Pada 10th August 2011, kami telah menghadiri kuliah yang bertajukkan Emosi Negatif: takut, malu, sedih dan marah dan kuliah Teori Adaptasi.
Sebelum kuliah bermula, pensyarah telah mempaparkan sebuah slide show berkaitan dengan bagaimanakah sikap seseorang indvudual dan masyarakat, mahupun negara dalam menentukan kekayaan dan kemiskinan. Sebenarnya, kekayaan tidak hanya disebabkan oleh kekayaan alam sumber tetapi disebabkan oleh sikap individual dan sesebuah masyarakat dalam mengusahakan sebuah industri. Contohnya, Negara Jepun, sebuah negara yang kebanyakan terdiri daripada gunung-gunung (80%), sering diserang gempa bumi dan bencana alam, namum, mereka berkemampuan menjadi sebuah negara kuat yang kaya dari segi ekonomi mahupun intelektual. Selain itu, mereka juga merupakan importer bahan asli antara yang terbesar dan menjadikan bahan-bahan asli tersebut sebagai hasil elektronik dan seterusnya menjadi exporter terbesar dari segi quantiti dan qualiti bahan elektronik. Selain itu, Negara Singapura sebuah negara yang sangat kecil dari geografinya, tidak mempunyai sebuah ladang kelapa sawit, namun, mereka adalah negara export terbesar bagi hasil refinary kelapa sawit di dunia. Begitu juga, merupakan portal utama minyak pretroleum di seluruh Asia Tenggara.
Seterusnya, kuliah dimulakan dengan tajuk emosi negatif: takut, malu, sedih dan marah. Kuliah hari ini menyatakan bahawa 4 emosi ini adalah negatif dan mudah dikenalpasti oleh orang sekeliling.
Perasaan pertama, iaitu takut adalah sebuah tindak balas terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bahaya. Begitu juga, ia berkaitan dengan emosi bimbang dan perasaan yang berkaitan. Reaksi takut juga merupakan satu mekanisme untuk kelangsungan hidup apabila berlakunya situasi negatif. Antara sebab-sebab bermulanya perasaan takut adalah kerana kesan trauma, contohnya jika seseorang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang sangat serious, maka seseorang tersebut akan berasa takut akan memandu malah mungkin akan melahirkan rasa takut mendekati jalan raya yang sibuk. Selain itu, contoh dari lecturer adalah jika seseorang pernah jatuh dalam perigi yang gelap dan sempit, kemungkinan perasaan takut akan keadaan gelap (claustrophobia) dan takut akan air (hydrophobia) akan berkekalan dalam mangsa tersebut. Manusia senang terpengaruh dengan rasa takut, menyebabkan seseorang menurut kata-kata orang lain tanpa mengingati keselamatan diri. Perasaan takut, adalah satu reaksi instinctive dan bukan dirancang secara sedar oleh seseorang, malah tidak mudah dikawal jika reaksi tersebut telah terlahir dalam individual tersebut.
Perasaan malu pula, adalah perasaan yang berlaku dan dirasai apabila berlakunya sesuatu yang tidak diterima oleh orang ramai tidak kira adalah dalam pekerjaan atau masyarakat. Perasaan ini melibatkan maruah dan air muka seseorang dan sering kali perasaan malu tersebut juga disebabkan oleh kelakuan yang tidak diterima secara socialnya tetapi adalah betul dari segi moral. Misalnya, jika seseorang tersilap pakai stoking (sarung kaki) yang berlainan warna secara tidak sengaja, maka akan menjadi bahan lawak orang sekeliling. Namun, sebenarnya kesilapan tersebut adalah tidak salah kerana kemungkinan kesilapan tersebut berlaku kerana kesuntukan masa sebelum keluar dari rumah menuju ke destinasi tertentu. Perasaan malu juga dibahagikan kepada personal dan professional. Personal, adalah disebabkan oleh kesilapan diri atau apabila orang ramai menumpukan perhatian pada hal-hal peribadi diri. Manakala professional, melibatkan kesilapan dalam pekerjaan sepertilah salah guna kuasa.
Perasaan sedih pula merupakan suatu reaksi natural, perasaan kerugian dan kehilangan dan akan membawa kepada kemurungan dan perlu diintervensi oleh pakar. Seseorang yang sedih mudah dikenal pasti, sepertilah seseorang akan menjadi pendiam, tidak bermaya, tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri dari orang ramai atau rakan yang sering berkeliling dengan mereka. Malah, seseorang akan mencederakan diri dan dengan lebih extreme lagi, akan membunuh diri jika keimanan diri tidak kuat. Forgas, 1992 pernah menyatakan bahawa orang yang sedih akan proses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan. Tanda-tanda turut termasuklah muka tunduk, badan condong kedepan, bibir ke dalam dan pergerakan perlahan dan lemah. Dengan ini, identifikasi seseorang yang sedih adalah mudah dan sebenarnya ada sesetengah standard. Begitu juga, mereka yang sedih memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproseskan maklumat dengan tepat jikalau dibandingkan dengan orang yang gembira.
Akhirnya, perasaan marah, akan diekspresikan secara aktif dan pasif. Perasaan marah yang aktif adalah seperti serangan verbal atau fizikal serta menyebabkan reaski-reaksi yang extreme. Manakala, kemarahan pasif terlibatlah muka masam, tidak mempedulikan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Dari segi fisiologi manusia, emosi marah adalah dikawali oleh cortex dalam otak kita dan juga bertugas untuk berfikir. Sebenarnya, kemarahan yang semakin menuncak akan sampai satu titik tertinggi dan akan kembali normal setelah jangka masa yang panjang. Maka, seseorang adalah sukar untukkawal emosi dan hanyalah jangka masa panjang akan memadaikannya. Biasanya, pemikiran dan pendapat tidak rasional akan dilakukan.
Dalam perspektif ajaran buddhism, kemarahan itu akan menyebabkan seseorang kehilangan rasional, dan sering kali kita akan melakukan kesalahan. Maka, kita harus sabar, dan sering harus melepaskan masalah-masalah yang akan membimbangkan diri dan menyebabkan diri marah kerana hanya dengan ini, kita akan mendapat kelepasan dan keselesaan minda serta dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
Antara langkah-langkah untuk mengawal kemarahan adalah:
- Mengakui hakikat
- Menilai sama ada situasi sesuai untuk meluahkan kemarahan atau tidak
- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, meluahkan kemarahan dengan pendekatan langsung atau tidak langsung
- setelah bertindak, imbas kembali akan tindakan diri untuk pembaikan diri.
Dengan ini, kemarahan akan bertambah kebolehan dalam kawalannya serta kawalan emosi negatif. Begitulah tamatnya kuliah berkenaan dengan emosi negatif.
Seterusnya adalah kuliah teori-teori adaptasi. Manusia bertindak balas terhadap stimulasi-stimulasi. Contohnya orang yang biasa dengan keadaan bising, maka mereka dapat adaptasi di mana-mana suasana bising tetapi jikalau seseorang biasanya sunyi, biarpun di jalan raya atau tempat-tempat yang berorang ramai, orang tersebut akan berasa bising.
Di samping itu, manipulasi gaji juga memerlukan adaptasi tinggi. Apabila gaji meningkat, begitu juga dengan adaptasi akan meningkat. Kita akan meningkatkan adaptasi dengan menggunakan wang lebihan dalam barangan-barangan lain yang tidak diperlukan tetapi dikehendaki, maka, adaptasi akan meningkat juga. Seterusnya kita tidak akan berasa gembira lagi sehingga gaji meningkat lagi. Hal demikian turut berlaku pada akedemik, tubuh badan yang sihat, material dan sebagainya. Secara ringkasnya, adaptasi selalunya dalam keadaan neutral atau titik neutral sehinggalah terdapat stimuli untuk meningkatkan atau menurunkannya.
Teori-teori berlawanan Solomon menunjukkan bahawa emosi bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga jangka pendek. Emosi turut adalah berpasangan dan saling berlawanan. Apabila satu emosi berlawanan, satu lagi akan bertahan.
Akhir kata, adaptasi adalah terpulang kepada stimuli dan adaptasi turut penting untuk mengawal emosi termasuklah emosi negatif.
No comments:
Post a Comment