Sunday, August 21, 2011

A131844 MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD ZAYADI LJ04 BERMOTIVASI SATU MISI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada kuliah yang lepas, Dr. Zamri telah mendedahkan kami tentang tugasan kedua kami iaitu kerja berkumpulan. Pada mulanya, Dr. Zamri mahukan setiap kumpulan dianggotai oleh 5 org ahli sahaja tetapi setelah beberapa siri tulisan jurnal untuk tugasan , beliau mendapati kami memberikan respon yang positif dalam penulisan jurnal kami. Oleh itu, beliau member kebenaran untuk kami kekal dalam kumpulan PBL kami yang dianggotai oleh 10 org. kami sangat gembira dan berterima kasih atas jasa baik Dr. Zamri. Saya dan ahli kumpulan telah berbincang dan mengambil keputusan untuk memilih tajuk yang bersesuaian dengan kami iaitu EMOSI DALAM  KALANGAN PAKAR PERUBATAN. Bagi saya ianya tajuk yang menarik kerana kami dapat didedahkan dengan emosi sebagai seorang pakar perubatan. insyaAllah kami akan menceburi bidang itu suatu hari nanti dan kami dapat bersedia dari segi emosi. Ternyata kerja berkumpulan amat penting dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar. Semoga apa yang kami buat akan dipermudahkan…
Pada kuliah yang lepas, kami telah didedahkan dengan tajuk kuliah yang agak menarik iaitu EMOSI dan MOTIVASI. Emosi boleh didefinasikan berdasarkan penyampaian secara langsung, dan iannya boleh jadi positif ataupun negatif serta tidak akan menjadi neutral sama sekali. Motivasi adalah aspek tingkahlaku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan (Baron & Logan, 1993). Ada juga yang berpendapat bahawa emosi boleh menjadi motivasi kepada tingkah laku dan motif  boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Melalui emosi, kita sanggup berkorban apa sahaja termasuklah harta dan nyawa sekalipun tetapi tidaklah kesemua perkara akan menjadi pertimbangan untuk kita berkorban. Perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, tingkahlaku untuk bertindak kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya dan geografi. Emosi yang dianggap positif, negatif, dan bagaimana kita hendak meluahkan emosi itu sendiri.
Motivasi ialah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan (Bickhard, 1997). Terdapat faktor-faktor luaran dan dalaman yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Antara konsep-konsep yang berkaitan dengan emosi adalah Drive-desakan dalaman yang mengaktifkan tingkahlaku untuk melakukan sesuatu. Yang kedua adalah Incentif-matlamat luaran yang menolak atau menarik sesuatu kecenderungan untuk bertindak.Yang ketiga pula merupakan Incentive yang merupakan matlamat seseorang untuk menampilkan sesuatu perangai ataupun emosi itu. Teori lain pula ada menyebut seperti Instinct yang bermaksud motif adalah semulajadi. Arousal-kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum. Teori  Humanistic (Abraham Maslow) pula  mencadangkan kita perlu memenuhi keperluan asas terlebih dahulu seperti keperluan keselamatan,sosial seperti kawan ataupun kahwin dan keperluan sistem.
 
 
 
Di pertengahan kuliah, Dr. Zamri telah menunjukkan video dikir barat oleh HalimYazid yang bertajuk Bangkit Asal. Sedikit biodata beliau ialah… Lahir dan tinggal di Pasir Puteh, Kelantan sehingga tingkatan 6.  Kemudian melanjut pengajian ke Universiti Malaya pada tahun1980. Sekarang menetap di Lembah Kelang dan bertugas di Puast Kebudayaan Universiti Malaya. Pada awal penglibatan dalam bidang seni adalah atas dasar suka-suka tapi kini bergiat aktif setelah merasakan ia adalah satu tanggungjawab kepada bidang seni warisan bangsa.
Sedikit bait-bait dalam dikir barat itu ialah :-
Halim Yazid - Bakit Asal

Ambo nk sambung kisoh diri sdiri,
doh adik kakok kg pakat nk dngr lg,
ambo hormat sanjung sgalo kasih sgalo budi,
susoh hk ambo sanjung adik kakok ambik perati...
oooooo,ambo raso berbesar hati,
oooooo,timo kasih setinggi tggi....

Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo,
Kalu ado pun sekerat ike, kena bagi dua,
Dapur cumo ado gare, Jare bena ado gulo,
Baco bok male-male, paka minum air telago,
Bangun pagi-pagi, sauk baju paka seluar,
Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,
Kalu kito pah tinggi, orghe kata boleh jadi pengawai,

Oooooooooo?..ambo gi sekolah berungga-ungga,
Ooooooooo?.ambo nok ngaji wi pandai-pandai......

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal...

Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete,
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan,
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade,
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke....

Ooooooo??Malu nye wei, ambo kena paje,
Oooooooo??Ni lah baru ambo royat ko orghe,


Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darejah satu hinggo jadi manusio,
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso,
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda,

Ambo masuk universiti tahun 80, Budok kapong nok gi ngaji,
Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kore warih warah dok pakat kato,Tok soh lah dok kurban kalu tidok baso kayo,
Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,
Tidak kato nok pakat rate, tolong bantu samah dua........

Ooooooooooooo??Tak dok warih nye diri ambo....
Ooooooooooooooo??Demo tokse kelih, walau sebelah mata.....

Mek denge ayoh masok jadi peneroka baru,
Dale bukit nok tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Perang dengan rima gajah, make tok make tok dk sapo tahu ,
beginilah orghe susoh, nok tanggung anok ngaji di U,

kerana keadaan begitu, ayoh ambil keputusan,
Wahai anok-anok ku, kito pecahlah tiga jale,
Mu Haling, anok nombor satu, mu duk Kuala Lumpur ngaji lah sore,
Adik-adik tinggal kampong dulu, paka dudukla 5 orghe ,

Ooooooo?..Selamat tinggal selamat jale....
Oooooooo?..Adik hok bongsu jerit sokmo male-male...

Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena ngaji di universiti Malaya,
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota,
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar,
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo,
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga,
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong sesok hok paling berjaya......

Oooooo?,akhirnya ambo bulih sarjana,
Oooooo?,bersyukur pado Allah Maha Kuasa...
 
 
 
Bagi yang memahami bait-bait dikir ini, ia menceritakan tentang sejarah hidup beliau. Bagaimana seorang yang susah hidupnya mempunyai motivasi untuk keluar dari kancah kemiskinan. Diceritakan bagaimana untuk mencapai kejayaannya yang sekarang beliau melalui pelbagai pahit getir kehidupan. Diceritakan dengan begitu mendalam zaman kecilnya, ianya amat menyentuh perasaan saya. Saya merasakan kehidupannya yang susah itulah menjadi motivasi yang membuatkan dia ingin berjaya. Alhamdulillah, sekarang beliau telah berjaya dalam bidangnya sendiri. Penceritaan hidupnya amat memberi erti dalam hidup saya. Saya perlu berusaha  sehabis baik untuk mencapai kejayaan yang ingin saya capai. Saya tidak boleh terus selesa dengan apa yang saya ada, tetapi memperbaiki apa yang patut dari segi akademik ataupun sahsiah.
Renungilah…
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: "….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka…." (Ar-Ra'du:11)
 
 
 

No comments:

Post a Comment