Saturday, August 13, 2011

A130089 Risq Atiqah Munirah LJ03 Emosi Negatif ; Marah

A130089 RISQ ATIQAH MUNIRAH LJ03 EMOSI NEGATIF ; MARAH

 

                Setiap insan bertanggungjawab di atas emosi yang dialami oleh diri kita sendiri. Kita sendiri yang menentukan pilihan emosi kita, sama ada ingin marah, malu, sedih, takut, gembira, bahagia, tersenyum ataupun kecewa. Emosi positif seperti, bahagia, gembira, tersenyum, tertawa adalah emosi yang akan menyebabkan kita berasa bermotivasi dan bersemangat untuk melakukan sesuatu tugasan. Emosi tersebut bersifat menyenangkan, menenteramkan dan membahagiakan. Penggunaan otak berada di tahap maksimum kerana, mampu untuk mengatasi masalah dengan daya intelektual yang cemerlang. Manakala, emosi negatif seperti marah, takut, malu, sedih pula akan menyebabkan seseorang individu berasa kurang bermotivasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Malah emosi negatif juga akan menyebabkan kemampuan intelektual kita semakin lemah.

 

                Dalam neurologi, otak manusia dibagi menjadi 3 bahagian (konsep Triune). Konsep Triune ini telah diperkenalkan oleh pakar saraf (neurologist), Paul D. Maclean, dan dipopularkan oleh Carl Sagan. Evolusi otak manusia dimulai dengan adanya Otak Tua, atau Reptilian Brain dan berkembang menjadi Mamalian Brain dan terus sampai pada Neo Cortex. Ketiga-tiga otak kita mempunyai fungsi yang berbeza; paling luar, yang hanya dimiliki oleh manusia saja, adalah "otak baru" kita, The New Brain, Neo Cortex, ia digunakan untuk berfikir dan menganalisis keadaan, mengira untung rugi dan berinovasi. Otak inilah yang dipakai untuk memahami bahasa, mengira, angka, huruf. Dan disinilah kita membagi otak kita menjadi otak kanan dan kiri. Otak kanan lebih menjurus kearah kesenian atau kualitatif manakala otak kiri pula lebih menjurus ke arah pengiraan angka atau kuantitatif. Masuk lebih dalam adalah "Otak Tengah" kita, The Middle Brain, Lymbic, fungsi bahagian ini  adalah merasakan dan menggunakan intuisi. Inilah otak emosi kita, yang ada pada mamalia, disebut juga mamalian brain. Otak ini yang mengatur emosi kita, kasihan, sedih, senang, dan otak ini memberi arahan untuk membuat dada kita merasa nyaman saat kita berbahagia. Otak ini yang membantu kita mengingat wajah teman kita, tapi Neo Cortex adalah yang berfungsi untuk mengingat namanya. Otak tengah lebih mampu mengingat dari otak baru kita, oleh sebab itu kita senang mengingati wajah teman kita tapi mungkin terlupa namanya pada saat reunion. Bahagian otak yang paling dalam adalah "Otak Tua" kita, The Old Brain, atau Reptilian brain. Inilah otak pengambil keputusan berdasarkan input daripada kedua otak yang lain, atau secara langsung dari sensori yang diterimanya. Otak ini adalah otak paling primitif yang juga mengatur pernafasan, kesedaran, dan pergerakan fungsi-fungsi organ tubuh kita. Inilah otak yang telah ada pada haiwan reptilia,dan juga burung. Otak ini secara cepat mengambil keputusan dalam bisnes dan kehidupan kita. Justeru itu, berdasarkan Teori Triune, kita dapat simpulkan melalui konsep Thinking, Feeling, Willing ataupun Head, Heart, Gut. Bahagian Neo Cortex lebih kepada berfikir dan dianggap sebagai "Head", manakala bahagian Mammalian lebih kepada emosi atau "Heart" dan bahagian Reptilian lebih kepada keberanian atau mengambil keputusan.

 

                Melalui jurnal pada kali ini, saya akan lebih menekankan mengenai perasaan marah. Perasaan marah adalah suatu keadaan emosi yang diransang oleh perasaan ketidakpuasan hati, apabila berada dalam keadaan sakit, dalam kesusahan, stress, mungkin juga didorong oleh perasaan kecewa mahupun apabila diri terasa terancam. Marah juga boleh terbit apabila diri terasa diabaikan, dan demi untuk menuntut keadilan terhadap diri sendiri. Kemarahan boleh diekspresikan melalui 2 cara iaitu, secara aktif mahupun pasif. Ekspresi marah secara aktif adalah apabila seseorang itu dengan lantangnya menunjukkan perasaan marah secara verbal mahupun fizikal. Contohnya adalah, apabila seorang pengarah projek memarahi anak buahnya yang tidak melakukan kerja, dia mungkin menghentak meja dengan fail dengan tujuan menunjukkan perasaan marah yang tidak terperi dan menggunakan nada yang tinggi, dan keras. Namun, manusia dilahirkan berbeza, ada juga individu yang mengekspresikan marah mereka secara pasif, seperti berdiam diri dan hanya menunjukkan ekspresi muka yang tegang. Contoh terbaik yang dapat saya lihat ialah melalui sikap ayah saya. Ayah saya adalah seorang yang sangat sukar untuk menunjukkan ekspresi yang sedang beliau alami. Justeru itu, apabila ayah saya sedang marah, perubahan yang dapat saya lihat adalah, mukanya menjadi sedikit kemerah-merahan, tiada senyuman di bibir, telinganya juga bertukar merah, dan beliau akan lebih senang untuk senyap sepanjang hari. Sebagai isteri, ibu saya amat memahami keadaan tersebut dan apabila ibu saya menyedari ayah saya sedang marah, ibu saya akan cuba memujuk ayah saya dengan cara yang paling lembut, sama ada memujuknya dengan memasak makanan kegemaran beliau, ataupun, bergurau dengan nada yang menghiburkan. Pada pendapat saya, seseorang yang sedang marah, kita perlu memberi mereka masa untuk kembali rasional, ini kerana, saya mempunyai pengalaman berinteraksi dengan orang yang sedang marah, malah saya sendiri pernah mengalami perasaan tersebut. Apabila sedang marah, tahap rasional diri kita berada di paras yang sangat tidak stabil, justeru itu, kita mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang sebenarnya kita tidak maksudkan, dan seterusnya, menyebabkan pergaduhan itu berlanjutan dan sukar untuk memulihkan keadaan. Apabila pasangan yang berkahwin contohnya, berlaku kes orang ketiga di mana, si lelaki sedang berfoya-foya dengan wanita lain, perkara yang mungkin berlaku apabila si wanita mendapat tahu adalah, mengularkan kata-kata nista, dan akhirnya akan menyebabkan si wanita meminta cerai. Perlu kita tahu bahawa, bagi seorang lelaki, memang dikenali sebagai "mulut manis", mungkin wanita tertarik kepada pekertinya yang baik dan penyayang. Malah, berdasarkan pemerhatian saya, lelaki yang telah berkahwin, ataupun pernah mempunyai pasangan, jiwa mereka lebih lembut dan mereka lebih memahami wanita. Mungkin pada mulanya, si lelaki masih lagi sayangkan isterinya, cuma masih ingin berkawan dengan wanita yang lain untuk kepuasan diri, tetapi, didorong oleh perasaan marah, apabila isterinya telah meminta cerai, pergaduhan di antara mereka sudah pastinya berlanjutan sehingga menyebabkan hubungan yang sebenarnya masih boleh diselamatkan menjadi retak dan akhirnya berlaku penceraian. Oleh sebab itu, pengawalan emosi pada ketika anda sedang marah adalah sangat penting, kerana, perkara yang tidak diingini mungkin berlaku apabila diri tidak dikawal dengan baik. Pepatah melayu ada mengatakan bahwa "api yang sedang marak, jangan disimbah dengan minyak,", ibaratnya, orang yang sedang marah, jangan di tambah-tambah, biarkan mereka "sejuk" dahulu atau dipanggil sebagai wind-down phase. Apabila keadaan telah kembali normal, duduklah dan berbincang dalam keadaan yang tenang, dan jika kita dapat mengawal emosi dengan baik, bukan sahaja kita dapat menyelamatkan keadaan yang genting, malah, kita juga dapat mendidik diri kita menjadi lebih sabar, lebih berdisiplin. Malah Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda bahawa, "Orang yang paling kuat bukanlah orang yang dapat mengawal orang-orang dengan kekuasaannya, akan tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal dirinya dalam keadaan sedang marah,". Ini kerana, sebenarnya apabila kita sedang marah, syaitan akan lebih menghasut kita untuk marah melebihi keadaan yang sebenarnya, lantaran itu, orang yang berjaya mengawal marahnya, adalah orang-orang yang kuat kerana mereka berjaya melawan godaan syaitan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T.

 

                Sebagai konklusi, apabila kita menghadapi keadaan yang menyebabkan kita marah, terdapat 4 langkah penting yang boleh kita jadikan panduan; iaitu langkah pertama; kita perlu mengakui bahawa diri kita berada dalam keadaan marah. Langkah kedua, kita perlu menilai sama ada situasi pada masa tersebut sesuai atau tidak untuk kita meluahkan kemarahan. Kemuadian, sekiranya, kita rasa keadaan tersebut sesuai untuk meluahkan perasaan marah, nilaikan sama ada kita perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Setelah kita bertindak, reflex kembali apa yang telah kita alami dan tidakan yang telah kita ambil untuk tujuan membaiki diri. Walau apa sekalipun perlu kita ingat bahawa, kemarahan, bermasam muka sesama insan, menyalahi insan lain, bergaduh, memaki hamun adalah perkara yang sangat tidak baik, malah akan menyebabkan motivasi diri turun. Adlah lebih baik, kita gantikan perasaan dan emosi negatif tersebut kepada sesuatu yang lebih positif kerana, bukan sahaja menggembirakan diri kita sendiri, malah akan memberi kesedaran yang baik kepada orang lain. "Jadilah seperti pohon yang berbuah, walau di baling dengan batu, akan tetap dibalas dengan buah,". Balaslah kejahatan dengan kebaikan, nescaya, kita akan merasa kenikmatan melakukan perkara yang positif dan mewujudkan persekitaran yang lebih membahagiakan. Sekian.

No comments:

Post a Comment