Sunday, August 21, 2011

Chiew Wern Way A131656 LJ04

     Selamat sejahtera,jurnal ini merupakan jurnal keempat saya dalam kursus ZT2253 Pengurusan Emosi tentang kuliah yang bertarikh 17 Ogos 2011. Dalam kuliah, Dr. Zamri telah memberikan kuliah bertajuk "Emosi dan Motivasi". Pada pendapat saya, emosi dan motivasi saling berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan. Sebagai contoh, seseorang yang sedih tidak dapat menjalankan sesuatu perkara dengan baik. Ini adalah kerana kesedihan tersebut mungkin disebabkan oleh kurangnya dorongan atau motivasi terhadap perkara tersebut. Emosi seperti kecewa juga akan melemahkan semangat serta mengurangkan motivasi diri seseorang dan orang lain. Oleh itu, topik ini amat menarik perhatian saya dan amat banyak yang telah belajari selepas kuliah ini.


     Sebelum kuliah, Dr. Zamri telah memberikan taklimat tentang tugasan kedua dalam kursus ZT2253 Pengurusan Emosi iaitu kertas kerja. Tugasan ini merupakan tugasan secara berkumpulan. Saya amat gembira apabila Dr. Zamri membenarkan semua orang menjalankan tugasan ini dalam kumpulan PBL masing-masing kerana ini dapat melancarkan semua proses tugasan tersebut. Selain itu, setiap ahli dapat berkerjasama dan berkomunikasi dengan baik kerana telah banyak kali bekerjasama antara satu sama lain. Dalam taklimat tersebut, Dr. Zamri telah menjelaskan secara terperinci semua prosedur yang perlu dihabiskan dalam tugasan tersebut.


     Kuliah bermula dengan definasi emosi dan motivasi. Emosi merupakan sesuatu perasaan dalam diri seseorang sama ada positif atau negatif dan tidak akan muncul secara neutral. Motivasi pula didefinasikan sebagai sesuatu kajian terhadap arah dan penekanan terhadap sesuatu tingkah laku. Terdapat empat komponen dalam emosi iaitu, perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tngkahlaku berkaitan. Kesemua komponen ini merupakan suatu proses yang berlangsung tanpa disedari oleh diri seseorang apabila suatu emosi tertimbul. Walau bagaimanapun, komponen ini akan berbeza berbanding antara satu individu dengan yang lain. Hal ini disebabkan oleh cara hidup yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, saya mempunyai seorang sepupu yang amat takut kepada anjing dan akan melarikan diri jika terdapat anjing yang mendekatinya. Tetapi seorang sepupu yang lain pula amat suka bermain dengan anjing dan akan mendekati anjing tersebut sendiri. Keadaan ini berlaku kerana terdapat perbezaan dalam kehidupan mereka seharian. Sepupu pertama saya amat takut kepada anjing kerana dia pernah digigit olehnya semasa kecil. Manakala sepupu kedua saya terdapat dua anjing peliharaan di rumahnya dan tahu amat gembira jika ternampak anjing lain. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Manakala, Lang et al, 1992 menyatakan bahawa emosi merupakan motivasi bagi tingkah laku dan motif juga boleh menjadi emotional. Sebagai contoh, saya pernah mempunyai seseorang kawan amat bijak dan selalu mendapat keputusan yang bagus. Malangnya, ibu bapa dia terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya dan telah meninggal dunia. Perkara tersebut merupakan sesuatu hakikat yang amat susah diterima olehnya. Dia telah berada dalam kesedihan untuk beberapa bulan disebabkan perkara tersebut. Dalam masa tersebut, emosi sedih tersebut mengakibatkan dia kehilangan minat untuk belajar dan selalu ponteng sekolah. Keputusannya bertambah teruk selepas peristiwa tersebut. Saya pernah melawat ke rumahnya dan ternampak dia telah menjadi kurus dan lemah. Dia juga masih berada dalam keadaan sedih walaupun sudah beberapa bulan lepas perkara tersebut. Oleh itu, dia telah dipanggil untuk kaunseling. Selepas hampir setengah tahun, atas dorongan guru dan rakannya, keadaan dia bertambah baik. Dia telah bertambah ceria dan dapat mengadaptasi dengan pembelajaran. Saya dapat nampak emosi amat berkait rapat dengan motivasi. Semasa seseorang sedih, motivasi akan berkurang dan aktiviti sehariannya akan terjejas. Sebaliknya, seseorang yang ceria akan bertambah motivasi dan aktiviti seharian akan berjalan dengan lebih lancar.


     Menurut James-Lange Theory, semasa seseorang mempunyai sesuatu rangsangan, perubahan fisiologi akan berlaku lalu emosi akan ditunjukkan. Contohnya, apabila saya ternampak ular, degupan jantung saya akan bertambah laju, lalu saya akan berasa takut. Namum teori ini dicabar Cannon Challenge atau juga dikenali sebagai Cannon-Bard Theory yang pula menyatakan apabila sesuatu rangsangan berlaku, perubahan fisiologi dan emosi akan berlaku pada masa yang sama. Contohnya, apabila saya ternampak ular, degupan jantung saya akan bertambah laju dan perasaan takut akan tertimbul pada masa yang sama. Teori-teori ini kemudian diperbaharui dengan Two-Factor Theory.Teori ini menyatakan bahawa semasa terdapat rangsangan, badan akan terdapat perubahan fisiologi dan proses kognitif lalu emosi akan berlaku. Contohnya, apabila saya ternampak ular, degupan jantung saya akan bertambah laju dan pada masa yang sama terdapat proses pemikiran bahawa saya berasa takut dan lalu emosi saya akan ditunjukkan iaitu takut.

Menurut Bickhard, 1997, motivasi ialah sesuatu proses yang menekankan aspek pilihan. Motivasi juga merupakan jangkaan apa yang mungkin akan berlaku. Menurut Mook, 1996, pula menyatakan bahawa motivasi merupakan sesuatu yang menyebabkan seseorang membuat suatu perkara berbanding dengan yang lain. Selain itu, motivasi juga didefinasikan sebagai faktor sama ada dalaman atau luaran dalam suatu organisasi yang menyebabkan ia berkelakuan sebegitu pada masa tertentu.


     Motivasi amatlah penting untuk setiap individu kerana dapat memastikan sesuatu aktiviti atau tugasan dapat dilengkapi dengan sempurna dan menjadi seseorang lebih berkeyakinan. Untuk meningkatkan motivasi, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Antara salah satu cara untuk meningkatkan motivasi ialah melalui insentif. Insentif didefinasikan sebagai faktor sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan yang memberikan sesuatu motif untuk tujuan sesuatu atau sesuatu alasan untuk memilih suatu pilihan berbanding dengan yang lain. Insentif dapat diberi melalui beberapa cara seperti dalam bentuk kewangan, moral dan paksaan. Insentif dalam bentuk kewangan dapat ditunjukkan dalam bidang penjualan dan korporat. Sebagai contoh, untuk menarik lebih banyak pembeli, insentif akan diberi kepada penjual berdasarkan bilangan penjualan yang penjual itu dapat. Dalam bidang korporat pula, untuk menarik lebih banyak pelabur, pelabur akan dijanjikan dengan insentif yang diberi secara dividen yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat lain. Oleh itu, ini memberikan motivasi kepada pelabur untuk melabur kepada syarikat tersebut. Insentif yang diberi melalui sokongan moral dapat ditunjukkan semasa pertandingan. Contohnya, dalam pertandingan badminton, penonton merupakan sesuatu sokongan moral kepada pemain itu. Dengan sorakan daripada penonton, pemain akan berasa lebih yakin dan motivasi untuk menang pertandingan tersebut. Insentif yang diberi melalui paksaan atau denda dapat ditunjukkan semasa dalam sekolah rendah. Di mana cikgu akan paksa murid untuk menyiapkan kerja rumah, jika tidak akan didenda dengan rotan. Cara-cara ini mungkin akan meningkatkan motivasi seseorang secara langsung atau tidak langsung.


     Kesimpulannya, emosi dan motivasi tidak dapat dinafikan amat penting dan bergantung antara satu sama lain. Untuk mencapai sesuatu impian, motivasi amatlah penting dan oleh itu, seseorang perlulah menjaga emosi sendiri supaya tidak menggangu emosi sendiri.

No comments:

Post a Comment