Teori FKP dan emosi dan motivasi Anisah Zahirah Bt Nor Aripin A126937 Kuliah yang kali ke-empat ini tidak dapat di hadiri oleh saya kerana saya telah mengalami sakit perut yang teramat sangat. Saya tidak dapat memberi sijil sakit kerana saya tidak larat langsung untuk bangun dan pergi ke klinik. Dengan itu, saya ingin memohon maaf kepada pensyarah kerana tidak dapat menghadiri kuliah ini dan gagal untuk memberi sijil sakit. Saya telah bertanya kepada kawan-kawan saya sekiranya terdapat beberapa pengumuman yang penting semasa kuliah dan mereka memberitahu saya bahawa pensyarah telah memberi panduan untuk tugasan kedua dan saya juga bertanya tentang dua tajuk kuliah yang telah dibentangkan oleh pensyarah. Tajuk yang pertama adalah teori FKP iaitu teori –teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik dan tajuk yang kedua adalah tajuk emosi dan motivasi. Walaupun saya tidak dapat hadir ke kuliah ini, saya telah membaca nota-nota ini yang terdapat di dalam blog pengurusan emosi. Dengan itu, di dalam kandungan kuliah teori FKP atau teori –teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik ia menyatakan tentang teori-teori utama untuk "Experience of Emotion". Antara-antara teori utama adalah perasaan yang subjektif, penilaian kognitif, pembangkitan fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi tetapi teori-teori ini berlainan dari segi kepentingan untuk setiap komponen dan susunan komponen ini dalam aturan yang mengkaitkan tindak balas emosi. Teori pertama iaitu teori fisiologikal menyatakan bahawa emosi adalah hasil daripada tindak balas otak dan system saraf. Ia menyatakan bahawa asal emosi adalah daripada tindak balas fisiologikal terhadap sesuatu. Ini disokong oleh James-lang, Cannon-Bard dan Pschobiological theories. Teori James-Lang adalah teori fisiologikal yang tertua. Ia diasaskan oleh William James di tahun 1884. Teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan dengan itu terhasilnya James-Lang theory. Hipotesis yang dikemukakan oleh teori ini adalah reaksi fisiologikal terhadap sesuati stimuli menyebabkan emosi. Ia juga menyatakan bahawa persepsi terhadap perubahan badan adalah emosi. Contohnya apabila seseorang lelaki melihat seseorang perempuan yang cantik dan menepati cita-rasanya menyebabkan lelaki itu jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap wanita itu dan apabila mereka berkenalan dengan lebih dalam lagi, mereka pun jatuh cinta terhadap sesame sendiri. Teori yang kedua adalah The Cannon Bard . Walter Cannon adalah salah seorang pengasas teori ini. Dia telah memberi komen terhadap teori yang dibentangkan oleh James-Lang kerana pada pendapat William Cannon, system organ yang menyebabkan tindak balas emosi bertindak dengan perlahan terhadap stimulasi, tindak balas emosi dengan cepatnya mengikut stimulasi itu dan tindak balas fisiologikal dating terlalu lambat untuk menyebabkan tindak balas emosi. Dia juga menyatakan bahawa jantung dan perut tidak dapat menghasilkan emosi kerana kadar jantung berdegup dan system penghadaman tidak dapat memberi indikasi emosi mana yang patut dirasai. Dia juga menyatakan bahawa manusia dengan system sarafnya yang dialihkan secara pembedahan juga dapat merasai beberapa emosi. Dengan itu, Cannon dan Phillip Bard membentangkan bahawa stimulasi secara dalaman dan stimulasi luaran menyebabkan "impulses" akan dihantar kepada otak dan dengan itu, perasaan emosi dihasilkan. Satu stimulasi dengan otomatiknya menghasilkan kedua-dua tindak balas dan perasaan emosi. Contohnya, persepsi terhadap takut kepada ketinggian menyebabkan tindak balas seseorang terhadap ketinggian. Contoh yang diberi adalah "I see a spider, I feel afraid and I begin to perspire immediately". Model untuk teori ini adalah stimulasi yang diikuti emosi dan seterusnya tindak balas. Teori yang terakhir untuk teori fisiologikal ini adalah teori "psychobiological". Teori ini diasaskan oleh Jack Panksepp di tahun 1982. Dia menyatakan 4 asas emosi iatu "fear,rage,panic dan expectancy". Empat emosi ini berkaitan dengan system di dalam otak. Empat emosi ini berinteraksi dengan satu sama lain untuk menghasilkan emosi. Dia juga menyatakan bahawa terdapat "neurochemicals" yang tertentu yang mungkin berkaitan dengan variasi system penghasilan emosi itu. Kognitif teori pula menyatakan bahawa pemikiran atau pemikiran kognitif mempunyai fungsi utama dalam menghasilkan emosi. Teori ini dibahagikan kepada dua iaitu Schachter's Cognitive Labeling Theory dan Misattribution. Schachter's Cognitive Labeling Theory menyatakan fungsi kognitif yang menentukan mana emosi yang patut dirasai.Schachter menerima toeri James-Lang tetapi telah juga mengenalkan penglabelan kognitif. Teori Misattribution pula menyatakan bahawa orang selalu salah tafsir emosi untuk satu tujuan yang salah.Contohnya, menyalahkan terhadap "premenstrual syndrome" .Misattribution ini atau kesalahan dalam menganggap boleh menimbulkan konflik dan keganasan. Terdapat juga teori yang dipanggil Transfer of Excitation yang menyataknan bagaimana perasaan gembira itu boleh dihantar kepada yang lain dan teori Cognitive Appraisal yang menyatakan proses pemikiran adalah sebab utama yang bertanggungjawab terhadap tindak balas emosi dan perangai. Teori patterned somatic reaction pula menyatakan tindak balas fisiologikal yang menemani terhadap keseluruhan pengalaman emosi. Contohnya, apabila kita terdengar bunyi yang pelik, kita ingat terhadap hantu atau perompak dan dengan itu, terdapat beberapa perubahan fisiologikal yang berkait rapat dengan ketakutan. Selain teori-teori ini, terdapat juga banyak teori yang menyokong teori ini. Tajuk kuliah yang kedua ialah emosi dan motivasi. Objektif tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi. Emosi diberi maksud oleh "effective tone" . Emosi boleh menjadi postif atau negative atau neutral. Motivasi pula secara umum didefinasikan oleh kajian terhadap "directional" dan "energizing" terhadap aspek perangai. Terdapat empat komponen di dalam emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu emosi mempunyai maksud yang lebih luas maknanya dari perasaan. Menurut Baron dan Logan , emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi manakala menurut Lang, emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku dan motif yang boleh menjadi emosional. Contonhya, pembunuhan yang terjadi boleh menjadi disebabkan motif untuk mendapatkan duit atau disebabkan kebencian. Lagi satu contoh adalah cinta boleh memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan emosi. Oleh itu, motivasi adalah apa yang membuatkan seseorang membuat sesuatu perkara dari perkara yang lain. Incentives atau galakan adalah satu factor yang menyediakan motif untuk sesuatu aksi atau sebab yang kita memilih satu perkara sebagai alternative. Terdapat beberapa Incentives iaitu kewangan, moral dan "coercive". Instints atau gerak hati adalah sesuatu yang tidak dapat dipelajari dan tindak balas yang semulajadi yang dinyatakan oleh hati kita terhadap stimulasi. |
Sunday, August 21, 2011
A126937, Anisah Zahirah Bt Nor Aripin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment