Sunday, August 21, 2011

A132069 AHMAD FUAD FAHMI LJ04

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Ogos 2011, pengurusan emosi telah diadakan untuk kali ke-5 termasuk minggu pengenalan kursus pengurusan emosi ini. Pada kali ini, saya telah mempelajari tentang emosi dan motivasi. Pengawalan emosi yang baik dapat dikaitkan dengan motivasi diri. Objektif kuliah pada hari ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan antara emosi dan motivasi. Emosi dikategorikan sebagai emosi positive dan emosi negatif. Tiada emosi yang neutral. Motivasi pula dianggap sebagai suatu kajian terhadap arah dan tenaga tingkahlaku seseorang.  Terdapat 4 komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi kata Baron & Logan pada tahun 1993.  Contoh emosi sebagai motivasi ialah motif pembunuhan iaitu untuk mendapatkan duit juga disebabkan kebencian. Selain itu, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menghantar mesej, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumah tangga. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong atau motivasi. Tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi contohnya kuat belajar dan makan. Dalam James-Lange Theory dan Cannon's Challenge, apabila terdapat stimulus ataupun rangsangan tindakbalasnya adalah emosi kita contohnya melarikan diri  apabila ternampak seseorang sedang mengekori.

 

Tajuk kuliah yang pertama ialah teori FKP. Teori FKP membawa maksud fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Teori fisiologikal menekankan bahawa emosi adalah produk otak dan sistem saraf. Teori kognitif pula dipercayai memainkan peranan utama dalam menghasilkan dan mengawal emosi. Saya ingin menekankan tentang 'cognitive appraisal theories' yang menyatakan proses pemikiran merupakan proses utama yang merangsang tindakan dan emosi. Seterusnya ialah teori psikoanalitik. Emosi merupakan hasil daripada proses yang kita sendiri tidak sedar. Personaliti seseorang itu banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang tidak disedari ketika masih kecil. Dan ini merupakan satu proses yang tidak disedari walaupun oleh mereka sendiri. Emosi merupakan keadaan yang melibatkan ekspresi wajah serta perubahan gerak badan, keaktifan otak, process kognitif, perasaan subjek dan juga kecenderungan terhadap suatu tindakan. Semua komponen ini dibentuk oleh peraturan-peraturan budaya. Oleh itu, emosi merupakan tidak balas untuk mengadaptasi pada sesuatu situasi dan membantu komunikasi dengan individu lain. Dengan emosi, seseorang itu seolah-olah bersedia untuk melakukan tindakan. Lahirnya emosi dalam diri membolehkan kita untuk mengambil tindakan, melakukan pergerakan dan mungkin juga bertujuan mengatasi sesuatu perkara. Contohnya perasaan takut membuat kita bertindak melarikan diri sebagai tindakan refleks. Manakala motivasi pula membolehkan kita percaya pada kemungkinan terjadi perkara yang diingini. Bagi saya, apabila seseorang itu bermotivasi, dia akan memilih jalan yang terbaik dan mempunyai kesungguhan luar biasa jika dibandingkan dengan orang biasa.

Seterusnya, Dr Zamri juga telah menayangkan sebuah video youtube yang bertajuk 'Balik Asal' ciptaan seseorang yang berasal daripada Kelantan. Saya sukar untuk memahami ayat-ayat yang cuba disampaikan dalam video tersebut kerana dia menyanyi menggunakan loghat Kelantan. Tetapi dengan usaha saya untuk memahaminya dengan meneliti lirik lagu yang dipaparkan, saya dapat tahu bahawa dia menceritakan cabaran yang telah dihadapi untuk menjadi seseorang yang berjaya. Kesusahan yang dihadapi sukar untuk difahami bagi setiap orang kerana bukan semua yang pernah merasaikan kesusahan dalam kehidupan. Saya berpendapatan bahawa saya amat bertuah kerana dapat lahir dalam keadaan yang bahagia dan tidak menghadapi banyak cabaran dalam hidup. Sebanarnya, cabaran dan kesusahan yang dihadapi oleh seseorang dapat menjadikan seseorang itu untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi kesusahan yang dialami. Selepas menonton video ini, saya lebih bermotivasi untuk menghadapi sebarang cabaran hidup yang dikenakan pada diri saya. Berikut adalah lirik mengenai video tersebut.

Halim Yazid - Bakit Asal

Ambo nk sambung kisoh diri sdiri,
doh adik kakok kg pakat nk dngr lg,
ambo hormat sanjung sgalo kasih sgalo budi,
susoh hk ambo sanjung adik kakok ambik perati...
oooooo,ambo raso berbesar hati,
oooooo,timo kasih setinggi tggi....

Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo,
Kalu ado pun sekerat ike, kena bagi dua,
Dapur cumo ado gare, Jare bena ado gulo,
Baco bok male-male, paka minum air telago,
Bangun pagi-pagi, sauk baju paka seluar,
Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,
Kalu kito pah tinggi, orghe kata boleh jadi pengawai,

Oooooooooo?..ambo gi sekolah berungga-ungga,
Ooooooooo?.ambo nok ngaji wi pandai-pandai......

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal...

Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete,
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan,
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade,
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke....

Ooooooo??Malu nye wei, ambo kena paje,
Oooooooo??Ni lah baru ambo royat ko orghe,

Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darejah satu hinggo jadi manusio,
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso,
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda,

Ambo masuk universiti tahun 80, Budok kapong nok gi ngaji,
Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kore warih warah dok pakat kato,Tok soh lah dok kurban kalu tidok baso kayo,
Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,
Tidak kato nok pakat rate, tolong bantu samah dua........

Ooooooooooooo??Tak dok warih nye diri ambo....
Ooooooooooooooo??Demo tokse kelih, walau sebelah mata.....

Mek denge ayoh masok jadi peneroka baru,
Dale bukit nok tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Perang dengan rima gajah, make tok make tok dk sapo tahu ,
beginilah orghe susoh, nok tanggung anok ngaji di U,

kerana keadaan begitu, ayoh ambil keputusan,
Wahai anok-anok ku, kito pecahlah tiga jale,
Mu Haling, anok nombor satu, mu duk Kuala Lumpur ngaji lah sore,
Adik-adik tinggal kampong dulu, paka dudukla 5 orghe ,

Ooooooo?..Selamat tinggal selamat jale....
Oooooooo?..Adik hok bongsu jerit sokmo male-male...

Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena ngaji di universiti Malaya,
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota,
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar,
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo,
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga,
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong sesok hok paling berjaya......

Oooooo?,akhirnya ambo bulih sarjana,
Oooooo?,bersyukur pado Allah Maha Kuasa...

 

Emosi dan Motivasi. Seperti yang diajar dalam kuliah sebelum ini, emosi memberi makna sangat subjektif dan berbeza mengikut teori. Menerusi carian saya di internet, perkataan emosi berasal dari perkataan Greek "emovere" yang membawa maksud „untuk keluar‟. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood Nazar Mohamad, 1992.Kita juga mengetahui terdapat empat komponen penting dalam emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Motivasi pula adalah sesuatu yang memberi panduan dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Berdarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, motivasi merupakan keinginan yg keras atau semangat yg kuat pada diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Menurut teori dari Lang et al(1992) pula, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Contoh situasi yang menunjukkan emosi sebagai motivasi ialah ketika alam percintaan. Emosi yang timbul adalah cinta. Emosi ini akan memotivasikan seseorang individu untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu dalam memenuhi minat terhadap pasangannya seperti menghantar mesej pesanan ringkas, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Perkara ini jelas menggambarkan emosi bertindak sebagai motivasi kepada individu tetapi tidak semua keadaan terdapat pendorong yang berasaskan emosi sebagai contoh makan. Rasa lapar disebakan perut kosong sekaligus menyebabkan seseorang individu pergi mecari makanan bagi menghilangkan rasa lapar. 

 

Begitulah sepatah dua kataa yang dapat saya berikan mengenai kuliah pengurusan emosi pada minggu ini. Kesimpulan nya motivasi dan emosi adalah elemen yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment