Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian yang berpeluang sekali lagi untuk bersama-sama membaca jurnal saya ini. Jurnal kali ini adalah berdasarkan kepada kuliah Pengurrusan Emosi yang keempat. Kuliah yang diadakan pada hari Rabu 17 Ogos 2011 bermula agak lewat kerana Dr. Zamri telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana pada hari tersebut merupakan hari cuti beliau. Kuliah dimulakan dengan penerangan berkenaan dengan Tugasan kedua kami kelak bersama dengan ahli kumpulan kami. Seterusnya kami disajikan dengan video lagu dalam loghat pantai timur iaitu Kelantan yang berkisarkan tentang perjalanan hidup yang perlu ditempuh oleh seorang pelajar miskin untuk mencapai cita-citanya ke menara gading.
Masa kecil ambo biasa makan nasi saja-saja,
Kalau ada sekerat ikan, pun kena bahagi dua,
Dapur cuma ada garam, jarang benar ada gula,
Baca bok (buku) malam-malam, hanya minum air telaga,
Bangun pagi-pagi, sauk (tarik) baju pakai seluar,
Mek (mak) ambo rebus ubi, bungkus bui (beri) buat bekal,
Dia pesan hari-hari, Lim (Halim) ngajilah (belajarlah) pandai-pandai,
Kalau periksa (exam) pah (pass) tinggi, orang kata boleh jadi pegawai,
Oooooooooo oo oooo..ambo pergi sekolah berungga-rungga (berlari-lari, berkejr-kejar),
Ooooooooo oooo ooooo..ambo nok ngaji (belajar) wi (nak bagi) pandai-pandai......
Ada satu ketika cikgu minta 10 riyal (10 ringgit),
dia kata sekolah kita nak gi (pergi) melawat sambil belajar,
Hummm.. tak ada apa doh la cikgu wei.., saya tak boleh bayar,
Orang lain pergi belaka, ambo seorang jah (saja) tinggal...
Hok (yang) ambo perit sengoti (sesungguh hati), kena pergi sekolah alik (sebelah) petang,
cikgu kata wajib mari (datang), rumah kuning ada latihan,
Ambo lah yang banyak sekali kena hungga (lari) keliling padang,
kerana ambo tak boleh nak beli seluar pendek kasut sukan....
Ooooooo oo oooo Malu nya wei, ambo kena paje (tahan, denda),
Oooooooo ooo oooo Ni lah baru ambo royat ko orghe (beritahu kat orang),
Kalau ada sekerat ikan, pun kena bahagi dua,
Dapur cuma ada garam, jarang benar ada gula,
Baca bok (buku) malam-malam, hanya minum air telaga,
Bangun pagi-pagi, sauk (tarik) baju pakai seluar,
Mek (mak) ambo rebus ubi, bungkus bui (beri) buat bekal,
Dia pesan hari-hari, Lim (Halim) ngajilah (belajarlah) pandai-pandai,
Kalau periksa (exam) pah (pass) tinggi, orang kata boleh jadi pegawai,
Oooooooooo oo oooo..ambo pergi sekolah berungga-rungga (berlari-lari, berkejr-kejar),
Ooooooooo oooo ooooo..ambo nok ngaji (belajar) wi (nak bagi) pandai-pandai......
Ada satu ketika cikgu minta 10 riyal (10 ringgit),
dia kata sekolah kita nak gi (pergi) melawat sambil belajar,
Hummm.. tak ada apa doh la cikgu wei.., saya tak boleh bayar,
Orang lain pergi belaka, ambo seorang jah (saja) tinggal...
Hok (yang) ambo perit sengoti (sesungguh hati), kena pergi sekolah alik (sebelah) petang,
cikgu kata wajib mari (datang), rumah kuning ada latihan,
Ambo lah yang banyak sekali kena hungga (lari) keliling padang,
kerana ambo tak boleh nak beli seluar pendek kasut sukan....
Ooooooo oo oooo Malu nya wei, ambo kena paje (tahan, denda),
Oooooooo ooo oooo Ni lah baru ambo royat ko orghe (beritahu kat orang),
Melalui lirik di atas dapat saya katakan bahawa sang penyanyi telah mengharungi keperitan hidup yang mungkin tidak pernah kita alami. Dalam lirik di atas juga kita dapat rasakan bagaimana sebenarnya emosi beliau kerana beliau masih kecil saat itu dan terpaksa kehilangan keseronokan masa kecilnya demi memberi kebahagiaan kepada keluarganya. Beliau akhirnya berjaya masuk ke UM walaupun tanpa ada buku sebagai rujukan beliau tetap Berjaya juga akhirnya. Sepanjang hidup beliau sebelum mencapai kejayaan penuh dengan emosi tidak kira emosi positif (contohnya gembira) mahupun emosi negatif (contohnya sedih). Ketika video ini ditayangkan saya juga dilanda emosi negatif iaitu sedih. Saya berasa tersentuh dengan kisah hidup sang penyanyi dan nyatanya video ini benar-benar bermain dengan emosi saya yang ketika itu sedang "homesick". Perasaan sedih saya akhirnya membawa kepada tangisan. Ini adalah contoh common sense theory yang saya fahami ketika dalam kuliah.
Seterusnya kita beralih pula kepada intipati kuliah pada hari tersebut. Kuliah disambung pula dengan physiological theory yang berkait rapat dengan segala yang dilahirkan oleh minda kita serta segala yang dijanak an oleh saraf kita. Dalam teori ini terdapat 2 contoh yang dapat saya fahami iaitu melalui James-Lange theory dan juga Cannon-Bard theory. James-Lange theory mengatakan bahawa segala reaksi physiology akan membawa kepada terbentuknya emosi. Secara common sense, emosi itu terbentuk apabila kita berada dalam satu situasi yang bermain dengan emosi kita dan akhirnya emosi pun timbul dan seterusnya berlakulah reaksi atau tindakan reflex oleh tubuh badan kita.
Common Sense Theory
di atas adalah berkenaan dengan proses yang berlaku dalam common sense. Manakala mengikut James-Lange theory pula, permulaan sesebuah emosi masih sama iaitu dimulai dengan wujudnya situasi yang bermain dengan perasaan kita, kemudian badan kita akan melahirkan reaksi atau tindakan reflek dan akhirnya barulah emosi itu muncul.
James-Lange Theory
James-Lange Theory tidak diterima sepenuhnya dan telah menerima kritikan yang antaranya kritikan daripada Cannon-Bard Theory. Cannon-Bard Theory yang diusulkan oleh 2 ahli physiology iaitu Walter Cannon and Philip Bard mengenahkan hypothesis mereka iaitu seseorang individu itu akan mengalami perubahan emosi (contohnya takut) dan secara physiologinya (contohnya berpeluh) akan berrtindak balas secara serentak. Ini bermaksud emosi akan dirasai dahulu dan diikuti dengan tindak balas badan secara serentak. Saya memahami teori ini melalui pembacaan dalam internet untuk mendapat lebih pengetahuan berkenaannya. Hypothesis yang telah mereka jana secara jelas telah mengkritik James-Lange Theory yang mengatakan bahawa reaksi tubuh badan akan dilahirkan dahulu dan diikuti dengan penjanaan emosi. Contohnya, seorang wanita yang sedang mendaki gunung telah terserempak dengan seekor beruang yang besar. Wanita itu akan mula berasa takut dan dalam masa yang sama dia turut merasakan bahawa badannya menggigil.
Cannon-Bard Theory
Di dalam Cannon-Bard Theory juga dikisarkan tentang thalamus yang merupakan bahagian otak bawah (sebahagian daripada system limbic) adalah sangat diperlukan untuk penjanaan respon emosi. Hal ini kerana thalamus adalah struktur otak yang akan menghantar mesej ke cortex untuk di interpret segala emosi yang berkaitan dan serentak dengan itu mesej juga dihantar ke sympathetic nervous system untuk menghasilkan respon fizikal yang sesuai. Inilah penerangan untuk Cannon-Bard Theory di carta alir di atas.
Seterusnya kami teruskan dengan kuliah berkenaan dengan Psychobiological theory. Melalui penerangan Dr. Zamri , saya dapat tangkap bahawa terdapat wayar-wayar yang mengawal semua emosi kita. Bunyinya agak sedikit pelik namun yang dimaksudkan sebagai wayar-wayar itu bukanlah seperti wayar-wayar hitam, merah mahupun putih yang digunakan untuk penyambungan kuasa elektrik tetapi lebih kepada system saraf kita yang mengandungi neuron untuk penghantaran mesej ke otak dan otot. Di dalam teori ini dikatakan bahawa kita mempunyai 4 emosi yang basic iaitu fear, rage(keberangan),mpanic, dan expectancy. Kesemua emosi ini dikawal oleh system di bahagian otak kita. Daripa 4 emosi ini maka akan lahirlah emosi-emosi yang lain pula. Bukan itu sahaja, pengawalan emosi juga ditentukan oleh kewujudan neurokemikal yang dikeluarkan oleh badan kita , conyohnya ialah dopamine. Teori ini mengkritik keras terhadap teori Panksepp yang mengatakan bahawa terdapat lokasi tertentu untuk setiap emosi.
Kami juga diketengahkan dengan Cognitive theory sekali lagi. Namun kali ini, terdapat beberapa perkara yang turut dibincangkan di dalam teori ini. Teori ini membincangkan tentang peranan pemikiran dalam menjana emosi. Terdapat teori yang menggunakan Cognitive Theory sebagai sumber mereka iaitu Schachter-Singer Theory. Di dalam analisis mereka, mereka setuju untuk mengatakan bahawa cognitive factor merupakan salah satu factor yang membawa kepada emosi. Melalui kajian mereka :
Schachter-Singer Theory
Dalam Cognitive theory terdapat juga misattribution yang mana mereka menyalahkan premenstrual syndrome di atas perubahan emosi yang berlaku ke atas kebanyakan wanita. Selalunya, apabila waktu untuk datang bulan bagi sesetengah wanita telah hamper, mereka akan mula melalui perubahan emosi yang sukar untuk dijangka dan selalunya mereka lebih sensitive pada waktu-waktu sebegini. Ini semua adalah hasil daripada apa yang telah saya dengar ketika kuliah ZT yang lepas dan juga melalui pengalaman serta sedikit pembacaan. Sekian sahaja jurnal saya untuk kali ini. Terima kasih di atas kesudian membaca.
No comments:
Post a Comment