Assalamualaikum dan salam sejahtera. kuliah kali ini bermula agak lambat kerana oada hari tersebut merupakan hari Nuzul al-Quran. Oleh kerana bagi negeri Selangor, ia merupakan hari cuti umu, kemungkinan Dr. Zambri terpernagkap di dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanannya ke kampus KL. Walaubagaimanapun, kuliah masih diteruskan walaupun bermula 30 minit lewat daripada biasa. Mungkin perkara sebegini boleh juga dikaitkan dengan emosi saya sendiri. Semasa menunggu kedatangan Dr. Zambri, saya berfikir bahawa kuliah kali ini akan dibatalkan kerana beliau tidak pernah lewat. Saya berasa agak teruja dan seronok untuk memikirkan pembatalan kuliah kali ini. Walaubagaimanapun, kuliah masih diteruskan apabila beliau berjaya sampai ke dewan kuliah walaupun agak lewat. Daripada emosi gembira, mungkin ada perubahan kepada emosi kecewa kerana kelas tidak dibatalkan. Dalam hal ini menunjukkan beberapa factor yang telah member kesan kepada perubahan emosi saya. Gembira memikirkan kuliah akan dibatalkan, berubah menjadi kecewa apabila mendapati kuliah diteruskan. Walaupun begitu, kuliah pada minggu lepas masih seronok seperti biasa.
Dr. zambri telah memberitahu kepada kami tentang tugasan berkumpulan yang perlu dibereskan. Kami perlu membuat satu kajian terhadap tajuk yang telah dipilih. Kumpulan saya terdiri daripada 10 orang dan pada mulanya memilih tajuk PERBANDINGAN SENSITIVITI EMOSI KASIH SAYANG ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN. Kajian ini akan dijalankan antara pelajar-pelajar perubatan tahun 2 yang juga mengikuti kuliah pengurusan emosi ini. Walaubagaimanapun, ada kebarangkalian tajuk diubah kepada pilihan yang lain. Kami akan berbincang dengan lebih lanjut untuk membuat keputusan yang tepat sebelum menjalankan kajian. Menyentuh kepada tajuk kuliah minggu lepas, iaitu EMOSI DAN MOTIVASI. Ternyata memang terdapat banyak factor yang boleh memberi kesan terhadap emosi kita. Dan emosi sangat berkait rapat dengan segala perkara yang kita depani. Antaranya seperti tajuk kuliah, emosi yang berkaitan dengan motivasi. Dalam kuliah kali ini, apa yang kami betul-betul perlu fahami ialah apakah maksud motivasi yang sebenar dan kami juga harus menguasai apakah hubungan diantara emosi dan motivasi.
Sekiranya menurut pendapat saya, hubungan antara emosi dengan motivasi adalah sangat penting. Emosi boleh memberi kesan mendalam kepada motivasi seseorang dan begitu juga sebaliknya. jika kita sedih yang melampau sehingga meraung-raung contohnya apabila kita kehilang orang yang tersayang, pasti motivasi kita akan lemah. Kita akan menjadi muram, tidak bersemangat dan tidak bermotivasi untuk meneruskan kehidupan. Sebaliknya pula sekiranya kita sangat gembira dan bahagia. Kita pasti akan bersemangat untuk membuat sesuatu perkara agar memberikan hasil yang cemerlang. Definisi sebenar emosi berkait dengan "effective tone". Emosi tidak pernah neutral, hanya terdapat emosi positif ataupun negative. Hal ini bertepatan berdasarkan kuliah-kuliah yang lepas tentang emosi positif seperti kasih sayang dan emosi negative iaitu kecewa. Manakala, motivasi merujuk kepada kajian terhadap perlakuan kita. Biasanya orang yang berada dalam emosi yang baik, pasti akan mempunyai motivasi diri yang tinggi.
Sekiranya kita teliti, terdapat empat komponen dalam emosi. Yang pertama ialah perasaan. Perasaan merujuk kepada bagaimana kita rasa terhadap sesuatu perkara yang terjadi. Adakah kita menjadi gembira, sedih ataupun marah. Yang kedua ialah proses kognitif. Proses ini sangat berkait dengan emosi kita seperti yang dijelaskan dalam kuliah yang lepas. Yang ketiga ialah perubahan fisiologi contohnya bagaimana kita boleh menjadi marah ataupun bagaimana kita boleh menjadi sedih sehingga menitiskan air mata. Yang keempat pula ialah tingkahlaku berkaitan yang merujuk kepada tindakan yang biasnya kita ambil dalam melakukan sesuatu perkara. Berdasarkan empat komponen ini, dapat kita simpulkan emosi sebenarnya lebih luas maknanya daripada perasaan. Ia meliputi perasaan itu sendiri, proses kognitif, perubahan fisiologi serta tingkahlaku kita. Baron & Logan ada mengatakan bahawa emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Lang et al pula percaya bahawa emosi adalah motivasi yang menjadi rujukan kepada tingkahlaku dan motif yang boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, apabila seorang penjenayah mempunyai motif pembunuhan. Apakah sebenarnya yang membuatkan dia ingin membunuh orang? Pastinya ia berkaitan motivasi dan emosi dia sendiri. Ada kemungkinan dia ingin membunuh orang kerana ingin mendapatkan duit daripada orang yang dibenci. "ingin mendapatkan duit" merujuk kepada motivasi penjenayah manakala "orang yang dibenci" sebenarnya merujuk kepada emosi penjenayah tersebut. Begitu juga berlaku bagi oaring yang sedang hangat dilamun cinta. Cinta merujuk kepada emosi manakala tindakan tertentu seperti menelefon atau menghantar sms merupakan kesan daripada motivasi.
Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan melibatkan emosi sebagai motivator dan sebaliknya. sebagai contoh, apabila kita lapar. Kita pasti akan makan sehingga kenyang kerana kita berasa lapar. Lapar tidak merujuk kepada emosi. ia adalah tindakan yang berkaitan yang digelar sebagai "hunger motive". Sebenarnya, banyak teori yang berkaitan yang sesuai dijadikan rujukan antara hubungan emosi dan motivasi. Teori James-Lange menggambarkan ada stimulus ataupun perangsang yang seterusnya mengubah proses fisiologi dan tindakan seseorang. Contohnya, Dya yang keseorangan telah ternampak baying-bayang seorang lelaki di tempat letak kereta yang gelap. Dya menjadi takut dan jantungnya berdegup kencang apabila lelaki itu menghampirinya. Pastinya, dia akan lari sekuat hati bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi. Berbeza dengan teori pertama, teori Cannon's Challenge hanya mengaitkan hubungan emosi dan perubahan fisiologi sahaja. Contohnya, apabila Dya ternampak baying-bayang seorang lelaki di tempat letak kereta, dia berasa takut dan jantungnya berdegup dengan pantas. Tetapi Dya tidak berlari dari tempat kejadian. Two-Factor Theory pula menjelaskan perubahan fisiologi yang berlaku disebabkan emosi. contohnya, Dya berasa takut dan jantungnya berdegup kencang disebabkan oleh perasaan takut itu sendiri. Teori-teori ini amat penting dalam membuat satu penilaian berkaitan emosi dengan motivasi.
Emosi adalah respon yang dihasilkan oleh badan kita sendiri menerusi beberapa proses disebabkan oleh factor-faktor tertentu seperti factor alam sekitar. Ia merupakan satu pemangkin kepada kita dalam mengambil tindakan yang seterusnya. Motivasi pula merujuk kepada aspek dalam membuat pilihan sesuatu proses yang berlaku. Motivasi yang akan menjadi motor yang akan menggerakkan seseorang untuk melakukan perkara A daripada perkara B. teori yang berkaitan motivasi memberikan tiga contoh, terdiri daripada motivasi itu sendiri, "drive" dan "incentive". Drive merujuk kepada kondisi dalaman yang akan mengaktifkan tindakan seseorang. Contohnya, drive yang kan menentukan samada kita perlukan proses homeostasis berlaku taupun mengurangkannya. Incentive pula merujuk kepada hasil luaran yang menarik atau menolak tindakan kita sendiri. Terdapat juga teori-teori lain seperti "instinct", "arousal" dan "humanistic theory". drive system sebenarnya berpusat di hypothalamus otak kita. Pusat inilah yang akan mengawal kebanyakan proses dalam badan kita. incentive pula merujuk kepada apa-apa factor yang menghasilkan motivasi dalam melakukan sesuatu perkara.
Pada pertengahan kuliah, Dr. Zambri telah memainkan satu video yang menarik berkisarkan tentang perjalan hidup penyanyi lagu itu sendiri. Lirik yang ditulis amat menyentuh hati dan perasaan dan sebenarnya video lagu ini boleh menjadi sumber rujukan yang sangat berguna berkaitan pengurusan emosi tambahan lagi kaitan antara emosi dengan motivasi. sekian
No comments:
Post a Comment