Saturday, August 13, 2011

A131415 Isaac Tan Yieng Ler L03 Emosi Negatif

Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan semua rakan rakan, usalan ini merupakan jurnal ketiga saya untuk khusus ZT2253 Pengurusan Emosis. Pada hari Rabu yang lepas, kuliah yang disampaikan kepaa kami bertajuk "Emosi Negatif – Takut, Malu, Sedih dan Marah".  Kuliah dimulakan dengan tayangan video yang berkenaan dengan tajuk kuliah. Video tersebut mengandungi muzik meniru rentakan lagu "Baby" oleh Justin Bieber, tetapi liriknya diubahsuaikan kepada bahasa Malaysia dan mengutamakan "ummi" atau ibu sebagai watak utama lagu. Melalui video ini, saya dapat merenungkan jasa ibu yang telah mendorongkan saya mencapai yang yang saya dapat capai pada masa ini. Saya berasa sedih kerana sudah lama tidak berhubungi dengannya. Perasaan kesal dan sedih menyebabkan saya ingin meminta maaf terhadap ibu saya kerana lama tidak meluangkan masa dengannya.

Selepas itu, kami memulaikan tajuk kuliah hari ini dengan perbincangan emosi berunsur negatif. Sebagai penyeimbangan terhadap emosi positif, manusia yang kompleks ini dapat menghasilkan dan merasa emosi yang berkontra tinggi dalam masa yang singkat. Pada pendapat saya, emosi negatif merupakan emosi paling primatif dalam kehidupan manusia kerana kami telah mula takut dan marah apabila saat pertama kami dilahiri, dengan jeritan yang kuat and air mata yang banyak. Emosi-emosi tersebut boleh menjadi reaksi semula jadi oleh seseorang terhadap cabaran hidup dan mampu mendorong seseorang untuk membuat sesuatu aksi untuk mengurangkan faktor yang mencetuskan emosi negative itu atau mendorong seseorang untuk menyerah kepada cabaran.

Dengan apa yang saya baca sebelum kuliah, saya dapat mengetahui dari buku Aristotle, emotions, and education (Kristján Kristjánsson) bahawa Aristotle menasihatkan bahawa kami perlu melupakan semua emosi negatif, tetapi pengarang member usalan bahawa emosi negatif adalah diperlukan untuk menciptakan paranoia dan semua penyimpangan dari realitas yang menyertai. Emosi negatif memaksa kami berfikir waras dan berwaspada apabila melakukan kerja. Di samping itu, kemunculan emosi negatif memberi peluang untuk seseorang individu untuk belajar atau menambahbaik jati dirinya serta membatasi kemampuan kita menciptakan pilihan kreatif dan lentur untuk mengatasi tantangan di depan.

Emosi pertama yang dibicarakan merupakan emosi "Takut". Menurut kuliah ini takut merupakan emosi yang dijanakan apabila kita berada di keadaan yang bahaya dan kerisauan, terutamanya kami dimaksa untuk memberi tindak balas untuk menyelamatkan diri sendiri dalam situasi bahaya.  Contohnya, apabila kami mendekati masa peperiksaan akhir semester, kami berasa takut jika tidak habis membaca semua yang diajar. Hal ini demikian kerana kita kurang keyakinan dan risau sesuatu yang tidak diharapi seperti terlupa fakta untuk menulis jawapan peperiksaan. Oleh itu, ketakutan ini menyediakan kita untul menghadapi perkara perkara yang tidak disangka. Ketakutan biasanya akan detunjukan. Gejala-gejala dibahagikan kepada Physiological/Somatic Symptoms Physiological/Somatic Symptoms, Emotional Symptoms, Cognitive Symptoms dan Behavioral Symptoms. Gejala ini merupakan reaksi simpathetik dari system saraf autnomik badan kami, iaitu mulut kering, diare, pusing, sakit perut, ingin pipis. merinding, ketegangan otot, jantung berdebar, tekanan darah meningkas dan nafas cepat. Yang kedua Emotional Symptoms seperti ketakutan,gelisah, merasa diawasi, merasa diteror.Seterusnya,Cognitive Symptoms meurpakan kekuatiran yang tidak realistis bahwa sesuatu yang buruk sudah dan akan terjadi,sukar berkonsentrasi, ketakutan kehilangan kontrol, ketakutan akan mati, kewaspadaan yang berlebihan.Selain itu, Behavioral Symptoms merupakan perbuatan ataupun sikap individu untuk menunjukkan ketakutan iaitu aksi kelarian, pengelakan, perbuatan agresi, ketidakmampuan dalam fungsi bicara & motorik, ketidakmampuan di bidang-bidang kognitif yang kompleks. Ketakutan ini merupakan emosi negative kerana kadang kala ia akan menghalangkan kita daripda mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut akan risikonya dan kegagalan. Jadi, tidaklah dapat kita mencapai sesuatu yang lebih lagi tetapi berada sejauh mana kita yang berada sekarang ini.


Seterusnya, kami diperkenalkan dengan emosi malu. Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Semua orang yang berfikiran waras mempunyai perasaan malu. Namun begitu terdapat pandangan yang berbeza untuk setiap masyarakat. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu. Saya dapat baca satu kajian daripada "Journal of Applied Psychology" dengan tajuk "Culture moderates the self-regulation of shame and its effects on performance: The case of salespersons in the Netherlands and the Philippines" bahawa  perasaan malu adalah tindak balas automatik yang tidak sukarela kegagalan peribadi yang disebabkan oleh diri sendiri. Kegagalan ini adalah berbanding dengan harapan diri sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa malu adalah emosi sosial yang melibatkan kesedaran diri. Kajian ini mengkaji kesan malu pada jurujual di Holland yang budaya individualistik dan Filipina yang budaya kolektivistik. Mereka mendapati bahawa pengalaman buruk dengan para pelanggan mampu menyebabkan para jurujual berasa malu dalam kedua-dua budaya. Walau bagaimanapun, akibat kepada kejadian ini adalah bertentangan dalam kedua-dua budaya yang dikaji, iaitu perasaan malu akan menyebabkan jurujual Belanda untuk menarik balik dan untuk melaksanakan tugas mereka dengan teruk, kerana mereka berfikir lebih untuk mempertahankan diri. Namun begitu jurujual Filipina yang berasa malu  yang sama akan menyebabkan mereka meletakkan lebih banyak usaha dalam membina hubungan dan seterusnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih dedikasi.


Bagi emosi sedih dan marah pula, sedih merupakan salah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, dan muncul akibat penderitaan kerana luka, derita dan sakit. Kebiasaanya, kita akan menangis sebagai tindaqk balasnya.  Tanda-tanda sedih termasuklah tunduk kepala dan fizikal aktiviti yang lambat dan tidak bermaya. Sebab kesedihan boleh di bahagi kepada tiga, iaitu secara fungsi, motivasi dan keupayaan. Menurut Forgas(1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, serta memerlukan proses informasi yang lebih tepat. Isen(1984) pula menjelaskan kesedihan motivasi yang kesedihannya menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak usaha untuk mengubah situasi negatif yang dihadapi. 

Emosi marah adalah emosi yang paling sering muncul dalam pembicaran sehari-hari kerana masyarakat umumnya mengidentikan istilah "emosi", "beremosi" dengan kemarahan. Kemarahan pula merupakan satu tindakan psikofisiologikal kepada kesakitan yang dianggap sebagai kesengsaraan atau tekanan negatif.  Menurut pandangan Islam, kemarahan merupakan satu tanda kelemahan.,Marah digambarkan sebagai satu kekuatan jahat yang memaksa individu untuk melakukan hal-hal yang tidak masak akal. Hal ini dapat dilihat ketika Nabi Musa a.s. sedang marah, baginda mencampakkan kitab-kitab dan menarik kepala saudaranya. Namun selepas kemarahannya reda Nabi Musa mengutip semula kitab tersebut. Disini dapat dilihat dengan jelas akan perbezaan antara kedua-dua perbezaan situasi tersebut. Ekspresi emosi marah yang dipaparkan dalam Al-Quran termat variatif, mulai ekpresi dalam bentuk perubahan raut dan air muka, dalam bentuk verbal atau dalam bentuk tindakan. Selain itu,  menurut artikel Al-Islam  Februari 2011,  Firman Allah s.w.t. menyatakan bahawa "Orang-orang yang bertakwa ialah orang  yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun  sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita bahawa kekuatan itu dapat dilihat pada ketenangan diri, dan bukanya kemarahan yang tidak terkawal.


Kesimpulannya, emosi negatif mampu membawa kesan buruk kepada kami jika kami tidak mengawali mereka. Emosi takut, malu, sedih dapat menghalangkan kita dalam mencuba tetapi tanpa mereka, kami juga akan tidak prihatin dan mula bermaharajrela di hati dan membuat perbuatan yang tidak senonoh kepada diri dan orang lain.
Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment