Sunday, August 21, 2011

Shalinni A/P Pandian, A131654



Selamat sejahtera.Ini adalah jurnal keempat saya berkaitan dengan kursus ZT2253 Pengurusan Emosi.Jurnal ini adalah mengenai kuliah pada Rabu yang lepas, bersamaan dengan 17 Ogos 2011.Kuliah tersebut bermula dengan penjelasan tentang tugasan berkumpulan oleh Dr.Zamri yang telah memakan masa selama satu jam. Tajuk kuliah pada hari tersebut adalah sesuatu yang amat menarik perhatian saya kerana pada pandangan saya setiap orang pasti telah melalui pengalaman ini. Tajuknya  ialah Emosi dan Motivasi.Bagi saya emosi dan motivasi bukannya dua elemen yang berbeza kerana emosi boleh mempengaruhi motivasi dan motivasi juga boleh mempengaruhi emosi seseorang individu.Sebagai contoh,melalui pengalaman peribadi,apabila saya berasa gembira,saya dapat memotivasikan diri saya dengan menetapkan "mindset" saya bahawa saya boleh mencapai apa jua sekiranya saya berusaha dengan gigih dan tekun.Sebaliknya apabila tahap motivasi saya rendah, emosi ataupun "mood" saya akan berubah menjadikan saya marah dan juga sedih dan juga suka menyendiri.
Emosi merupakan suatu yang wujud dalam diri kita sama ada dalam bentuk positif atau pun negatif  tetapi bukannya secara neutral. Motivasi pula adalah suatu kajian tentang aspek arah dan penekanan sesuatu kelakuan.Emosi dan motivasi seperti mana yang telah saya katakan tidak dapat dipisahkan dan saling berkait rapat.Terdapat empat kompenen emosi(emosi secara umum) iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan akhir sekali tingkah laku yang berkaitan.Kesemua komponen ini berlaku secara spontan apabila seseorang itu mengalami suatu emosi tanpa disedarinya.Secara langsung kita boleh simpulkan bahawa perasaan merupakan sebahagian daripada emosi dan bukannya sinonim kepada emosi.
Teori Baron & Logan 1993 membuktikan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi.Tahap motivasi seseorang boleh dipengaruhi oleh emosinya pada masa itu,sama ada secara positif ataupun secara negatif.Lang et al(1992) telah mengatakan melalui teorinya bahawa emosi boleh bertindak sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif itu sendiri boleh menjadi emosional.Selama ini saya beranggapan bahawa peristiwa tragedi dalam kehidupan seseorang terutamanya jika ia merupakan kematian ahli keluarga hanya boleh membawa kesedihan dan emosi ini sendiri boleh menjadi suatu " demotivating factor". Tidak pernah saya beranggapan sebaliknya.Walau bagaimanapun,selepas menonton filem Inggeris yang bertajuk "Homeless To Harvard",tanggapan saya berubah.Kisah ini adalah kisah realiti seorang remaja yang bernama Liz Murray yang walaupun tidak berumah tetapi telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke tahap universiti iaitu di Harvard University.Pada mulanya beliau tidak mengambil kisah tentang pelajarannya tetapi setelah kematian ibunya yang merupakan seorang penagih dadah dan pesakit schizophrenia,beliau telah berazam untuk belajar dengan tekun supaya beliau boleh menjadi berdikari dan tidak perlu hidup mengharapkan simpati orang lain. Saya telah mempelajari bahawa emosi kesedihan yang dialami oleh Liz akibat kematian ibunya telah menjadikannya lebih kuat dari segi mental dan juga memberi dia motivasi untuk belajar dengan tekun supaya dia tidak akan gagal dalam kehidupannya (emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku).Dia menganggap peristiwa kematian ibunya sebagai suatu "slapping face" yang telah menyedarkan dirinya dan menjadikannya sebagai suatu motif untuk berusaha dengan gigih (motif itu sendiri boleh menjadi emosional).
Di samping itu seperti mana yang lazim kita dengar dalam berita ataupun terbaca dalam surat khabar,seseorang individu boleh membunuh seseorang yang lain akibat kebencian, marah dan juga dendam.Sebagai contoh,baru-baru ini terpapar dalam surat khabar "The Star" bahawa tiga orang pemuda yang berusia dalam lingkungan umur 20-an telah menculik dan membunuh seorang mekanik pada awal pagi di kawasan Kuala Lumpur kerana dendam.Natijahnya, ketiga tiga pemuda itu telah dihukum gantung sampai mati.Emosi bukan sahaja dapat mendorong seseorang berjaya dalam hidupnya tetapi juga boleh membawa kerugian jika tidak dikawal dengan betul.Secara langsung walaupun apa jua emosi yang dialami,seseorang itu haruslah bijak mengawalnya agar reaksi kepada emosi tersebut tidak membawa kerugian bukan sahaja kepada kita tetapi juga orang lain.
Seterusnya ialah "James-Lange Theory". Menurut beliau,apabila seseorang individu mengalami sesuatu rangsangan(stimulus),berlaku perubahan fisiologi dalam dirinya dan perubahan dalam tingkah laku(physiological arousal and behavioral changes) yang akan menyebabkan reaksi kepada rangsangan tersebut(subjective experience of emotion).Misalnya, apabila kita ternampak sesuatu yang menakutkan kita seperti anjing liar,otak kita akan " perceive" keadaan itu sebagai sesuatu yang berbahaya dan "nervous stimulation" akan berlaku yang diiringi oleh perubahan fisiologi dalam badan kita.Kita akan mula berpeluh,degupan jantung kita akan bertambah,pernafasan kita akan bertambah laju dan sebagainya.Hal ini akan menyediakan kita untuk situasi tiga F iaitu "fight,fright and flight".Ini akan mempengaruhi reaksi kita pada masa itu. Walau bagaimanapun,hal ini adalah berbeza mengikut individu kerana setiap individu mempunyai perspektif yang berlainan.Namun begitu,situasi ini dicabar oleh  Cannon's Challenge atau pun Canon- Bard Theory yang mengatakan bahawa ketiga-tiga proses ini berlaku secara serentak iaitu apabila sesuatu rangsangan berlaku, perubahan fisiologi dan reaksi akan berlaku secara serentak. Terdapat juga satu teori yang lain iaitu "The Two Factor Theory".Menurut teori ini,telah didapati bahawa apabila sesuatu rangsangan berlaku akan berlaku perubahan fisiologi dan juga proses kognitif dan akhir sekali persepsi tentang emosi tersebut.Misalnya,apabila seseorang ternampak seekor ular,perubahan fisiologi beserta dengan proses pemikiran akan berlaku dan otak kita akan member"reasoning" bahawa kita dapat merasakan degupan jantung kita bertambah laju,kita mula berpeluh,nafas kita kencang dan sebagainya kerana kita berasa takut apabila melihat ular di hadapan kita(stimulus). Pada pendapat saya teori ini lebih menepati tingkah laku manusia kerana lebih berfakta saintifki dan rasional.
Menurut Bickhard(1997),motivasi ialah suatu proses yang menekankan aspek pilihan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai suatu jangkaan mengenai sesuatu kemungkinan.Menurut mook 1996 pula,motivasi merupakan sesuatu yang membolehkan seseorang individu membuat sesuatu perkara berbanding dengan yang lain.Tambahan pula motivasi juga adalah sesuatu faktor dalaman atau pun luaran  dalam organisasi tertentu yang menyebabkan seseorang berkelakuan sebegitu dalam situasi pada masa yang tertentu.Pada pandangan saya,motivasi memainkan peranan yang penting dalam hidup kita kerana tanpa motivasi seseorang itu tidak akan mampu mencapai matlamatnya.Motivasi boleh dianggap sebagai "the driving force" dalam kehidupan seseorang dan tanpanya kehidupan akan menjadi kosong( hollow and empty). Terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi motivasi.Pemberian insentif dapat menjadi pengukur kepada tahap motivasi seseorang,sesuatu yang dapat menjadi "the pushing factor" untuk seseorang mencapai "the ultimate goal".Insentif  boleh menjadi hadiah wang tunai,sokongan moral ataupun berupa hadiah dalam bentuk kebendaan seperti telefon bimbit, ataupun pakej percutian. Motivasi juga boleh berbentuk intrinsik,iaitu timbul dari seseorang itu sendiri, berbentuk "arousal" seperti sikap "curiosity" untuk mempelajari dan mengeksplori sesuatu bidang yang baru seperti bidang teknologi nuklear , nanoteknologi dan lain- lain, dan juga berdasarkan keperluan manusia( humanistic needs)yang dapat dikategorikan kepada beberapa tahap seperti yang dikemukakan oleh Abraham Maslow melalui teorinya.
Sekian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment