Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Assalamu'alaikum warahmatullah saya ucapkan kepada Dr Zamri dan juga rakan-rakan seperjuangan. Pada sesi kali ini sebelum Dr Zamri meyampaikan kuliahnya, beliau telah menerangkan tentang format untuk membuat kertas kerja yang berkaitan 'Pengurusan Emosi'. Beliau juga telah membenarkan untuk setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang di atas kepercayaannya terhadap kami semua. Saya berasa gembira apabila mendengarkan berita tersebut kerana beban kerja dapat dikurangkan dan saya percaya sahabat-sahabat yang lain juga turut berasa senang hati. Bukan itu sahaja, Dr Zamri juga telah memberi taklimat dengan baik sekali. Beliau banyak mempamerkan contoh-contoh kajian yang terdahulu menyebabkan kami jelas tentang tajuk yang tepat untuk dibuat. Selain itu, beliau telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai apa yang perlu kami lakukan dalam kertas kerja ini membuktikan kesungguhan dan harapan beliau yang tinggi untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.
Selepas itu, kuliah beliau telah diteruskan lagi dengan menyampaikan satu topik yang amat menarik bertajuk 'Emosi dan Motivasi'. Emosi adalah aspek yang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh, sesuatu hubungan yang erat melahirkan rasa sayang yang mendorong seseorang itu melakukan apa sahaja. Contoh lain, seseorang itu memfitnah orang lain disebabkan rasa benci. Selain itu, emosi juga boleh menjadi pemusnah motivasi contohnya kesedihan menyebabkan seseorang itu tidak bersemangat untuk terus hidup. Dr Zamri dalam kuliahnya juga telah memperkenalkan kepada satu teori iaitu 'Teori Motivasi'. Teori ini mempunyai konsep-konsepnya yang tersendiri seperti:
· Instict-motif adalah semulajadi yang menjadi pendorong utama untuk bertindak.
· Arousal-kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum supaya kerugian atau masalah dalam sesuatu benda dapat dkurangkan.
Emosi menurut definisi saintifik adalah perubahan fisiologikal,penilaian kognitif, perasaan, tingkah laku untuk bertindak yang dipengaruhi oleh budaya samada positif ataupun negatif. Motivasi pula merujuk soal pemilihan berkenaan tindakan yang bakal dilakukan. Dr Zamri telah memberikonsep-konsep berkaitan emosi iaitu:
· Motivasi-faktor-faktor luaran atas tindakan.
· Drive-desakan dalaman yang menaktifkan tingkah laku
· Intensif-matlamat luaran yang mempengaruhi kecenderungan untuk bertindak.
Bukan itu sahaja, Dr zamri telah menerangkan juga tentang keperluan-keperluan dalam bentuk piramid yang menjurus kepada cetusan emosi seperti keperluan asas contohnya; makanan,minuman dan pakaian. Akan tetapi keperluan yang paling atas sekali adalah keperluan mental dan rohani. Saya bersetuju dengan pendapat beliau kerana bagi saya rohani adalah tunjang utama cetusan emosi dan melaluinya juga akan tumbuhnya cabang-cabang emosi yang berbeza-beza seterusnya mampu mempengaruhi sikap seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang taat dan masa hidupnya banyak dihabiskan untuk beribadah kepada Allah tentu sahaja tidak akan melakukan perbuatan yang membawa kepada keburukan.
Kuliah diteruskan lagi dengan tayangan video yang penuh pengajaran yang dicipta oleh Halim Yazid bertajuk 'Bangkit Asal'. Video ini dalam versi Kelantan yang mengisahkan susah payah beliau di kampung disebabkan kemiskinan hidup. Kemiskinan mengajar beliau supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu supaya nasib diri dapat dibaiki. Berkat kesungguhannya serta jerih-perih ibu bapa akhirnya menghadiahkan beliau kejayaan dan mengharumkan nama keluarga di kampung. Video ini mempunyai unsur emosi sedih dan membuatkan saya terharu melihatnya. Video ini mengajar saya bahawa aspek yang paling penting dalam perjuangan menuntut ilmu bukanlah harta benda akan tetapi keazaman serta sokongan yang kuat daripada orang sekeliling teutamanya keluarga.
Dr Zamri menyambung kuliahnya yang kedua yang bertajuk 'teori emosi'. Dalam kuliah ini beliau menyampaikan tentang beberapa teori secara berperingkat. Yang pertama beliau menerangkan teori fisiologikal.Teori ini menekankan tentang aspek fisiologi sesuatu benda dapat merangsang cetusan emosi dan perilaku manusia. Misalnya, keadaan fisiologi labah-labah yang berbulu menyebabkan seseorang melahirkan rasa takut dan cemas lalu berpeluh-peluh. Seterusnya teori kedua adalah 'Teori Cannon Bard'. Teori ini tidak bersetuju dengan rangsangan fisiologi seperti yang diperkatakan oleh teori James-Lang kerana rangsangan fisiologi merupakan rangsangan yang lambat. Teori ini mengatakan rangsangan yang paling awal adalah rangsangan perubahan sistem dalam badan. Sebagai contoh, Ahmad menaiki bukit yang tinggi. Sebaik tiba di puncak bukit dan melihat ke kaki bukit muncul satu perubahan dalam sistem badannya lalu melahirkan rasa gayat. Teori yang seterusnya adalah 'pshycobiological teori'. Teori ini lebih spesifik kepada sistem saraf yang terdapat dalam badan. Misalnya, hormon dopamine memberi pengaruh kepada sistem saraf manusia seterusnya melahirkan emosi yang berbeza-beza seperti khayal.
Bercakap soal emosi, saya berpendapat bahawa setiap individu berbeza-beza tindak-balasnya terhadap emosi masing-masing walaupun pencetus emosinya adalah sama. Sebagai contoh, Ali merasa sangat takut kerana peperiksaan hampir tiba lalu dia pun mengulang-kaji dengan bersungguh-sungguh tanpa henti supaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Akan tetapi, ini berlainan pula dengan si Abu. Rasa takut menyebabkan beliau tidak bersemangat untuk belajar dan hanya bersahaja sahaja walaupun peperiksaan hampir dekat. Justeru itu, bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku kita haruslah bijak dan tahu mengawal emosi supaya kelak ia tidak akan menjadi perosak motivasi kita.
No comments:
Post a Comment