Saturday, August 13, 2011

PHUAH JOU NING A131725 LJ03- EMOSI NEGATIF

PHUAH JOU NING A131725 LJ03- EMOSI NEGATIF

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua. Jurnal ini merupakan jurnal ketiga bagi semester ini. Pada 10 Ogos, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang keempat. Kuliah pada hari itu amat menarik perhatian saya kerana kuliah pada hari tersebut bermula dengan tayangan video oleh Dr.Zamri. Video yang pertama mengisahkan pengorbanan seseorang ibu melalui lagu 'Ummi' yang liriknya diubah daripada lagu ' Baby' yang dinyanyi oleh Justin Bierber. Liriknya amat kreatif dan bermakna yang mengisahkan kepentingan ibu dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Dr. Zamri telah menyanyikan lagu tersebut dalam kuliah supaya kita dapat lebih menghayati lagu itu. Video yang kedua pula bertemakan peperangan dan kesannya. Video ini amat menyayat hati saya kerana saya dapat merasakan kepiritan dan keseksaan yang dihadapi oleh mereka. Peperangan telah membawa kematian yang melambak banyak kerana mereka membunuh tanpa berhati perut. Perasaan sedih jelas dilihat melalui video ini. Video ini amat berkaitan dengan tajuk kuliah pada hari iaitu emosi negatif.

Emosi negatif dapat dibahagi kepada empat komponent iaitu takut, sedih, malu dan marah. Emosi negatif merupakan emosi yang tidak baik kerana ia akan menghalang kita untuk menikmati kebahagiaan. Emosi pertama yang dihuraikan oleh pensyarah ialah emosi takut. Takut didefinisikan sebagai satu respon kepada situasi bahaya yang berkaitan dengan kebimbangan. Perasaan takut juga merupakan satu reaksi badan kita yang bertujuan keselamatan apabila kita bertembung dengan situasi merbahaya. Perasaan takut menyebabkan kita melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri contohnya apabila kita dikejar oleh penjahat. Trauma yang dihadapi semasa waktu kecil juga merupakan salah satu aspek takut. Contohnya, seorang kanak-kanak akan berasa takut pada air "hydrophobia" setelah hampir dilemaskan dalam lautan. Manakala," claustrophobia" merupakan perasaan yang takut apabila berada di ruangan yang sempit. Setiap orang takut pada objek yang berbeza. Sesetengah orang takut pada lebah kerana pernah disengat. Sesetangah orang pula takut pada lipas dan hantu. Bagaimanakah ekspresi muka sesorang apabila dia dalam ketakutan? Menurut Dr.Zamri, seseorang yang berada dalam ketakutan  akan mempunyai ekspesi muka seperti berikut, sebelah mata yang kelihatan besar  dan anak mata yang berkembang. Seterusnya, bibir atas akan kelihatan naik, dahi dikerutkan yangkan a membawa kening mata ke dalam dan bibirnya akan ditarik secara melintang. Seseorang yang berada di dalam keadaan takut juga akan menjadi agresif kerana peningkatan hormon adrenaline di dalam badan yang menyebabakannya berkelakuan agresif dan begang.

Seterusnya, emosi negatif yang kedua ialah perasaan malu. Definisi malu ialah perasaan segan yang tidak selesa semasa dalam pergaulan sosial ataupun perbuatan yang tidak senonoh dilihat oleh orang lain. Perasaan malu turut disebabkan oleh kehilangan penghormatan dan maruah seseorang. Namun begitu, tahap perasaan malu bergantung kepada situasi. Perasaan malu dapat dikatogori kepada dua iaitu personal embarrsement dan professional embarrasement. Personal Embarassment ialah malu yang berkaitan  dengan perbuatan diri sendiri contohnya ditangkap menipu, melakukan kesalahan ataupun kalah dalam sessbuah perlawanan. Seseorang yang berasa malu biasanya akan berasa gelisah, cemas, tersipu-sipu dan berpeluh. Kadang-kadang seseorang itu akan cuba untuk memendamkan perasaan malunya dengan bersenyum atau ketawa.  Malu profesional pula ialah perasaan malu yang berkaian dengan profesional seseorang. Contohnya, seseorang pegawai akan berasa amat malu setelah perbuatan mengelapkan duit syarikat terbongkar. Hal ini disebabkan dia tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Malu professional juga boleh dilihat apabila tabiat buruk seseorang artis yang terkenal diketahui ramai.

Perasaan sedih merupakan reaksi sesesorang apabila menghadapi kerugian dan kehilangan. Perasaan sedih yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit 'depression'. Seseorang yang depress memerlukan bantuan professional untuk meneruskan kehidupannya secara normal. Kebiasaanya, orang yang sedang bersedih akan kurang bercakap, kelihatan tidak bertenaga dan mengasingkan diri sendiri daripada orang lain. Antara tanda-tanda seseorang yang sedang bersedih ialah, menunduk  mukanya,  mencondong badan ke hadapan, bibir ke dalam, fizikal yang lemah dan pergerakan yang lambat. Kita sepatutnya sensitif terhadap orang yang bersedih supaya kita dapat memujuk dan menceriakan mereka. Kita tidak sepatutnya memendamkan perasaan sedih dalam hati terlalu lama kerana bimbang akan berlarutan dan menyebabkan kita depress.  Orang yang sedih perlu prosess maklumat dengan lebih perlahan dan kurang tepat (Forgas, 1992,1994). Mereka memerlukan sumber kognitive yang lebih untuk memproseskan maklumat dengan tepat berbandingan dengan orang yang gembira. La Takzan memujuk kita supaya tidak bersedih dengan berkata "Wahai masa depan, engkau masih dalam kegaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, karena esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

 

Selain itu, saya juga mempelajari perasaan marah pada kuliah hari itu. Perasaan marah  ialah satu emosi psikofisiological terhadap kesakitan, kesusahan ataupun stress dan ancaman. Perasaan marah boleh diekspes secara aktif atau pasif.  perasaan marah yang diekspress secara aktif ialah seseorang yang marah akan menunjukkan perasaan marah secara verbal dengan memarahi orang yang menimbulkan kemarahan mereka. Biasanya, seseorang yang marah tidak dapat mengawal emosinya dangan rasional. Oleh itu, peraaan marah yang aktif mungkin dapat menimbulkan pergaduhan yang amat serious. Manakala perasaan marah pasif pula dikatogorikan sebagai perasaan marah yang dipendamkan. Perasaan marah boleh timbul apabila kita diberi layanan yang tidak adil, kawan-kawan yang mungkir janji dan sebagainya. Menurut agama Islam, perasaan marah merupakan kelemahan. Oelh  itu, bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:

Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.

Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.

Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.

Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

Langkah-langkah ini dapat membantu kita untuk mengatasi perasaan dan dapat membuat keputusan yang lebih rasional selepas perasaan mearah kita sudah reda.

 

Selepas kuliah ini, pensyarah telah memberi kuiz. Walaupun soalan yang diberi amat mencabar,  kumpulan saya dapat memperolehi lapan belas soalan yang betul daripada sembilan belas soalan. Melalui kuiz ini, pengetahuan saya terhadap kuliah ini telah diperkukuhkan. Kuiz ini memberi saya keyakinan untuk menghadapi peperiksaan subjek pengurusan emosi yang akan datang. Secara kesimpulannya, emosi negatif ialah emosi yang tidak baik. Kita perlulah sentiasa mengingatkan diri kita sendiri supaya kita mengawal emosi kita dengan baik terutamanya emosi marah.

 

No comments:

Post a Comment