A130214 MOHD SHAHRUL SHAFIQIN BIN BAHARIM LJ04
Emosi Dan Motivasi
Assalamualaikum dan salam ramadhan. Bertemu kembali dalam siri jurnal yang ke empat saya. Pada minggu ini Dr zambri agak terlambat kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Bulan puasa yang sudah hampir minggu ke tiga menyebabkan saya agak mengantuk semasa kuliah ini berlangsung tetapi apabila memikirkan Dr Zambri yang bersungguh-sungguh, sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberikan ilmu kepada kami menyebabkan saya seakan-akan mendapat semangat baru untuk mendengar kuliah ini. Berbalik kepada tajuk kita, pada minggu ini Dr Zambri mengulas tentang topik emosi dan motivasi.
Seperti kebiasaannya, Dr Zambri akan menayangkan satu video bagi memberikan motivasi kepada kami semua. Pada minggu ini, Dr Zambri telah menayangkan satu video dikir barat bertajuk 'Bangkit Asal'. Lagu dikir barat ini di dendangkan oleh Halim Yazid dan merupakan antara lagu dikir barat yang popular di kalangan masyarakat Kelantan. Lagu ini banyak memberi motivasi khususnya kepada anak-anak muda agar terus berjuang dalam menuntut ilmu. Lagu ini mengandungi banyak pengajaran dan amat menyentuh hati setiap jiwa yang mendengarnya. Lagu ini merupakan kisah benar penyanyi tersebut yang suatu masa dahulu hidup dalam keadaan serba kekurangan namun berkat usaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya beliau Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan akhirnya berjaya menjadi seorang pendidik yang berkaliber. Untuk renungan bersama,di sini saya sertakan sekali lirik lagu Bankit Asal tersebut.
Halim Yazid - Bangkit Asal
Ambo (saya) nak sambung kisah diri sendiri,
Dah adik kakak (saudara-saudari) di kampung pakat (sama-sama) nak dengar lagi,
ambo hormat sanjung segala kasih segala budi,
susah yang ambo tanggung adik kakak ambil perhati...
oooooo ooo oooo, ambo rasa berbesar hati,
oooooo ooo oooo, terima kasih setinggi tinggi....
Masa kecil ambo biasa makan nasi saja-saja,
Kalau ada sekerat ikan, pun kena bahagi dua,
Dapur cuma ada garam, jarang benar ada gula,
Baca bok (buku) malam-malam, hanya minum air telaga,
Bangun pagi-pagi, sauk (tarik) baju pakai seluar,
Mek (mak) ambo rebus ubi, bungkus bui (beri) buat bekal,
Dia pesan hari-hari, Lim (Halim) ngajilah (belajarlah) pandai-pandai,
Kalau periksa (exam) pah (pass) tinggi, orang kata boleh jadi pegawai,
Oooooooooo oo oooo..ambo pergi sekolah berungga-rungga (berlari-lari, berkejr-kejar),
Ooooooooo oooo ooooo..ambo nok ngaji (belajar) wi (nak bagi) pandai-pandai......
Ada satu ketika cikgu minta 10 riyal (10 ringgit),
dia kata sekolah kita nak gi (pergi) melawat sambil belajar,
Hummm.. tak ada apa doh la cikgu wei.., saya tak boleh bayar,
Orang lain pergi belaka, ambo seorang jah (saja) tinggal...
Hok (yang) ambo perit sengoti (sesungguh hati), kena pergi sekolah alik (sebelah) petang,
cikgu kata wajib mari (datang), rumah kuning ada latihan,
Ambo lah yang banyak sekali kena hungga (lari) keliling padang,
kerana ambo tak boleh nak beli seluar pendek kasut sukan....
Ooooooo oo oooo Malu nya wei, ambo kena paje (tahan, denda),
Oooooooo ooo oooo Ni lah baru ambo royat ko orghe (beritahu kat orang),
Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darjah satu hingga jadi manusia,
Mintak halal segala ilmu yang cikgu beri selama masa,
Di tapak kaki guru ambo tunduk mintak redha,
Ambo masuk universiti tahun 80, budak kampung nak gi ngaji (belajar),
Tak tau lah mana jatuh
adik adik kecik lagi, rasa penat dok dalam baruh (sawah)
Dok tekad dalam hati ambo nak ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kat orang, waris warah (saudara mara) dok pakat kata (asyik mengata),
Tak usah lah dok tebeng (bersungguh sangat) kalau tidak bangsa kaya,
Hantar sekolah anak jantan buat habiskan harta,
Tidak kata nok pakat rate (sama-sama bantu), tolong bantu samah dua (50 sen seringgit, 50 sen=seamas/samah.......).
Ooooooooooooo ooo ooo Tak dok (tak ada) waris nya diri ambo....
Ooooooooooooo oooo ooo Demo tokse kelih (tak nak pandang), walau sebelah mata.....
Mek dengan ayah masuk jadi peneroka baru,
Dalam bukit (Di kawasan bukit) nak tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Berperang dengan harimau gajah, makan tak makan tak ada siapa tahu ,
beginilah org susah, nak tanggung anak ngaji di U,
kerana keadaan begitu, ayah ambil keputusan,
Wahai anak-anak ku, kita pecahlah tiga jalan,
Mu (kau) Halim, anak nombor satu, mu duduk Kuala Lumpur ngaji lah seorang,
Adik-adik tinggal di kampung dulu, pakat (bersama) duduklah 5 orang ,
Ooooooo..oo oooo Selamat tinggal selamat jalan....
Oooooooo..oo ooo.Adik yang bongsu jerit sokmo (selalu menangis) malam-malam...
Alkisahlah ambo pulak tengah dok kena ngaji di U Malaya,
Buku rujukan pun ambo tak ada, pakai harapkan salin nota,
Berasa malu jugak masuk majlis yang besar-besar,
Baju ambo murah terlajak (murah sangat sangat), 12 riyal jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayah bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayah berasa bangga,
Tahniah dari saing-saing (rakan-rakan), ambo terima banyak bunga,
Ambolah orang panggil Halim anak kampung sesok (miskin) hok (yang) boleh berjaya......
Oooooo..ooo...ooo, akhirnya ambo beroleh sarjana,
Oooooo..ooo.ooo bersyukur pada Allah Maha Kuasa...

Sekarang saya akan mulakan ulasan dan huraian saya terhadap apa yang telah difahami saya sepanjang kuliah 2 jam bersama Dr Zambri. Bagi tajuk emosi dan motivasi,saya mulakan dahulu dengan memberikan definisi 'emosi dan motivasi'. Istilah emosi menurut Daniel Goleman (1995), seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary memaknai emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan pikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Motivasi pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Seterusnya, kita mulakan dengan huraian emosi terlebih dahulu. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Secara amnya, komponen emosi terbahagi kepada empat iaitu menyatakan perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Melalui pemahaman saya, emosi seseorang akan diterjemahkan dalam bentuk perasaan,secara langsungnya menyebabkan berlakunya perubahan kognitif yang akhirnya akan menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan fisiologi seperti peningkatan dengupan jantung (tachycardia), berpeluh dan sebagainya yang akan menyebabkan berlakunya tindak balas makanisme untuk emosi tersebut. Emosi bertindak sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam persekitaran dan ia membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Selain itu, emosi juga akan mempengaruhi kita untuk bergerak, mengambil tindakan dan menghadapi sesuatu perkara.
Seterusnya kita bergerak pula kepada motivasi. Menurut Bickhard 1997, motivasi merupakan satu aspek pemilihan proses. Menurut Mook(1996) pula, motivasi akan membuatkan seseorang melakukan sesuatu perkara – proses pemilihan kursus aktiviti lanjut dan aktiviti interaktif lanjut.
Melalui pembacaan saya di internet, perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Kita sering melihat didalam surat khabar, kerap wartawan menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.Oleh itu, motivasi boleh didefinisikan sebagai:
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif

Saya rasa setakat itu sahaja jurnal saya pada minggu ini. Bertemu kembali dalam siri jurnal terakhir saya pada minggu hadapan. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment