Sunday, August 21, 2011

A131861 MOHAMAD FAEZ BIN IBRAHIM LJ04- MOTIVASI

Image Detail


Assalamuailakum dan salam sejahtera.
 
      Alhamdunililah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya meneruskan laporan ke empat kuliah kami pada 17 Ogos lepas. Pada hari tersebut kuliah bermula agak lewat dalam pukul 2.40 petang, tetapi para belajar tidak membuang masa yang berharga begitu sahaja dengan menggunakannya untuk berbincang tentang tugasan kedua kami dalam kumpulan. Kemudian Dr Zamri datang untuk meneruskan kuliah pada hari tersebut. Maklumlah kuliah tersebut jatuh pada 17 Ramadhan bersamaan Nuzul Al-Quran iaitu hari Al-Quran diturunkan yang menjadi panduan hidup umat Islam. Kuliah pada hari tersebut bertajuk motivasi dan emosi.
     Motivasi didefinasikan secara umumnya sebagai satu pembelajaran tentang hala tuju serta rangsangan dalam membentuk sikap yang matang dan tidak mudah mengalah. Tidal salah dikatakan yang motivasi ini dapat dijadikan sebagai satu anjakan paradigma untuk terus melangkah ke depan.  Menurut Bagon dan Logan emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.memang betul itu kerana dengan motivasi itu kita akan lebih beremosi dalam melakukan sesuatu perkara. Sudah tentu emosi itu merupakan emosi positif seperti yang pernah saya huraikan dalam jurnal saya sebelum ini. Ia bertepatan dengan pendapat dalam karya (Lang et al, 1992) iaitu emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional.  Sebagai contoh yang telah diberi DrZamri iaitu dalam motif pembunuhan sama ada ia disebabkan wang mahupun dendam. Disebabkan dendam itulah yang memotivasikan seseorang untuk membunuh. Untuk aku sendiri aku tidak bersetuju dendam itu merupakan motivasi kerana bagi aku motivasi hanya sesuai untuk emosi positif sahaja. Dendam bagiku hanya hawa nafsu sahaja yang dating daripada perasaan iri hati dan cemburu. Menurut Dr Zamri tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong seperti contoh yang diberikan olehnya iaitu belajar bersungguh-sungguh ia didorong rasa atau motif untuk erjaya begitu juga makan kerana ia didorong perasaan lapar. Jadi apa yang sebenar dapat dikatakan di sini ialah bukan semua pendorong adalah motivasi tetapi ia merupakan emosi.     
 
       Saya pernah membaca kata- kata yang menjadi pendorong untuk seorang usahawan yang berjaya iaitu Henri Nestle iaitu 'Motivation is everything. You can do the work of two people, but you cannot be two people. Instead, you have to inspire the next guy down the line and get him to inspire his people'.  Jadi disini kita dapat memahami bahawa dengan motivasi kita melakukan kerja yang berlipat laki ganda yang dilakukan oleh dua orang  tanpa sebarang rungutan bak kata pepatsah Melayu dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Orang disekeliling kita boleh dijadikan sebagai perangsang atau ikon untuk kita bergerak ke depan. Itulah motivasi yang sebenar bagi diriku. Seperti yang dikatakan Bickhard(1997) iaitu motivasi merupakan proses memilih terhadap aspek tertentu,jadi bagi saya  memilih itu haruslah perkara yang berfaedah untuk kita dan orang lain .  Apa yang diungkapkan Bickhard lebih kurang sama seperti pendapat Mook (1996).
 
      Seterusnya, kuliah berhenti rehat seketika dan Dr  Zamri menayangkan video klip Halim Yazid pendikir barat yang tidak perlu diperkenalkan lagi . aku memang betul-betul menghayati lirik lagu dan setiap bait yang diungkapkan  menerusi lagu Bakit Asal. Liriknya adalah seperti berikut:
  Ambo nk sambung kisoh diri sdiri, 
doh adik kakok kg pakat nk dngr lg,
ambo hormat sanjung sgalo kasih sgalo budi,
susoh hk ambo sanjung adik kakok ambik perati...
oooooo,ambo raso berbesar hati,
oooooo,timo kasih setinggi tggi....

Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo,
Kalu ado pun sekerat ike, kena bagi dua,
Dapur cumo ado gare, Jare bena ado gulo,
Baco bok male-male, paka minum air telago,
Bangun pagi-pagi, sauk baju paka seluar,
Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,
Kalu kito pah tinggi, orghe kata boleh jadi pengawai,

Oooooooooo?..ambo gi sekolah berungga-ungga,
Ooooooooo?.ambo nok ngaji wi pandai-pandai......

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal...

Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete,
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan,
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade,
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke....

Ooooooo??Malu nye wei, ambo kena paje,
Oooooooo??Ni lah baru ambo royat ko orghe,

Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darejah satu hinggo jadi manusio,
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso,
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda,

Ambo masuk universiti tahun 80, Budok kapong nok gi ngaji,
Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kore warih warah dok pakat kato,Tok soh lah dok kurban kalu tidok baso kayo,
Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,
Tidak kato nok pakat rate, tolong bantu samah dua........

Ooooooooooooo??Tak dok warih nye diri ambo....
Ooooooooooooooo??Demo tokse kelih, walau sebelah mata.....

Mek denge ayoh masok jadi peneroka baru,
Dale bukit nok tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Perang dengan rima gajah, make tok make tok dk sapo tahu ,
beginilah orghe susoh, nok tanggung anok ngaji di U,

kerana keadaan begitu, ayoh ambil keputusan,
Wahai anok-anok ku, kito pecahlah tiga jale,
Mu Haling, anok nombor satu, mu duk Kuala Lumpur ngaji lah sore,
Adik-adik tinggal kampong dulu, paka dudukla 5 orghe ,

Ooooooo?..Selamat tinggal selamat jale....
Oooooooo?..Adik hok bongsu jerit sokmo male-male...

Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena ngaji di universiti Malaya,
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota,
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar,
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo,
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga,
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong sesok hok paling berjaya......

Oooooo?,akhirnya ambo bulih sarjana,
Oooooo?,bersyukur pado Allah Maha Kuasa...
 
Sebak aku dibuatnya apabila mendengar lagu atau lebih tepat perjalanan hidup Halim Yazid sebelum menjadi seperti apa yang ada pada dirinya sekarang. Kesusahan hidup telah memotivasikan diri beliau untuk berjaya dalam hidup dan Berjaya sehingga ke menara gading. Aku begitu kagum dengan beliau. Ini disebabkan beliau mempunyai matlamat dalam hidup untuk mengubah nasib keluarganya dan kini beliau masih di university tetapi bukan sebagai pelajar tetapi sebagai pengajar atau pensyarah. Ini seperti kata yang diungkapkan  John D Rockefeller – History's first billionaire iaitu When you don't have goal, you are not heading anywhere'. Jadi, kita harus mempunyai destinasi yang ingin di tuju sebelum mengambil sebarang keputusan.
        Akhir kata, motivasi perlu untuk menjadi sebagai pembakar semangat untuk berjaya kelak. Motivasi haruslah berasakkan perkara yang baik sahaja, memilihlah sebelum mengambil motivasi itu sebagai panduan hidup. Akhir kata, sebagai renungan bersama fikirkan Learn to value anything and everything that come across because the least expected thing could be your future maker' daripada Wiiliam Wrigley Jr – Wrigley Chewing Gum.
Sekian, insyaallah tulisan in akan bersambung untuk jurnal terakhir nanti.

No comments:

Post a Comment