Sunday, August 21, 2011

LJo4: emosiku motivasiku!! (A131587:AHMAD FAKHZAN ALIAS)

Bismillah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian, sekali lagi hamba ini berucap syukur kerana masih lagi dikurniakan kudrat untuk menghirup udara segar, seterusnya moga dikurniakan ilham untuk terus menulis jurnal ini. Alhamdulillah, ini adalah jurnal ke empat saya buat pengurusan emosi. Entah mengapa tetiba sahaja, di saat menulis terasa bagaikan seronok pula. Mungkin kerana dapat bermain-main dengan ayat. Suatu emosi yang cukup menyenangkan hati. Terlebih dahulu, terima kasih kepada Dr. Zamri di atas kuliah beliau minggu lepas (17 ogos 2011). Kuliah telah berjaya melewati dua tajuk iaitu 'Emosi dan motivasi' dan 'teori FKP'. Secara ringkasnya, pada tajuk pertama kami dikehendaki memahami apa itu motivasi dan perkaitannya dengan emosi. Manakala tajuk kedua teori FKP, FKP merujuk kepada fisiologi, kognitif dan psikologi, iaitu lebih kepada proses macam mana emosi itu dizahirkan. Walaupun bunyinya agak ringkas, tetapi saya yakin saudara sekalian pasti tidak terjangka akan wujudnya teori sebegini.
Emosi dan motivasi. Seakan sama tapi, kedua-dua sama sekali berbeza. Menerusi kuliah Dr. Zamri, saya telah mendapat dua isi penting berkenaan tajuk ini iaitu, "emotion emphasize arousal" dan "motivation emphasize action". Cukup jelas bukan. Emosi dikaitkan dengan rangsangan diri kita semasa sedar manakala motivasi ialah rangsangan diri kita untuk bergerak ke arah melakukan sesuatu. Motivasi akan menggerakkan diri kita supaya lebih tekun dan terus berusaha. Menerusi rujukan internet, saya memahami bahawa motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga bisa dikatakan sebagai keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk tercapainya suatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi berarti ia telah mempunyai kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.
Saya mendapati motivasi juga mempunyai teorinya yang tersendiri seperti teori motivasi Abraham Maslow (1943-1970). Banyak teori motivasi yang dikemukakan oleh para ahli yang dimaksudkan untuk memberikan huraian yang menuju pada apa sebenarnya manusia dan manusia akan dapat menjadi seperti apa. Dua orang pengkaji, Landy dan Becker membuat pengelompokan pendekatan teori motivasi ini menjadi 5 kategori yaitu teori keperluan, teori penguat, teori keadilan, teori harapan, teori penetapan sasaran. Abraham Maslow  mengemukakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki kebutuhan asas. Ia menunjukkannya dalam 5 tingkatan yang berbentuk piramid, orang memulai dorongan dari tingkatan terbawah. Lima tingkat keperluan itu dikenal dengan sebutan hirarki keperluan Maslow. Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan 'ontological' individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri.  Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.  Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.  Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.
Inilah yang saya pelajari dari rujukan. Motivasi amat berkait rapat dengan emosi. Hal ini kerana emosi boleh merangsang pembangunan motivasi diri. Pernah terbaca akan satu kesimpulan yang dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Faktor-faktor berkait rapat dengan emosi seseorang. Pertama, jenis motivasi  yang dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik). Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996). Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Bak kata Raffini (1996), motivasi intrinsik merupakan '…what motivates us to do something when we don't have to do anything (p.3).'  Kedua,  jenis motivasi yang dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti hadiah atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman, dan lain-lain. Jenis motivasi ini dikenali sebagai ekstrinsik atau motivasi luaran. Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk mengelak daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi, atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan  kendiri. Hakikatnya seseorang itu tidak sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya semata-mata untuk mendapat ganjaran. Kedua-dua faktor yang saya maksudkan ini cukup bermain dengan emosi.
Selepas tajuk pertama berakhir, kami didedahkan dengan lagu dikir barat HALIM YAZID. Bagi saya dikir ini cukup mengimbau kenangan lama. Semasa kecil dahulu saya cukup suka mendengar dikir barat. Maklumlaa orang kelantan, salah satu lagu yang pernah saya hafal adalah lagu ini, iaitu 'Bangkit Asal'. Lagu ini ada dua, bahagian satu dan dua. Ringkasnya, ia menceritakan perihal diri penyanyi, Halim Yazid. Lagu pertama dimulakan dari kelahirannya sampailah bersekolah. Lagu kedua yang dimainkan oleh Dr. Zamri menceritakan berkenaan hidupnya semasa belajar terutamanya semasa di universiti. Cukup beremosi sekali. Tetapi penceritaannya menjelaskan walaupun berada dalam kesusahan tetapi, ibubapanya terus memberi semangat dan sokongan untuknya terus belajar sehingga ke menara gading. Inilah yang dikatakan dengan motivasi. Sememangnya, saya cukup terharu sehingga turut sama menyanyikan bait-bait lagu semasa di dewan kuliah. Kedua-dua orang tua kita tidak akan pernah berhenti untuk mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya.
Kita masuk pula berkenaan teori FKP iaitu fisiologi, kognitif dan psikologi. Menerusi  pemahaman saya, kebanyakan teori-teori emosi yang utama telah bersepakat mengatakan persetujuan mereka bahawa emosi terdiri dari beberapa komponen iaitu perasaan subjektif, penilaian kognitif, ransangan fisiologi, ekspresi motor(gerak kerja badan), dan akhir sekali kecerunan terhadap motivasi. Berdasarkan kupasan yang lebih mendalam, teori-teori emosi yang utama ini berbeza dari segi kepentingan relative pelbagai komponen dan juga dari segi susunan di mana komponen ini muncul dalam urutan peristiwa yang termasuk tindak balas emosi. Selain itu, ia juga berbeza dari asas fisiologi(Teori fisiologikal), peranan kognisi(iaitu dalam Teori kognitif), dan yang terakhir sekali berbeza dari segi atau dari sudut peranan bawah sedar atau separa sedar(Teori psychoanalytic) atau FKP.
Menerusi teori FKP, Teori yang pertama yang menyatakan persetujuan mereka diatas ialah Teori Fisiologikal. Teori Fisiologikal ini dapat pula kita bahagikan kepada beberapa teori kecik iaitu  James Lang Theory@JLT(teori james lang), Cannon Bard Theory@CBT(teori cannon bard) dan Psychobiological Theory(teori psikobiologikal). Di dalam teori fisiologikal ini telah menyatakan bahawa emosi ini secara primarinya adalah hasil produk daripada otak dan tindak balas system saraf, yang bertindak balas terhadap sesuatu stimuli atau ransangan. Setakat ini sahaja, sambungan kupasan teori FKP akan dsambung dalam kuliah seterusnya.
Setakat ini sahaja coretan saya buat kali ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih kepada pembaca sekalian.wallahua'lam

No comments:

Post a Comment