Sunday, August 21, 2011

A127023 AIMI FADILAH SHARIFFUDDIN EMOSI & MOTIVASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
            Pada hari ini iaitu 17 Ogos 2011, pengurusan emosi telah diadakan untuk kali ke-5 termasuk minggu pengenalan kursus pengurusan emosi ini. Pada kali ini, saya telah mempelajari tentang emosi dan motivasi. Pengawalan emosi yang baik dapat dikaitkan dengan motivasi diri. Objektif kuliah pada hari ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan antara emosi dan motivasi. Emosi dikategorikan sebagai emosi positive dan emosi negatif. Tiada emosi yang neutral. Motivasi pula dianggap sebagai suatu kajian terhadap arah dan tenaga tingkahlaku seseorang.  Terdapat 4 komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi kata Baron & Logan pada tahun 1993.  Bagi Lang et al (1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contoh emosi sebagai motivasi ialah motif pembunuhan iaitu untuk mendapatkan duit juga disebabkan kebencian. Selain itu, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menghantar mesej, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumag tangga. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong atau motivator. Tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi contohnya kuat belajar dan makan. Dalam James-Lange Theory dan Cannon's Challenge, apabila terdapat stimulus ataupun rangsangan tindakbalasnya adalah emosi kita contohnya melarikan diri (emosi) apabila ternampak seseorang sedang mengekori (stimulus).
            Emosi  juga didefinisikan sebagai satu tahap kesedaran seseorang terhadap rangsangan yang melibatkan perubahan wajah dan anggota badan, pengaktifan otak, perasaan subjektif, dan perbuatan, semuanya di bentuk oleh peraturan budaya. Tajuk seterusnya dalam kuliah ini ialah emosi  sebagai tindakbalas  adapdtif. Emosi menyebabkan tindakbalas adaptif badan bertindak dalam persekitaran dan membantu dalam perbualan kita dengan orang lain. Dalam persediakan untuk bertindak, emosi  membuatkan kita alert untuk bertindak, dan menyelesaikan masalah.
            Motivasi pula adalah aspek dalam proses pemilihan (Bickhard, 1997). Motivasi  adalah sesuatu yang membuatkan seseorang memilih untuk melakukan sesuatu perkara daripada perkara yang lain. Pemilihan proses bagi aktiviti dan aktiviti interaktif selanjutnya (Mook, 1996). Dalamkulih ini juga, saya ada belajar perkara berkaitan dengan teori dan konsep motivasi.  Motivasi adalah factor dalaman dan luaran seseorang menyebabkan seseorang itu bertindak dan berkelakuan dalam jangka masa tertentu.  Pemacu pula satu keadaan dalaman atau impulse yang mengaktifkan kelakuan seseorang untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan keadaan asal.  Insentif adalah target luaran yang menarik dan menolak sesuatu kelakuaan seseorang itu.
Dalam teori motivasi ini, konsep lain adalah seperti  gerak hati iaitu motif adalah semulajadi. Orang yang alert adalah orang yang bermotivasi dalam mengekalkan dan mengoptimumkan tahap kesedaran. Teori kemanusiaan menunjukkan herarki bagi keperluan. Pemacu adalah sebagai 'State of the Brain'. Hub bagi kebanyakan sistem central  drive terletak di hypothalamus. Selain itu, pemacu sebagai keperluan tisu badan. Hemostasis ialah mengekalkan keadaan dalam badan maintain secara aktif. Pemacu mungkin disebabkan kekurangan dalam hemostasis menyeebabkan kelakuan seseorang terhasil untuk membetulkan ketidakseimbangan.  Haiwan bertindak berdasarkan keperluan tisu badan mereka. Sebagai contoh peningkatan atau penurunan pengambilan kalori dan garam mineral. Walaubagaimanapun hemostasis tidak dapat menerangkan keadaan ini. 
Insentif ialah salah satu faktor (kewangan atau bukan kewangan) yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau sebab-sebab untuk memilih salah satu alternatif. Contohnya kewangan, moral, dan  coercive.  Gerak hati pula sesuatu yang dikaitkan dengan karakter seseorang itu.  Gerak hati bukan sesuatu yang boleh dipelajari, ia adalah tindakan yang tetap bagi sesuatu respon ataupon tindakbalas bagi sesuatu rangsangan. Sebagai contoh, pergaduhan antara haiwan, sifat perhakiman haiwan, fungsi melepaskan diri dalaman, dan pembinaan sarang. Arousal  ialah tahap fisiologikal dan psikologikal untuk berada dalam keadaan jaga dan alert. Manusia dimotivasikan untuk mengeklkan tahap kesedaran ke tahap optimum tidak terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Motif dalam ingin tahu membantu kita memahami persekitaran kita. Teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyatakan bahawa motif terbahagi kepada beberapa tahap dari asas keperluaan untuk hidup sehingga psikologikal dan keperluan kendiri. Hubungan antara emosi dan motivasi adalah, emosi menekankan tentang tahap kesedaran seseorang manakala motivasi pula menekankan tentang tindakan seseorang.
            Di sini saya ingin berkongsi tip-tip untuk mengawal emosi seterusnya motivasikan diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan lebih positif di masa akan datang. Terdapat beberapa langkah untuk mencapai ketenangan dan mengurangkan emosi negative dalam diri. Pertama, mulakan dengan niat. Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Ini dapat mengelak dari stress, kita akan merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kedua, longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening. Elakkan dari mengerut kening ketika sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat kita tertekan. Ketiga ialah dengan mengawal emosi. Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Ketika bersabar, kita akan menahan diri supaya bertenang. Keempat, mengawal atau memahami cara pernafasan dengan betul ketika stress ataupun marah. Pernafasan terarah membuat kita merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa kita kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Bagi muslim, solat mampu menenangkan jiwa yang gelisah. Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana kita perlu khusyuk. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang. Selain itu, selalu dekat dengan orang yang sentiasa tenang. Orang seperti ini, biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Apabila kita dekat dengan orang yang tenang, kita juga akan merasa tenang. Cara terakhir yang ingin saya kongsi bersama adalah 'LET GO' atau lepaskan dan lupakan semua perkara lepas yang membebankan dan menyebabkan emosi kita terganggu. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Ini akan membuat kita berasa tenang.
Ketenangan membuat minda kita bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi. Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat kita disenangi orang. Dalam perhubungan antara kita dengan Tuhan, pasti kita dirahmati olehNYA. Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dekat dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan. Cara-cara untuk kekal tenang ini telah saya ambil, olah dan edit dari laman web ini http://hidupini.com/v1/page/3/.
Akhir kata dari saya, sesuatu yang kita lakukan haruslah tidak terlalu engikutkan emosi yang negatif dan cuba jadikan emosi kita sebagai salah satu cara untuk motivasikan diri sendiri supaya hidup kita lebih teratur dan tenang di masa akan dating.
Sekian. 

No comments:

Post a Comment