Salam sejahtera , jurnal ini merupakan jurnal keempat saya bagi kursus pengurusan amosi. Saya amat bangga menghadirkan diri pada kuliah Dr. Zamri kerana saya dapat menpelajari pengetahuan yang berfaedah tentang emosi.Sebelum kuliah bermula, Dr.zamri membincangkan dan memberi pandangan untuk tugasan ZT kita . Beliau memberi beberapa contoh-contoh tajuk tugasan dan idea-idea yang menarik.Hari ini Dr. Zamri tidak menyiarkan video clip kerana perbincangan itu telah mengambil masa yang panjang.
Tajuk kuliah hari ini ialah tajuk kelapan- emosi dan motivasi yang mengulaskan bagaimana emosi seseorang boleh melahirkan motivasi pada seseorang itu. Emosi mengandungi positif dan negatif dipengaruhi oleh efektif tone emosi itu. Kuliah hari juga mengulangkaji apa yang kita telah pelajari pada kuliah yaqng dahulu, contohnya, emosi negatif dan positif. Melalui penerangan Dr.zamri, emosi neutral adalah tidak wujud dalam kehidupan kita. Apa itu motvasi? Motivasi adalah di mana kita memilih a tindakan yang baakl dilakukan (Bickhard,1997). Emosi terdapat empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron dan Logan,1993). Dengan perkataan lain, emosi dan motivasi saling menpengaruhi antara sama satu lain. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al,1992). Motif untuk melakukan sesuatu adalah disebabkan emosi terhadap sesuatu perkara. Contohnya, Tamil menumbuk Ali kerana dia sangat berasa marah akibat Ali telah menjatuhkan maruah . Di samping itu, cinta juga merupakan satu contoh yang baik kerana cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu. Cinta menpunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan kerana cinta yang sempurna adalah satu kebahagiaan. Oleh itu, cinta mudah memotivasikan seseorang untuk melakukan tidakan seperti, menghantar messege dan menelefon kepada teman, memberi hadiah untuk teman dan juga mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, emosi akibat sesuatu keadaan bukan sentiasa akan menjadi pendorong (motivator). Dalam perkataan lain, bukan semua pendorong (motivasi) adalah berasakan kepada emosi. Motivasi juga boleh disebabkan oleh keadaan lain seperti motif kelaparan dan motif ingin belajar kuat. Motif tersebut tidak berkaitan dengan emosi tetapi juga dapat membawa kepada motivasi.
Emosi dapat dipaparkan melalui empat komponen yang penting iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.Komponen tersebut dapat diterangkan melalui beberapa teori.Antaranya, James-Lange Theory yang berasaskan stimulasi,fisiologi dan subjektif.Contohnya,1)Stimulasi-Mimi menampak seorang lelaki yang berbadan besar di padang-->2)fisiologi-perkara itu menyebabkan kerangsangan dan perubahan tingkahlaku-Mimi gementar dan melarikan diri daripada lelaki itu.-->3)Subjektif –pengalaman emosi-Mimi berasa takut(emosi negatif).Di samping itu,teori Cannon's Challenge dan two-factor teori juga merupakan teori yang mengandungi komponen-komponen tersebut. Teori-teori tersebut menpunyai persamaan dan perbezaan dalam ciri-ciri tertentu. Oleh itu boleh kita katakan bahawa emosi merupakan reaksi adaptasi yang dilahirkan dalam badan kita untuk menyesuaikan kita dalam keadaan dan emosi ini boleh membantu kita berkomunikasi dengan orang lain seperti menjerit, menangis, dan sebagainya.Emosi juga adalah satu tahap kerangsangan yang melibati ekspresi muka dan perubahan dalam badan.
Menurut kata Bickhard pada 1997, motivasi melibatkan satu pemilihan dari aspek salah satu proses. Oleh itu, motivasi adalah satu penyebab mengubah perlakuan seseorang dalam kehidupan kita akibat emosi. Pada pendapat saya, dorongan atau motif akan menjadi motivasi kepada seseorang untuk melakukan seseuatu perkara. Insentif adalah satu motif menyebabkan dorongan kepada seseorang. Menurut kuliah, motivasi adalah satu jangkaan apa yang akan berlaku. Motivasi-faktor-faktor luaran dan dalaman yang membuatkan seseorang mempunyai tingkahlaku tertentu. Drive - sesuatu yang memacukan kita melakukan sesuatu. Incentif - matlamat luaran yang menolak atau 'menarik' sesuatu kecenderungan untuk bertindak. Incentif mendorongkan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara.Contohnya, bila semua pelajar diberi incentif seperti wang, mereka sanggup untuk hadir ke kuliah kerana kehendakan atas incentif itu. Dalam teori motivasi, Instinct-motif adalah semulajadi . Arousal - kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimun. Bagi pendapat saya, insentif itu dapat menpengaruh tingkah laku seseorang . Perempuan suka meluahkan perasaan tetapi kurang dalam penyelesaian,manakala lelaki lebih mementing penyelesaian. Terdapat juga teori –teori seperti naluri, teori arousal , teori kemanusiaan dan lain- lain yang menceritakan bahawa motivasi adalah secara semula jadi di dalam badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motiwasi itu. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Dalam teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyebut bahawa motif seseorang boleh dibahagi kepada beberapa tahap: keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan memenuhi sendiri. Jadi pendak katanya emosi yang menekankan arousal seseorang dan motivasi pula menekankan tindakannya.
Pada pertengahan kuliah,Dr.zamri menyiarkan satu video lagu yang dinyayikan oleh Halim Yazid bertajuk Bakil Asal.Saya terharu kerana lirik lagu itu yang amat menyedihkan.Lagu itu menceritakan pengalaman dan penderitaan beliau dan kasih sayang terhadap cikgu-cikgu ,ibu dan bapa.Kasih sayang adalah satu nilai yang tidak boleh kurang dalam kehidupan kita kerana ia dapat melahirkan kebahagiaan.Dan kebahagiaan itu dapat menyebabkan kita gembira.
Tambahan pula, kuliah hari ini juga meliputi tajuk bernama 'Teori –teori Fisiologikal , Kognitif , dan Psikoanalitik '. Terdapat banyak teori menerangakan perubahan fisiologikal , perasaan kognitif, arousal fisiologikal pergerakan badan dan motivasi yang akan saya menerangkan nanti. Perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, tingkah laku untuk bertindak dipengaruhi oleh budaya (emosi yang dianggap positif, negatif, bagaimana luahakn emosi dan sebagainya). Teori- teori tersebut menpunyai persamaan dan perbezaan dalam ciri-ciri tertentu.
Dalam fisiologikal teori, emosi merupakan hasilan dari otak serta sistem saraf manusia dan emosi ini dihasilkan berdasar kepada rangsangan. Terdapat tiga teori dalam teori fisiologikal: Teori The James-Lange, Teori The Cannon-Bard, dan Teori Psikobiologikal.
Teori James-Lang merupakan teori psikologi yang paling lama dihasilkan oleh Willian James (1884) dan disokongkan oleh Carl Lange (1887). Teori ini mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak lipan aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan mula berubah seperti menambah denyutan hati dan melepaskan hormon-hormon ke organ badan kita. Atas aktiviti-aktiviti fisiologikal ini emosi takut dihasilkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu terhasilnya Teori Cannon–Bard. Teori Cannon-Bard mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Namun begitu teorinya ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
Dalam teori kognitif pula, ahli teori mengatakan bahawa pemikiran itu yang melahirkan emosi. Teori-teori yang mengokong teori kognitif adalah: Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.
Teori Schachter bersetuju tentang Teori James-Lang tetapi beliau telah mengubah sedikit dengan menambahkan faktor kognitif ke dalam teori itu. Beliau mengatakan bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu (proses kognitif) dan ini akan mendorong kita menghasilkan emosi. Dengan menggunakan contoh yang disebutkan di atas, apabila kita terlihat lipan, bukan sahaja badan kita mempunyai perubahan fisiologikal malah minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan lipan. Gabungan antara perubahan fisiologikal dan pemikiran kita baru boleh terhasilnya emosi takut. Seterusnya ialah Misattribution yang bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh dalam note kuliah ialah penganggapan terhadap sindrom premenstrual. Kadang kala kita akan tersilap menganggap bahawa seseorang wanita berada dalam sindrom ini apabila dia menunjukkan kemarahan dan kemurungan. Tetapi sebenarnya wanita itu tidak mempunyai sindrom ini dan emosi yang dipaparkan di wanita itu langsung tidak berkaitan dengan sindrom itu.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment