Selamat sejahtera. Ini merupakan journal keempat saya dalam khusus pengurusan emosi, ZT2253 berdasarkan kuliah pengurusan emosi yang saya hadiri pada 17 Ogos 2011. Pada awal kuliah tersebut, doctor telah memuji usaha kami membuat journal dengan baik. Secara langsung, kepujian doctor telah memberi motivasi dan membangkitkan semangat kami untuk membuat jornal dengan lebih baik pada lain kali. Seterusnya, doctor turut memberi taklimat tentang tugasan yang seterusnya, iaitu tugasan berkumpulan. Sebenarnya, sebelum kuliah dimulakan, kami diberi masa untuk berbincang tentang tugasan kedua ini dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Dalam taklimat tersebut, kami telah didedahkan dengan cara pemarkahan tugasan ini. Cara pemarkahan ini amat unik sedangkan ketua akan memberi markah untuk ahli-ahlinya dan ahli yang paling cemerlang akan dipilih. Cara ini amat baik sedangkan ia akan memotivasikan kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Doctor juga telah menunjukkan kami beberapa alamat website yang boleh dirujukkan dalam membuat tugasan kedua ini.
Seterusnya, doctor memulakan kuliah yang bertajuk "Emosi dan Motivasi". Saya dapat memahami perkaitan antara emosi dengan motivasi. Emosi seseorang itu memang boleh menjadikan motivasi dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut kuliah ini, saya dapat tahu bahawa terdapat dua jenis emosi, iaitu sama ada positif atau negative, dan ia tidak mempunyai emosi neutral. Terdapat empat komponen dalam emosi kita, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Saya amat setuju bahawa emosi adalah sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Dalam proses ini terlahirnya motivasi yang mendorong seseorang untukmelakukan sesuatu. Contohnya, apabila seseorang berasa marah apabila dicaci oleh kawannya, kemarahan itu mungkin akan menjadi dorongan kepadanya untuk melakukan sesuatu yang jahat untuk melepaskan geramnya dan mambalas dendam seperti mencederakan kawannya. Sebaliknya, emosi juga boleh menjadi pendorong positif kami. Sebagai contonya, seseorang itu amat suka mendengar lagu dan berasa gembira mendengar lagu. Hal ini akan mencetuskan motivasinya untuk belajar alat muzik seperti bermain piano, guitar dan selain-lainnya.
Seterusnya, kami telah didedahkan beberapa teori yang berkaitan dengan emosi dan motivasi seperti Teori James-Lange, Cannon's Challenge, dan Teori Two-Factor. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga teori ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu rangsangan, perubahan fisiologikal dan emosi yang dihasilkan walaupun terdapat perbezaan antara teori-teori ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang sedang berjalan tiba-tiba seekor anjing mengejarnya (rangsangan). Dia berasa terkejut dan akan mengalami perubahan aktiviti fisiologikal seperti berpeluh dan denyutan jantung meningkat dan bertambah laju. Disebabkan ini dia akan berasa takut. Ketakutan inilah emosi yang dihasilnya atas rangsangan itu. Lalu dia berlari dan menjerit untuk meminta pertolongan. Dengan ini kita boleh merumuskan bahawa emosi merupakan reaksi adaptasi yang dilahirkan oleh badan kita untuk menyesuaikan kita dalam apa-apa jua keadaan. Selain itu, emosi meliputi perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, dan tingkah laku untuk bertindak yang dipengaruhi oleh budaya. Sebenarnya bukan semua orang dapat mengekspresikan emosi mereka dengan cara yang sama. Hal ini berkaitan rapat dengan kaun dan budaya yang berlainan antara satu sama lain. Sebagai contohnya, orang barat beranggap bahawa berjabat tangan dan mencium pipi kawan semasa bertemu adalah amat biasa dan merupakan cara mereka menyampaikan kegembiraan mereka. Namun demikian, perbuatan tersebut tidak sesuai bagi masyarakat kita. Hal ini adalah disebabkan oleh perbezaan budaya antar masyarakat kita dengan merka.
Selain itu, menurut Bickhard, 1997, motivasi terlibat satu pemilihan dari aspek salah satu proses. Motivasi juga merupakan satu andaian dan jangkaan tentang perkara yang mungkin akan berlaku. Menurut Mook, 1996, motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara. Dalam teori motivasi, perubahan perlakuan seseorang itu akan dipengaruhi oleh kedua-dua faktor luar dan faktor dalam. Insentif merupakan faktor yang memberi motif kepada sesuatu tindakan. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang menunjukkan bahawa motivasi adalah berasal secara semula jadi. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi dan diwarisi. Teori Arousal pula menunjuk bahawa arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Bagi teori kemanusiaan pula , terdapat beberapa tahap yang motif seseorang itu boleh dibahagikan. Antaranya termasuklah keperluan asas, keperluan memenuhi sendiri dan keperluan psikologikal.
Di samping itu, kuliah hari ini juga merangkumi tajuk "Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik". Kebanyakan teori-teori ini bersetuju tentang beberapa komponen yang menentukan emosi, iaitu perasaan subjektif, proses kognitif, arousal fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi. Namun demikian, terdapat juga perbezaan antara teori-teori tersebut berdasarkan kepentingan dan urutan komponen.
Teori fisiologikal menekankan emosi merupakan hasilan sistem saraf manusia dan emosi ini dihasilkan sebagai respons kepada rangsangan. Terdapat tiga teori dalam teori fisiologikal iaitu Teori The James-Lange, Teori The Cannon-Bard, dan Teori Psikobiologikal.
Pertamanya, kami telah didedahkan dengan Teori James-Lang, iaitu teori psikologi yang paling lama dihasilkan oleh Willian James (1884) dan disokongkan oleh Carl Lange (1887). Teori ini mengata bahawa emosi akan dilahirkan berdasarkan perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu. Namun demikian, teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon atas alasan-alasan iaitu penghasilan emosi dari organ-organ tertentu yang agak lambat berdasarkan rangsangan disebabkan oleh emosi yang selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal yang terlalu lambat untuk menglahirkanan reaksi emosi. Dengan ini, terhasilnya Teori Cannon–Bard yang mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Manakala Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) menerang tentang empat emosi yang asas iaitu kemarahan, ketakutan, kecemasam, dan kejangkaan.
Di samping itu, dalam teori kognitif ahli teori telah mengatakan bahawa pemikiran itu yang akan melahirkan emosi. Teori-teori yang menyokong teori kognitif adalah Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.
Teori Schachter amat semirip dengan Teori James-Lang tetapi yang bezanya ialah faktor kognitif telah ditambahkan ke dalam teori itu. Teori ini menekan bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu. Proses kognitif inilah yang akan mendorong seseorang itu menghasilkan emosi. Seterusnya kami didedahkan dengan Teori Misattribution yang bermaksud kesilapan akan berlaku apabila kami menganggap sesuatu itu hasil daripada perkara yang lain.
Secara kesimpulannya, emosi adalah sesuatu yang sangat unik dan istimewa. Terdapat banyak teori yang menarik telah menerangkan keunikan emosi. Terdapat banyak ikatan antara emosi dengan reaksi badan kita sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Tambahan lagi, emosi juga boleh menjadi motivasi kita dalam keadaan tertentu. Oleh itu, kita haruslah mengurus emosi kita dengan baik.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment