Selamat sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal refleksi saya yang ketiga terhadap subjek Pengurusan Emosi ZZZT2253 pada hari Rabu, 17hb Ogos 2011 oleh Dr Zamri. Pada hari tersebut, kami telah mempelajari tentang Emosi dan Motivasi.
Dalam kuliah tersebut, kami telah didedahkan tentang apa iti emosu dan perhubungan di antara emosi dan motivasi. Emosi didefinasikan sebagai sesuatu tona yang efektif di mana ia boleh positif, negatif atau neutral. Motivasi pula sebagai sesuatu aspek tingkah laku yang mempunyai arah dan tenaga dalam pandangan umum. Menurut Baron & Logan 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Manakala menurut Lang et al, 1992 emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif yang boleh menjadi beremosi. Sebagai contoh, motif pembunuhan utuk mendapatkan duit berlahir daripada emosi kebencian.
Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi dapat menjadi sesuatu pendorong dan tidak semua pendorong pula berasaskan kepada emosi sperti belajar kuat dan makan. Terdapat 2 teori iaitu Cannon's Challenge yang digambarkan sedemikian; sesuatu perkara yang menjadi rangsangan yang diikuti dengan pengalaman yang berlaku dalam masa yang sama iaitu emosi kesedaran dan rangsangan psikologi. Mnakala, Two Factor Theory pula mengandungi lebih banyak proses berbandig dengan Cannon's Challenge bermula dari perkara yang menjadi stimulasi diikuti dengan rangsangan psikologi bertambah dengan proses kognitif untuk rangsangan tersebut dan diakhiri dengan emosi kesedaran.
Emosi adalah sesuatu situasi rangsangan yang melinatkan perubahan muka dan badan, activasi otak, proses kognitif, perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap tingkah laku yang semuanya dibentukkan oleh adat resam budaya. Emosi juga berperanan sebagai respon adaptasi terhadap sesuatu perkara dalam alam sekitar dan emosi membantu kami berkomunikasi dengan orang yang lain. Tambahan pula, emosi juga menyediakan kami untuk sesuatu aksi.
Manakala, motivasi adalah sesuatu aspek pemilihan proses menurut Bickhard 1997. Motivasi ialah pengharapan terhadap sesuatu yang mungkin berlaku. Oleh itu, motivasi adalah perkara yang menyebabkan seseorang melakukan sesuatu daripada yang lain. Iaitu proses pemilihan untuk aktiviti masa depan menurut Mook 1996. Terdapat beberapa teori dan konsep untuk motivasi iaitu 'motivation', 'drive' dan 'incentive'. ' Motivation' iaitu motivasi ialah factor dalaman dan luaran sesuatu benda hidup yang menyebabkan ia berperangai sedemikian pada masa ketika itu. 'Drive' iaitu pendorongan adalah sesuatu situasi dalaman yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan balik homeostasis badan. Akhir sekali, 'incentive' adalah sesuatu target luaran yang menarik balik atau mendorong sesuatu perangai.
Untuk motivasi, terdapat juga konsep- konsep yang lain iaitu 'instinct' iaitu motif adalah semula jadi, 'arousal' iaitu individu yang bermotivasi dapat mengekalkan tahap kerangsangan yang optimum, 'humanistic theory' iaitu hierachi mengikut permintaan. Untuk Teori Perangsangan, rangsangan adalah sesuatu situasi fisiologi dan psikologi untuk menjadi sedar. Individu yang bermotivasi dapat mengekalkan tahap rangsangan yang optima, bukan terlalu tinggi atau rendah. Manakala motif keingintahuan membantu kami memahami persekitaran kami. Di samping itu, 'Humanistic Theory' yang dibentangkan oleh Abraham Maslow menyatakan bahwa motif dapat dibahagi kepada beberapa tahap bermula daripada keperluan hidup asas kepada keperluan psikologi.
Pendorongan sebagai status otak. Kebanyakan sistem pendorongan central boleh didapati di dalam hypothalamus otak. Pendorongan penting untuk keperluan tisu badan. Homeostasis merupakan pengekalan sistem dalaman yang sentiasa dikawali oleh badan. Pendorongan kemungkinan disebabkan oleh kekacauan di dalam homeostats termasuklah tingkah laku badan cuba membetulkan ketidakseimbangan. Binatang juga berperangai mengikut keperluan tisu seperti peningkatan dan pengurangan pemakanan kalori. Walaubagaimanapun, homeostasis tidak dapat menjelaskan semua pendorongan.
'Incentive' merupakan sesuatu faktor secara kewangan atau bukan kewangan yang menyediakan sesuatu motif untuk sesuatu aksi, atau dikira sebagai sesuatu sebab yang menjadi cenderung terhadap sesuatu pilihan daripada yang lain. Terdapat 3 jenis iaitu kewangan, moral dan paksaan.
'Instinct' adalah sesuatu yang semula jadi. 'Instinct' adalah sesuatu yang bukan dipelajari dan diwarisi dalam sesuatu bentuk aksi respon yanf tetap atau reaksi terhadap sesuatu stimulasi. Sebagai contoh, pergaduhan antara binatang, pembiakan binatang dan pembinaan sarang. Tambahan pula, kami juga didedahkan dengan hubungan antara emosi dan motivasi. Emosi menekankan kerangsangan manakala motivasi menekankan tingkah laku.
Dalam kuliah kedua, kami telah diperkenali dengan Teori- teori Fisiologikal, Kognitif & Psikoanalitik. Menurut teori fisiologi yang menekankan bahawa emosi adalah sebenarnya hasil daripada otak dan sistem saraf. Ia berasas daripada reaksi fisiologi terhadap stimulasi. Terdapat beberapa teori utama termasuklah James- Lang, Cannon- Bard dan teori fisiobiologikal. James- Lang Teori merupakan teori psikologi tentang pengalaman emosi yang terawal, dibentangkan oleh William James pada tahun 1884. Teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan menjadi James- Lange Teori. Teori ini memberi hipotesis bahawa reaksi fisiologi terhadap sesuatu stimulasi akan menyebabkan emosi. Tambahan pula, persepsi tehadap perubahan badan adalah emosi. Teori kedua, Teori Cannon- Bard mengkritik teori James- Lang yang menyatakan bahawa sistem badan yang menyebabkan reaksi emosi mereaksi sangat lambat terhadap stimulais. Emosi reaksi diikuti pantas dengan stimulasi. Manakala, reaksi fisiologi diikuti terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Selain itu, teori ini menyatakan bahawa jantung dan perut tidak dapat menghasilkan beraneka emosi. manakala kadar jantung, tekanan darah dan fungsi penghadamaan tidak dapat mengindikasikan emosi yang akan dialami. Pembentangan oleh Cannon dan Philip Bard adalah tentang stimulasi dalaman atau luatan mendatangkan impulse saraf yang dihantar kepada otak dan menghasilkan sensasi emosi. Sesuatu stimulasi dalam masa yang sama akan mendatangkan kedua- dua respon badan dan sensasi emosi. Contohnya, seseorang mereaksi terhadap sesuatu stimulasi atau pengalaman yang berkorespon dengan emosi pada masa yang sama. Oleh itu, seseorang yang takut ketinggian dan apabila berdiri di atas bangunan tinggi, individu itu biasanya akan mengalami emosi ketakutan. Dengan itu, persepsi terhadap emosi tersebut iaitu takut akan menpengaruhi reaksi seseorang terhadap sesuatu stimulasi iaitu ketinggian. Seseorang mampu mereaksi terhadap sesuatu stimulasi hanya selepas mengalami emosi yang berkaitan. Teori yang ketiga iaitu teori psikobiologikal dibentangkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992, menyatakan bahawa emosi asas adalah berkaitan dengan litar saraf yang tertentu. Beliau membentangkan 4 emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, panic dan pengharapan, setiap emosi ini berkaitan dengan sistem arahan di dalam otak. Dan, keempat- empat emosi ini berinteraksi sesame lain untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp turut member cadangan bahawa neurokimia tertentu kemungkinan berkaitan dengan beberapa sistem arahan emosi. Misalnya, acetylcholine berkaitan dengan sistem keberangan. Walaubagaimanapun, Teori Panksepp mendapat beberapa kritikan daripada contohnya, Magda Arnold pada tahun 1960 yang mengkritkan asas untuk lokasi litar emosi.
Kesimpulanannya, dalam emosi ini saya telah memahami dengan lebih dalam tentang hubungan antara emosi dan motivasi serta teori- teori emosi. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menghadiri kuliah ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment