UMMI (BABY)
Oww wooo..
Oww wooo..
Oww wooo..
Oww wooo..
Oww wooo..
Kau yang terbaik
Kau penyabar
Kau mutiara
Yang bersinar
Tiap malam
Tiap saat
Dirimu nyata nyata
Indah bahagia
Kau penyabar
Kau mutiara
Yang bersinar
Tiap malam
Tiap saat
Dirimu nyata nyata
Indah bahagia
Terlalu dalam rasa ini
Dan mungkin aku sendiri
Kiniku jauh dikau kutinggalkan
Menjauh tuk mencapai impian
Kau yang terbaik
Dan mungkin aku sendiri
Kiniku jauh dikau kutinggalkan
Menjauh tuk mencapai impian
Kau yang terbaik
Chorus
Ummi…ummi…ummi..oh terbaik
Ummi…ummi…ummi..oh terbaik
Ummi…ummi…ummi..oh
Ada juga panggil mama
Ummi…ummi…ummi..oh terbaik
Ummi…ummi…ummi..oh terbaik
Ummi…ummi…ummi..oh
Ada juga panggil mama
Ulang Chorus
Ku rindu
Dirimu setiap masa
Dan tak mungkin lagi
Aku berkasar
Kisah yang lalu
Biarkan berlalu
Memang aku degil
Buat kau melenting
Dirimu setiap masa
Dan tak mungkin lagi
Aku berkasar
Kisah yang lalu
Biarkan berlalu
Memang aku degil
Buat kau melenting
Aku menangis
Kau bebel tak henti
Kasih sejati
Darimu untuk kami
Ko godam dam… dam… dam..
Dan aku menjadi manusia yang terbaik
Kau bebel tak henti
Kasih sejati
Darimu untuk kami
Ko godam dam… dam… dam..
Dan aku menjadi manusia yang terbaik
Kau terbaik
Ulang Chorus 2x
Ulang Chorus 2x
Ku menyesal semuanya
Dan tak mahu bertengkar
Tunggu nanti ku pulang
Ku kan pohon
Restu dan kemaafan
Ku janji tak akan ulang
Ku sayang kamu selamanya
Dan tak mahu bertengkar
Tunggu nanti ku pulang
Ku kan pohon
Restu dan kemaafan
Ku janji tak akan ulang
Ku sayang kamu selamanya
Kau terbaik
Ulang Chorus 2x
Ulang Chorus 2x
Yehh..yehh..yehh..
Yehh..yehh..yehh..
Kau terbaik.. oh..oh..
MAMA…
Yehh..yehh..yehh..
Kau terbaik.. oh..oh..
MAMA…
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua insan yang masih lagi berkesempatan untuk membaca nukilan jurnal saya yang tidak seberapa ini. Jurnal kali ini adalah berpaksikan kepada kuliah ketiga ZT Pengurusan Emosi iaitu pada hari Rabu 10 Ogos 2011. Lirik di atas itu adalah lirik lagu Ummi yang diadaptasi khas daripada lagu Justin Bieber iaitu lagu Baby. Mula-mula saya dengar Dr. Zamri pasang lagu ni saya ingatkan Dr. Zamri salah pasang sebab maksud disebalik lirik lagu Baby macam dan terlebih ke arah cinta lain. Tapi bila saya dengar liriknya betul-betul barulah saya mengerti tujuannya. Pada kelas ZT yang lepas kita semua ada belajar sedikit tentang emosi positif, jadi saya beranggapan bahawa ini adalah kesinabungan daripada kuliah yang lepas. Sewaktu lagu ini diperdengarkan, saya dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penyanyi tersebut. Saya juga dapat rasakan seperti ada aliran energy yang lain yang meresap masuk tubuh badan saya sehingga menyebabkan tubuh badan saya menggigil sedangkan waktu itu tidaklah sejuk mana pun. Ini bukanlah khayalan tapi kenyataan yang biasa berlaku dan mungkin juga ini merupakan satu tindak balas badan saya terhadap sesuatu yang begitu menyentuh hati saya.
Lirik lagu ini sebenarnya memberi kita semua sedikit kesedaran mengenai diri kita dan ibu kita sendiri. Perasaan kasih sayang ibu kita mula berputik saat mengetahui bahawa wujudnya kita dalam rahimnya. Ini adalah emosi yang positif yang mana ia membawa kepada satu perasaan yang bahagia, gembira , teruja dan macam-macam lagi. Hati ibu kita pasti sangat bahagia apabila mengetahui bahawa ada nadi lain yang sedang berdegup di dalam badannya. Emosi positif yang dialami oleh ibu kita ini akan mendorong mereka untuk sentiasa berada dalam keadaan yang membahagiakan dan aman demi menjaga kita yang sedang membesar di dalam rahim mereka. Hal ini akan menjadikan mereka iaitu kaum ibu sanggup berkorban demi anak tercinta. Sebenarnya ibu adalah orang pertama yang mengajar kita apa itu emosi. Kebiasaannya kaum ibu mengandung ini akan selalu bercerita dan bercakap dengan kandungannya jadi dekat sini saya nak katakan bahawa sejak kecil lagi kita telah terdedah dengan emosi sama ada positif mahupun negatif.
Ibu kita secara naturalnya jarang akan menunjukkan emosi yang negatif terhadap kita kerana mereka tidak mahu kita sedih , kecewa mahupun terkejut dengan perubahan emosi mereka jadi mereka lebih suka memendam rasa dan melepaskannya sendirian iaitu melalui tangisan. Zaman sekarang anak-anak seperti kita lebih mudah melepaskan emosi negatif dihadapan ibu bapa kita dan selalunya emosi tersebut ialah marah. Seorang anak yang marah akan ibunya akan mengakibatkan tangisan yang amat perit rasanya di dalam hati seorang ibu. Dikala ini ibu kita juga akan terbit rasa emosi negatif iaitu perasaan sedih. Kesedihan seorang ibu itu sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kadang kala ibu kita tidak akan menunjukkan ciri-ciri yang dia sedang bersedih dengan kita kerana dia terlalu menyayangi kita tapi kita tidak pandai untuk mentafsirkannya. Kasih seorang ibu itu sungguh suci dan mulia, dan kita janganlah memandang remeh akan hal ini kerana jika terlalu kerap kita hadiahkan perasaan sedih kepada ibu kita, mungkin di satu saat kita sendiri yang akan menyesal.
Perwatakan antara seorang ibu dan ayah itu adalah berbeza. Kebiasaannya seorang ibu itu mampu mengawal emosinya terutamanya marah tapi tidak bagi seorang ayah. Seorang ibu itu susah untuk benar-benar marah akan anaknya kerana ibulah yang mengandung,melahirkan, dan menyusukan kita. Ibu sebenarnya lebih dekat dengan kita berbanding ayah dan disebabkan ini kita begitu mudah untuk melepaskan segalanya ke atas ibu kita tanpa memikirkan akibatnya. Namun begitu ibu kita tetap melayan kita dengan baik dan kasih sayang ibu itu tidak pernah berkurangan malahan sentiasa bertambah. Sedangkan ada diantara kita yang apabila sudah memiliki teman istimewa sewenang-wenangnya melupakan ibu kita. Ada yang semakin kurang telefon ibunya, jarang pulang ke rumah dan selalunya akan melakukan sesuatu yang melukakan dan mengguris hati ibu. Jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang diperoleh daripada ibu dan teman istimewa adalah jauh beza. Ada juga yang setelah berkahwin terus dilupakan ibunya yang semakin tua di kampong. Ini semua adalah contoh penyebab kepada lahirnya emosi negatif.
Pada pendapat saya, sebagai seorang anak yang baik kita perlu pandai mengawal perasaan marah (emosi negatif) kita daripada terlepas kepada ibu bapa kita. Sebelum ini, seandainya saya sedang marah, saya tidak akan cakap dengan mak abah saya kerana saya tidak mahu terlepas kata terhadap mereka namu cara begini juga akan mengecilkan hati mereka. Jadi saya akan memohon ampun kepada mereka secepatnya. Melalui kuliah yang diberika, terdapat beberapa cara untuk mengawal perasaan marah kita daripada terus menguasai diri kita iaitu yang pertama, kita perlu tahu dan sedar bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang marah. Seterusnya, kita perlu menilai perasaan marah kita ketika itu adakah perasaan itu masih mampu untuk dikawal atau tidak. Seandainya kita ingin meluahkannya kita perlu memastikan bahawa kita sedang berada dalam situasi yang benar-benar sesuai untuk melepaskannya jika tidak adalah lebih elok sekiranya kita menahannya. Setelah itu, kita perlu memikirkan cara dan langkah yang terbaik yang boleh digunakan untuk meluahkan kemarahan yang ditanggung sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kebiasaannya langkah secara tidak langsung adalah secara kiasan atau sindiran. Langkah yang terakhir ialah kita muhasabah diri kita di atas apa yang telah kita perbuat untukmembantu memperbaiki diri kita kea rah yang lebih baik.
Kebiasaannya saya akan melepaskan kemarahan secara tidak langsung kerana saya juga memikirkan perasaan orang yang sedang saya marah itu.Pada saya aspek emosi ini begitu penting kepada kita , sebab itulah saya memberikan contoh yang panjang berkenaan emosi ibu dan anak yang tercetus ketika saya mendengar lagu di atas.
Kuliah ini juga ada mengetengahkan tentang Teori Aras Adaptasi atau Adaptation Level Theory. Mengikut apa yang saya faham, teori ini menekankan konsep berkenaan dengan tindak balas atau respons kita terhadap rangsangan berdasarkan sejauh mana aras penyesuaian diri kita. Kebiasaannya, secara automatic, kita akan menyesuaikan diri kita terhadap pelbagai rangsangan yang hadir. Sebagai contoh adalah ketika kita menonton filem seram dan diwaktu malam. Diri kita akan mula melahirkan emosi takut amnya kerana kita telah dirangsang oleh cerita seram dan juga waktu malam itu sendiri. Ransangan suasana sekeliling kita juga member impak yang kuat terhadap emosi kita.
Dalam kuliah kali ini juga, saya juga ada belajar mengenai "Solomon Opponent Process theory" yang mana menerangkan bahawa setiap emosi yang dilahirkan itu akan membawa kepada terbantutnya emosi yang bertentangan dengannya. Sebagai contoh, apabila kita sedang dilanda kesedihan, kita tidak akan merasa gembira. Hal ini kerana, berdasarkan pemahaman saya, bila satu perasaan ituu diaktifkan, perasaan yang bertentangan dengannya akan tidak aktif.
Namun begitu, secara keseluruhannya saya dapat memahami isi kandungan dalam kuliah yang diberikan olh Dr. Zamri. Kali ini saya memilih untuk bercerita lebih banyak ke arah emosi antara ibu dan anak kerana bagi saya ini adalah iput yang paling penting bagi saya dan juga bagi saya untuk muhasabah diri saya sendiri terhadap arwah mak saya, insyaallah.
No comments:
Post a Comment