Sunday, August 14, 2011

A131247, Khairun 'Abid Suhairi, LJ03 Emosi Negatif dan "Pasangan" Solomon.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat handai dan tidak lupa juga kepada pensyarah pengurusan emosi, Dr. Zamri Mansor yang banyak memberi tunjuk ajar dan 

pengetahuan berkaitan dengan emosi secara lebih mendalam. Alhamdulillah sehingga ke hari ini dapat juga saya menyiapkan jurnal yang ketiga setelah menempuhi hari-hari 

yang berliku dalam menyiapkan jurnal-jurnal sebelum ini.  Di dalam jurnal kali ini, LJ03, seperti biasa saya ingin memberi sedikit kupasan ataupun pendapat mengenai 

kuliah yang diberikan pada minggu ini,yang bertajuk Emosi Negatif, Teori Aras Adaptasi dan juga Teori Solomon.


Dalam kuliah mengenai Emosi Negatif, Dr Zamri menerangkan terdapat 4 emosi utama yang dikaitkan dengan emosi negatif antaranya ialah:

> Emosi Takut.

> Emosi Malu.

> Emosi Sedih.

> Emosi Marah.


        Takut memberi makna dimana tindak balas emosi terhadap sesuatu yang bahaya.  Tindak balas ini berlaku disebabkan untuk mencapai kelangsungan hidup setiap 

individu yang mengalaminya serta terdapat perkara yang dianggap sebagai negatif terhadap diri sendiri sebagai maksud sesuatu yang boleh mencederakan atau sebagainya.  

Sebagai contoh, pada diri saya sendiri, saya sangat takut sekiranya terpaksa menunggang motorsikal ketika hari sedang hujan sehinggakan saya sanggup untuk berhenti di 

suatu tempat berteduh dalam menunggu sehingga hujan kembali reda.  Ini kerana, pernah terjadi suatu kejadian yang tidak diingini kepada diri sendiri dimana saya pernah 

terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motorsikal dalam cuaca hujan.  Jadi, kemalangan itu adalah sesuatu yang bahaya dan telah sedikit sebanyak memberi impak 

terhadap diri yakni pemikiran saya akan memberi tindak balas bahawa menunggang motorsikal ketika hujan adalah perkara yang bahaya dan negatif.  Secara tidak langsung, 

tubuh badan akan meninterpretasi maklumat ini dan membuatkan diri ini menjadi takut, tidak berani dalam menghadapi situasi hari hujan.  Situasi di atas jelas mempunyai 

persamaan dengan apa yang telah ditafsirkan dalam teori mengenai emosi negatif.  Takut juga boleh terjadi apabila sesuatu kejadian itu memberikan kesan trauma terhadap 

individu seperti claustrophobia( takut kepada ruang tertutup), Hemophobia(takut kepada darah) dan juga Acrophobia(takut kepada ketinggian).
       Selain itu, takut juga boleh dikaitkan dengan sesuatu perkara atau konsep yang abstrak sebagai contoh takut hilang pengaruh, takutkan kritikan dari orang lain 

serta takut kepada ejekan oleh masyarakat sekeliling. Perkara ini dapat dilihat dalam kalangan golongan remaja khususnya mengenai takut hilang pengaruh.  Remaja zaman 

sekarang sanggup melakukan apa sahaja bagi pendapat pujian dari orang lain selain itu mahu kawan-kawan sentiasa berada bersamanya. Jadi remaja-remaja ini sanggup 

melakukan perkara diluar batasan seperti menghisap rokok, merempit, melepak, dan bermacam lagi untuk mendapatkan sanjungan serta pengaruh atau pengikut yang ramai.  

Mereka takut sekiranya tidak melakukan perkara-perkara ini mereka akan ditinggalkan oleh kawan mereka yang hanya tahu berseronok. 


       Emosi yang kedua pula adalah emosi malu. Emosi ini wujud apabila seseorang individu merasakan dirinya melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh masyarakat 

sekeliling ataupun di tempat kerja.  Isi kuliah juga menceritakan tentang malu yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu malu yang bersifat personal dan juga 

malu yang bersifat profesional. Malu yang bersifat personal ini dapat dilihat pada sesuatu individu yang malu bila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal 

peribadi seperti kesilapan diri dan sebagainya.  Situasi ini sangat sinonim dengan masyarakat negara kita yang sering mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan 

bahan kutukan.  Perbuatan ini sekaligus membuatkan seseorang individu itu berasa sangat terhina dan kemungkinan akan menjadi pendiam dan suka berseorangan kerana takut 

dicaci oleh masyarakat.  Malu yang kedua adalah malu yang bersifat profesional. Sebagai contoh, salah seorang pekerja di sebuah syarikat besar didapati bersalah kerana 

telah menyalahgunakan atau menyeleweng wang syarikat. Pekerja itu pasti merasa amat malu untuk berhadapan dengan orang di sekelilingnya sehingga tidak dapat 

menjalankan tugas dengan sempurna.  
       Akan tetapi, saya kurang bersetuju dengan penyataan bahawa malu dikategorikan dalam emosi negatif kerana bila kita kaji mengikut konteks islam, emosi malu 

adalah sesuatu yang dituntut dalam agama.  Seseorang itu tidak akan sempurna imannya jika tiada sifat malu dalam diri.
 
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Jadi disini kita dapat lihat betapa pentingnya perasaan malu ini sehingga ia termasuk dalam pembahagian iman. Ketahuilah, malu adalah sifat utama dalam menjadi benteng 

dan perisai dalam kehidupan bagi orang-orang Mukmin.  Perisai itu sangat penting iaitu dapat mengawal diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan 

dengan ajaran Islam dan juga menghindar daripada mengikut hawa nafsu sehingga merosakkan akidah dan juga tubuh badan.

Sedar tak sedar, umat Islam hari ini ramai yang sudah hilang sifat malu dalam diri. Apabila melihat peningkatan kadar jenayah, perlakuan maksiat dan sebagainya yang 

dilakukan terang-terangan, ia cukup menunjukkan sifat malu itu telah pun terhakis daripada norma kehidupan apatah lagi hukum syariat. Asalnya, fitrah manusia ini ada 

sifat malu namun kerana lemahnya iman dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, akhirnya mereka tewas dan mendedahkan aib malu dengan sendiri. Artikel ini dipetik 

sendiri dalri laman sesawang iluvislam.

Tambahan lagi, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang 

percayakan ada pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda, zahir dan batin.


       Emosi negatif yang seterusnya ialah emosi sedih. Antara Ciri-ciri yang kita dapat lihat pada individu apabila dia sedih ialah seseorang itu akan menjadi 

pendiam, tidak bersemangat dan suka berdiam diri.  Individu yang dilanda emosi sedih juga akan cuba mengasingkan diri serta tiada keinginan untuk berjumpa dengan orang 

lain.  Dalam kajian terdahulu oleh Fordas pada tahun 1992 & 1994, orang sedih akan memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan jika dibandingkan 

dengan orang yang gembira.  Hal ini berlaku disebabkan orang yang sedih memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memprose maklumat dengan lebih tepat berbanding 

dengan orang yang gembira.  Namun, jika kita terlalu lama bersedih, situasi ini juga akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap tubuh badan dan tdiak mustahil akan 

membawa kepada kemudaratan.


       Emosi negatif terakhir yang ingin dibincangkan ialah emosi marah.  Emosi ini timbul apabila sesuatu keadaan yang kurang menyenangkan berlaku kepada seseorang 

individu.  Marah juga boleh diekspresikan dalam dua cara iaitu secara pasif atau aktif.  Jika marah secara pasif dapat dilihat dari mimik muka yang masam dan juga 

terlibat dalam perang dingin. Manakala bagi marah secara aktif pula adalah dengan meggunakan perbuatan, serangan verbal atau fizikal. Tamabahan pula, individu yang 

menonjolkan kemarahan melampau kebiasaannya akan terbit pemikiran atau perlakuan yang tidak rasional.  Jadi, dalam konteks agama Islam, marah itu dianggap satu tanda 

kelemahan bagi orang muslim.

Abu Hurairah(RA) pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad(saw) pernah bersabda:

"orang yang kuat adalah yang mengawal dirinya ketika marah, bukannya orang yang kuat bergelut"

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa emosi marah merupakan satu emosi yang negatif kerana hanya akan mendatangkan banyak masalah dari memberi kelebihan. Selain itu, 

hadis menyatakan bahawa manusia yang kuat adalah manusia yang berada dalam kalangan mereka yang pandai mengawal perasaan marah.


       Untuk tajuk kuliah yang seterusnya adalah mengenai Teori Aras Adaptasi.  Konsep asas mengenai teori ini ialah manusia bertindak balas terhadap sesuatu 

rangsangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita.  Aras adaptasi seseorang terbit bila mana aras adaptasi semasa yang berfungsi secara neutral dibandingkan dengan 

situasi yang dihadapi. Setiap individu secara automatiknya meletakkan titik neutral adaptasi untuk situasi yang kita hadapi.  Dalam satu kajian berkaitan teori 

adaptasi oleh Lazarus, Kanner & Folkman pada 1980 menunjukkan bahawa penilaian kognitif kita terhadap satu situasi menentukan intensiti pengalaman emosi kita. 

       Isi kuliah yang terkahir mengupas mengenai Teori Proses Berlawanan Solomon yang bermaksud setiap emosi yang dilahirkan mengakibatkan wujudnya emosi yang 

berlawanan dari sedia ada.  Dalam erti kata lain, emosi ini boleh digambarkan 'berpasangan'.  Bila satu emosi dialami, 'pasangan'nya akan di'tahan'.  Sebagai contoh,  

melakukan latihan senaman.   pada mulanya kita akan berasa sangat malas dan bosan dengan latihan senaman yang berulang kali.  Tetapi lama kelamaan, akan menjadi 

seronok kerana dengan senaman ini kita dapat menjana badan yang sihat serta minda menjadi cerdas.

       Natijahnya, emosi negatif pada asasnya dapat dikategorikan kepada marah, malu, sedih, takut. Emosi-emosi ini dapat memberi sama ada kebaikan atau keburukannya 

tersendiri dan ini terletak pada individu itu sendiri dalam mengawal emosi dan tingkah laku agar tidak melebihi batas yang ditetapkan.  Selain itu, jelas menunjukkan 

kehidupan kita ini bersagkut paut dengan apa yang telah dijelaskan dalam Teori Solomon dimana setiap apa yang dicipta di dunia ini adalah berpasangan kerana setiap 

mereka akan saling melengkapi antara satu sama lain.  Dan jika sebaliknya, ini akan menjadi berat sebelah dan berlaku ketidaknormalan dalam menjalani kehidupan 

seharian.  Sekian. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment