Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan. Seperti biasa setelah selesai kuliah pada setiap minggu kami di minta untuk menulis sebuah jurnal yang menceritakan kesimpulan tentang apa yang saya perolehi sepanjang kuliah berlangsung. Secara jujurnya pada kuliah kali ini saya berasa agak tertekan sejak dari awal kuliah bermula sehinggalah kuliah berakhir sehingga saya tidak dapat memberikan perhatian.
Pada pendapat saya penerangan berkaitan dengan kerja kursus yang perlu kami lakukan terlalu panjang sehingga ramai pelajar menjadi semakin hilang fokus dan minat terhadap kuliah pada kali ini. Tajuk kuliah yang pertama ialah teori FKP. Teori FKP membawa maksud fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Teori fisiologikal menekankan bahawa emosi adalah produk otak dan sistem saraf. Teori kognitif pula dipercayai memainkan peranan utama dalam menghasilkan dan mengawal emosi. Saya ingin menekankan tentang 'cognitive appraisal theories' yang menyatakan proses pemikiran merupakan proses utama yang merangsang tindakan dan emosi. Seterusnya ialah teori psikoanalitik. Emosi merupakan hasil daripada proses yang kita sendiri tidak sedar. Personaliti seseorang itu banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang tidak disedari ketika masih kecil. Dan ini merupakan satu proses yang tidak disedari walaupun oleh mereka sendiri.
Tajuk kuliah yang seterusnya ialah tentang emosi dan motivasi. Pada pendapat saya, ialah emosi merupakan perasaan yang dialami oleh seseorang dan menurut kuliah yang di beri, emosi boleh jadi positif atau negatif dan tidak mungkin menjadi neutral. Se bagai ulangkaji, antara contoh emosi positif adalah seperti:- bahagia, dan gembira manakala emosi-emosi negatif termasuklah marah, sedih, benci dan malu. Definisi motivasi pada diri saya ialah sesuatu yang boleh mempengaruhi dan mendorong seseorang itu. Contohnya dengan motivasi yang baik, mungkin seseorang itu boleh menjadi lebih bersemangat dan sebagainya. Menurut kuliah, motivasi ialah sesuatu yang boleh mengawal dan memberikan tenaga kepada perangai manusia.
Didalam kuliah juga kami di ajar tentang konsep motivasi. Motivasi boleh jadi faktor luaran atau dalaman organisme itu sendiri yang mempengaruhi segala tindakan mereka. 'Drive' merupakan kondisi dalaman yang mengaktifkan tidakan untuk mengurangkan keperluan dan memastikan keseimbangan badan. Manakala 'incentive' ialah factor luaran yang menolak dan menarik tindakan. Sebagai contoh, Ali merupakan seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran dan sering gagal. Sebagai membantu Ali gurunya telah menjanjikan satu hadiah yang amat berharga jika dia berjaya menaikkan keputusan peperiksaannya. Dengan ini Ali akan merasa tercabar dan berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya mencapai kejayaan seperti yang diharapkan oleh gurunya. Disini dapat kita lihat perasaan tercabar itu adalah 'drive' yang mengurangkan rasa malas dalam dirinya manakala hadiah pula merupakan 'incentive' yang berjaya mengubah tingkahlaku Ali supaya menjadi lebih rajin.
Menurut hasil pembacaan saya di internet, artikel yang ditulis oleh Taidin Suhaimin menerangkan terdapat banyak definisi motivasi antaranya ialah :-
1. Motivasi sebagai pengarah tuju dan penggerak tindakan.
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."
2. Motivasi sebagai pendorong
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."
3. Motivasi sebagai darjah kesungguhan.
-dengan motivasi yang berterusan seseornag itu akan boleh mencapai apa yang dikehendaki walaupun ia mangambil masa yang lama. Motivasi akan menjadikan seseorang itu lebih bersungguh-sungguh dalam mencpai tujuannya.
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat."
Bersesuaian dengan contoh yang saya berikan di atas. Dalam contoh yang saya beri, motivasi yang diberi kepada Ali ialah motivasi yang bersifat positif. Hal ini kerana ia berjaya memimpin Ali ke arah yang baik.
Seterusnya Dr. Zamri ada memainkan sebuah video lagu yang bertajuk Bangkit Asal dinyanyikan oleh Halim Yazid. Lagu ini disampaikan dalam loghat Kelantan. Walaupun pada asalnya agak sukar untuk memahami lirik dan makna lagu tersebut namun akhirnya saya berjaya memahami apa yang cuba disampaikan oleh penyanyi tersebut. menurut Dr. Zamri, Halim Yazid ini merupakan seorang pegawai kebudayaan di Universiti Malaya dan bergiat aktif dalam bidang seni suara terutamanya dikir barat. Secara jujurnya video ini agak membosankan tetapi apabila di hayati, lagu ini membawa satu mesej yang agak sedih dan mendalam. Penyanyi ini cuba menceritakan semula perjalanan hidupnya ketika masih kecil sehingga sudah bergelar seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Lagu ini membuktikan pengaruh antara emosi dan motivasi. Penyanyi merupakan seorang anak yang lahir dalam sebuah keluarga yang kurang berkemampuan. setiap hari hidupnya di selubungi kesusahan. Walaupun begitu dia merupakan seorang yang sangat rajin ke sekolah dan tidak pernah berputus asa. Ibunya juga sering mengingat dan menasihati halim agar belajar rajin-rajin agar dapat menjadi seorang pegawai dan mengubah nasib keluarga mereka. Halim tidak pernah merungut bahkan dia sangat menerima memahami keadaan mereka yang serba kekurangan. Hasil daripada kerajinan, nasihat dan tunjuk ajar guru-gurunya Halim berjaya mencapai kejayaan dan menjejakkan kaki ke menara gading. Walaupun Halim berjaya menjejakkan kaki ke menara gading namun dia masih menjadi bahan kutukan orang ramai terutamanya saudara-maranya. Dia merasa malu dan emosi ini serta motivasi luaran iaitu nasihat yang diberi ibunya serta desakan kesusahan hidup menjadikan Halim lebih bersemangat untuk mencapai cita-citanya. Sekali lagi dia mengalami kesusahan ketika berada di universiti. Keluarganya terpaksa berpisah kerana Halim akan menuntut di Kuala Lumpur, ibu bapanya menjadi peneroka manakala adik-adiknya yang lain ditinggalkan di kampung. Dia tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan serta pakaian yang baik-baik namun perkara ini tidak sedikit pun menggoyahkan semangat yang ada dalam dirinya. Akhirnya Halim berjaya mencapai cita-citanya dan menghadiahkan kejayaan terrsebut kepada kedua ibu-bapanya yeng telah bertungkus-lumus menanggung perbelanjaan sepanjang pengajiannya. Halim berjaya membuktikan bahawa anak orang susah juga boleh berjaya dan seterusnya boleh mengubah hidup mereka.
Pada saya, nasihat dan perangsang yang di beri oleh ibunya sangat bermakna dalam menaikkan semangat Halim. Nasihat tersebut merupakan satu contoh motivasi positif yang di beri kepada Halim. Manakala kesusahan hidup keluarganya merupakan 'drive' yang mengurangkan rasa rendah diri manakala kejayaan dan menjadi seorang mahasiswa merupakan 'incentive' yang mamberi hala tuju dalam pengajian Halim.
Secara jujurnya kisah hidup Halim ini boleh di jadikan satu cabaran kepada kita. Walaupun dia serba kekurangan namun Halim masih berjaya mencapai cita-citanya, jadi kita yang berkemampuan ini tidak punya alas an lagi untuk menjadi tidak berjaya. Jadikan kisah ini sebagai pembakar semangat dan jangan berputus asa dengan hidup. Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri tentang ini dan juga rakan-rakan yang lain.
Sebagai konklusi, saya yakin bahawa emosi dan motivasi slaing memerlukan antara satu sama lain dan masing-msing berkaitan. Tanpa emosi motivasi tidak akn berjaya mempengaruhi individu dan sebaliknya. Sekian.
No comments:
Post a Comment