Assalamualaikum..kuliah keempat telah selamat berlangsung pada 10 Ogos yang lalu (macam kenduri kawin plak,kalo tak paham sudah) dengan jayanya. Minggu ini, saya tidak lagi lewat ke kuliah Pengurusan Emosi seperti yang terjadi pada minggu lepas. Pada minggu ini, tiga tajuk kuliah diajar sekaligus. Tiba-tiba otak jadi penat apabila mendengar perkataan 'tiga tajuk sekaligus' tetapi melihat Dr Zamri yang sanggup bersusah payah datang dari UKM Bangi dan memberi lecture dengan penuh bersemangat, saya kuatkan kembali semangat untuk mengikuti kuliah.
Bagi menceriakan semua pelajarnya,Dr seperti lazimnya sudah menyediakan tayangan video muzik untuk tontonan kami. Minggu ini muzik video Justin Bieber menjadi pilihan tetapi video muzik itu bukan dalam versi Bahasa Inggeris tetapi dalam versi Bahasa Melayu. Lagu 'Baby' telah diubahsuai liriknya menjadi 'ummi'. Adohai, teringat pula kat mama yang berada di Kedah. Rasa macam nak balik rumah petang tu juga tapi apakan daya…kuliah dan praktikal serta PBL menungggu di sini dan tak mengizinkan saya untuk pulang awal. Seronok mendengar klip muzik yang direnovate, pertama kali dengar memang lawak tetapi mesej yang disampaikan begitu menyentuh jiwa tambahan pula saya dan rakan-rakan yang berada di perantauan.
Kuliah bermula dengan tajuk 'Emosi Negatif'. Emosi negatif merangkumi perasaan sedih, marah, malu dan lain-lain lagi. Takut, marah, malu itu sering dilabelkan sebagai perasaan negative tetapi perasaan itu tidak semestinya negatif kerana ia ada tahap-tahap tertentu.
Apabila berseorangan di rumah ketika hujan lebat di malam hari, tiba-tiba anda terdengar bunyi perempuan mengilai memanggil nama anda. Apakah perasaan anda? Pasti anda rasa macam nak tercabut jantung apabila berdepan dengan situasi yang sedemikian. Muka anda akan kelihatan pucat lesi dan jika ditoreh dengan pisau sekalipun, pasti tidak akan berdarah kerana salur darah anda telah pun mengecut disebabkan oleh rangsangan simpatetik yang dihantar oleh sel-sel otak. Perasaan takut menyelubungi dan telah mempersiapkan diri anda untuk berlawan ataupun lari. Takut merupakan satu emosi tindak balas terhadap sesuatu yang bahaya dan yang berkaitan dengan kerisauan dan kebimbangan. Perasaan takut juga boleh wujud melalui pengalaman yang menyebabkan trauma seperti contoh kanak-kanak yang pernah disengat tebuan sehingga hampir mati pasti akan merasa takut jika dia melihat sarang tebuan mahupun tebuan. Walaupun cuma seekor tebuan, itu sudah cukup membuatkan dia merasa takut kerana kejadian yang telah dialaminya dahulu. Takut untuk kehilangan kuasa dan tidak diterima masyarakat sekeliling. Takut jenis ini tidak mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti takut digigit anjing atau takut dipatuk ular tetapi mereka mempunyai persamaan dalam dari segi perangai dan boleh mempengaruhi seseorang dalam masa jangka masa yang panjang. Ciri-ciri ekspresi wajah individu yang berada dalam ketakutan boleh dilihat. Contohnya seperti :
· Mata terbuka luas
· Anak mata mengembang
· Bibir bahagian atas teranagkat ke atas
· Kdua-dua belah kening bergerak ke dalam
· Bibir menegang
Dalam ketakutan, seseorang boleh berubah daripada satu emosi kepada emosi yang lain. Contohnya seekor tikus yang cuba melarikan diri daripada dimakan oleh kucing. Apabila tikus itu terperangkap dan tidak dapat melarikan diri, ia akan menjadi agresif dan cuba melawan kucing itu untuk mempertahankan dirinya daripada menjadi santapan kucing tersebut. Ia akan melawan sehingga ia dapat melepasakan diri ataupun sehingga dirinya ditangkap. Sama juga saperti manusia, mereka sanggup menuruti kemahuan orang lain kerana takutkan mereka dan sanggup membahayakan diri demi memenuhi kemahuan orang lain.
Seterusnya ialah perasaan malu. Malu merupakan perasaan yang dihadapi apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima secara sosial atau secara profesional. Perasaan malu juga dihadapi jika sesuatu yang kita lakukan disaksikan oleh orang lain ataupun dibongkarkan kepada orang lain. Malu selalunya disebabkan perbuatan yang tidak diterima secara sosial seperti pakai baju terbalik dan silap pakai kasut. Malu boleh dikategorikan kepada dua iaitu personal dan professional. Contoh malu kategori personal ialah apabila perhatian orang lain tertumpu kepada hal-hal peribadi atau kesilapan diri. Sesetengah penyebab malu berpunca daripada perbuatan diri sendiri seperti pembohongan yang dilakukan terbongkar ataupun kalah teruk dalam sesuatu pertandingan terutamanya jika kalah kepada pasukan yang lemah. Malu personal biasanya diikuti dengan gabungan tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap ketika bercakap dan perasaan resah gelisah menyelubungi diri. Kadang-kadang orang yang malu akan menutup rasa malunya dengan ketawa dan senyuman kelat terutamanya ketika berada di dalam majlis-majlis rasmi. Rasa malu boleh wujud secara profesional atau secara rasmi. Contohnya salah seorang pekerja di sebuah syarikat besar didapati bersalah kerana telah menyalahgunakan atau menyeleweng wang syarikat. Pekerja itu pasti merasa amat malu untuk berhadapan dengan orang di sekelilingnya sehingga tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya
Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Lirik lagu di atas dipetik daripada lagu 'Tanpamu' nyanyian Sabhi Saddi dan Helena yang menjadi OST filem 'Nur Kasih The Movie'. Sedih juga menonton filem tersebut. Amat menyentuh hati perjalanan hidup Adam dan Nur.
Sedih menggambarkan perasaan kehilangan atau kerugian dan ianya adalah perasaan yang berlawanan dengan gembira. Jika kesedihan berada pada tahap yang serius, ia boleh menyebabkan kemurungan dan perlu segera mendapatkan rawatan serta rundingan daripada pakar. Orang yang berada dalam kesedihan biasanya menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri daripada orang lain. Mereka tidak mahu berjumpa dengan orang lain dan tidak ada keinginan untuk bersosial. Antara tanda-tanda sedih yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah mereka menundukkan wajah, badan condong ke hadapan, bibir ke dalam. Forgos (1992, 1994) orang yang gembira lebih cepat dan pantas serta tepat memproses maklumat yang diterima berbanding dengan orang berbanding dengan orang yang berada dalam kesedihan. Menurut Isen (1987), kemampuan untuk memproses data dipengaruhi oleh 'mood' seseorang. Orang yang bersedih memerlukan banyak sumber kognitif untuk memproses maklumat berbanding dengan orang yang gembira.
Marah adalah tindakbalas emosi terhadap kesakitan, kesengsaraan ataupun ancaman. Kemarahan terhasil daripada rasa empati contohnya apabila seseorang itu membaca tentang penderitaan orang lain yang ditindas,dia akan berasa marah walaupun dia hanya sekadar membaca dan tidak menjadi mangsa kepada penindasan tersebut. Rasa marah itu akan bertambah jika seseorang itu tahu tindakan yang menyebabkan marah dibuat secara sengaja. Kemarahan boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Kemarahan, jika diekspresikan secara aktif, seseorang itu akan menzahirkan dengan berkata-kata atau dengan perbuatannya secara langsung kepada orang yang membuatkannya marah. Manakala, jika ianya dizahirkan secara pasif, mereka akan menunjukkan ciri-ciri seperti menjadi pendiam dan merajuk. Marah perlu dikawal bagi mengelakkan individu bertindak di luar batasan. Dalam Islam ada disebutu bahawa orang yang paling kuat bukanlah dilihat dari segi kekuatan fizikalnya tetapi kekuatan sebenar diukur dari segi sejauh mana seseorang itu dapat mengawal perasaan marahnya.
Tajuk kuliah yang kedua ialah 'Teori Asas Adaptasi'. Kosep asas bagi kosep in ialah kita akan bertindak terhadap rangsangan baru berdasarkan aras adaptasi kita. Penilaian kita terhadap sesuatu situasi menyumbang kepada pengalamn emosi kita dan berdasarkan kepda kenyataan Lazarus, Kanner, Folkman (1980), penilaian kognitif kita terhadap satu-satu situasi itu menentukan 'intensity' pengalaman emosi kita. Sebagai contoh, apabila kita mendengar sesuatu bunyi, aras adaptasi kita akan menetukan sama ada bunyi itu kuat atau tidak seperti jika kita sudah terbiasa mendengar bunyi kapal terbang berlepas atau mendarat pasti kita akan lali dengan bunyi itu tetapi bagi orang yang tidak biasa mendengarnya, pasti baginya bunyi itu amat membingitkan telinganya.
Teori proses berlawanan Solomon merupakan sebuah teori hasil ubahsuai daripada Teori adaptasi. Dalam Teori Solomon, keseimbangan emosi terhadap titk neutral bukan sahaja dalam jangka masa yang panjang tetapi juga berlaku dalam jangka masa yang pendek. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang berlawanan wujud. Setiap emosi akan diikuti dengan emosi yang lain yang bertentangan. Sebagai contoh, bagi saya melakukan 'flying fox' amat menakutkan tetapi setelah mencubanya dan melakukannya beberapa kali, makin seronok pula aktiviti ini saya rasakan. Rasa takut telah bertukar menjadi berani dan rasa seronok.
Pada minggu itu juga, kami membuat kuiz secara berkumpulan dan kali ini Teori Plutchik dan Teori Tompkin menjadi soalannya. Walaupun kami mempunyai nota tetapi kami tidak dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan saya rasa amat sedih dan kecewa. Saya akan cuba untuk meperbaiki kesilapan ini pada masa akan datang. 'Let bygone be bygone' menurut kata Dr Zamri. Pada minggu ini 'The Hat' tidak dapat menjalankan tugasnya kerana Dr menamatkan kelas lebih awal daripada selalunya.
No comments:
Post a Comment