Sunday, August 21, 2011

A132001, Siti Khadijah Binti Noor Azman, Emosi + Motivasi, LJ04

Emosi + Motivasi
            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kapada  Allah S.W.T kerana masih lagi memberi nafas kepada saya untuk menghidu udara di bumi yang indah ini. Pada rabu yang lalu, 17 Ogos 2011, Dr. Zamri telah menyambung kuliah keempat kami dengan tajuk emosi dan motivasi. Pada minggu-minggu yang lal, saya telah mempelajari ap itu emosi, emosi positif(gembira) dan emosi negatif(sedih). Apa yang uniknya pada tajuk kali ini ialah bagaimana emosi dapat dikaitkan dengan motivasi. Pada pendapat saya motivasi merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu wujud dalam diri setiap individu kerana motivasi ini sebenarnya dalam mendorong diri ke arah yang lebih baik.
            Tapi itu hanyalah pendapat saya. Menurut rujukan saya dibeberapa laman web seperti http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-ertimotivasi.html. Laman web ini menyatakan "Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif." Maka daripada penyataan di atas, motivasi itu boleh di dorong oleh kedua-dua emosi iaitu emosi positif atau emosi negatif. Sebagai contah, jika seseorang itu gagal dapan ujian bulanannya dan itu tidak bermakna ia gagal selama-lamanya. Bagi seseorang yang mempunyai fikiran yang positif, ia akan menjadikan kegagalan itu sebagai satu motivasi yang boleh memberikannya satu semangat untuk terus berusaha dan tidak putus harapan dengan belajar secara bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan akhir bagi subjek tersebut. Dia tidak perlu risau kerana dia sudah menjawab peperiksaan tersebut dengan baik dan hanya berserah kepada Allah untuk tentukan keputusannya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia tidak akan mengecewakan hambanya yang telah berusaha dengan sebaik mungkin.
            Hal ini berbeza pula dengan seseorang yang berfikiran negatif. Bagi orang yang sebegini, mereka cepat putus asa dan memikirkan bahawa tiada guna bagi mereka untuk meneruskan usaha kerana tida ada harapan bagi mereka untuk lulus dalam peperiksaan tersebut. Hidup mereka se[erti tida ada hala tujuan dan hanya bergantung pada takdir tanpa usaha yang sepatutnya turut serta dalam proses berusaha. Terdapat sesetengah pelajar perubatan bukan sahaja di Universiti Kebangsaan Malaysia bahkan di universiti lain juga dimana pelajarnya ada yang sanggup meninggalkan bidang perubatan dengan alas an bahawa bidang ini tidak lagi sesuai dengan jiwa mereka setelah segala penat lelah mereka curahkan pada menduduki peperiksaan di tingkatan 5 dan matrikulasi kerana semata-mata mahu melayakkan diri mereka untuk menjadi pelajar perubatan. Apabila gelaran itu berjaya disandang oleh mereka, ia dengan mudah dilepaskan apabila mereka merasakan bidang ini terlampau susah. Mereka ini seperti tidak menilai usaha yang terdahulu dan hanya membuang masa dengan begitu sahaja tanpa sebarang hasil. Apabila perkara sebegini terjadi, bukan diri mereka sahaja yang malu tetapi keluarga juga turut merasa malu. Hal sedemikian adalah kerana pekerjaan doctor merupakan satu pekerjaan yang mulia dan terkenal antara masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.
            Melalui pengalaman yang saya pernah lalui, iaitu semasa saya berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM) selama setahun. Pada waktu itu saya telah menetapkan cita-cita dan ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan kerana bidang ini merupakan angan-angan saya sejak kecil. Walaupun saya tidak dapat melayakkan diri untuk mendapat biasiswa dalam bidang perubatan selepas SPM tetapi saya yakin bahawa jika saya pergi ke PASUM saya masih peluang kedua untuk pergi ke bidang perubatan dengan harapan mendapat 4.00 dalam peperiksaan. Namun, Allah telah menetapkan segalanya. Saya tidak berjaya mendapat 4.00 tetepi hanya mendapat 3.67 kerana mendapat gred B+ untuk subjek matematik. Sejurus sahaja mendapat keputusan, saya terus menghubungi ibu saya dan terus menanggis semahu-mahunya. Pada waktu itu pintu untuk ke fakulti perubatan seolah-olah tertutup  rapat bagi saya untuk masuk ke dalamnya. Tapi berkat semangat yang telah diberi oleh ibu tersayang, saya menjadikannya sebagai satu motivasi yang membolehkan saya terus berusaha dengan sebaiknya untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada semester kedua. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha pemberi. Saya telah mendapat keputusan yang baik walaupun bukan 4.00 tetapi mungkin takdir telah menetapkan saya dapat bergelar sebagai seorang pelajar perubatan. Namun perjalanan untuk menjadi seorang doctor masih jauh. Masih banyak lagi ujian yang perlu saya dan rakan-rakan tempuhi dengan hati yang tabah dan kuat. Oleh itu, setiap hari saya perlu diberi motivasi walaupun bukan secara lisan tetapi dengan hanya melihat pensyarah-pensyarah saya di Pusat Perubatan UKM sudah cukup memberi saya motivasi gar terus berusaha untuk melayakkan diri ini bergelar seorang doctor yang mampu berkhidmat kepada masyrakat. Sebenarnya peranan pensyarah bukan sahaja pengajar pelajarnya tetapi setiap kata-katanya haruslah mempunyai motivasi agar pelajar tidak akan berputus asa kerana bidang ini sangat susah dan sering mendorong pelajarnya beremosi jika gagal dalam ujian setiap modul.
            Daripada laman web seperti http://bliblah.com/10-cara-untuk-motivasi-diri-dalam-mencapai-matlamat-1964/, motivasi dapat dicapai dengan:
Teruskan membaca.
"Menetapkan tujuan adalah bahagian yang mudah – tetapi 'beristiqamah' dengan 'tujuan' anda dalam jangka panjang boleh menjadi cabaran besar.  Ramai orang berfikir motivasi yang memerlukan kemahuan dan dedikasi.  Sebenarnya, tetap bersemangat dan bermotivasi adalah berkait tentang tatacara persekitaran yang kondusif untuk.anda mencapai tujuan anda.
Ini adalah 'trik' untuk memberikan daya tahan meneruskan resolusi yang anda tanamkan pada 1 Januari lalu.
 
 
Pecahkan 'tujuan' atau 'gol' anda kepada beberapa yang kecil:
Adakah anda tahu mengapa 90% dari kita tidak menjaga resolusi Tahun Baru kita? Kerana tujuan kita terlalu besar dan terlalu samar. Alih-alih mengatakan diri sendiri bahawa anda ingin 'menjadi lebih teratur ( organized)', cuba pecahkan tujuan itu kepada  sesuatu yang lebih kecil dan lebih konkrit. Contohnya, 'Buangkan semua pakaian yang belum dipakai dalam setahun' atau 'memindahkan semua peralatan olah raga ke garaj' memberikan anda permulaan yang lebih mantap – maka anda boleh meneruskan ke objektif kecil lain yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dengan ' menjadi lebih teratur (organized)'.
 
Berikan 15 Minit Sehari
Ramai orang berfikir bahawa anda harus melakukan usaha anda dalam beberapa jam yang tidak terganggu jika anda ingin mencapai tujuan. Tapi kemajuan terbesar seringkali jumlah dari siri USAHA-USAHA KECIL – pepatah melayu ada mengatakan 'sedikit-dikit lama-lama jadi bukit". Selepas anda menetapkan tujuan anda untuk tahun ini, komited untuk menghabiskan 15 minit setiap hari melakukan sesuatu yang akan menggerakkan anda lebih dekat untuk mencapai tujuan itu. Anda akan takjub melihat betapa cepat anda maju!
 
Berikan tekanan kepada diri anda sendiri
'Deadline' yang paling teruk boleh anda tetapkan untuk mencapai matlamat adalah 'sehingga tahun depan' – terlalu samar, terlalu luas, dan terlalu banyak ruang untuk bermalas-malasan. Kadang-kadang yang terbaik adalah memaksa diri anda ke satu sudut jika anda ingin menyelesaikan  projek anda. Jika gol anda adalah untuk membersihkan lemari bilik tidur tetamu, jemput tetamu ke rumah! Buatlah KOMITMEN untuk orang lain – hanya mengetahui bahawa ada tetamu akan datang, akan memberikan sedikit 'push' atau 'tekanan' yang anda perlukan untuk gerak!!.
 
Bekerja Dengan Buddy .
Peraturan ini tidak hanya berlaku di gym! Adakah anda mempunyai rakan yang boleh membantu dengan beberapa projek anda? Dua orang akan mendapatkan lebih banyak dilakukan dalam masa yang lebih singkat – dan anda akan lebih cenderung untuk melakukan kerja-kerja.  Hanya ingat bahawa anda akan diharapkan untuk melakukan kerja juga ketika teman anda sudah sedia untuk menyelesaikan tugasan tertentu! Dan jika anda tidak boleh merekrut bantuan percuma, pertimbangkan membawa seorang tenaga Profesional – seseorang yang boleh objektif tentang masalah anda.
 
Beritahu Rakan anda dan Keluarga Tentang Rancangan anda
Cara terbaik untuk membuat diri anda bertanggung jawab untuk mencapai tujuan anda adalah untuk memberitahu orang lain tentang rancangan anda. Elok jika anda menyebarkan berita bahawa anda sedang mengerjakan sesuatu projek dan mereka menjadi tertarik pada kemajuan  anda. 'Hei, amacam dengan projek mengemas garaj kau?' Setiap kali anda mendengar kata-kata demikian, satu dari dua perkara akan terjadi.
Sama ada anda akan merasa terinspirasi untuk  kembali mula bekerja – atau anda akan merasa terganggu kerana anda belum membuat kemajuan. Pilihan pertama membuat anda bergerak, sedangkan Pilihan kedua memberitahu anda sesuatu yang tidak betul di mana-mana dan anda perlu  TENGOK SEMULA gol anda. Mana-mana pun  langkah yang anda ambil akan membawa anda ke arah yang lebih baik.
 
Tulis Pada Kertas
Anda pernah mendengar satu juta kali – jika anda menulis tujuan (atau gol) anda, itu lebih mungkin untuk keberhasilannya. Ada sesuatu tentang usaha meletakkan fikiran anda (apa juga dalam fikiran anda) di atas kertas yang membuat anda lebih komited untuk hasilnya. Anda telah melabur masa dan tenaga menulis tujuan anda itu – amat lah merugikan jika anda tidak benar-benar berusaha melakukannnya! Dan ini sangat terapeutik untuk memotong item dalam senarai anda itu selepas anda menyelesaikannya!
 
Periksa secara teratur Objektif anda
Hal terbaik tentang menulis matlamat anda, adalah bahawa anda mempunyai sesuatu benda fizikal untuk dipegang di tangan anda dan dirujuk kembali ketika anda memerlukan semangat atau dorongan. Tapi menengok  tujuan anda tidak hanya bererti membaca sekilas laman dan menghitung sampai berapa banyak hal yang harus anda belum selesai. Anda juga harus bertanya pada diri sendiri beberapa soalan tentang setiap objektif – mengapa saya belum membuat kemajuan lebih lanjut tentang objektif ini? Apa cara mendapatkan jalan saya? Apakah tujuan ini masih penting bagi saya? Jika keutamaan anda telah berubah, buangnya dari senarai anda. Anda memiliki hal-hal yang cukup penting untuk lakukan – anda tidak perlu memerah keringat untuk menyelesaikan tugas yang tidak penting.
 
Nikmati Kejayaan anda
Bila kali terakhir anda benar-benar menerima kenyataan bahawa anda telah mencapai matlamat penting anda? Terlalu sering, kita hanya ke tugas berikutnya di senarai kita tanpa benar-benar menghargai prestasi kita. Lain kali, habiskan beberapa minit merefleksikan apa yang telah anda capai – mengingati masa dan usaha anda dilaburkan dan menikmati rasa gembira kerana dapat melakukan penyelesaian. Hal ini akan menyegarkan anda dan memperbaharui semangat untuk meneruskan dengan matlamat berikutnya. Tanpa sedikit masa untuk ini, anda akhirnya akan membakar diri sendiri dalam tugasan dan usaha memperjuangkan matlamat anda dan berkemungkinan akan kehilangan semua rasa motivas
i.
Tepuk bahu sendiri

Adakah anda hadiahkan diri anda sendiri untuk pekerjaan yang dilakukan dengan baik? Mari kita melangkah lebih jauh – adakah anda merancang ke masa depan apa ganjaran anda kepada diri sendiri sekiranya anda menyelesaikan tugas dalam senarai anda? Ada baiknya dalam perumpamaan lama tentang 'lobak dan kayu. " Apabila anda merancang tujuan anda untuk tahun berikutnya, lampirkan HADIAH untuk setiap satunya. Boleh jadi hadiah itu suatu yang sederhana seperti berjalan mengelilingi taman di perumahan anda, atau semeriah bercuti ke luar negara selama dua minggu – hanya pastikan bahawa upah itu sepadan dengan jumlah pekerjaan yang anda harus lakukan untuk mencapai tujuan tersebut. Dan pastikan juga anda konsisten dalam menghadiahkan pada diri sendiri untuk setiap prestasi, tidak kira bagaiman kecil. Anda layak menerimanya! 
 

No comments:

Post a Comment