Assalmualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera, di ucapkan kepada yang saya hormati, pensyarah subjek pengurusan emosi, Dr. Zamri, seterusnya yang saya kasihi rakan- rakan seperjuangan dan para pembaca sekalian. Alhamdulillah, kini tiba masa untuk menyiapkan tugasan jurnal yang keempat. Pada minggu ini, Dr Zamri telah mengupas tajuk Emosi dan Motivasi. Objektif kuliah pada kali ini ialah supaya semua pelajar dapat memahami dengan lebih lanjut apa kah yang dimaksudkan dengan motivasi itu sendiri. Selain itu, objektif kuliah pada kali ini juga adalah untuk memastikan semua pelajar dapat mengetahui apakah hubungan di antara motivasi dan emosi dalam diri manusia. Sebelum itu, saya ingin mengutarakan pendapat saya tentang apakah kaitan antara emosi dan motivasi. Pada pendapat saya, motivasi dan emosi tidak dapat di pisahkan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini bermaksud sama ada motivasi itu memberi kesan kepada perubahan emosi seseorang, atau pun keadaan sebaliknya di mana emosi yang mengubah motivasi seseorang. Sebagai contoh,seseorang yang mempunyai emosi tidak baik seperti sedih akan mengalami perasaan tidak bersemangat, motivasi menurun. Keadaan sama jika sebalik nya, orag yang moticasi menurun boleh memnyebabkan diri mereka cepat marah, atau pun sedih.
Sebelum, saya mengupas dengan lebih lanjut lagi, saya ingin mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan emosi dan motivasi itu sendiri terlebih dahulu. Emosi bermaksud perubahan perasaan sama ada positif atau pun sebalik nya negatif. Emosi tidak pernah menjadi neutral. Manakala motivasi pula bermaksud kajian atau pun keadaan yang merangsang perubahan tingkah laku.
Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif." Daripada Taidin Suhaimin
Pada kuliah kali ini juga, Dr. Zamri ada menyatakan tentang komponen- komponen dalam emosi. Terdapat 4 kompenen dalam emosi yang telah diketengahkan oleh Dr. Zamri. Komponen- komponen yang di maksudkan termasuklah feeling yang bermaksud perasaan. Kedua ialah proses kognitif. Seterusnya physiological changes, iaitu perubahan fisiologi. Akhir sekali associated behaviour iaitu tingkah laku berkaitan. Ke empat – empat komponen dalam emosi ini telah diterangkan dengan lebih lanjut pada tugasan jurnal – jurnal sebelum ini.
Menurut Baron & Logan, Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Teori ini bersesuaian dengan pendapat yang saya utarakan pada perenggan awal sebelum ini. Menurut Lang et al pula, Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, seseoarang yang mempunyai emosi sedang bercinta akan memotivasikan dirinya untuk menghubungi pasangannya, berjumpa dengan pasangannya, dan keinginan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangannya. Walau bagaimanapun, tidak semua perubahan tingkkah laku akibat perubahan motivasi diri disebabkan oleh perubahan motivasi. Sebagai contoh, seoang yang rajin atau belajar dengan bersungguh adalah disebabkan keinginan untuk Berjaya dan bukannya disebabkan perubahan emosi dalam diri individu tesebut.
Emosi juga melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah tindakan,semua dibentuk oleh kaedah-kaedah budaya. Emosi boleh bertindak sebagai tindak balas semula jadi dalam badan kita yang berlaku akibat perubahan dalam keadaan persekitaran kita. Emosi menyebabkan kita lebih bersedia, sedia bertindak, dan menghadapi sesuatu dengan Berjaya. Menurut Mook, secara ringkasnya, motivasi ialah sesuatu perkara yang berlakau dalam diri individu yang menyebabkan seseorang individu itu melakukan sesuatu tindakan. Terdapat tiga konsep dalam motivasi iaitu motivation; iaitu faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan seseorang berkelakuan sedemikian pada masa – masa tertentu. Sebagai contoh, seorang peminat bola sepak akan bersa gembira menyebabkan dia bersorak sambil terlompat - lompat apabila pasukan kegemarannya memenangi satu – satu perlawanan, dan keadaan sebaliknya bleh berlaku jika pasukan tersebut tewas. Konsep yang kedua pula ialah drive; ini bermaksud saintifik dalam diri atau badan seseorang. Iaitu keadaan dalaman ataupun impulse yang mengaktifkan tindakan seseorang. Sebagai contohh, dalam keadaan penat selepas berlari, seseorang akan banyak menghasilkan neurotransmitter acetylcholine. Acetylcholine ini akan mengaktifkan system sympathetic dalam diri manusia, menyebabkan kadar degupan jantung meningkat di sampung kadar pernafasan turut meningkat untuk menghirup oksigen. Akhir sekali ialah incentive, iaitu matlamat luar yang menarik atau menolak seseorang untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh, seseorang yang ingin Berjaya dalam perlajaran dan mencapai cita- cita masing- masing, akan menarik mereka untuk belajar bersunguh – sunguh.
Teori lain berkaitan tentang motivasi ini ialah seperti berikut :
· Instinct—motives are innate
· Arousal—people are motivated to maintain optimum level of arousal
· Humanistic theory—hierarchy of needs
· Unconscious motivation?
Selain itu, pada kuliah pada minggu ini juga, dr Zamri ada menyatakan fisilogi bagaimana motivasi boleh membei impak terhadap tindak – tanduk manusia. Kesan daripada perubahan motivasi sama ada baik atau pun sebalik nya, akan mengakibatkan otak atau lebih spesifik lagi bahagian hypothalamus, menjadi aktif. Kebanyakan sistem saraf di kawal oleh hypothalamus, oleh yang demikian, perubahan yang berlaku dalam hypothalamus menyebabkan perubahan dalam system saraf melalui penghasilan dan pegnhantaran neurotransmitter. nuerotransmitter ini akan melalui system saraf dan di salurkan anggota badan yang terlibat menyababkan perubahan berlaku dalam tindakan manusia. Sebagai contoh, seseorang taku akan sesuatu kebiasaanyan akan menggigil satu badan.
Selain daripada itu, Dr Zamri telah menerangkan apakah kepentingan perunahan tindakan dan penghasilan neurotransmitter tadi terhadap tisu dan sel – sel dalam badan manusia. Ke semua perubahan tersebut sangat – sangat diperlukan oleh tisu – tisu badan untuk mengekalkan homoestasis. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis? Homeostasis adalah keadaan tetap dalam badan manusia yang perlu di kekalkan untuk memastikan badan berfungsi dengan baik. Jika terdapat sebarang perubahan, mekanisme untuk memenuhi kehendak tisu berkenaan akan berlaku, jika tidak kemungkinan tisu tersebut akan tidak berfungsi atau pun berfungsi dengan tidak betul.
Selain daripada itu, pada kuliah kali ini juga saya telah mempelajari satu istilah baru iaitu incentives. Apa yang saya faham sebelum mendengar kuliah Dr zamri, insentif bermaksud anugerah atau pun hadiah jika seseorang itu Berjaya memenangi sesuatu. Dan jangkaan saya tepat. Insentif bermaksud factor – factor sama ada berkaitan wang ringgit atau pun tidak yang member kesan kepada tindak tanduk manusia, dan menyebabkan manusia memilih atau membuat satu keputusan atau pun memilih jalan alternative. Terdapat tiga jenis insentif iaitu financial ( kewangan), seterusnya moral, dan akhir sekali Coercive (paksaan). Saya juga telah mempelajari Arousal Theory pada kuliah kali ini. Sebelumitu, arousal bermaksud keadaan fisiologi dan psikologi yang membawa kepada perasaan berjaga – jaga atau pun berhati – hati. Manuisia yang mempunyai motivasi yang baik akan sentiasa memastikan tahap arousal seimbang iaitu tidak terlalu tinggi atau pun tidak terlalu rendah. Sekian sahaja untuk kali ini, assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment