Sunday, August 21, 2011

A131551 Kek Xin Yi - Motivasi dan Emosi

Kek Xin Yi (A131551) J04- Emosi Dan Motivasi

Selamat sejahtera dan salam Malaysia. Ini merupakan jurnal keempat saya dalam kursus ZT2253,  pengurusan emosi. Pada 17 Ogos 2011, saya telah didedahkan kepada kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh DR Ahmad Zamri Mansor.  Beberapa teori yang menarik telah disampaikan dan dibincangkan dalam kuliah ini yang telah membantu saya lebih memahami subjek pengurusan emosi ini. Hari ini, saya dikejutkan lagi dengan pengetahuan emosi kerana saya tidak sangka emosi itu boleh dilihat dan dikaji daripada banyak aspek yang berbeza. Perasaan ingin tahu muncul dalam diri saya kerana saya ingin tahu lebih banyak tentang pengurusan emosi. Tajuk utama kami pada hari tersebut ialah sikap motivasi dan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalotik.

Dalam kuliah ini, kami telah diberi peluang untuk berbincang mengenai kertas kerja dan projek kumpulan yang akan dijalankan sebelum kuliah dimulakan. Kumpulan PBL saya telah berkumpulan dan berfikir tentang tajuk yang sesuai untuk projek ZT kami. Kumpulan kami telah berfikir beberapa tajuk yang sesuai dan bercadang untuk berbincang tentang lebih lanjut lagi untuk memdapatkan kaonsep yang jelas tentang apa yang perlu dibuat. Seterusnya, Dr Zamri juga telah menjelaskan mengenai kertas kerja dan projek yang perlu dilakukan. Dr Zamri memberi sedikit cadangan tajuk seperti Persepsi pelajar-pelajar perubatan terhadap emosi, Pendapat pakar psikologi/psikitri terhadap emosi, Bagaimana emosi dapat memotivasikan diri dan Kenapa lie detector itu sebenarnya pembohong. Dr Zamri juga memberi sedikit tunjuk ajar mengenai persembahan pembentangan kami dengan menggunakan power point presentation atau dengan 'Record Narration' dengan menggunakan Camstudio dan Camtasia. Ini telah menambah ladi pengetahuan saya mengenai pembentangan kerana saya telah didedahkan dengan software yang baru yang membolehkan pembentangan kami menjadi lebih menarik.

Selain itu, kuliah diteruskan dengan penyampaian kuliah mengenai emosi dan motivasi, sebenarnya, motivasi itu boleh didefinasikan sebagai aspek tingkahlaku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Emosi boleh dibahagi kepada 4 komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku. Berdasarkan Baron dan Logan, emosi tidak dapat dipisahkan dan berkait rapat dengan motivasi. Hal ini kerana emosi bolah dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku. Kami juga diperkenalkan dengan teori James lange yang mengatakan bahawa emosi yang terjadi dalam diri kita dipengaruhi oleh persepi kami terhadap sesuatu perkara. Pesepsi yang membawa kepada perubahan fizikal dan perubahan kognitif. Semua ini akan membawa kepada penghasilan emosi. Oleh itu, motivasi mendorong seseoarang untuk membuat sesuatu perkara. Teori ini lebih focus kepada konsep penghasilan emosi selepas perlakuan.

Kuliah juga menjelaskan konsep dan teori motivasi. 'Drive' membawa maksud seseuatu pendorong dalaman yang melahiran sikap dan pembuatan yang mengurangkan keperluan seseorang terhadap sesuatu perkara. 'Incentive'pula bermaksud pendorong luaran yang membawa penghasilan sesuatu perkara. Dalam teori 'Cannon's Challenge' pula mengisarkan bahawa seseprang individu yang mengalami emosi dan perubahan fifiologi selepas menerima sesuatu ransangan. Selain itu, dalam teori ' 2-Factor ' menyatakan bahawa seseorang akan mengalam perubahan fisiologi dan proses kognnitif untuk melahiran emosi sedar selepas seseorang menerima rangsangan.

Untuk memahami konsep motivasi dengan lebih lanjut dan teliti, saya telah melayari internet dan membaca artikal berkenaan dengan topic tersebut. http://en.wikipedia.org/wiki/Motivation Dalam artikel tersebut jelas menceritakan bahawa motivasi merupakan sesuatu yang mendorong seseorang untuk mencapai matlamatnya. Dalam artikel tersebut menceritakan bahawa motivasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu intrinsic dan extrinsic. Motivasi intrinsic menyatakan mengenai motivasi yang lahir dalam diri seseorang secara semula jadi didorong oleh minat sendiri dan tidak bergantung kepada sebarang ransangan daripada luar. Pakar-pakar pisiologi yang mengaji mengenai motivasi intrinsic berpendapatan bahawa motivasi ini sering berhubung kait rapat dengan kejayaan akademik seseorang. Artikel bertulis demikian: 'Students are likely to be intrinsically motivated if they:

  • attribute their educational results to factors under their own control (e.g., the effort expended),
  • believe they can be effective agents in reaching desired goals (i.e. the results are not determined by luck),
  • are interested in mastering a topic, rather than just rote-learning to achieve good grades.'

Motivasi extrinsic pula merupakan motivasi yang berasal daripada luaran. Contoh motivasi ini ialah dalam bentuk ganjaran seperti wang ataupun berasal daripada paksaan atau ancaman daripada sesuatu perkara. Self-determination theory mencadangkan bahawa motivasi ekstrinsik boleh dihayati oleh individu jika tugas yang sesuai dengan nilai-nilai dan kepercayaan mereka dan oleh itu membantu untuk memenuhi keperluan asas psikologi mereka. Pada pendapat saya, motivasi intrinsic akan meghasilkan keputusan yang ledih baik dan bertahan lama berbanding dengan motivasi extrinsic kerana ini merupakan keinginan seseorang itu untuk mencapaikan matamatnya.

Dalam artikel yang berlainan pula mengatakan bahawa : Pelbagai kajian telah dijalankan untuk memahami motif yang berbeza yang mendorong seseorang untuk kejayaan. Motif dikategorikan kepada tiga: motif homeostatic, nonhomeostatic motif dan motif yang dipelajari atau sosial. Hampir semua motif milik kepada satu atau lebih daripada ketiga-tiga kumpulan.Article Source: http://EzineArticles.com/410696 Ini telah membahagikan motivasi dengan jelas.

Seterusnya, Dr Zamri juga telah menayangkan sebuah video youtube yang bertajuk 'Balik Asal' ciptaan seseorang yang berasal daripada Kelantan. Saya sukar untuk memahami ayat-ayat yang cuba disampaikan dalam video tersebut kerana dia menyanyi menggunakan loghat Kelantan. Tetapi dengan usaha saya untuk memahaminya dengan meneliti lirik lagu yang dipaparkan, saya dapat tahu bahawa dia menceritakan cabaran yang telah dihadapi untuk menjadi seseorang yang berjaya. Kesusahan yang dihadapi sukar untuk difahami bagi setiap orang kerana bukan semua yang pernah merasaikan kesusahan dalam kehidupan. Saya berpendapatan bahawa saya amat bertuah kerana dapat lahir dalam keadaan yang bahagia dan tidak menghadapi banyak cabaran dalam hidup. Sebanarnya, cabaran dan kesusahan yang dihadapi oleh seseorang dapat menjadikan seseorang itu untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi kesusahan yang dialami. Selepas menonton video ini, saya lebih bermotivasi untuk menghadapi sebarang cabaran hidup yang dikenakan pada diri saya.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat daripada kursus ini kerana kursus ini membangkitkan keingin-tahuan saya tentang emosi negative dan cara untuk menangani emosi negative dengan lebih baik. Oleh itu, saya berhasrat untuk menimba pengetahuan yang lebih mendalam lagi mengenai topic ini. Jika kami dapat mengawal emosi kami dengan baik, secara tidak langsungnya akan mengeratkan hubungan kami dengan orang lain. Kami perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi bagi memboleh pengurusan emosi yang baik kerana ini akan membawa kepada kejayaan. Motivasi yang tinggi dapat memastikan seseorang dapat berjaya dalam hidupnya. Saya amat berharap bahawa dengan menimba ilmu pengetahuan mengenai ilmu motivasi dapat membolehkan diri saya melahiran daya keinginan dan motivasi yang tinggi.

 

No comments:

Post a Comment