Sunday, August 21, 2011

MASMAZLIN MAZUIN BINTI MOHD SHARIFF A131745 EMOSI PENCETUS MOTIVASI???

Assalamualaikum wbt…dan salam sejahtera…..

          Tak sangka…dah pun masuk jurnal yang keempat…Cepat sungguh masa berlalu..... Bulan Ramadhan pun hampir penghujungnya. Saya harap saya dapat bertemu lagi dengan ramadhan akan dating.  Baiklah, apa yang saya nak tulis bagi jurnal kali ni? Sebelum itu, mari kita imbas balik tentang kuliah hari tu. Pada 17 ogos yang lalu iaitu bersamaan 17 Ramadhan, Dr Zamri datang lewat sedikit. Beliau menyuruh kami buat perbincangan tentang tajuk tugasan berkumpulan. Selepas , Dr Zamri sampai, beliau memberi penerangan tentang tugasan berkumpulan akan datang. Selepas penerangan itu, Dr Zamri meneruskan dengan kuliah seterusnya iaitu bertajuk Emosi dan Motivasi.dan Teori Solomon. Baiklah, bila diimbaskan kembali, kuliah sebelum ini ada menyatakan serba sedikit perkaitan antara emosi dan motivasi. Kadang-kadang emosi boleh menjadi motivasi buat kita.

          Sebelum ini kita adabelajar tetang emosi. Perasaan adalah komponen dalam emosi. Emosi boleh menjadi negatif ataupun positif. Tapi, emosi tak akan pernah menjadi neutral. Motivasi pula ialah sesuatu perkara yang mendorong seseorang melakukan sesuatu sama ada positif ataupun negatif.  Jadi, apa kaitanna emosi dengan motivasi? Menurut Baron & Logan,1993 emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Tapi, tak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Rupa-rupanya baru saya tahu,terdapat banyak teori tentang emosi dan motivasi ni. Antaranya ialah James-Lange Theory, Cannon;s Challenge dan Two-Factor Theory.

          Stiap teori ini berbeza antara satu samalain. James-LangeTheorymenyatakan bahawaia bermula dengan ransangan, selepas itu fisilogi berubah dan seterusnya mengubah tingkah laku.akhir sekalu barulah merasakan emosi. Tapi, lain pula dengan Cannon;s Challenge, teori ni seperti memnolak teori pertama tadi. Dalam teori ini menyatakan ia bermula dengan ransangan selepas itu emosi dan fisiologi badan berubah dalam masa sama. ManakalaTwo-Factor Teory pula mnyatakan yang ia bermula dengan ransangan selepas diikuti dengan perubahan fisiologi dan ditambah dengan komponen kognotif. Akhir sekali, barulah emosi.

          Sekarang kita ke topik konsep dan teori motivasi. Apakah motivasi? Motivasi ialah factor luar seseorang yang menyebabkan dia bertindak kea rah sesuatu jalan ataupun arahtuju dalam masa tertentu. Perkataan'Drive' iaitu apa yang memandu kita. Bukan pandu kereta ye.  Drive ialah keadaan dalaman yang mengaktifkan tingkah laku dengan mengurangkan keperluan tapi masih mengekalkan hemeotasis. Insentif pula ialah sesuatu faktor yang menjadi kepada seseorang untuk melakukan sesuatu.tindakan.naluri pula ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri seseorang. Ia tidak boleh diajar. Ia sesuatu respons dari sesuatu ransangan. Arousal Theory ialah fisiologi da psikologi dalam keadaan sedar. Seseorang bermotivasi untu mengekalkan tahap optimum arousal. Baiklah, teori seterusnya ialah Humanistic Theory. Menurut Abraham Maslow motif boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu keperluan asas, keperluan psikoloigi dan memenuhi keperluan diri. Keperluan asas dibahagi kepda dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan.dalam keperluan psikologi pula sperti hubungan intim, kawan. Memenuhi keperluan seperti untuk mencapai sesuatu, aktiviti kreatif.

          Baiklah,dah habis dah pun tentang fakta.Sekarang saya nak ulas serba sedikit tentang emosi dan motivasi. Saya setuju yang emosi boleh penjadi pendorong kepada seseorang. Sebelum ini, kita ada belajar tentang emosi positif dan negatif. Setiap emosi yang terkandung dalam kumpuln emosi tadi boleh menjdi pendorong kepada seseorang tidak kira lah sama ada emosi positif atau negative. Ada orang berpendapat hanya emosi positif sahaja boleh menjadi motivator manakala eosi negative pula akan meruntuhkan sesuatu motivasi itu. TAPI.. Bagi saya tidak semestinya emosi negatif itu boleh meruntuhka motivasi. Tapi, ia terpulang kepada individu itu sama ada ingin menjadikan emosi itu sebagai motivator ataupun sebaliknya. Baiklah, saya ingin memberi contoh, emosi sedih kadang-kadang boleh menyebabkan tekanan ataupun stress. Stress juga merupakan motivator kepada sesseorang. Seseorang itu akan bersaha yangterbaik untuk mendapatkan sesuatu.  Tetapi, jika sedih keterlaluan ia akan mengundang stress yang sampai ke tahap maksimum. Bila di tahap maksimum. Stress bukanlah lagi sebagai pendorong tetapi ia telah menjadi peruntuh sebuah motivasi. Produktiviti mula menurun apabila stress keterlaluan. Ini adalah pendapat saya.

Sekarang untuk contoh enosi positif pula, adakah emosi positif akan terus menjadi motivasi? Bagi pendapat saya, kadang-kadang emosi positif tidak menjanjikan seseorang boleh menjadi motivasi. Contohnya, seseorang itu sangat gembira dengan hidupnya, dengan keputusan yang dia dapat. Jadi, ini menjadikan dia lalai untuk berusaha kerana dia menganggap yang dia di tahap selamat. Oleh kerana, dia leka  dengan kegembiraan yang dia kecapi, jadi, tidak berusaha dalam hidupnya. Ini menyebabkan produktivitinya mula menurun. Jadi, seseorang itu perlulah bijak dalam menjadikan emosi positifnya memberi kesan positif buatnya, menjadi motivasi yang positif.

Saya juga berpendapat yang motivasi juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi positif dan motivasi negative. Kenapa saya berkata sedemikian? Hal ni kerana, kadang-kadangmotivasi boleh kearah positif dan negative. Contohnya, motivasi positif ialah seseorang berusaha untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik dengan berpegang kepada prinsip esok lebih baik dari semalam. Manakala motasi negative ialah dendam menyebabkan seseorang ingin membunuh oran. Itu adalah contoh motivasi yang negatif.

          Motivasi dalam hidup saya. Sebagai seorang pelajar, saya tidak boleh lari dengan perkataan S T R E S S. dahulu saya tidaklah tertekan sngat semasa belajar tapi sejak masuk kos medic ini baru saya kenal erti stress yang sebenarnya. Tapi…daripada stress ia boleh memotivasikan saya. Apabila stress saya mula sedih dan serba tak kena. Tapi, saya yakin yang Allah sentiasa bersama saya. Keyakinan saya terhadap Pencipta lah yang telah memotivasikan saya. Saya berpegang kepada ayat, Allah takkan membebani hambaNya melainkan kesanggupannya. Setiap kali saya sedih, saya mengingati ayat ini dan ini telah merawat kesedihan saya dan memotivasikan saya. Ia membuat saya lebih kuat, dan lebih bersemangat untuk berubah. Saya juga yakin yang ujian Allah terhadap hambaNya adalah tanda kasih saying. Apabila diuji kita tidak akanleka. Jadi, bersyukurlah bila ujian mendatang. Keyakinan kepada Allah memotivasikan diri saya.

Ini adalah salah satu  lagu yang memberi motivasi buat saya.


Rahmat Ujian


Munsyid : Mestica


Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

         

          Emosi sayang. Sayang kepada ibu bapa juga memberi motivasi kepada hidupnya. Membuatkan saya lebih tabah dan kuat dalam menghadapi ujian yang datang. Saya ingin berjaya dan ingin membahagiakan kedua ibu bapa saya dengan kejayaan yang saya kecapi. Dah terlalu banyak jasa yang mereka taburkan. Tapi, mereka tak pernah mengeluh. Insya Allah dengan kejayaan yang saya ingin kecapi, saya ingin melihat mereka tersenyum bahagia. Melihat mereka bahagia sudah cukup membuatkan diri saya bahagia. Rasa saaing terhadap mereka telah memotivasikan saya. Harapan untuk melihat mereka hidup senang setelah lama hidup susah dalam membesarkan kami adik-beradik telah menjadi pendorong buat saya untuk menjadi anak yang berjaya, anak yang solehah. Agar mereka bahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Saya sayang mak dan abah. Terima kasih kerana telah membesarkan saya. Teringat saya akan muzik video yang ditayangkan oleh Dr Zamri tentang lagu yang bertajuk Bangkit Asal.ia mengisahkan kesusahan hidupnya telah memotivasikannya untuk berjaya dalam hidupnya.

          Kesimpulannya, kebanyakkannya emosi merupakan pendorong seseorang melakukan sesuatu. Tetapi ia terpulang kepada seseorang itu sama ada ingin menjadi ia positif ataupun negative. Setakat bi sahaja jurnal saya pada kali ini. InsyaAllah kita bertemu kembali dalam jurnal akan datang. Wassalam.

No comments:

Post a Comment