A131744 AISYATUL NADIAH BT. MOKHTAR ALFAKARI – LJ04 : EMOSI DAN MOTIVASI, TEORI SOLOMON
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan yang sudi membaca jurnal siri keempat saya ini bagi kursus ZT2253:Pengurusan Emosi. Kali ini saya akan menulis tentang emosi dan motivasi. Saya juga akan memasukkan sedikit tentang Teori Solomon. Sebelum ini ada dinyatakan dalam siri jurnal sebelum ini, perkaitan antara emosi dan motivasi. Maksud sebenar emosi telah saya ketahui berdasarkan pembelajaran kuliah pertama sebelum ini. Kali ini apakah yang dimaksudkan dengan motivasi. Sebelum itu ada sedikit penambahan tentang emosi iaitu tidak bersifat neutral. Kalau neutral maknanya orang itu saya bayangkan seorang yang 'blur', tidak ada ekspresi emosi di mukanya. Mungkin jenis kita tidak tahu dia terima ke menolak ke iaitu bersifat saya ibaratkan dalam masyarakat ini sebagai mayat hidup. Bagi saya perlunya hidup beremosi seperti gembira, sedih, takut dan sebagainya. Hal ini bertujuan agar dalam hidup ini kita boleh menyimpan memori-memori yang mungkin dapat kita imbas kembali pada masa akan datang. Motivasi pula bagi saya ialah seperti satu perkara yang abstrak bertujuan membangkitkan semangat dalam melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam hidup seperti cemerlang dalam peperiksaan.
Motivasi ialah aspek 'energizing' dan 'directional' bagi tingkah laku. Baron dan Lagon ,1993 mengatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Emosi diperlukan bagi membangkitkan motivasi dalam diri. Emosi itu sebagai motivasi kepada tingkah laku. Contohnya dalam banyak Korea drama yang saya tonton, emosi yang dipamerkan amat menyentuh hati seperti ditonjolkan bagaimana perasaan cinta terhadap seseorang itu membolehkan si dia bertindak di luar kemampuannya sendiri agar yang dicintai bahagia dan gembira. Antara adegan yang menarik perhatian saya ialah dalam drama 'Heartstrings', si dia(lelaki) sanggup mengejar pengarah audition supaya menonton persembahan orang yang dicintai setelah gagal menghadiri audition yang diadakan pada hari ditetapkan. Kesungguhannya membuahkan hasil yang positif yang mana perempuan tersebut terharu dengan tindakan tersebut.
Kadang-kadang walaupun motivasi itu membolehkan seseorang itu bertindak luar biasa tetapi seseorang itu perlu menggunakan perkara tersebut dengan tujuan yang baik. Contohnya kerana menyukai seseorang si dia sanggup menelefon untuk meluahkan perasaannya dan sekiranya ditolak si dia sepatutnya memahami dan jangan memaksa dengan menelefon setiap hari. Perbuatan tersebut mengganggu hidupnya. Jadi hasilnya menjadi negatif. Oleh itu, seseorang perlu pandai mengawal emosi agar tidak membawa kepada keburukan diri dan orang lain terlibat. Walau bagaimanapun, tidak semua situasi itu emosi menjadi pendorong atau tidak semua pendorong berasaskan emosi seperti belajar kuat kerana mempunyai motif untuk berjaya lawan kepada seseorang itu sedih dengan keputusan ujian sebelum ini yang menjadi motivasi kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan yang sama. Contoh lain ialah makan kerana lapar. Lapar bukan emosi.
Pada kuliah tersebut juga, diperkenalkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan emosi seperti James-Lange Teori, Cannon's Challenge and Teori Dua-Faktor. Dalam James-Lange Teori, beliau mengatakan bahawa dalam situasi tertentu perkara pertama yang berlaku ialah rangsangan sama ada dalam atau luar membawa kepada tercetusnya perubahan fisiologi dan perubahan tingkah laku maka kemudian tercetusnya emosi. Contohnya seseorang ternampak bayang-bayang hitam di belakangnya, jantungnya akan berdegup kencang dan menjadi gelisah maka wujudnya perasaan takut. Cannon's Challenge pula mengatakan sedikit kelainan daripada Teori James-Lange, beliau mengatakan setelah seseorang itu dirangsang emosi akan hadir dahulu kemudian membawa kepada perubahan fisiologi. Ini bermakna perasaan takut yang menyebabkan jantung seseorang berdegup kencang atau badan berpeluh sekiranya berhadapan situasi seram atau cemas. Bagi Teori Dua-Faktor pula menyerupai James-Lange Teori tetape kelainan pada teori ini ialah apabila seorang dirangsang oleh simulasi. Dia akan menyelami perubahan fisiologi, kemudian wujudnya istilah melabelkan dan akhir menunjukkan emosi tertentu.
Emosi merupakan keadaan yang melibatkan ekspresi wajah dan perubahan gerak badan, keaktifan otak, process kognitif, perasaan subjek dan kecenderungan terhadap suatu tindakan. Semua komponen ini dibentuk oleh peraturan-peraturan budaya. Oleh itu, emosi merupakan tidak balas untuk mengadaptasi pada sesuatu situasi dan membantu komunikasi dengan individu lain. Dengan emosi, seseorang itu seolah-olah bersedia untuk melakukan tindakan. Lahirnya emosi dalam diri membolehkan kita untuk mengambil tindakan, melakukan pergerakan dan mungkin juga bertujuan mengatasi sesuatu. Contohnya perasaan takut membuat kita bertindak melarikan diri sebagai tindakan reflex. Manakala motivasi pula membolehkan kita percaya pada kemungkinan terjadi perkara yang diingini. Bagi saya, apabila seseorang itu bermotivasi, dia akan memilih jalan yang terbaik dan mempunyai kesungguhan luar biasa jika dibandingkan dengan orang biasa.
Terdapat beberapa konsep dan teori yang berkaitan dengan motivasi yang saya pelajari. Motivasi ialah faktor dalam atau luar yang menyebabkan seseorang itu berkelakuan tertentu pada masa tertentu. Selalunya orang yang bermotivasi mempunyai matlamat tertentu perlu di capai. Saya menjadikan kepercayaan ibu bapa sebagai satu motivasi kepada saya untuk belajar amat tekun dan menghadiahkan segulung ijazah kepada mereka pada suatu hari dengan izin-Nya. 'Drive' merupakan istilah bermaksud keadaan dalaman yang akan menggerakkan tingkah laku kita bertujuan mengurangkan keperluan atau mengembalikan kestabilan homeostasis. Selain itu, 'incentive' didefinisikan sebagai matlamat luar yang menarik atau menolak tindakan kita. Ini bermakna sekiranya kita mempunyai keinginan mendalam terhadap sesuatu, perkara tersebut akan menarik kita untuk bertindak bagi mendapatkannya.
Salah satu teori ialah 'Arousal Theory'. 'Arousal' merupakan keadaan fisiologi yang menjadikan kita 'alert' dan 'awake'. Contohnya ingin tahu membuatkan kita memahami alam sekitar atau sekeliling. Teori yang amat penting bagi kita sebagai manusia ialah 'Humanistic Theory' yang di mulakan oleh Abraham Maslen. Beliau menyenaraikan keperluan manusia yang pasti diperlukan kepada 3 kumpulan iaitu Keperluan Asas, Keperluan Psikologi dan Keperluan untuk 'Self-Fulfillment'. Setiap keperluan pula dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. Keperluan Asas dibahagikan kepada keperluan fisiologi seperti makan dan minum dan keperluan keselamatan seperti pengawasan manakala bagi Keperluan Psikologi terdiri daripada keperluan kasih sayang seperti keluarga. Paling tertinggi dalam hierarki bagi teori ini ialah 'self-actualization'. Selain itu, Teori Asas Adaptasi menyatakan kita akan bertindak balas pada rangsangan baru. Kita akan secara automatik akan mewujudkan tahap adaptasi neutral kepada pelbagai rangsangan. Saya apabila berada di tempat baru pasti dalam seminggu yang pertama saya pasti akan mengalami demam. Bagi saya itu salah satu cara badan saya mengadaptasi persekitaran baru. Process adaptasi kepada saya mengalami tempoh yang agak lama. Hal ini kerana bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tempat tetapi kawan dan pelajaran.
Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari tentang 'Solomon Opponent Process Theory'. Teori ini hasil ubah suaian Teori Aras Adaptasi. Ia diasaskan oleh Richard Solomon pada 1980 bertujuan mengkaji tentang sikap ketagihan. Setiap emosi yang dilahirkan akan wujud secara pasangan. Apabila satu emosi tercetus akan lahir juga satu emosi untuk melawannya. Contohnya benci menjadi suka. Bermula dengan keadaan primary yang selalunya automatik dan selepasnya emosi lawan akan tercetus, selalunya bertahan lebih lam dan emosi itu akan bertambah kuat jika dihadapi beberapa kali. Semua orang pasti akan mengalami keadaan ini. Kesimpulannya, emosi amat berkait rapat dengan motivasi. Terdapat beberapa konsep dan teori penting melibatkan tentang motivasi. Motivasi menyebabkan seseorang itu mempunyai semangat yang luar biasa dan menjadikan keadaan mustahil bertukar tidak mustahil. Perubahan. 'Failure is the mother of success'. Kita kadang-kadang perlu menerima kegagalan baru dapat mengubah jalan yang diambil ke arah lebih baik.
No comments:
Post a Comment