Sunday, August 21, 2011

A131237 : LJ04 : Siti Nurfatin Binti Haron : Emosi, Motivasi & Teori FKP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Sebagai tugasan pertama, kami telah diberi tugas untuk menyediakan jurnal pembelajaran setiap kali selepas kuliah dan oleh itu, saya telah menyediakan jurnal keempat bertajuk Emosi, Motivasi & Teori FKP. Sebelum bermulanya kuliah, Dr Zamri dijangka lewat tiba berikutan kesesakan jalan raya kerana kebetulan pada hari tersebut merupakan hari cuti umum dimana cuti untuk Nuzul Quran. Jadi, sementara menunggu ketibaan beliau untuk mengelakkan pembaziran masa, Dr Zamri telah berpesan supaya membuat perbincangan bersama kumpulan untuk tugasan kedua iaitu tugasan berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 11 orang mengikut kumpulan PBL masing-masing. Jadi, saya adalah kumpulan yang ke 10. Dalam perjumpaan dan perbincangan tersebut, kami telah melantik seorang ketua bagi tugasan kedua ini dan membincangkan apa yang akan dilakukan seterusnya. Setelah seminggu berlalu, kami telah mencapai kata sepakat untuk memilih satu tajuk yang menarik dan tugas-tugas dibahagikan kepada semua ahli yang terlibat. 

Selesai perbincangan, Dr Zamri pun tiba. Tetapi, sebelum bermulanya kuliah ini, seperti biasa Dr Zamri akan menyiarkan video yang berbentuk pengajaran yang berguna dan sesuai dengan tajuk kuliah hari ini. Lagu ini sangat unik bukan kerana hasil cipta artis yang popular dan diminati ramai itu, tetapi ia merupakan sebuah lagu dikir barat dinyanyikan oleh Halim Yazid yang bertajuk Bangkit Asal. Keseluruhan lirik lagu tersebut menceritakan kisah benar pendikir barat itu sendiri bagaimana seorang pemuda kampung sepertinya bersusah payah demi ilmu. Kesusahan beliau menginsafkan saya. Terlalu banyak ujian serta cabaran dalam usaha beliau untuk ke menara gading. Jelas kisah hidup beliau membuka mata luas kepada kita semua bahawa kemiskinan bukan penghalang kejayaan dan kemiskinan itulah memotivasikan kita untuk lebih berjaya.

Seterusnya, kuliah disambung dengan bertajuk emosi dan motivasi, dan teori FKP. Di dalam kuliah teori FKP. Teori FKP membawa maksud fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Teori fisiologikal menekankan bahawa emosi adalah produk otak dan sistem saraf. Teori kognitif pula dipercayai memainkan peranan utama dalam menghasilkan dan mengawal emosi. Saya ingin menekankan tentang 'cognitive appraisal theories' yang menyatakan proses pemikiran merupakan proses utama yang merangsang tindakan dan emosi. Seterusnya ialah teori psikoanalitik. Emosi merupakan hasil daripada proses yang kita sendiri tidak sedar. Personaliti seseorang itu banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang tidak disedari ketika masih kecil. Dan ini merupakan satu proses yang tidak disedari walaupun oleh mereka sendiri.

Dalam kuliah emosi dan motivasi, Dr Zamri menyatakan emosi dikategorikan sebagai emosi positive dan emosi negatif. Motivasi pula dianggap sebagai suatu kajian terhadap arah dan tenaga tingkahlaku seseorang.  Emosi terbahagi kepada 4 komponen iaitu perasaan (a feeling state), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi (physiological changes) dan tingkahlaku berkaitan (associated behaviour). Menurut Baron dan Logan, 1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan dari movasi.  Bagi Lang et al (1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Motivasi pula adalah aspek dalam proses pemilihan (Bickhard, 1997). Motivasi  adalah sesuatu yang membuatkan seseorang memilih untuk melakukan sesuatu perkara daripada perkara yang lain. Pemilihan proses bagi aktiviti dan aktiviti interaktif selanjutnya (Mook, 1996). Dalamkulih ini juga, saya ada belajar perkara berkaitan dengan teori dan konsep motivasi.  Terdapat beberapa konsep dan teori mengenai motivasi seperti pengarahtuju(drive), insentif(incentive), naluri(instinct), keghairahan(arousal) dan juga 'Humanistic Theory'. 

Motivasi adalah faktor dalaman dan luaran seseorang menyebabkan seseorang itu bertindak dan berkelakuan dalam jangka masa tertentu.  Pemacu pula satu keadaan dalaman atau impulse yang mengaktifkan kelakuan seseorang untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan keadaan asal.  Insentif adalah target luaran yang menarik dan menolak sesuatu kelakuan seseorang itu. Berdasarkan teori insentif pula, teori ini percaya bahawa insentif atau cita-cita membuatkan seseoran itu lebih bermotivasi. Ini bermaksud lebih tinggi motivasi seseorang itu jika insentif beliau lebih kuat ataupun lebih tinggi. Insentif ialah salah satu faktor (kewangan atau bukan kewangan) yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau sebab-sebab untuk memilih salah satu alternatif. Contohnya kewangan, moral, dan  coercive. Setiap konsep ini akan memberi gambaran yang berbeza mengenai motivasi seperti arousal atau dalam bahasa melayunya keghairahan, kemuncak bermaksud keadaan fisiologi dan psikologi dalam keadaan berjaga dan sedar. Setiap individu akan memotivasikan diri masing-masing dalam mengekalkan tahap keghairahan ini sama ada tidak terlalu rendah ataupun tidak terlalu tinggi  Gerak hati pula sesuatu yang dikaitkan dengan karakter seseorang itu.  Gerak hati bukan sesuatu yang boleh dipelajari, ia adalah tindakan yang tetap bagi sesuatu respon ataupon tindakbalas bagi sesuatu rangsangan. Sebagai contoh, pergaduhan antara haiwan, sifat perhakiman haiwan, fungsi melepaskan diri dalaman, dan pembinaan sarang. Arousal  ialah tahap fisiologikal dan psikologikal untuk berada dalam keadaan jaga dan alert. Manusia dimotivasikan untuk mengeklkan tahap kesedaran ke tahap optimum tidak terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Motif dalam ingin tahu membantu kita memahami persekitaran kita. Teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyatakan bahawa motif terbahagi kepada beberapa tahap dari asas keperluaan untuk hidup sehingga psikologikal dan keperluan kendiri. Hubungan antara emosi dan motivasi adalah, emosi menekankan tentang tahap kesedaran seseorang manakala motivasi pula menekankan tentang tindakan seseorang.

Motivasi adalah daya penggerak yang manusia mencapai matlamat mereka.Motivasi berkata intrinsic atau ekstrinsic. Istilah ini umumnya digunakan untuk manusia tetapi ia juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab-sebab bagi tingkah laku haiwan juga. Artikel ini merujuk kepada motivasi manusia. Menurut pelbagai jenis teori, motivasi boleh berakar umbi dalam keperluan asas untuk mengurangkan kesakitan fizikal dan memaksimumkan keseronokan, atau ia mungkin termasuk keperluan tertentu seperti makan dan berehat, atau objek yang diingini, matlamat, keadaan, yang ideal, atau ia mungkin disebabkan oleh sebab-sebab yang kurang jelas seperti pemurah, mementingkan diri, moral, atau kematian mengelakkan. 

Intrinsic motivation merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan tugas itu sendiri dan wujud dalam individu dan bukan bergantung kepada sebarang tekanan luar. Intrinsic motivation telah dikaji oleh ahli psikologi sosial dan pendidikan sejak awal tahun 1970-an. Kajian telah mendapati bahawa ia biasanya dikaitkan dengan pencapaian pendidikan yang tinggi dan dinikmati oleh teori penilaian pelajar. Pelajar mungkin akan bermotivasi intrinsik jika mereka menyifatkan keputusan pendidikan mereka kepada faktor-faktor di bawah kawalan mereka sendiri (contohnya, usaha yang dibelanjakan, cara-cara belajar dan masa yang digunakan untuk belajar). Kebanyakkan pelajar percaya bahawa mereka boleh menjadi agen berkesan dalam mencapai matlamat yang diingini, iaitu mereka tidak bersetuju dengan pendapat yang manyatakan bahawa keputusan ditentukan oleh nasib. Extrinsic motivation datang dari faktor luar(bukan faktor individu). Biasanya extrinsic motivation ialah ganjaran seperti wang dan gred, paksaan dan ancaman hukuman. Pertandingan atau persaingan merupakan extrinsic motivation kerana ini dapat menggalakkan orang yang mengambil bahagian berharap untuk menang dan mengalahkan orang lain, bukan untuk menikmati ganjaran intrinsic aktiviti. Orang ramai yang bersorak kepada individu dan trofi juga insentif-insentif exstrinsic. Kawalan diri motivasi semakin difahami sebagai subset kecerdasan emosi, seseorang itu yang sangat pintar akan mengikut kepada definisi yang lebih konservatif (seperti yang diukur oleh ujian kecerdasan banyak), namun malas untuk berbakti untuk tugas-tugas tertentu.  Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment