Sunday, August 21, 2011

zt journal 4

Kuliah Pengurusan Emosi pada kali ini berkenaan dengan teori-teori fisiologikal,kognitif dan psikoanalitik.  Mula-mula, Dr Zamri telah menjelaskan serba-sedikit  tentang tugasan 2 kita yang melibatkan komponen penulisan dan pembentangan kertas kerja. Pada asalnya, Dr Zamri memutuskan untuk mengehadkan 5 orang pelajar bagi setiap kumpulan, namun berkat usaha dan hasil penulisan journal mingguan kami yang agak memuaskan, beliau telah dengan murah hatinya mempertimbangkan semula bilangan ahli, iaitu akhirnya kami akan membuat tugasan ini mengikut ahli kumpulan PBL masing-masing seramai 10-11 orang. Selain itu, bebanan tugasan 2 turut dikurangkan daripada 20% kepada 10% markah peperiksaan akhir semester bagi kursus pengurusan emosi ini. Bagi komponen penulisan, hasil kerja sebanyak 10 halaman perlu disiapkan iaitu 2500 patah perkataan, tidak termasuk lampiran, dengan format menggunakan font Times New Roman saiz 12, 1.5 spacing. Bagi pembentangan kertas kerja pula, Dr Zamri mengatakan bahawa setiap kumpulan perlu merakamkan pembentangan menggunakan fungsi 'Record Narration' dalam pengisian Microsoft Powerpoint. Fungsi screencapture Camstudio dan Camtasia juga boleh  digunakan untuk menggantikan 'Record Narration'. Markah bonus akan diberikan jika perisian screencapture digunakan  dan dimuat naik ke Youtube.

Teori evolusi tidak memberitahu kita apa yang membuatkan kita berasa gembira pada satu ketika dan sedih pada masa lain. Ia tidak memberitahu kita urutan peristiwa yang berlaku apabila kita mengalami sesuatu perasaan. Ia juga tidak berkisah tentang bagaimana kognisi berkaitan dengan pengalaman subjektif emosi. Malah, kita tidak akan tahu hubungan antara emosi dan tingkah laku melalui teori evolusi. Teori-teori utama bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen yang merangkumi perasaan subjektif, kognitif penilaian, arousal fisiologi, ungkapan motor (pergerakan badan), dan kecenderungan motivasi (keperluan bertindak atas dasar emosi). Akan tetapi, teori-teori ini berbeza dari segi kepentingan relative pelbagai komponen dan kronologi di mana komponen-komponen ini muncul dalam urutan peristiwa yang berlaku termasuklah tindak balas emosi. Teori-teori ini juga berbeza dari segi penekanan terhadap aspek-aspek tertentu seperti asas fisiologi (teori fisiologi), peranan kognisi (teori kognitif), dan peranan ketidaksedaran (teori psychoanalytic).

Ahli-ahli teori yang berorientasikan fisiologi menekankan bahawa emosi pada dasarnya merupakan suatu produk otak dan system saraf. Asal emosi adalah tindak balas fisiologi terhadap rangsangan. Pendekatan utama termasuklah James-Lang, Cannon- Bard, dan teori psikobiologikal. Teori James-Lang merupakan teori psikologi terawal mengenai pengalaman emosi yang dirumuskan oleh William James pada tahun 1884. Teori ini disokong oleh Carl Lange (1887) dan menjadi sebagai Teori James-Lange. Hipotesis teori ini ialah reaksi fisiologi mencetuskan rangsangan emosi.

Kritikan Walton Cannon terhadap teori James-Lang telah menghasilkan teori Cannon-Bard. Walter Cannon berpendapat bahawa system organ yang memcetuskan tindak balas emosi bertindak balas pada kadar yang amat perlahan terhadap rangsangan. Dia berpendapat bahawa tindak balas emosi mengikut rangsangan dengan cepat. Selain itu, mengikut Cannon, respons fisiologi datang terlambat untuk menyebabkan tindak balas emosi. Oleh itu, organ-organ dalam badan kita seperti jantung dan perut tidak menghasilkan emosi. Kadar jantung, tekanan darah dan fungsi pencernaan juga tidak mampu menjadi petunjuk kepada emosi yang dialami oleh seseorang. Manusia juga masih dapat merasakan emosi walaupun tanpa system saraf. Walton  Cannon dan Phillip Bard telah mencadangkan Teori Cannon-Bard. Mereka mencadangkan bahawa rangsangan dalaman atau luaran membawa impuls deria yang dihantar ke korteks otak dan sensasi emosi dihasilkan. Sesuatu rangsangan akan menyebabkan berlakunya kedua-dua tindak balas badan dan sensasi emosi yang akan berlaku secara serentak. Teori mereka ini berdasarkan permis bahawa seseorang itu akan bertindak balas terhadap rangsangan tertentu dan mengalami emosi tersebut pada masa yang sama. Oleh itu, jika seseorang yang takut pada ketinggian sedang berada dalam perjalanan ke atas satu bangunan pencakar langit, dia mungkin akan mengalami emosi ketakutan. Seterusnya, persepsi emosi ini (takut) akan mempengaruhi tindak balas kepada rangsangan (ketinggian). Seseorang mumpu untuk bertindak balas terhadap rangsangan hanya selepas mengalami emosi yang berkaitan. Misalnya, seseorang yang takut pada lipas ternampak seekor lipas. Dia berasa takut, lalu dia berlari dari tempat itu.

Teori psikobiologikal telah dicadangkan oleh Jack Panksepp (1982, 1992). Beliau mencadangkan empat emosi asas, iaitu ketakutan, kemarahan, panik dan jangkaan. Emosi-emosi asas ini pula berkaitan dengan system perintah di dalam otak kita. Keempat-empat emosi ini juga berinteraksi untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mencadangkan bahawa neurochemicals tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai system arahan emosi. Misalnya, dopamine berkait dengan jangkaan. Asetilkolina pula berkait dengan system kemarahan. Pada tahun 1998, Panksepp telah mengenalpasti 'sistem asas emosi' berdasarkan struktur dalam system limbic, yang terdiri daripada tujuh bahagian. Sistem istighfar berkaitan dengan motivasi am, mencari, dan jangkaan; sistem rage berkait dengan kemarahan; sistem kebimbangan berkait dengan ketakutan dan kerisauan; sistem nafsu berkait dengan seksualiti; sistem care berkait dengan penjagaan seseorang; sistem panik berkait dengan perpisahan; manakala sistem play berkait dengan kegembiraan.

                Berdasarkan teori-teori psikologi, beberapa ahli-ahli teori moden mencadangkan bahawa kognisi atau pemikiran mempunyai peranan utama dalam menjana dan membimbing emosi. Antara teori-teori yang dicadangkan termasuklah teori pelabelan kognitif Schachter yang mengakatakan peranan pelabelan kognitif dalam menentukan emosi yang dialami. Selain itu, pemindahan pengujaan menghuraikan bagaimana pengujaan dari satu sumber boleh dipindahkan kepada sumber yang lain. Teori penilaian kognitif pula berkisah tentang proses pemikiran yang bertanggungjawab untuk mencetuskan kedua-dua tindak balas emosi dan juga tingkah laku. Tindak balas emosi dan tingkah laku ini adalah disuaikan untuk menghadapi keadaan emosi. Schachter menerima teori James-Lang tetapi memperkenalkan pelabelan kognitif (perwakilan tindak balas fisiologi). Dia berpendapat bahawa tafsiran tindak balas fisiologi adalah berdasarkan isyarat keadaan dan pengalaman yang lalu. Persepsi anda mengenai situasi rangsangan menyebabkan anda melabelkan rangsangan itu sebagai mewakili emosi tertentu.

                Kritikan terhadap teori psikologi adalah terhadap  anggapan bahawa arousal am menyumbang sama dan sepercaman kepada semua emosi. Arousal seperti jantung yang berdebar-debar kemungkinan akan ditafsir dari segi negatif dan bukannya ditafsirkan sebagai emosi positif. Kritikan juga mengatakan bahawa CLT seolah-olah berlaku dalam situasi novel yang melibatkan arousal sederhana. Pelabelan emosi selalunya berdasarkan pengalaman lalu dan ingatan seseoorang dan bukan sahaja berdasarkan faktor-faktor situasi serta-merta. Selain itu, andaian bahawa semua emosi melibatkan proses neurochemical perantara yang sama telah terbukti salah.

                Attribution ialah menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain. Manakala misattribution pula ialah kesilapan dalam menganggap sesuatu. CLT Schachter mencadangkan bahawa emosi tertentu yang menjadi pengalaman seseorang individu akan berfungsi sebagai satu proses pelabelan, iaitu is tidak berlaku secara langsung dari rangsangan yang menghasilkan arousal fisiologi sebenar. Oleh sebab itu, adalah mungkin bahawa kita misattribute arousal dari sumber emosi, seperti takut kepada sumber bukan emosi, seperti dadah.

                Akhir kata, kuliah pada kali ini telah merangsang saya untuk berfikir lebih tentang emosi yang kadang-kala mengawal diri kita dan menjejaskan prestasi kerja kita. Sesungguhnya, emosi tidak harus menguasai hidup kita dan menjadi penghalang kecemerlangan yang dikejar. Kita harus pandai mengawal emosi diri kita dalam situasi kehidupan seharian kita agar ianya membawa manfaat terhadap diri kita dan juga masyarakat di sekeliling kita. 

No comments:

Post a Comment