Saturday, August 13, 2011

Emosi Negatif & Teori Asas Adaptasi

Salam sejahtera. Pada hari 10 Ogos 2011, kuliah yang ketiga telah diadakan dalam Dewan Kuliah 1 yang diberikan oleh Doctor Ahmad Zamri. Kuliah telah dimulakan dengan beberapa perkataan yang berkaitan dengan sikap yang boleh dihubungkan dengan pembangunan Negara. Imigran yang berada di luar Negara dikritik sebagai orang yang malas oleh kerajaan tetapi disanjungi oleh orang luar Negara dengan kebakatan mereka. Segala ini amat bergantung pada sikap warganegara tetapi bukannya sumber-sumber yang semula jadi di Malaysia dalam konteks pembangunan Negara. Saya amat bersetuju dengan ini kerana sekiranya warganegara mempunyai semangat patriotik yang tinggi, patutlah Negara kita berada dalam kateogori Negara bangun dan bukannya kategori Negara yang membangun. Denang mempunyai sikap yang betul, warganegara yang telah meneruskan pelajarannya di menara gading di luar Negara akan balik ke Negara kita untuk membangunkan Negara kita supaya dapat bersaing dengan Negara yang lain dan bukannya berhijrah ke Negara lain untuk kebaikan sendiri dan kebaikan Negara tersebut.

Tajuk yang diajar hari ini ialah emosi negative, iaitu ketakutan, kemaluan, kesedihan dan kemarahan. Sebenarnya, emosi tidak dikategorikan sebagai positif dan negative. Akan tetapi, pakar-pakar dalam bidang ini telah mengasingkan dengan cirri-ciri tertentu untuk membezakan semua emosi dengan senang. Ketakutan merupakan satu tindak balas emosi yang dirangsangkan apabila seseorang menghadapi situasi yang bahaya dan sebagai tindak balas untuk kelangsungan hidup. Selain itu, emosi ini akan dirangsangkan sebagai kesan trauma. Sesetengah orang mempunyai fobia terhadap serangga, manakala ada orang yang mempunyai fobia terhadap darah. Kawan saya mempunyai fobia terhadap serangga. Apabila serangga mendekati, dia terus menjerit dan melari. Sekiranya ketakutan tersebut masih berterusan untuk beberapa jam, kawan saya akan berpeluh-peluh dan berasa amat sejuk. Ketakutan akan diekspresikan pada muka dengan beberapa ciri. Individu-individu mempunyai tahap ketakutan yang berbeza dan juga dirangsangkan oleh benda-benda yang berbeza.

Perasaan malu pula wujud apabila telah melakukan sesuatu yang pelik atau sesuatu yang tidak dapat diterima oleh komuniti. Malu yang bersifat personal apabila hal-hal peribadi yang menjadi penumpuan orang ramai. Sebagai contoh, saya rasa amat malu apabila saya telah membuat kesilapan dalam kerja rumah saya sehingga nama dipanggil oleh cikgu semasa say masih berada dalam darjah tiga. Merah saya buka dan hati saya berdebar-debar. Pada masa itu, saya teringin menutupi muka saya dan saya berharap tidak ada seorang pun yang memandang saya. Malu professional pula dapat ditunjukkan dengan menggunakan contoh seperti orang yang bernama membuat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang lain. Sebagai contoh, seorang penyanyi perempuan telah didedahkan gambar-gambar yang menjijikkan dan hal ini telah menjadi kemaluan professionalnya sehingga membawa kerosotan yang amat besar kepada bidangnya.

Kesedihan pula merupakan perasaan kerugian dan kehilangan. Emosi sedih diiringi beberapa tanda seperti muka tunduk, fizikal yang lemah dengan pergerakan yang perlahan. Sebagai contoh, apabila nenek saya meninggal dunia, say berasa kerugian dan kehilangan orang yang penting dalam kehidupan saya. Saya menangis dan mental saya juga dipengaruhi. Saya tidak dapat proses maklumat dengan cepat berbanding dengan situasi yang gembira. Pada masa tersebut, saya memerlukan sumber kognitif yang lebih banyak untuk proses maklumat dengan tepat. Ayah memanggil nama saya sebanyak tiga kali, barulah dapat say reaksi.

Kemarahan boleh diserlahkan secara aktif atau pasif. Marah yang aktif adalah dengan serangan verbal atau fizikal manalaka yang pasif adalah ditunjukkan dengan muka masam. Kemarahan merupakan hasil rasa empati dan rasa kemarahan dapat dikawal tetapi hal ini bergantung kepada pemikirannya dan tahap kemarahan tersebut. Kemarahan saya hanya boleh dikawal apabila saya masih rasional dalam pemikiran, tetapi saya kehilangan rasional pada masa saya berada dalam kemarahan yang sangat lampau, saya telah melontar telefon bimbit saya sehingga skrin telefon saya rosak. Saya perlulah menguatkan jiwa untuk menerima kritikan, cemohan dan hinaan orang lain, malah menerima mereka sebagai satu harungan yang dapat menjadikan saya seorang yang lagi tabah dalam kehidupan. Walaupun, perkataan-perkataan memang menyakiti tetapi saya perlu menjadikan mereka sebagai sesuatu yang dapat membantu saya dalam menangani cabaran yang seterusnya.

Tajuk yang kelima ialah Teori Asas adaptasi. Konsep asasnya ialah kita memberikan reaksi mengikut tahap adaptasi kita pada masa tersebut. Adaptasi individu berubah dengan pengalaman. Sebagai contoh, kawan saya berasa amat gembira apabila kali pertama mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Akan tetapi, intensity kegembiraan tersebut menjadi lebih kurang apabila lebih banyak kali keputusan cemerlang yang skor dalam peperiksaan. Aras adaptasi selalunya berada dalam keadaan neutral. Kegembiraan hanya akan berlaku apabila sesuatu yang amat menggembirakan berlaku.

Dalam Teori Proses Berlawanan Solomon, setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Dua keaddan, iaitu keadaan awal dan keadaan berlawanan berlaku salam satu situasi. Contoh yang ditunjukkan dalam kuliah ialah seseorang yang memenangi hadiah jumlah RM 5000. Hal ini memberikan orang tersebut berasa seronok sebagai keaddan awal yang kemudiannya akan diiringi oleh keadaan berlawanan iaitu rasa kesedihan kerana kehabisan jumlah wang tersebut.Saya bersetuju dengan teori ini kerana saya berasa amat sedih apabila nenek saya meninggal dunia selepas mendapat penyakit kencing manis beberapa tahun yang lalu, tetapi selepas tiga hari nenek saya meninggal, saya berasa tenang dan mendoakan untuknya kerana saya berasa peninggalannya akan membawa keselesaan kepadanya. Nenek saya tidak perlu lagi menderita dengan makan ubat, mendapat suntikan dan pergi ke hospital sebanyak tiga kali seminggu. Malah kedua-dua kakinya telah dibedah sebab gangrene. Teori proses berlawanan juga menggambarkan bahawa terdapatnya perubahan daripada satu emosi kepada yang lain dengan perubahan tahap atau intensity emosi yang dialami. Contoh yang diberikan dalam kuliah ialah penerjun. Hal ini juga berlaku dalam saya yang mempunyai pengalaman yang sama. Ketakutan saya menjadi kurang tetapi keseronokan saya bertambah apabila saya telah mendapat adaptasi daripada pengalaman. Oleh itu, saya bersetuju dengan apa yang diterangi dalam teori ini.

Kuliah tersebut diteruskan dengan kuiz yang berkaitan dengan Teori Plutchik dan Tomkin. Saya berkumpul dengan dua orang yang sama seperti kumpulan yang dulu. Kami menghabiskan dua kuiz yang mempunyai sebanyak Sembilan belas soalan. Daripada kuiz kali ini, kami telah Berjaya mendapat lapan belas yang betul. Sebelum kuiz ini, doctor telah menunjukkan sebuah lagu yang berkaitan dengan kesedihan kepada kita. Selepas kuiz, kuliah hari tersebut tamat. Daripada kuliah ini, saya dapat memahami emosi negative dan mengaitkan emosi-emosi dengan kehidupan saya. Saya juga telah membelajari teori proses Berlawanan Solomon yang agak menarik kerana apa-apa yang diberitahukan adalah sesuatu yang baru dan dapat mencungkil rasa ingin tahu saya.  

Sekian.

No comments:

Post a Comment