Sunday, August 21, 2011

LO4 LEONG XIE YAO A131503

LEONG XIE YAO A131503

Learning journal 04

Pada hari rabu yang lepas(17 OGOS
2011),kami telah menghadiri kuliah yang bertajuk emosi, sikap dan
motivasi.

Daripada apa yang dapat kita perhati,
sebenarnya emosi adalah lahir daripada sesuatu activator atau
stimulus. Apabila kita ternampak seekor harimau, emosi yang lahir
adalah takut. Untuk mengaitkan kuliah yang pertama iaitu emosi
merupakan perasaan tetapi perasaan bukan emosi. Ini kerana emosi
mempunyai empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan
fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu, ketakutan akan
membawa kepada proses pentafsiran seperti adakah harimau tersebut
membahayakan hati kita akan bermula untuk berdengup dengan kencng dan
kita akan cuba untuk melarikan diri. Kita jelas bahawa emosi akan
menjadi pendorong kerana emosi mempunyai pengaruhnya terhadap
aktiviti harian kita. Kita akan menggunakan perkataan yang tidak baik
sekiranya kita berasa marah terhadap seseorang itu. Sepertimana
pasangan yang sedang berada dalam keadaan manis dan cinta akan
mempunyai motivasi untuk menemani satu sama lain walaupun dalam apa
jua benda yang mereka lakukan. Akan tetapi bukan setiap emosi akan
menjadi pendorong kerana perasaan mengantuk akan menjadi satu
motivasi kepada kita untuk membaling di atas katil. Matter yang baru
dalam kuliah tersebut adalah bagaimana empat komponen emosi tersebut
muncul dalam susunan yang terlebih dahulu daripada yang lain.Secara
umumnya, kita akan merasai sesuatu perasaan terlebih dahulu dengan
menggunakan contoh yang terdapat dalam barisan yang atas. Kita akan
berasa takut apabila ternampak harimau dan perasaan takut menyebabkan
perubahan fisiologi seperti degupan jantung yang lebih kencang dan
selepas barulah minda kita akan mula mentafsir perasaan takut
tersebut dan perubahan fisiologi yang berlaku. Pada pendapat saya,
sebagai seorang pelajar perubatan, saya akan lebih cenderung kepada
idea bahawa emosi sebenarnya dipengaruhi oleh aktiviti hormon dalam
badan manusia manakala tafsiran terhadap stimulus merupakan aktiviti
otak dan teori perubatan membuktikan bahawa hormon yang akan
menyebabkan emosi tersebut untuk muncul sebenarnya mengambil masa
yang lebih panjang untuk menunjukkan kesannya. Oleh itu, sepertimana
yang diceritakan oleh james-lange teori iaitu emosi akan mambawa
kepada physiolocal arousal dan perubahan tingkah laku terlebih dahulu
sebelum kesan hormon mula untuk dimanifestasikan melalui emosi yang
dialami. Cannon's challenge menceritakan bahawa physiological arousal
dan conscious emotion berlaku secara serentak manakala two-factor
teori adalah yang lebih inclusif disebabkan oleh aktiviti minda yang
turut akan mengenal pasti bahawa perubahan fisiologi tersebut adalah
disebabkan oleh emosi dan ini akan membawa kepada kelahiran emosi
yang jelas dialami. Pada pendapat saya, budaya seseorang akan
mempengaruhi emosi kerana ketidaksamaan budaya akan memberi kesan
terhadap stimulus yang akan membawa kepada emosi. Sebagai contoh,
orang Malaysia akan berasa malu apabila dicium pada muka sebagai satu
cara untuk bersalam tetapi orang Arab dan mat salleh tidak akan
berasa malu kerana ini merupakan budaya mereka. Sebagai lanjutan
daripada kuliah yang pertama yang terdapat dalam kuliah ini, emosi
sebenarnya merupakan satu mekanisme adaptasi badan manusia terhadap
stimulus atau perubahan yang berlaku di sekeliling. Ini adalah sangat
penting kerana apabila seseorang tidak memberi perhatian kepada
ekspresi emosi dan pengalaman emosi. Menggunakan kes yang berlaku di
sekeliling kita, kita dapat lihat bahawa sekiranya seseorang itu suka
memendamkan perasaan mereka, akhirnya ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan emosi dan seterusnya menyebabkan mekanisme adaptasi
manusia tidak berfungsi. Apa yang terjadi ialah orang tersebut akan
mengalami apa yang digelar 'mental breakdown' dan stimulus yang
sedikit akan membangkitkan perasaan seseorang itu dan mengakibatkan
ketidakstabilan emosi. Selain itu, emosi membantu kita untuk menilai
keadaan seseorang itu dan melalui penilaian tersebut berkomunikasi
dengan lebih efektif. Ini merupakan satu bidang ilmu yang wajar kita
dalami kerana pada masa kini, kita dapat melihat peningkatan dalam
kes bunuh diri. Ini adalah kerana orang sekeliling tidak dapat
mengesan ketidakstabilan emosi si bunuh diri dan tidak dapat
menghentikan perbuatan si mati untuk membunuh diri.

Untuk mendalami idea motivasi,
motivasi bermaksud kecenderungan untuk melakukan sesuatu perbuatan
daripada satu perbuatan lain yang berbeza. Motivasi merupakan
gabungan drive dan incentive di mana motivasi merupakan faktor
dalaman dan luaran yang menyebabkan kita mengambil sesuatu tindakan.
Drive atau dorongan cuma adalah faktor dalaman yang mendorong kita
untuk bertindak manakala incentif adalah faktor luaran, contohnya
keputusan yang baik yang akan memberi kesan terhadap dorongan dalaman
tersebut dan seterusnya memberi motivasi kepada pelajar tersebut
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Motivasi, seperti emosi
adalah dilahir secara semula jadi dan kemungkinan berada dalam
genetik seseorang itu. Kaitan antara drive dan homeostasis atau
keperluan tisu badan adalah kerana keperluan tisu badan akan
mencetuskan mekanisme hormon dalam badan seperti yang digambarkan
dalam perenggan di atas dan ini akan menyebabkan kemunculan emosi dan
seterusnya mendorong seseorang individu untuk melakukan sesuatu.
Mengikut teori, instinct seseorang adalah diwarisi dan tidak boleh
dibelajari. Menggunakan contoh yang mudah, kita dapat lihat bahawa
wanita mempunyai instinct yang lebih tinggi terhadap lelaki tetapi
perempuan yang pernah dicederai atau dicabuli oleh suaminya akan
mempunyai instinct yang lebih tinggi terutamanya apabila seseorang
lelaki ingin melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadapnya
seperti menyentuh bahagian sensitif wanita tersebut. Perempuan yang
mempunyai instinct yang tinggi tersebut akan bertindak secara lebih
cepat dan berupaya untuk bertindak untuk menyelamatkan diri.Bahagian
yang terakhir bagi kuliah tersebut adalah teori pembangkitan atau
arousal theory dan teori kemanusiaan atau humanistic theory. Teori
arousal dibincangkan kerana manusia mempunyai motivasi untuk
mengekalkan tahap arousal atau tahap kesedaran individu. Ini adalah
kerana kita memerlukan tahap kesedaran yang tertentu untuk mempunyai
satu tahap rasa ingin tahu terhadap kawasan sekeliling dan ini
membolehkan kita untuk mengenal pasti apa yang terjadi dan berupaya
untuk bertindak untuk melindungi diri sendiri. Humanistic thery
menceritakan tahap motivasi mengikut keperluan manusia. Mengikut
teori tersebut, hieraki yang paling bawah dalam keperluan manusia
adalah keperluan yang lebih basic seperti makanan, pakaian dan tempat
berteduh. Hieraki yang seterusnya adalah dari segi psikologi seperti
perasaan sayang, kasih daripada kawan dan sebagainya. Hieraki yang
paling atas sekali adalah memenuhi tujuan kehidupan sendiri, iaitu
tujuan kita meneruskan kehidupan dan tujuan hati kita masih
berdengup. Ramai manusia mendapat kepuasan tersebut melalui
perkerjaan, seperti seorang doktor yang sentiasa mencuba sedaya upaya
mereka untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang berada dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan. Walaubagaimanapun, keadaan kesedaran diri
tidak akan berlaku sekiranya pekerjaan tersebut tidak memberi
kepuasan kepada seseorang. Contohnya, ramai doktor yang berhenti
menceburi bidang perubatan berpendapat bahawa mereka tidak dapat
mencapai objektif kehidupan mereka kerana mereaka tidak dapat
menyelamatkan seseorang pesakit yang berada dalam ambang kemautan dan
apa yang mereka boleh buat cuma adalah melanjutkan nyawa pesakit
tersebut untuk beberapa hari mahupun beberapa jam. Oleh itu,
sesetengah doktor yang pernah mencuba bidang penulisan moden
terutamanya buku yang bertajuk motivasi telah menukar kepada bidang
penulisan. Contoh adalah seorang doktor Taiwan yang merupakan pakar
bius dan pasukan perubatan bagi president Taiwan. Oleh itu, orang
yang mempunyai kesedaran diri akan mempunyai sikap-sikap seperti
mudah menerima keadaan diri dan orang lain yang seadanya dan mereka
juga dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan. Mereka tidak
akan dipengaruhi oleh khabar angin orang lain kerana mereka jelas
terhadap keupayaan mereka diri sendiri. Apa yang dapat memberi
kesedaran diri adalah event-event yang menyebabkan mereka untuk
mencermin diri sendiri. Mereka juga dapat menikmati kehidupan
seharian kerana mereka sudah dapat menerima apa jua yang berlaku
kepada mereka kerana mereka sudah dapat melalui keperitan hidup dan
tidak ada apa yang dapat memudaratkan kehidupan mereka lagi.

Kuliah kali ini merupakan tajuk
kegemaran saya kerana ia berkisah tentang tujuan kehidupan manusia
yang wajar kita selami supaya kegembiraan yang berpanjangan dapat
kita perolehi.

No comments:

Post a Comment