang ditanya belum memahami pertanyaannya atau dia ingin agar lebih jelas lagi.

7. Sikap santun dan menguasai diri adalah jalan kesuksesan dan keridhaan sedangkan marah adalah sumber segala keburukan dan selamat dari sifat pemarah adalah sumber kebaikan.

8. Marah adalah tanda lemahnya seseorang dan santun adalah tanda kuatnya.

9. Seorang muslim yang benar selalu menghiasi dirinya dengan sifat santun dan malu, mengenakan pakaian tawadhu? dan menjadikan manusia cinta kepadanya, tampak atasnya sifat-sifat kegagahan seperti, ketabahan, menahan diri untuk tidak mengganggu dan memaafkan ketika mampu untuk membalas.

10. Hendaklah para da?i memahami psikologi masyarakat sekitarnya dan mengetahui penyakit-penyakit mereka dan obatnya. 

11. Apabila marah itu karena Allah maka itu adalah marah yang terpuji, yaitu ketika dilanggar kehormatan-kehormatan Allah.

12. Marah ada dua macam: Terpuji dan tercela.

- Marah yang terpuji adalah marah yang dilakukan karena Allah, bertujuan kebaikan dan memberikan pelajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan jorok, terkontrol dan bukan melampiaskan emosi dan hawa nafsu dll. 

- Marah yang tercela adalah marah yang dilakukan bukan karena Allah, tidak memberikan pelajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor dan jorok, tidak terkontrol, bertujuan melampiaskan emosi dan waha nafsu.

13. Diantara penyebab marah adalah: Sombong, saling membanggakan diri, menghina dan mengolok-olok, banyak bercanda, berdebat, ikut campur dalam permasalahan yang tidak ada kepentingannya dan tamak untuk mendapatkan harta dan kedudukan dll.

14. Diantara sarana menanggulangi marah adalah: Berdoa kepada Allah, banyak berdzikir kepada Allah, melatih diri untuk berhias dengan akhlak mulia seperti santun, tegar dan tenang, berusaha untuk menguasai diri apabila dibuat marah oleh orang lain, berlindung kepada Allah dari godaan syaitan terkutuk, merubah keadaannnya ketika sedang marah yaitu hendaklah duduk apabila sebelumnya berdiri dan merebahkan diri apabila sebelumnya duduk, tidak berbicara ketika sedang marah, berwudhu, mengingat-ingat keutamaan orang-orang yang menahan amarahnya dan hendaklah memberikan hak-hak badan secara benar seperti tidur dan istirahat dll.

15. Doa orang yang sedang marah adakalanya dikabulkan apabila bertepatan waktu mustajab, oleh sebab itu orang yang sedang marah dilarang berdoa keburukan untuk dirinya, hartanya atau orang lain.
 
Oleh itu, rakan-rakan, sama-samalah kita mengawal emosi negatif ini, agar kita tida melakukan perkara yang melanggar  hukum agama. Marilah sama-sama kita "amal makruf nahi mungkar''
Wallahualam, sekian

No comments:

Post a Comment