Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri dan rakan – rakan pembaca jurnal sekalian . Kali ini saya dan ingin berkongsi mengenai tajuk syarahan Dr Zamri yang bertajuk emosi dan motivasi . Sungguh menarik tajuk pada minggu ini dan saya dapat menggambarkan bahawa emosi dan motivasi sering kali seiring dan berkait rapat dalam kehidupan kita . Sebenarnya terdapat banyak cerita dan contoh yang ingin saya berkongsi bersama anda semua tetapi saya ingin menjelaskan terlebih dahulu mengenai definisi emosi dan motivasi dan apakah relevannya dalam kehidupan kita seharian . Emosi telah didefinisikan sebagai ' effective tone ' sama ada positif mahupun negatif . Motivasi pula secara umumnyua adalah pembelajaran mengenai pembimbing dan faktor pendorong kepada sesuatu sikap yang ditonjolkan oleh seseorang . Emosi sebenarnya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu
- A feeling state – perasaan
- Cognitive process – proses kognitif
- Physiological changes – perubahan fisiologi
- Associated behavior – tingkahlaku berkaitan
Menurut Baron dan Logan ( 1993 ) , emosi tidak boleh dipisahkan dari motivasi . Manakala Lang et al ( 1992 ) berpendapat bahawa emosi itu adalah sebagai motivasi atau pendorong kepada tingkahlaku dan motif yang boleh menjadi emosional . Sebagai contoh kegagalan dan ketidakupayaan dalam berbahasa inggeris memotivasikan seseorang untuk mempelajarinya dek kerana terdapatnya isu – isu atau unsur – unsur pandang rendah kepada kebolehan mereka dalam berbahasa . Secara dasarnya , emosi merupakan ' state of arousal ' yang melibatkan perubahan muka dan badan ,pengaktifan otak , perasaan subjektif dan menjurus kepada tindakan yang dibentuk berdasarkan peraturan adat seseorang . Emosi bertindak sebagai tindak balas adaptasi atau penyesuaian kepada keadaaan – keadaan dalam kawasan sekitar yang membantu dalam menyampaikan pemikiran atau percakapan kepada orang lain. Emosi merangsang kita untuk bergerak , mengambil tindakan dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang tertentu . Terdapat juga pendapat daripada Bickhard ( 1997 ) yang menyatakan bahawa motivasi adalah tindakan memilih dalam sesuatu proses . Sehubungan dengan itu , seseorang itu akan melakukan sesuatu mengikut kehendaknya daripada perkara yang lain . Dalam pada itu , motivasi adalah faktor dalaman dan luaran seseorang yang menyebabkan mereka bertindak berdasarkan cara dan masa yang tertentu iaitu Drive*— ' an internal condition or impulse that activates behavior to reduce a need and restore homeostasis ' manakala incentive*—external goal that " pulls " or " pushes " . Terdapat beberapa teori mengenai motivasi seperti teori ' instinct ' yang senantiasa memotivasikan seseorang secara semulajadi , teori perangsang iaitu seseorang itu terangsang untuk menyeimbangkan tahap rangsangan kepada tahap optimum dan teori kemanusiaan yang berdasarkan keperluan hierarki . Insentif ialah faktor – faktor yang membekalkan atau mewujudkan tujuan tertentu dalam sesuatu tindakan . Contohnya , kewangan dan moral . Dalam pada itu , perasaan ( instinct ) terjadi tanpa pembelajaran , mewarisi tindak balas yang tetap atau reaksi terhadap sesuatu bentuk rangsangan . Sebagai contoh , haiwan yang bergaduh dan aktiviti membina sarang dalam kalangan haiwan . Rangsanagn adalah keadaan berwaspada terhadap psykologikal dan psycologikal . Seperti yang saya perkatakan tadi , seseorang itu dimotivasikan untuk meningkatkan tahap rangsangan kepada tahap yang optimum sama ada tinggi atau pun rendah . Dalam pada itu , rasa keinginan dan ingin tahu ynag kuat mendorong kita untuk menghayati serta memahami kawasan disekeliling kita dengan lebih jelas . Selain itu , teori kemanusiaan diperjelaskan oleh Abraham Maslow yang berpendapat bahawa sesuatu keinginan itu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat berasaskan keperluan kehidupan terhadap psykologikal dan memenuhi kehendak diri sendiri . Secara ringkasnya , emosi lebih menitik beratkan rangsangan manakala motivasi pula lebih kepada tindakan yang diambil oleh seseorang . Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya , emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita kearah tercetusnya motivasi . Namun demikian , tidak dapat dinafikan bahawa motivasi yang terbina dalam diri seseorang itu berkemungkinan positif atau negatif . Motivasi negatif yang dimaksudkan oleh saya adalah apabila pengalaman yang lepas telah memotivasikan seseorang untuk mempunyai sikap yang pendendam kerana layanan yang tidak seberapa baik yang diberikan oleh seseorang yang secara tidak langsung mengubah atau menggangu emosi mereka . Manakala motivasi yang positif adalah apabila seseorang itu bertekad untuk mengubah diri mereka untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat . Tambahan pula , motivasi yang tercetus daripada emosi seseorang itu juga bergantung kepada bagaimana cara penerimaan mereka terhadap sesuatu keadaan . Sebagai contoh , sebilangan daripada kita berasa teruja dan bersemangat setelah menghadiri kem motivasi tetapi sejauh manakah mereka dapat mengekalkan semangat tersebut yang sedikit sebanyak membantu mereka dalam mengubah suasana kehidupan . Pada pendapat saya , hari – hari yang mendatang mungkin telah mengubah semangat seseorang itu daripada bermotivasi kepada tidak bermotivasi dek kerana emosi kita selalu berubah – ubah mengikut keadaan dan suasana persekitaran .
Selain itu saya juga ingin menambah mengenai kesan emosi terhadap kekuatan ingatan seseorang . Ingatan atau memori yang berasaskan emosi wajah dan peristiwa – peristiwa mungkin bercampur dengan perkara yang lain . Sehubungan dengan itu , kita mempunyai kebarangkalian untuk kurang mengingati peristiwa – peristiwa atau maklumat yang lepas jika wujudnya emosi yang kuat dalam diri seseorang pada ketika itu . Secara faktanya , perempuan lebih menjurus kepada yang sedemikian jika dibandingkan dengan lelaki . Didapati bahawa emosi keselesaan akan berkurangan secara perlahan – lahan daripada memori kita daripada emosi yang kurang selesa . Hal ini berbeza pula apabila dibandingkan dengan emosi berlaku secara sederhana dalam emosi kemurungan , kurang selesa dan selesa . Seperti yang kita sedia maklum , orang dewasa dapat mengawal emosi mereka lebih baik daripada orang muda . Lantaran itu , orang dewasa mungkin akan mempunyai kelemahan dari segi kekuatan ingatan mereka . Secara keseluruhannya , saya dapat mengatankan bahawa peristiwa – peristiwa yang dialami secara beremosi akan membantu kita dalam mengingati dengan lebih baik , emosi keselesaan adalah lebih baik daripada emosi kurang keselesaan , memori yang positif banyak ' contextual details ' , memori yang kuat akan melemahkan memori yang melibatkan peristiwa yang kurang beremosi dan secara tidak langsung menjejaskan maklumat yang diperolehi daripada pengalaman lampau . Sebagai contoh , kita sentiasa mendengar cerita mengenai mangsa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami yang mengalami trauma . Hal ini kerana memori atau ingatan mereka masih lagi jelas dan membuatkan mereka terbayang – bayang akan peristiwa hitam tersebut yang begitu mempengaruhi status emosi mereka . Setakat itu sahajalah cerita atau jurnal yang dapat saya berkongsi bersama anda pada minggu ini . Saya berharap agar kita semua bijak dalam menangani atau mengawal emosi kita dalam meniti arus kehidupan dan justeru membawa kita kearah kehidupan yang aman dan bahagia , Sekian .
No comments:
Post a Comment