KUEK YONG LONG A131718
Selamat sejahtera. Ini merupakan tugasan jurnal keempat bagi subjek kod ZZZT2253 yang bertajuk pengurusan emosi. Pada hari 17 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah keempat untuk kursus ini. Pensyarah kami ialah Dr. Ahmad Zamri Mansor. Kami telah diberikan tugas untuk menghasilkan satu jurnal tentang isi kandungan dalam pembelajaran pengurusan emosi yang telah kami diajari. Kali ini, saya telah diajar dan kali pertama didedahkan tentang "Emosi dan Motivasi".
Sebelum Dr Zamri memulakan kuliah, Dr Zamri telah meringkaskan perkara-perkara yang kita perlu buat tentang tugasan 2. Antaranya ialah membahagikan kumpulan, memilih tajuk tugasan dan sebagainya. Selain itu, Dr Zamri juga telah menayangkan satu video klip lagu yang bertajuk "Bangkit Asal" yang dinyanyikan oleh Halim Yazid. Beliau berasal dari keluarga yang miskin namun beliau berjaya mengatasi halangan-halangan dan telah berjaya dalam kehidupan. Sekarang, beliau merupakan pensyarah di Universiti Malaya. Selepas menonton video klip lagu ini, ia telah membangkitkan semangat saya dan memberi dorongan untuk saya supaya tidak harus mudah berputus asa dalam kehidupan saya.
Selepas sesi video klip lagu, Dr. Zamri telah memulakan topik kuliah yang bertajuk "Emosi dan Motivasi". Motivasi didefinisasikan sebagai aspek perarahan dan tingkah laku seseorang dalam tindakan secara positif atau negatif. Setahu saya, motivasi merupakan satu dorongan yang positif untuk kami supaya kami dapat mengatasi semua halangan dengan tidak berputus asa dan berjaya dalam kehidupan kami. Motivasi boleh dihasilkan daripada keluarga, rakan, kekasih dan lain-lain. Namun, saya berpendapat bahawa motivasi adalah daripada hati dan minda kami sendiri. Hal ini demikian kerana tidak seseorang pun yang akan menemani kami sepanjang hayat. Oleh itu, kami perlu senantiasa menghasilkan motivasi dengan diri sendiri dan mendorongkan sendiri supaya berjaya mengatasi semua halangan. Contohnya, kami sebagai pelajar, kami perlu mendorongkan diri sendiri dan mempunyai semangat yang tidak berputus asa. Dengan ini, kami mesti akan berjaya dalam kehidupan kami.
Dalam kuliah ini, menurut Baron dan Logan pada tahun 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Emosi yang positif atau yang negatif membawa pengaruh yang besar kepada motivasi dan ia adalah berbeza antara satu sama lain. Contohnya, bagi saya, apabila saya berasa gembira, saya akan mempunyai dorongan yang kuat untuk berusaha menyiapkan tugasan yang diberi. Malah, apabila saya sedih, saya akan menukarkan kesedihan ini menjadi satu motivasi yang lagi kuat supaya saya dapat berjaya mencapaikan misi-misi saya.
Selain itu, Dr Zamri juga mengajar kami tentang "Teori FKP" iaitu teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. "The James-Lange Theory" telah diperkenalkan kepada kami. Teori ini merupakan teori psikologi tentang pengalaman emosi dan telah dirumuskan oleh William James pada tahun 1984. Carl Lange (1887) telah menyokongkan teori tersebut dan teori ini dinamakan sebagai Teori James Lange. Menurut teori ini, reaksi fisiologi badan seperti jantung berdegup-degup akan mencetuskan emosi seperti takut apabila seseorang individu mengalami perkara yang ngeri. Hal ini disebabkan oleh hormon-hormon yang dihasilkan dalam badan kami. Namun, Walter Cannon telah mengkritikan Theory James-Lange. Beliau menyatakan bahawa emosi berlaku lebih cepat selepas rangsangan daripada emosi yang ditindak balas oleh sistem badan kami selepas rangsangan. The Cannon-Bard Theory telah dikemukakan dan menyatakan bahawa organ-organ seperti jantung dan perut tidak mewujudkan perasaan emosi. Tekanan darah dan kadar jantung tidak mampu menjadi penunjuk bagi kewujudan emosi. Menurut teori ini, seseorang individu akan mempunyai emosi seperti takut apabila mengalami perkara yang ngeri dan barulah dia akan mempunyai depupan jantung dan sebagainya.
Di samping itu, Bickhard juga menyatakan bahawa motivasi merupakan satu punca yang menyebabkan seseorang individu melakukan sesuatu. Contohnya, apabila seseorang itu berasa sedih kerana perpisahan dengan kekasihnya akan menyebabkannya melakukan sesuatu yang menunjukkan emosinya yang sedih seperti menangis dengan terbahak-bahak, mungkin akan membunuh diri dan bertindak tidak rasional. Jelas kelihatan, menurut Bickhard, motivasi merupakan satu rangsangan yang akan memberi impak sama ada positif ataupun negatif bagi kami.
Tambahan pula, Dr Zamri juga memperkenalkan Teori Naluri, Teori Arousal, Teori Kemanusiaan dan sebagainya kepada kami. Menurut semua teori ini, motivasi merupakan sesuatu yang semula jadi dan biasanya kami akan tidak menyedari kewujudannya walaupun badan kami mengalaminya.
Selain itu, kami juga diperkenalkan Psychobiological Theory yang dikemukakan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982. Teori ini menyatakan bahawa emosi asas berkaitan dengan litar khusus neural. Empat emosi telah dicadangkan iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasan dan jangka. Setiap ini adalah berkaitan dengan sistem perintah di dalam otak kami dan emosi-emosi ini berhubung kait dalam mewujudkan emosi-emosi yang lain. Pada tahun 1998, emosi-emosi ini telah dibahagikan berdasarkan struktur-struktur dalam sistem limbi.
Schachter telah menyokong James-Lange Theory dan memperkenalkan pelabelan kognitif tindak balas fisiologi ke dalam teori tersebut. Menurut Schachter, tindak balas fisiologi adalah bergantung kepada situasi yang berlaku, dan juga pengalaman yang lepas, tetapi rangsangan tersebut memberikan kami label arousal yang mewakili beberapa emosi yang tertentu. Hal ini dapat dilihat apabila orang kesayangan kami menghadapi masalah dan terancam. Pada masa itu, kami akan mengalami perubahan emosi seperti takut dan tindak balas fisiologi badan kami juga akan berubah seperti jantung berdegup-degup. Hal ini menjelaskan bahawa kognitif kami terhadap orang kesayangan kami yang menghadapi masalah. Dalam "misattribution", Schachter menyatakan bahawa emosi tidak secara langsungnya hasil daripada rangsangan yang menghasilkan arousal fisiologi yang sebenar. Contohnya, Premenstrual syndrome (PMS) yang dialami oleh wanita. Emosi wanita seperti kemarahan dan kemurungan mungkin disebabkan oleh PMS ini. Selain "misattribution", kami juga belajar tentang topik "transfer of excitation". Dolf Zillman menyatakan bahawa tindak balas yang tidak berkaitan akan dipengaruh oleh arousal daripada sesuatu sumber. Sebagai contoh, seseorang individu berasa gembira dan senyum, apabila dia pergi ke tempat lain, orang sekelilingnya juga akan terpengaruh dan gembira. Dua pengajian yang berkaitan dengan topik ini ialah "crossing the dangerous bridge" dan "riding and exercise bike" study.
Secara tuntas, emosi adalah saling berhubung kait dengan motivasi. Pengurusan emosi dengan baik akan memberikan motivasi yang kuat kepada kami untuk mendorongkan kami supaya berjaya mengatasi semua halangan dan berjaya dalam kehidupan. Setiap orang memerlukan motivasi sama ada daripada keluarga ataupun daripada rakan kerana motivasi inilah memberikan dorongan kepada mereka untuk berusaha dan bersaing dalam hidup. Selepas kuliah ini, saya telah sedar dan memahami kepentingan motivasi ini dan emosi. Saya akan menjadikan semua halangan dan masalah sebagai motivasi dan mengatasinya dengan bersungguh-sungguh. Saya berharap kuliah yang akan datang dapat memanfaatkan saya lagi.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment