Sunday, August 21, 2011

A131552 Tan Su Fang To Do or Not To Do, that is the Question.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Ini merupakan jurnal ke- empat saya tulis untuk kursus ZT2253 Pengurusan Emosi dalam semester ini. Pada 17- 8- 2011 saya telah mengikuti kuliah yang telah diberikan oleh Dr Zamri yang meliputi 2 tajuk yang penting iaitu Emosi dan Motivasi serta Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Sebelum kuliah dimulakan, Dr Zamri telah memberi sedikit taklimat tentang tugasan 2 kursus ini yang berkaitan dengan kertas kerja. Dalam tugasan ini, semua pelajar perubatan telah dibahagikan mengikut kumpulan PBL, satu kumpulan PBL mempunyai sepuluh atau sebelas ahli. Pada asalnya, Dr. Zamri men.cadangkan agar empat atau lima orang berada dalam satu kumpulan supaya setiap pelajar dapat menyumbang dalam tugasan ini dan tidak ada orang yang curi tulang. Tetapi, Dr. Zamri berpuas hati terhadap tugasan satu kami iaitu penulisan jurnal setiap minggu ini, oleh itu, beliau memberi kelonggaran iaitu membenarkan sepuluh pelajar dalam satu kumpulan. Kami berasa sangat gembira kerana boleh melaksanakan tugasan ini dalam kumpulan PBL kami dan kami tidak perlu susah payah untuk memcari ahli kumpulan.  

 

Sebelum kulian kami bermula, seperti biasa, Dr. Zamri letak menunjukkan kami dengan sebuah video yang menarik. Video tersebut menceritakan tentang seseorang pelajar miskin yang bersusah payah demi mencapai impiannya. Dalam video tersebut Halim Yazid iaitu pencipta lagu tersebut menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang amat sedih pada satu ketika dulu. Namun berkat ketabahan dan kecekalan beliau, beliau bejaya mendapat segulung ijazah dan berjaya mendapat jawatan sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Malaya. Itulah contoh terbaik yang patut dibelajari dalam diri setiap pelajar. Saya yakin bukan setiap pelajar perubatan dalam UKM datang dari keluarga yang kaya. Keluarga saya juga mempunyai pendapatan yang tidak banyak dan kadang kala pendapatan ayah tidak cukup untuk menanggung keperluan keluarga saya. Oleh itu, semasa belajar di sekolah menengah, saya tidak membeli banyak buku rujukan seperti kawan- kawan saya dan saya selalu pergi pusat sumber untuk mendapat ilmu yang patut saya belajar. Saya juga belajar untuk menjadi berjimat dan tidak membeli barang kemewahan. Saya rasa ini juga merupakan satu latihan kepada diri saya supaya tidak boros dan dapat menjadi seorang individu yang berdisiplin. Saya akan menjadikan pensyarah tersebut sebagai contoh dalam kehidupan saya supaya saya boleh menjadi orang yang berjaya seperti beliau.

 

Selepas ini, Dr. Zamri telah memberi menerangkan tentang tajuk Emosi dan Motivasi. Emosi ditakrifkan sebagai nada yang berkesan. Emosi boleh dikategorikan sebagai positif, negatif mahupun neutral.  Motivasi pula umumnya dianggap sebagai kajian dari segi aspek tenaga dan arah sesebuah tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu. Bagi saya, motivasi merupakan salah satu faktor utama yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu sama ada untuk keperluan kita seperti makan, minum dan mandi atau untuk sesuatu yang kita hajati seperti belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat peluang untuk masuk kursus ijazah perubatan UKM. Melalui sebuah artikel yang saya baca, terdapat tujuh peraturan untuk motivasi. Saya akan berkongsikan maklumat tersebut dalam jurnal ini:

 

 Seven Rules of Motivation

1. Set a major goal, but follow a path. The path has mini goals that go in many directions. When you learn to succeed at mini goals, you will be motivated to challenge grand goals.

 


2. Finish what you start. A half finished project is of no use to anyone. Quitting is a habit. Develop the habit of finishing self-motivated projects.

3. Socialize with others of similar interest. Mutual support is motivating. We will develop the attitudes of our five best friends. If they are losers, we will be a loser. If they are winners, we will be a winner. To be a cowboy we must associate with cowboys.


 


4.  Learn how to learn. Dependency on others for knowledge supports the habit of procrastination. Man has the ability to learn without instructors. In fact, when we learn the art of self-education we will find, if not create, opportunity to find success beyond our wildest dreams.

5.  Harmonize natural talent with interest that motivates. Natural talent creates motivation, motivation creates persistence and persistence gets the job done.


 


6.  Increase knowledge of subjects that inspires. The more we know about a subject, the more we want to learn about it. A self-propelled upward spiral develops.

7.  Take risk. Failure and bouncing back are elements of motivation. Failure is a learning tool. No one has ever succeeded at anything worthwhile without a string of failures.


 





 

Saya berpendapat bahawa kalau kita mengikut peraturan- peraturan tersebut dalam kehidupan kita, kita akan menjadi seorang yang berdisiplin dan mempunyai peluang yang tinggi akan berjaya mencapai sasaran hidup. Oleh itu, saya berharap saya dan rakan- rakan sekalian boleh mendapat kebaikan daripada artikel tersebut.

 Seperti yang kita ketahui, emosi mempunyai empat komponen yang mengakibatkan seseorang itu menghasilkan sesebuah emosi iaitu perasaan individu tersebut, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkah laku yang berkaitan. Komponen-komponen ini boleh didapati dalam situasi dimana seseorang itu berada dalam situasi yang bahaya. Dia akan berasa takut, dan cuba untuk memikirkan cara untuk melarikan diri daripada situasi tersebut. Semasa situasi tersebut berlaku diri seseorang itu akan bernafas dengan lebih laju dan jantungnya berdebar-debar untuk memberi lebih banyak oksigen dan nutrient kepada otak supaya otak boleh berfungsi dengan lebih efisien. Akhirnya, setelah berfikir dengan teliti, dia akan mengambil keputusan untuk menjerit dan melarikan diri atau membuat sesuatu bagi menyelamatkan diri daripada situasi tersebut. Tetapi, emosi bukan sahaja membantu kita menyelamatkan diri semasa berada dalam keadaan bahaya, ia juga memberi motivasi kepada kita supaya kita dapat buat apa yang harus kita buat. Baron dan Logan mengatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.

 

Menurut ajaran Dr. Zamri, terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan emosi, iaitu

James-Lange Theory, Cannon-Bard Theory, dan Schachter-Singer Theory. Pertama sekali, teori emosi James- Lange menyatakan bahawa sesuatu keadaan akan menyebabkan reaksi fisiologi dulu dan otak kami akan menganalisis situasi ini. Sebaik selepas analisis terhadap reaksi kita baru boleh dapat mengalami emosi. Kalau reaksi ini tidak memberi apa- apa fikiran, malah kita tidak akan mendapat apa- apa emosi melalui kejadian tersebut.

 

Menurut teori Cannon- Bard, kita mengalami reaksi fisiologik dan emosi pada masa yang sama, tetapu tidak berkaitan dengan peranan yang dimainkan oleh fikiran dan kelakuan. Sebagai contoh, seseorang individu sedang jalan melalui sebatang lorong yang sunyi, tiba- tiba dia terdengar ada bunyi tapak kaki di belakang dia. Dia akan mula untuk mengecut, jantung akan mula berdebar- debar, dan bernafas dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama yang semua reaksi fisiologik berlaku, seseorang itu tentu mempunyai emosi ketakutan. 

 

Teori  Schachter-Singer menyatakan bahawa sesuatu kejadian mengakibatkan reaksi fisiologik dulu. Seseorang itu mesti menjelaskan sebab kejadian ini baru dia boleh mendapat dan melabelkan emosi itu. , seseorang individu sedang jalan melalui sebatang lorong yang sunyi, tiba- tiba dia terdengar ada bunyi tapak kaki di belakang dia. Dia akan mula untuk mengecut, jantung akan mula berdebar- debar, dan bernafas dengan lebih mendalam. Selepas mendapati reaksi ini individu itu telah mengetahui bahawa reaksi ini datang daripada keadaan di lorong sunyi itu. Sikap ini membawa risiko malah individu itu berasa takut.

 

Akhir kata, kita mesti mempunyai motivasi dalam kehidupan kita supaya kita dapat mencapai sasaran yang kita hendak capai. Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment