Sunday, August 21, 2011

Abdul Rahman Bin Ismail A131351

Abdul Rahman Bin Ismail
Assalamualaikum w.b.t
Pada sesi pengkuliahan yang lepas bertarikh 17 Ogos 2011, Dr. Zamri telah memberi kebenaran untuk pelajar Perubatan melakukan tugasan berkumpulan berdasarkan kumpulan yang telah sedia ada iaitu seramai 10 orang setiap kumpulan. Ini nyata berbeza dari pendirian asal Dr. Zamri yang hanya membenarkan 5 orang membentuk satu kumpulan. Perubahan ini adalah disebabkan sikap percaya akan beliau terhadap prestasi dan komitmen pelajar perubatan, terutamanya dalam tugasan jurnal dan jumlah kehadiran. Mungkin pada mulanya, beliau merasakan bahawa jumlah ahli seramai 10 orang akan membataskan kemampuan seseorang untuk memberi sepenuh komitmen terhadap tugasan tersebut. Maka akan timbul isu lepas tangan dalam kalangan kumpulan. Walaubagaimanapun, kami mempunyai misi peribadi untuk menyangkal dakwaan tersebut dengan memberikan hasil yang terbaik untuk pembentangan kelak.
Pada kelas kuliah yang lepas, dua tajuk telah diutarakan oleh Dr. Zamri. Pertamanya, teori fisiologikal,kognitif dan psikoanalitik, manakala yang kedua ialah teori emosi dan motivasi antara teori yang dihuraikan dalam tajuk pertama ialah teori james lange merujuk kepada hipotesis yang menyatakan tentang asal emosi. Teori ini mula dibina oleh dua cnedekiawan abad ke-19, iaitu William James dan Carl Lange.
Di dalam teori ini, ia mengatakan bahawa manusia adalah hasil daripada pengalaman yang terdapat dalam hidup. System saraf autonomic mencipta keadaan psikologikal seperti  ketegangan otot, peningkatan denyutan jantung, perpeluhan serta kurangnya rembesan air liur. Teori ini menegaskan, perubahan vasomotor adalah emosi sebenarnya. Sebagai contoh, apabila seseorang menangis dan mengeluarkan air mata, seseorang itu mesti dalam keadaan sedih.  Namun begitu, teori ini telah dicabar oleh Walter Cannon dan Philip Bard yang kemudiannya menyatakan yang perubahan psikologi adalah disebabkan oleh emosi seseorang. Mereka kemudiaan menjadikan ia asas dalam teori mereka, iaitu teori emosi Cannon-Bard. Teori ini mengkritik teori James Lange berdasarkan:
v  Sistem organ yang mencetuskan tindak balas emosi bertindak balas amat perlahan terhadap rangsangan
v  Tindak balas emosi sentiasa cepat mengikut rangsangan
v  Jawapan fisiologi datang terlampau lambat untuk menyebabkan tindak balas emosi.
v  Jantung dan perut tidak dapat menghasilkan pelbagai emosi.
v  Kadar jantung, tekanan darah dan fungsi pencernaan tidak mampu  menunujukkan emosi dialami.
v  Manusia dengan sistem saraf yang tidak normal masih dapat merasakan emosi.
 
Teori seterusnya ialah teori Jack Panksepp. Teori ini adalah berdasarkan kaedah psikobiologikal. Beliau memperkenalkan teori 'affective neurosciense'. Iaitu sebuah bidang yang mengkaji mekanisme saraf dalam menentukan emosi. Beliau menyatakan bahawa terdapat empay emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, panik dan jangkaan. Seterusnya beliau merumuskan bahawa Empat emosi ini berinteraksi sesama sendiri  untuk menghasilkan emosi sekunder. Bahan tertentu  tertentu boleh dikaitkan dengan sistem arahan kepada pelbagai emosi. Sebagai contoh, dopamine adalah yang berkaitan dengan system jangkaan manakala acetylcholine dengan sistem kemarahan seseorang.
Seterusnya Dr. Zamri ada mengulas mengenai teori lain seperti:
v  Schachter's Cognitive Labeling Theory
v  Misattribution
v  transfer of excitation
v  Cognitive appraisal theories.
 
             Schachter's Cognitive Labeling Theory
Teori ini dikesan dari pandangan konseptual dan empirical. Teori ini menyatakan bahawa sumber luar boleh meningkatkan keadaan emosi seseorang. Kurangnya kepekaan terhadap stimuli akan membawa kepada keadaan kurangnya emosi seseorang. Schacter menyatakan kepekaan seseorang amat diperlukan untuk menimbulkan emosi.
             Misattribution
Untuk mengenalpasti sebab-musabab misattribution, Donald Dutton dan Arthur Aron (1974) telah menjalankan  satu eksperimen.  
Beberapa pejalan kaki lelaki telah didatangi oleh penemuduga wanita yang cantik di atas jambatan. Mereka diminta untuk mengisi boring soal selidik mengandungi gambar. Kecenderungan untuk subjek lelaki menghubungi penemuduga wanita akan direkodkan. Anehnya, tiada sebarabg hubungan diadakan selepas ditemuduga oleh orang lelaki.
Setelah subjek lelaki menyelesaikan survey tersebut, wanita akan menerangkan bahawa dia akan bersikap terbuka untuk menjawab sebarang persoalan dari subjek lelaki berkenaan projeknya selepas soal selidik tersebut. Wanita tersebut akan memberikan nombor telefon dan nama kepada subjek lelaki berkenaan.
Dutton and Aron tertanya-tanya samaada subjek akan cenderung untuk menghubungi wanita berkenaan kerana mereka tertarik  secara fizikal kepada wanita tersebut atau tidak. Walaubagaimanapun, Dutton dan Aron perlu menimbangkan samaada subjek lelaki di dalam kajian itu telah terlibat dalam hubungan percintaan lain ataupun bagaimana seseorang lelaki itu menilai gerak badan seorang wanita. Ini berkait rapat dengan criteria yang dikehendaki lelaki tersebut.
 Selepas subjek lelaki merentas jambatan,  didapati bahawa aktiviti tersebut telah meningkatkan tahap arousal mereka semass mereka berbual dengan wanita tersebut. Keadaan tersebut telah menigkatkan tahap gementar yang membawa kepada peningkatan kadar denyutan jantung serta peningkatan tahap pernafasan.
Di dalam aspek misattribution, manusia menggunakan emosi untuk tujuan yang salah.
             transfer of excitation
transfer of excitation bermaksud bagaimana pengujaan dari satu sumber boleh dipindahkan kepada yang lain.
               cognitive appraisal theories
proses pemikiran utama yang bertanggungjawab untuk mencetuskan kedua-dua tindak balas  emosi dan tingkah laku. Tindak balas emosi dan tingkah laku direka untuk  menghadapi keadaan emosi.
 
 
seterusnya adalah kuliah mengenai emosi dan motivasi. Sebelum kita berbincang dengan lebih mendalam, pertamanya kita perlu memahami apa itu motivasi serta memahami perhubungan antara emosi dan motivasi.
Emosi:
Emosi ditakrifkan sebagai sikap yang efektif, samaada pasitif, negatif mahupun neutral
Motivasi:
Secara  kasarnya, ia adalah kajian tentang arah dan aspek sikap.
Terdapat empat aspek emosi, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, serta tingkahlaku berkaitan.
Oleh itu emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Selain itu, emosi juga tidak dapat dipisahkan motivasi. Oleh itu emosi bertindak sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, sebuah pembunuhan berdasarkan motif, samaada duit ataupun kebencian. Sementelahan itu, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu, seperi menelefon, member hadiah serta mendirikan rumah tangga.
Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong. Manakala tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, belajar kuat, serta makan.
Bagi aspek motivasi, motivasi adalah factor  dalaman dan luaran suatu organisma yang boleh menyebabkan ia bersifat sesuatu., sementara itu, 'drive' adalah keadaan dalaman atau nadi yang mengaktifkan sikap untuk mengurangkan  dan menyeimbangkan  homeostasis. Dari aspek insentif, ia adalah matlamat luaran yang menari mahupun menolak tingkahlaku.

kesimpulannya, bagi pendapat saya emosi amat berkait rapat dengan motivasi. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment