Sunday, August 21, 2011

A131251 Hafizul Bin Mohamed Wadzir LJ04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali kita dalam jurnal ke-4 pengurusan emosi ZT2253. Terima kasih bagi yang tidak jemu-jemu membaca, menelaah dan mengambil iktibar dan juga mendapat cebisan ilmu hasli dari coretan saya yang tidak seberapa di dalam jurnal saya ini. Sungguhpun karya saya tidaklah sehebat Enid Blyton yang berjaya menerbitkan ratusan novel, tetapi sekadar mencukupi bagi saya untuk mencurahkan idea-idea yang mengalir hasil paksaan kerana terpaksa menyiapkan tuntutan 1000 perkataan untuk menulis jurnal ini demi mengumpul markah untuk memastikan saya lulus dalam peperiksaan. Kelas pada minggu lepas lambat dimulakan dan perasaan saya amat gembira kerana memirkan kelas akan dibatalkan. Tetapi malangnya kelas dimulakan juga setelah lebih 10 minit masa berlalu dari jadual kelas dimulakan. Emosi yang gembira secara mengejut bertukar menjadi kecewa bercampur sedih kerana terpaksa menghadapi kuliah sedangkan mata amat berat dan perasaan penat kerana berpuasa mula menghantui diri. Sebaik sahaja kelas dimulakan saya hilang fokus dan mata terasa amat berat, jiwa menjadi kosong, sensori badan seolah-olah hilang dan imaginasi mulai menyerlah untuk menerusuk ke alam mimpi. Walaubagaimanapun, sebuah video klip dikir barat telah dipasang dan amat menarik minat saya kembali untuk meneruskan pembelajaran. Terus terang saya katakan saya tertidur di sepanjang kuliah sebelum itu dan hanya terjaga apabila video klip itu dimainkan. Sebuah lagu dikir barat yang bertajuk Bakit Asal nyanyian Halim Yazid. Beliau lahir dan tinggal di Pasir Puteh, Kelantan sehingga tingkatan 6.  Kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun1980. Sekarang menetap di Lembah Kelang dan bertugas di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Pada awal penglibatan dalam bidang seni adalah atas dasar suka-suka tapi kini bergiat aktif setelah merasakan ia adalah satu tanggungjawab kepada bidang seni warisan bangsa. Sedikit bait-bait dalam dikir barat itu ialah :-

Halim Yazid - Bakit Asal

Ambo nk sambung kisoh diri sdiri,
doh adik kakok kg pakat nk dngr lg,
ambo hormat sanjung sgalo kasih sgalo budi,
susoh hk ambo sanjung adik kakok ambik perati...
oooooo,ambo raso berbesar hati,
oooooo,timo kasih setinggi tggi....

Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo,
Kalu ado pun sekerat ike, kena bagi dua,
Dapur cumo ado gare, Jare bena ado gulo,
Baco bok male-male, paka minum air telago,
Bangun pagi-pagi, sauk baju paka seluar,
Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,
Kalu kito pah tinggi, orghe kata boleh jadi pengawai,

Oooooooooo?..ambo gi sekolah berungga-ungga,
Ooooooooo?.ambo nok ngaji wi pandai-pandai......

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal...

Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete,
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan,
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade,
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke....

Ooooooo??Malu nye wei, ambo kena paje,
Oooooooo??Ni lah baru ambo royat ko orghe,


Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darejah satu hinggo jadi manusio,
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso,
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda,

Ambo masuk universiti tahun 80, Budok kapong nok gi ngaji,
Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kore warih warah dok pakat kato,Tok soh lah dok kurban kalu tidok baso kayo,
Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,
Tidak kato nok pakat rate, tolong bantu samah dua........

Ooooooooooooo??Tak dok warih nye diri ambo....
Ooooooooooooooo??Demo tokse kelih, walau sebelah mata.....

Mek denge ayoh masok jadi peneroka baru,
Dale bukit nok tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Perang dengan rima gajah, make tok make tok dk sapo tahu ,
beginilah orghe susoh, nok tanggung anok ngaji di U,

kerana keadaan begitu, ayoh ambil keputusan,
Wahai anok-anok ku, kito pecahlah tiga jale,
Mu Haling, anok nombor satu, mu duk Kuala Lumpur ngaji lah sore,
Adik-adik tinggal kampong dulu, paka dudukla 5 orghe ,

Ooooooo?..Selamat tinggal selamat jale....
Oooooooo?..Adik hok bongsu jerit sokmo male-male...

Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena ngaji di universiti Malaya,
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota,
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar,
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo,
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga,
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong sesok hok paling berjaya......

Oooooo?,akhirnya ambo bulih sarjana,
Oooooo?,bersyukur pado Allah Maha Kuasa...

Lagu ini menceritakan tentang sejarah hidup beliau. Dilahirkan di dalam keadaan serba kekurangan., seorang yang susah hidupnya mempunyai motivasi untuk keluar dari kancah kemiskinan. Diceritakan bagaimana untuk mencapai kejayaannya yang sekarang beliau melalui pelbagai pahit getir kehidupan. Diceritakan dengan begitu mendalam zaman kecilnya, ianya amat menyentuh perasaan saya. Saya merasakan kehidupannya yang susah itulah menjadi motivasi yang membuatkan dia ingin berjaya. Alhamdulillah, sekarang beliau telah berjaya dalam bidangnya sendiri. Maka benarlah pepatah melayu sering berkata Jikalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan juga usaha tangga kejayaan. Kita perlulah berusaha untuk mengejar cita-cita dan keluar dari kepompong yang menyekat kejayaan kita dengan memastikan segala usaha telah diambil untuk mencapainya. Kita juga pelu bersyukur dengan apa yang kita ada kerana jika kita fikir kita didalam kesusahan, masih ada ramai lagi yang lebih susah dari kita. Kita perlulah bersyukur kepada Allah kerana Allah maha adil.

Kuliah diteruskan mengenai "Emosi dan Motivasi". Barulah saya berjaya untuk memberikan sedikit tumpuan kepada pembelajaran setelah mendengar dan menonton video klip tersebut. Setelah berfikir dan memerah otak dan memaksa Intelligent Quotient sebanyak 175 ini untuk berfikir, dapat saya rumuskan perkataan "Motivasi" bermaksud sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Jadi emosi dan motivasi akan datang sejajar didalam insaniah manusia didalam bentuk emosi yang menggerakkan kita. Emosi yang dialami oleh seseorang boleh menjadi satu daya tolakan atau pendorong atau MOTIVASI bagi kita untuk membuat sesuatu perkara. Contohnya, jika saya merasa sedih ataupun stres, saya akan mendengar muzik dengan kuat dan menyanyi bersama ataupun saya akan berkunjung ke pusat karaoke untuk menghilangkan stres. Muzik memberi impak yang besar kepada saya dalam mempengaruhi mood dan emosi saya. Motivasi boleh dilahirkan secara semulajadi dengan initiatif sendiri atau pun dengan pengaruh luaran atau pengaruh persekitaran seperti manusia di sekeliling kita, cuaca, persekitaran yang bising dan sebagainya. Contoh yang positif seperti apabila seseorang itu di puji atas hasil kerjanya, maka dia akan lebih bermotivasi untuk memberikan kerja yang lebih baik dan meningkatkan mutu produksi. Ini adalah berdasarkan konsep dorongan,"drive" atau insentif. Kebudayaan juga dapat memainkan peranan yang penting dalam perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, tingkah laku dan perasaan untuk bertindak. Masyarakat sekeliling kita akan mempengaruhi emosi dan motivasi kita. Emosi yang positif seperti kegembiraan akan membuatkan kita ceria dan senang hati untuk membuat sesuatu pekerjaan dan melakukan sesuatu tugasan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Menurut teori dari Lang et al(1992) pula, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contoh situasi yang menunjukkan emosi sebagai motivasi ialah ketika berada di alam percintaan. Emosi yang timbul adalah cinta dan kasih sayang. Emosi ini akan memotivasikan seseorang individu untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu dalam memenuhi minat terhadap pasangannya dan perasaan ingin selalu dekat dan bersama pasangannya seperti menghantar mesej pesanan ringkas, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Perkara ini jelas menggambarkan emosi bertindak sebagai motivasi kepada individu tetapi tidak semua keadaan terdapat pendorong yang berasaskan emosi sebagai contoh dahaga. Rasa dahaga disebabkan kekurangan air dalam badan menyebabkan seseorang individu yang dahaga pergi mencari dan mendapatkan air minuman.


Kesimpulannya, adalah penting untuk kita faham bahawa emosi dan motivasi datang secara semulajadi dan berkait rapat antara mereka. Penting juga bagi kita untuk terus mengekalkan emosi positif dalam diri kerana emosi positif yang akan lebih memotivasikan kita untuk membuat sesuatu tindakan yang positif. Kerana perasaan positif yang kita bina akan mempengaruhi perasaan orang lain yang akan menjadikan mereka positif dan akhirnya masyarakat akan menjadi aman. Kita mestilah mencari sesuatu yang boleh menggerakkan motivasi kita. Seperti saya, muzik ialah penggeraknya, apabila bersama muzik saya akan lebih bersemangat dan ceria sahaja. Setiap orang ada penggeraknya yang tersendiri. Maka carilah ia dan sentiasa berfikiran positif dalam apa pun untuk memastikan kecemerlangan bersama. Akhir kata, motivasikanlah diri anda untuk lebih ke hadapan. Sehingga kita bertemu kembali dalam jurnal yang terakhir InsyaALLAH akan disiapkan pada minggu hadapan. Sekian terima kasih.

Hakcipta Terpelihara
Karya Hafizul Bin Mohamed Wadzir
A131251
LJO4










No comments:

Post a Comment