Minggu ini, tanpa disedari, sudah masuk jurnal yang keempat bagi kuliah zt pengurusan emosi. Pada awal kuliah, pensyarah menerangkan tentang tugasan kedua yang perlu kami buat. Saya berasa gembira kerana pensyarah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menambah bilangan ahli kumpulan menjadikan kami sepuluh orang dalam satu kumpulan untuk tugasan kedua ini. Bagi tugasan ini, kami perlu memilih tajuk yang sesuai dan bilangan muka surat yang diperuntukan adalah sebanyak sepuluh muka surat atau 2500 patah perkataan. Kelas pada hari ini tamat agak&n bsp;lewat dan tidak ada kuliah dijalankan.
Tajuk pengurusan emosi pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Dalam tajuk ini, pensyarah menekankan tentang hubungan antara emosi dan motivasi. Kami perlu memahami apa itu motivasi dan seterusnya mengaitkannya dengan emosi. Emosi didefinasikan sebagai sesuatu nada yang berkesan sama ada positif,negatif atau neutral. Motivasi pula tingkah laku yang boleh memberikan semangat dan tingkah laku. Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiolgi dan tingkah laku berkaitan. Ini menunjukkan bahawa emosi itu lebih luas maknanya.& nbsp;Menurut Baron dan Logan, emosi tidak boleh dipisahkan dari motivasi. Emosi adalah motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Seperti contoh, dalam motif pembunuhan, pembunuh ingin mendapatkan wang tetapi akan terselit juga emosi dendam. Contoh seterusnya adalah cinta. Cinta akan memotivasikan seseorang itu untuk meng'sms',rindu dan sebagainya. Namun begitu,tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong atau motivasi dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Emosi bertindak sebagai penyesuaian badan kita terhadap persekitaran kita. Emosi akan memban gkitkan tingkah laku kita untuk bergerak, mengambil tindakan dan menghadapi sesuatu situasi yang memerlukan pergerakan kita.
Melalui pembacaan saya, motivasi berasal dari perkataan latin "movere" yang bermaksud untuk bergerak. IMenurut Davis danPallidino (2000) ,ia adalah faktor fisiologi dan juga psikologi yang mempengaruhi arahan dan ketekunan seseorang untuk meneruskan sesuatu perkara. Dorongan adalah motivasi dalaman yang dihasilkan oleh keperluan fisiologi. Motivasi menghasilkan tingkah laku yang "goal- directed". Seseorang yang lapar akan terdorong untuk mencari makanan. Dorongan juga bersifat biologikal. Clark Hall menggunakan konsep dorongan untuk membuat perkaitan di antara konsep fi siologi dan tingkah laku. Contohnya, apabila kita dalam kehausan, badan akan menjadi lemah dan otak akan memberitahu kita bahawa kita memerlukan air. Seterusnya kita akan terdorong untuk mencari air bagi menghilangkan kehausan dan mengembalikan badan kita ke tahap yang normal semula. Proses ini dinamakan homeostasis. Contoh ini menunjukkan bagaimana motivasi dapat menurunkan ketidakseimbangan fisiologi seseorang.
Motivasi bertindak sebagai pengarah tuju dan penggerak tindakan. Perkataan motivasi berasal dari perkataan bahasa inggeris "motivation". Perkataan asalnya adalah 'motive" yang juga telah dipinjam oleh bahasa melayu "motif" yang membawa maksud tujuan. Sering kali kita melihat di dada-dada akhbar perkataan "motif pembunuhan". Ini bermaksud apakah tujuan pembunuhan itu dilakukan dan apakah sebab dan punca ia dilakukan. Secara ringkasnya, perkataan motivasi bermaksud tujuan atau pendorong. Ini bermakna, tujuan seseorang itulah yang menjadi penggerak utama seseorang itu berusa ha keras untuk mencapai sesuatu sama ada positif atau negatif. Jadi ,boleh dikatakan bahawa motivasi adalah sesuatu yang menggerakkan seseorang itu untuk melakukan sesuatu sama ada positif ataupun negatif.
Motivasi juga adalah pendorong. Tujuan dan motif adalah sama maksudnya dengan wawasan ,cita-cita dan impian untuk menggapai sesuatu. Lebih penting sesuatu perkara yang ingin dicapai,maka lebih kuatlah seseorang itu berusaha untuk mencapainya. Bagi sesebuah negara,wawasan dan cita-cita adalah sangat penting untuk memajukan dan membangunkan negara. Apabila matlamat seseorang itu lebih besar,maka akan besarlah dorongan dan motivasi seseorang untuk berusaha menggapai cita-citanya. Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yn ag menjadi penggerak kepada individu,keluarga,masyarakat dan negara untuk mencapai apa jua yang diinginkan.
Motivasi juga mampu bertindak sebagai darjah kesungguhan. Tahap kepentingan seseorang untuk mencapai sesuatu akan memberi kesan kepada tahap kesungguhannya untuk berusaha. Walaupun masa yang diperlukan untuk mendapatkan apa yang diingini mengambil masa yang agak lama, namun jika apa yang ingin dicapainya adalah amat penting, maka seseorang itu akan tetap berusaha sehingga apa yang diingininya tercapai. Motivasi juga adalah sebagai stimulator akibat rangsangan untuk mendapatkan sesuatu yang benar-benar ingin dicapainya. Seperti contoh bagi pasangan yang sedang bercinta dan& nbsp;berjanji sehidup semati,mereka akan berusaha untuk menikah walaupun terdapat pelbagai halangan yang menimpa. Sebab itulah kita boleh dengar banyak pasangan yang lari ke luar negra untuk bernikah. Ini mungkin adalah disebabkan kuatnya stimulator yang merangsang seeorang itu untuk mendapatkan sesuatu yang benar-benar diingininya.
Motivasi juga mampu bertindak sebagai pemangkin keberanian. Apabila kita ingin mendapatkan sesuatu,sifat malas dan takut adalah perkara kedua. Apabila seseorang ingin mencapai sesuatu matlamat, keberanian,kerajinan dan ketekunan akan timbul dalam dirinya. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbulkan perasaan keberanian dan ketekunan kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya.
Saya juga ingin berkongsi pembacaan saya tentang tiga kategori motif. Yang pertama adalah motif primer. Motif primer ini dibawa sejak lahir dan ianya bukan sesuatu yang kita pelajari. Contohnya adalah konsep fisiologi di mana sejak bayi lagi kita sudah ada keperluan untuk makan dan minum. Kedua adalah motif umum. Motif umum juga wujud sejak kita lahir dan bukan dari hasil pembelajaran. Motif umum tidak ada kaitannya dengan konsep fisiologi. Contoh motif umum adalah seperti kasih sayang, rasa ingin tahu dan ingin diperhatikan. Motif yang ketiga adalah motif sekunder. Motif sekunder adalah berbeza dari motif primer dan umum. Motif sekunder diperoleh dari hasil pembelajaran. Ia tidak ada kaitan dengan konsep fisiologi. Contoh motif ini adalah keinginan untuk berkuasa.
Terdapat tiga motif sosial iaitu motif untuk berprestasi, motif untuk bersahabat, dan motif untuk berkuasa. Motif untuk berprestasi adalah keinginan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik daripada orang lain. Kita juga ingin melakukan sesuatu yang boleh melebihi tahap kebolehan kita. Kita juga ingin melakukan sesuatu yang unik dan luar biasa. Motif untuk bersahabat akan mendorong kita untuk berfikir apakah perkara yang disukai dan dibenci oleh sahabat kita. Kita akan merasa sedih apabila terputusnya hubungan persahabatan kerana adanya perasaan untuk& nbsp;menjalinkan hubungan. Motif untuk berkuasa adalah suatu perasaan ingin menunjukkan kekuasaan dan mempengaruhi orang lain. Motif ini akan menyebabkan kita banyak menaruh perhatian terhadap nama baik dan kedudukan.
Kesimpulannya, motivasi memang berkait rapat dengan emosi dimana untuk menghasilkan sebuah emosi, antara ramuan utamanya adalah motivasi. Oleh hal yang demikian, untuk kita menjiwai sesuatu perkara atau kerja, haruslah kita mempunyai sumber motivasi,barulah kita dapat menjalankan tugas atau kerja dengan penuh emosi di mana apabila sesuatu kerja dilakukan dengan penuh emosi yang positif, produktivitinya akan berkualiti.
No comments:
Post a Comment