Assalamualaikum dan salam keampunan. Pada 17/8/2011 jam 2.40 petang, kelas Pengurusan Emosi diteruskan sedikit lewat atas suatu permasalahan yang tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, masa yang terluang itu digunakan oleh pelajar -pelajar perubatan bagi membincangkan tentang tugasan kumpulan yang telah diberikan oleh Dr Zambri dan ada juga yang mengambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Apakah yang dapat kita lihat dari keadaan yg berlaku di sini? Apa yang dapat saya lihat adalah, kebanyakan pelajar perubatan dapat mengawal emosi mereka dengan baik. Hal ini kerana, masa yang terluang itu tidak dibazirkan dengan perkara - perkara yang tidak berfaedah walaupun ada juga yang mengisi waktu dengan permainan digital. Tetapi, seandainya kita melihat jauh ke hadapan dan juga dari sudut yang positif, permainan digital juga turut menyumbang kepada perkembangan otak pelajar. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa permainan digital ini bukan sahaja merangsang perkembangan otak yang cerdas, malahan turut meningkatkan daya focus para pelajar. Fokus terhadap sesuatu perkara yang dilakukan merupakan asset kejayaan bagi para pelajar khususnya para pelajar perubatan.
Dr Zambri memulakan kuliah hari ini dengan memberi taklimat tentang bagaimana ingin melaksanakan tugasan kumpulan yang diberikan beliau. Dr Zambri juga memberi contoh - contoh tajuk yang boleh dijadikan panduan. Saya tertarik dengan satu tajuk yang dikupas beliau iaitu mengenai perbezaan emosi bagi setiap individu. Kadang - kadang, kita rasakan suatu perkara itu janggal bagi kita, tetapi barangkali ianya menjadi kebiasaan bagi sebahagiaan individu yang lain. Contoh yang diberikan oleh Dr Zambri adalah berkenaan seorang budak lelaki yang gemar akan kereta berjenama Honda. Jadi, setiap kali budak lelaki ini berpeluang mendekati kerata yang diminatinya, dia pasti akan menyentuh dan menggosok – gosok kereta tersebut sambil seolah – olah membayangkan kereta tersebut adalah miliknya. Mungkin bagi sesetengah individu, perkara ini merupakan sesuatu yang aneh tetapi bagi sebahagian pihak terutamanya budak tersebut, beliau sudah tentu lagi tidak akan merasa begitu.
Jam sudah menunjukkan tepat jam 3.40 petang, maka kini bermulalah kuliah pada hari ini dengan tajuk Emosi dan Motivasi. Kata - kata seorang ilmuan iaitu Baron dan Logan "Emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi" (1993) menjadi madah pembuka bicara beliau pada hari ini. Kata – kata itu cukup jelas menggambarkan intipati perbincangan pada hari ini.
Sebelum ini, terdapat satu slogan yang pernah dilaungkan di Negara kita oleh pihak tertentu iaitu "To know Malaysia is to love malaysia". Apa yang dapat kita rungkaikan dari slogan pendek yang cukup bermakna ini? Ringkasnya, bolehlah dikatakan tak kenal, maka tak cinta. Dari sini juga, kita dapat lihat bahawa dengan pengetahuan tentang Negara kita iaitu Malaysia, kita akan menjadi bertambah sayang dan suka terhadap Malaysia kerana kita telah mengenali kelebihan serta keistimewaan yang dimiliki oleh Negara kita. Seterusnya kita akan lebih mengambil tindakan yang dapat sama – sama menaikkan nama Negara kita yang tercinta, Malaysia. Apa saja kekurangan di Malaysia , bukanlah kita semata- mata mengkritik, malahan kita cuba memberikan idea – idea yang bernas sebagai langkah memperbaiki keadaan, seterusnya akan kita ambil sebagai satu motivasi positif lalu mendorong kita untuk memperbaikinya. Di samping itu, emosi juga turut ditakrifkan sebagai perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, persaaan, tingkahlaku untuk bertindak dipengaruhi oleh budaya (emosi yang dianggap positif, negatif dan bagaimana cara – cara untuk meluahkan emosi tersebut).
Sebagai contohnya, jika kita makan dengan orang-orang kenamaan, kita akan lebih cenderung untuk mengawal emosi kita dan kita akan lebih bertindak secara bersopan-santun serta menjaga adab – adab yang bersesuaian dengan majlis yang kita hadiri. Berbeza pula jika kita berjumpa dengan kawan baik yang sudah lama tidak berhubung, kita mungkin akan melompat kegembiraan dan berlari untuk memeluk rakan kita tersebut. Dari tindakan ini, kita dapat lihat bahawa diri kita sememangnya lebih dikawal oleh emosi dan bukannya kita yang mengawal emosi. Apa yang ingin disimpulkan di sini adalah emosi dan diri kita bertindak mengikut tempat dan suasana pada masa tersebut. Emosi yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran akan menimbulkan rasa senang dan selesa, bukan sahaja pada diri kita, malahan kepada orang – orang yang berada di sekeliling kita.
Selain itu, emosi juga mencetuskan dorongan untuk manusia bertindak melakukan sesuatu perkara.Bikhard pernah berkata "motivasi ialah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan" (1997).Contohnya, jika kita berada dalam satu situasi di mana kita berhadapan dengan orang yang tidak maklum atau tidak sedar akan kehadiran kita, maka kita boleh memilih samada ingin berdiam diri ataupun melakukan perkara - perkara yang dapat menarik perhatian orang ramai atau individu yang ingin kita dapatkan perhatian agar beliau menyedari kehadiran kita dalam majlis tersebut.
Mari kita lihat pada konsep-konsep berkaitan emosi. Konsep pertama adalah motivasi. Motivasi adalah factor - faktor luaran dan dalaman yang akan membuatkan seseorang itu mempunyai tingkah laku yang tertentu. Konsep kedua pula adalah 'Drive'. 'Drive' adalah desakan dalaman yang mengaktifkan tingkah laku kita untuk melakukan sesuatu. Seterusnya adalah konsep insentif. Insentif adalah satu matlamat luaran yang menolak atau menarik seseorang itu untuk fokus dan tumpu pada satu kecenderungan.
Apabila menjelang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), abang saya menjanjikan sesuatu yang lumayan jika saya dapat memperoleh 5A dalam peperiksaan. Insentif ini mendorong dan menjadi motivasi bagi saya untuk mencapai matlamat tersebut iaitu mendapat 5A. Malangnya saya gagal mencapai matlamat tersebut. Dengan itu, saya merasa agak kecewa. Lama-kelamaan, saya sedar bahawa faktor-faktor luaran hanya akan menjadikan kita kecewa apabila gagal mencapainya. Jika kita berjaya memperolehinya sekalipun, ia hanya berkekalan untuk jangka masa yang pendek.
Konsep-konsep berkaitan emosi dan motivasi. Contohnya, Instinct iaitu di mana motif adalah merupakan perkara semulajadi. Keduanya, arousal iaitu apabila kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum.
Humanistic theorie pula menyatakan bahawa emosi adalah berperingkat . Peringkat pertama adalah Fisiologikal seperti makan. Kedua pula ialah keselamatan. Ketiga pula ialah peringkat kepunyaan. Seterusnya, peringkat keyakinan dan akhir sekali adalah peringkat Self actualization. Hubungan Emosi dan Motivasi. Seperti yang kita sudah sedia maklum, emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi. Emosi berkaitan kebangkitan atau cetusan emosi dan motivasi pula adalah berkaitan tindakan.
Tajuk kuliah yang kedua adalah tentang Physiological, cognitive and Psychoanalytical. Fisiologikal menekankan tentang fisologi. Fisoologikal adalah kita melihat pada tindakan badan yang merembeskan hormone - hormon yang membuatkan badan kita bertindak balas lalu mengahasilkan tindakan yang kita katakan sebagai kegembiraan.Jika kita dalan keadaan tajluat. Sebahagian dari otak kita menerima rangsangan dari mata dan deria rasa yang lain lalu mengaktifkannya. Seterusnya, saya akan mendedahkan perihal James-lange theory. Orang yang melihat perempuan yang cantik akan cenderung untuk suka dan jatuh cinta. Inilah dikatakan reaksi tubuh terhadap emosi.
No comments:
Post a Comment