Assalamuailaikum dan salam sejahtera.Alhamdullilah,kali ini saya telah berpeluang untuk menulis bagi jurnal saya yang ketiga bagi tajuk kuliah yang ketiga pada 10 Ogos 2011 yang lalu iaitu 'Emosi Negatif','Teori Aras Adaptasi' dan 'Teori Solomon'.Kuliah pada kali ini hanya melibatkan tiga aktiviti utama iaitu tayangan video,tajuk kuliah dan kuiz bagi tajuk kuliah yang lepas dan tidak melibatkan sebarang pembentangan. Permulaan kuliah kami disajikan dengan dua video menarik iaitu video nyanyian lagu Justin Bieber yang telah diubahsuai berkisar tentang seorang anak yang meluahkan perasaannya kepada umminya dan seterusnya adalah video berkisar tentang konflik di Timur Tengah,Palestin terutamanya nyanyian kumpulan Ireland Outlandish. Terlebih dahulu izinkan saya mengulas mengenai tayangan video tersebut.Pada pendapat saya,jasa seorang ibu adalah amat besar dan tidak mungkin akan terbalas oleh kita meskipun kita melakukan apa saja.Mari sama-sama kita singkap kembali sejarah 1400 tahun lalu,ketika di zaman Rasuluallah s.a.w ketika bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya.Selepas selesai tawaf Rasuluallah s.a.w bertanya kepada pemuda tersebut,"Kenapa bahumu itu?' Jawab pemuda itu,"Ya Rasuluallah, saya dari Yaman.Saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur.Saya sangat mengasihinya dan saya tidak pernah melepaskannya.Saya hanya berpisah dengan ibu saya semasa saya ke bilik air,semasa mengerjakan solat,atau semasa saya berehat.Selebihnya saya selalu mendukungnya di bahu saya." Kemudian pemuda itu bertanya,"Ya Rasuluallah,apakah aku sudah tergolong dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?" Nabi S.A.W sangat terhar dengan pengakuan pemuda tersebut,lalu Baginda memeluknya sambil bersabda ,"Sungguh Allah redha kepadamu,kamu anak yang soleh,anak yang berbakti.Tetapi anakku,ketahuilah cinta orang tua tidak akan terbalas dengan pengorbanan dan kebaikkanmu." Subhanallah,begitulah sedikit kisah yang boleh kita sama-sama jadikan pengajaran dalam kita meniti kehidupan sebagai seorang anak.Kita sama-sama ambil iktibar yang paling berharga bahawa kasih sayang dan cinta seorang ibu tidak akan pernah terbalas dan tidak terhingga nilainya dengan apapun walaupun ia segunung intan dan permata. Perjuangan seorang ibu untuk anaknya sungguh luar biasa.Kuasa cinta itulah yang mendorong kasihnya ibu kepada anaknya!Bahkan doa dan munajat ibulah yang tidak pernah putus-putus mendoakan kesejahteraan untuk anaknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah dan rasa bahagia untuk berbakti di jalan Allah seperti para syuhada Abdullah bin Abu Bakar As-Siddiq,Umar Al- Khattab dan Zubair Al-Awwam(pembantu Rasuluallah).Ini adalah sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Sekarang izinkan pula saya mengulas mengenai tayangan video yang seterusnya berkisarkan konflik di Timur Tengah.Jika kita ingin menyingkap sejarah terorisme dunia pasti pihak yang dangkal pemikirannya menjadikan Islam sebagai prekursornya sedangkan Islam itu sendiri menolak kezaliman.Sepanjang sejarah,ketika Islam membuka negara-negara yang bukan Islam,kita akan dapati setiap pemimpinnya akan berwasiat agar tentera-tenteranya berlaku adil terhadap musuh yang ditentangi.Antaranya mereka berwasiat supaya tidak membunuh orang tua yang tidak melawan,wanita dan kanak-kanak.Sehingga seorang penulis buku sejarah tamadun telah menukilkan: "Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,pembukaan negara-negara yang tenteranya lebih rahmat daripada tentera Islam." Fakta ini adalah satu hakikat yang nyata,bukan sebagaimana dakwaan sekumpulan cetek ilmu dan akalnya seperti rejim Zionis,Amerika dan juga sekutunya.Bahkan mereka sendiri yang melakukan pencabulan dan kezaliman ini apabila menyerang dan menakluk umat Islam seperti menjatuhkan hukuman gantung pada hari raya,menganiayai tawanan,mencampak mayat tawanan ke laut,mencabul para wanita dan sebagainya.Rejim Zionis nyata lebih bersikap melampau dalam memenuhi matlamat mereka untuk membina kembali Heykal Sulaiman tanpa mempedulikan adakah cara mereka itu menghalalkan matlamat mereka.Mereka menceroboh hak rakyat Palestin yang dahulu mereka dengan angkuhnya mendustakannya.Mereka meletakkan nama Israel di peta dunia dengan cara yang paling keji,kotor dan tidak bermaruah. Izinkan saya berkongsi sekadar pembacaan ringkas daripada buku bertajuk 'La lil Irhab,Na'am lil Jihad'-Menyingkap Terorisme Dunia nukilan As'ad As-Sahamrani.Dalam buku ini menjelaskan serba sedikit siapakah sebenarnya teroris dan siapa objeknya dimana ia sangat bergantng kepada pihak mana yang mampu mempengaruhi masyarakat umum untuk meyakininya.Kekejaman Zionis menyebabkan pihak yang tertindas terlihat sebagai teroris walau sebenarnya dipihak yang benar.Contohnya rakyat Palestin yang ditindas di Bumi sendiri. Mereka dituduh sebagai teroris kerana jihad mempertahankan negara dan diri.Ironinya,Zionis pula yang mendapat simpati bilamana ada tenteranya yang terkorban kononya mereka mangsa terorisme.Jika dilihat sendiri kepada skala sekiranya seorang tentera Yahudi yang terbunuh pasti mereka akan membalas dengan 100 orang rakyat biasa Islam yang bakal dibunuh.Siapakah yang sebenarnya melampau sekarang?Siapakah yang tidak meletakkan emosi di lokus yang sepatutnya?Barangkali saya benar-benar rasa lucu dengan paradigma yang dipegang kuasa veto dunia sekarang. Dalam satu dalil hadith yang disertakan dalam buku ini: Abu Sa'id Al-Khudri RA menceritakan bahawa ada seseorang datang dan bertanya,"Siapakah orang yang terbaik?"Rasuluallah SAW menjawab ,seorang mukmin yang berjihad dengan diri dan hartanya di jalan Allah.(HR Muslim) Dalam menyingkap terorrisme dunia ini kita bukan sahaja akan mengemukakan bahawa Zionis memiliki kepentingan politik dan dendam,tapi yang utama adalah berakar dari ideologi keagamaan yang sangat kuat. Kini jika ingin dikupas pula berkaitan tajuk kuliah melibatkan 'Emosi Negatif' secara ringkasnya ia dapat dibahagikan kepada empat jenis takut,malu,sedih dan marah.Semua perasaan ini jelas dipaparkan dalam satu daripada tayangan video. Perasaan takut itu dapat ditafsirkan sebagai tindakbalas emosi yang terhasil daripada rasa bahaya berkaitan dengan perasaan gelisah.Ia juga boleh terhasil daripada tindak balas sebagai ikhtiar hidup dalam rangsangan negatif yang spesifik.Ia juga boleh wujud hasil daripada trauma seperti dalam kes claustrophobia dan hydrophobia.Rasa takut boleh muncul apabila seseorang itu takut jika kehilangan kuasa dan pengaruh.Manusia amat mudah terpengarh dengan rasa takut dan hasilnya boleh melibatkan pelbagai tindakbalas yang bersifat sederhana sehinggalah tahap ekstrem. Contohnya rasa takut yang dihadapi oleh saudara seIslam kita di Timur Tengah yang setiap hari diacukan senjata walaupun pada kanak-kanak kecil yang hanya ingin melintas pergi ke sekolah untuk belajar.Mereka tidak takut kekuatan senjata tentera Yahudi tetapi mereka takutkan masa depan mereka tanpa mendapat kemudahan ilmu yang sepatutnya bagaimana untuk mereka bangkit memperjuangkan hak mereka kembali?Mereka tidak takut akan kereta kebal dan peluru berpandu Yahudi tetapi mereka bimbang kalau lafaz syahadah dari bayi-bayi Palestin itu yang diragut.Tetapi Yahudilah yang takutkan kesatuan dan kebangkitan umat Islam lantas mendorong mereka menindas umat Islam.Sekadar memetik kata-kata Ir Ahmad Jais Alias kolumnis 'cerna minda' Majalah Solusi edisi ke 33, "Perjuangan itu dirancang oleh orang alim,digerakkan oleh mereka yang ikhlas,diperjuangkan oleh sang pemberani dan dinikmati oleh si pengecut" Emosi seterusnya adalah malu .Malu adalah satu perasaan ketidakselesaan yang wujud hasil daripada pengalaman melibatkan perbuatan yang mungkin tidak diterima secara sosial dan profesionalnya.Kebiasaanya seseorang akan berasa seperti kehilangan maruah tetapi ia bergantung kepada situasi semasa.Malu boleh diklasifikasikan kepada personal dan professional. Pada pendapat saya,perasaan malu itu perlu cuma perlu tepat pada tempat dan waktunya. Jika ingin dikisarkan tingkah laku malu dalam kehidupan seharian kita yang biasa berlaku seperti sekiranya kita salah menjawab soalan yang diberikan guru atau tersalah memakai baju itu hanyalah sekadar perbincangan yang melibatkan perkara yang hanya bersifat 'superficial' sahaja.Pada pendapat saya perasaan malu yang benar benar hilang dalam masyarakat kini adalah malu mereka yang sudah kian terkikis dalam menentukan dosa pahala dalam tindakan mereka.Seperti tulisan, hasil artikel 'Beduk Diketuk' dalam buku terbaru Imam Global. "Saya terbaca semangat generasi muda Jepun kini tidak sekental nenek moyang mereka dahulu.Generasi China yang ketiga juga khabarnya sedang mengalami kelembapan.Begitu juga generasi muda Melayu,sudah kurang adab dan rasa malunya.Budaya punk,rock dan lain-lain melanda remaja seluruh dunia.Nilai-nilai tradisional dianggap jumud,mundur dan stastik" Sekarang jika dinilai nyatanya nilai malu yang wajib itu telah hilang hasil dari serangan halus budaya songsang Barat.Kita tidak sedar kita telah menyokong mereka.Kita menyokong segala agenda serangan pemikiran mereka yang lebih dahsyat daripada bom.Serangan ini mematikan berpuluh juta hati masyarakat kita. Emosi seterusnya adalah perasaan sedih.Sedih dapat ditafsirkan sebagai perasaan yang mempamerkan perasaan hilang nilai diri dan kehilangan.Berdasarkan Forgas,1992,1994, orang yang sedih bersedih tidak mampu memproses maklumat dengan lebih tepat berbanding dengan orang yang gembira.Berdasarkan Isen ,1987,ability untuk memproses maklumat itu dipengaruhi oleh perasaan.Berdasarkan Halo effect pula apabila seseorang mengenalpasti emosi seseorang,mereka akan biasanya menambah ciri-ciri tambahan kepada emosi itu. Selidikilah masa lalu dan masa sekarang kita,kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan,seseorang harus keluar dari kesedihannya dengan hati yang terbuka.Barangkali keadaan itu jadi lebih mudah jika kita belajar bahawa seteruk manapun penderitaan yang kita alami ada lagi manusia lain yang lebih susah.Janganlah kita bersedih jika kasut kita tidak cantik dan buruk kerana ada orang lain yang tidak akan berpeluang langsung memakai kasut sepanjang hidupnya kerana kudung kakinya.Kebahagiaan bukanlah sejenis silap mata,jika kebahagiaan itu adalah begitu maka ia tiada makna lagi. "Oleh itu,maka(tetapkanlah kepercayaanmu)bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan,(sekali lagi ditegaskan):Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."(Surah Al-Insyirah:ayat 5-6) Emosi seterusnya adalah marah yang terhasil daripada sebab perasaan sakit penderitaan atau tekanan.Ada orang mengatakan:'Jauhilah hiruk-pikuk kerana ia meletihkan.Jauhilah orang suka mencaci,kerana sesungguhnya dia adalah azab'. Ya,salah satu faktor yang boleh membangkitkan kemarahan seseorang samaada kepada kita mahupun orang-orang disekeliling kita adalah kerana binasa mulut.Fikirkanlah sama ada mulut kita ini adalah permulaan pahala atau pencetus dosa? Sabda Rasuluallah yang bermaksud: "Sebaik-baik keislaman seorang Mukmin itu ialah yang menyelamatkan orang lain daripada lisan dan tindakannya"(Riwayat al-Tabrani) Jagalah perilaku kita,kata-kata kita.Fikirkan tentang hati mereka yang akan menerimanya.Kerana kita tidak tahu siapa yang akan berbahagia dengan kata-kata kita dan siapa pula yang akan terasa hati dan marah dengan kata-kata kita sebagaimana kita tidak mahu orang lain mengatakan sesuatu yang boleh menimbulkan persengketaan dengan kita kelak. Ingatlah bahawa lidah itu adalah antara anggota utama yang sering mewujudkan dosa jika kita tidak menjaganya.Ia adalah amanah Allah kepada kita iaitu salah satu dari tujuh anggota utama.Oleh sebab itu,dalam ilmu tasawuf disebutkan bagi mengimbangi tujuh anggota yang Allah berikan pada kita,Allah mencipta tujuh buah pintu neraka.Maknanya setiap satu bahagian anggota itu ada neraka yang dikhususkan untuknya.Ini termasuklah neraka untuk mereka yang tidak menjaga amanah lidah.Yang menghamburkan kata-kata kesat yang melukakan hati saudaranya sendiri.Yang menyebabkan kemarahan orang lain tanpa sebab musabab yang berasas. Seterusnya berkaitan pembelajaran Adaptation Level Theory.Pemahaman asasnya adalah berkaitan apabila kita bertindak balas terhadap satu rangsangan baru tetapi pada masa yang sama masih berada pada tahap adaptasi kita.Berdasarkan, Lazarus, Kanner, & Folkman, 1980,proses kognitif dalam suatu situasi akan menentukan tahap emosi kita. Contohnya,apabila kita sudah terbiasa untuk menerima kehidupan yang sangat mewah,gaji yang tinggi dan keputusan peperiksaan yang sentiasa hebat kita takkan rasa gembira melainkan keadaan menjadi lebih baik daripada keadaan yang sekarang. Seterusnya adalah Solomon Opponent Process Theory. Hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Theory) yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada 1980.Teori ini mengatakan bahawa keseimbangan emosi itu kearah satu titik neutral bukan sahaja berlaku dalam tempoh masa yang panjang tetapi juga dalam jangka waktu yang pendek.Setiap emosi itu sendiri akan menghasilkan emosi yang berlawanan.Ia turut mengatakan bahawa emosi itu berpasangan,iaitu apabila salah satu emosi yang dalam pasangan tersebut ditunjukkan emosi yang satu lagi pula akan kurang ditunjukkan.
|
Saturday, August 13, 2011
Fatimah Binti Othman LJ03 Emosi Negatif?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment