Sunday, August 14, 2011

HANISAH BT ABDUL HALIM LJ03 EMOSI NEGATIF

            Kuliah pada kali dimulakan dengan 2 tayangan menarik.Tayangan yang pertama berkisar tentang sebuah lagu yang dicipta untuk ibu,seorang insan  yang sangat berjasa kepada semua.Sangat menyentuh hati saya menghayati bait-bait lagu tersebut mengisahkan sikap anak yang kadang-kadang tidak berhati-hati dalam menuturkan kata serta tingkahlaku seharian yang sering membuatkan ibubapa kita terluka meskipun kekecewaan itu tidak pernah dilafazkan oleh mereka.Mereka menerima seadanya anak-anak dan sedia memafkan segala kesilapan meskipun anak tidak pernah memohon maaf.Di sini dapat kita lihat betapa mulianya ibubapa dan betapa sucinya kasih mereka yang sememangnya tiada tandingan.Terlintas di minda saya,sebuah hadis di mana  Rasulullah S.A.W  bersabda 'keredhaan Allah itu terletak ada keredhaan Ibubapa,kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan Ibubapa' .Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Agama Islam sendiri mengangkat martabat ibubapa.Di dalam Al-Quran pula Allah berfirman Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159].
           
            Seterusnya,saya amat berminat dengan ulasan Dr Zamri tentang tajuk pada minggu yang lepas iaitu mengenai kebahagiaan.Dr memberikan contoh beberapa buah Negara di dunia yang boleh kita jadikan contoh dalam membentuk diri kita supaya lebih bijak memanipulasikan emosi supaya peribadi kita dapat menjana masyarakat berminda kelas pertama seterusnya membawa  negara kita,Malaysia standing dengan Negara-negara maju lain di dunia.Apa yang lebih penting dalam ulasan ini adalah bagaimana kita dapat membentuk masyarakat begini?.Jawapannya amat mudah,kita perlu mengubah sikap kita.Sikaplah yang sebenrnya memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dah kebahagiaan.Seperti negara Jepun yang merupakan Negara maju yang dikagumi di seluruh dunia.Tidakkah kita hairan setelah bencana bertimpa-timpa melanda Jepun sejak puluhan tahun dahulu seperti Perang Dunia Kedua di Hiroshima dan Nagasaki, tsunami dan yang terbaru adalah gempa bumi,bagaimana mereka masih mampu bangun dan maju melintasi kita negara yang jarang ditimpa musibah?.Jika kita selidiki dari akar umbi,dapat kita lihat sebenarnya terdapat pelbagai sikap terpuji yang menjadi amalan mereka seperti budaya membaca,menghormati satu sama lain,bangga akan bahasa ibunda dan sebagainya.Inilah faktor terbesar membawa kepada kejayaan mereka bukan sahaja hebat dari sudut kemajuaan ekonomi,teknologi dan politik malah sahsiah mereka juga menjadi bualan dan teladan kepada dunia.
 
                Kuliah diteruskan lagi dengan tajuk ' Emosi Negatif – takut,malu,sedih dan marah '. Emosi negatif ini tak semestinya memberi kesan buruk sahaja kepada diri kita.Terdapat juga kebaikannya dan dalam sesetengah keadaan perasaan ini hadir secara semulajadi.Sebagai contoh,ketika hendak menghadapi peperiksaan,semua pelajar akan lebih bertungkus-lumus kerana takut mendapat keputusan yang tercorot atau tidak lulus.Oleh itu,mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.Selain tu,emosi seperti sedih akan wujud secara spontan bergantung kepada situasi yang dihadapi contohnya sekiranya berlaku kematian ahli keluarga terdekat,sudah tentu perasaan sedih itu akan wujud secara semulajadi.Emosi negative ini.Kita cenderung untuk menunjukkan reaksi yang sama untuk mengekspresikan rasa sedih kita seperti  yang dibentangkan oleh Dr Zamri dalam kuliah.
The facial expression of fear includes the following components:
·         One's eyes widen (out of anticipation for what will happen next)
·         The pupils dilate (to take in more light)
·         The upper lip rises
·         The brows draw together [kening ke dalam]
·         Lips stretch horizontally
 
Kemarahan pula merupakan sikap negatif  yang lain.Daripada pemerhatian dan pembacaan,saya mendapati terlalu banyak kesan buruk kepada diri kita dan juga orang sekeliling jika kita adalah seorang yamg panas baran dan cepat marah.Contohnya,individu yang selalu marah amat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah tinggi,membuat otot-otot mukanya lebih  banyak bekerja yang menyebabkan individu tersebut nampak lebih tua dari  usianya dan lain-lain.Daripada pengamatan saya di radio IKIM bersama Prof Muhaya,kemarahan yang berterusan akan merangsang tubuh manusia untuk menghasilkan toksik-toksik yang akan berkumpul di dalam baan dan menyebabkn pelbagai jenis penyakit.Ini adalah sebab utama mengapa walaupun terdapat sesetengah individu yang sangat menjaga pemakanan tetapi masih diserang pelbagai jenis penyakit kronik yang lain kerana emosi juga mempengaruhi keadaan fizikal individu.Dalam konteks agama Islam pula,Allah S.W.T berfirman "(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]
                Kuliah seterusnya diteruskan dengan penerangan mengenai teori adaptasi.Saya mendapati teori ini amat dekat dengan kehidupan kita seharian.Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Dr Zamri,dalam proses adaptasi ini,kita tidak akan selamanya merasakan cukup dengan apa yang kita perolehi.Perkara ini tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ia adalah perasaan semulajadi dalam diri manusia.Sebagai conhtoh yang baik,keperluan dan tuntutan kebendaan semakin meningkat saban hari.Harga barangan makanan dan keperluan asas kadang-kadang meningkat dengan menadak menjadikan ibubapa berusaha dengan lebih gigh untukmeningkatkan pendapatan supaya anak-anak dapat menikmati kehidupan yang selesa danjauh dari masalah yang membebankan.Tindakan seperti ini adalah positif kerana ia membawa kesejahteraan kepada kita.Bagaimanakah sikap tidak pernah puas ini dapat membinasakan kita?.Pernahkan kita terfikir sikap tidak pernah cukup yang melampau dan tidak mampu dikawal bakal membawa kemudharatan buka sahaja kepada individu terbabit malahan juga masyarakat disekelilingnya.Suka saya berkongsi pengalaman saya mengenali seorang makcik bernama minah(bukan nama sebenar).Mak cik ini dahulu hidupnya susah menjadi peniaga pakaian di pasar malam.Namun berkat kegigihannya selama hamper sepuluh tahun berusaha,kini dia telah mempunyai 10 buah kedai di seluruh Negara.Hebat bukan?.Tetapi semakin dia menjadi kaya,dia menindas peniaga-peniaga kecil-kecilan yang lain.Akibat ketamakannya juga,dia tidak mahu membayar hutang.Lama-kelamaan dia semakin dibenci oleh rakan-rakan dan sikap buruknya dikenali oleh masyarakat.Pemborong barangan tidak lagi mahu berniaga dengannya,dia hilng punca pendapatan dan akhirnya jatuh bankrupt.Bukan itu sahaja,hutangnay keliling pinggang dan tidakmampu dibayar.Rumhnya terpaksa dilelong begitu juga dengan keeta mewah dan barang kemasnya.Begitulah keadaannya orang yang tamak.Kit aseharusnyamengambil iktibar dari segala kesalahan orang lain supaya kita tidak pernak mengulangi kesalahan yang sama.
                Saya amat berbesar hati kerana sesi kuliah kali ini ditamatkan lebih awal.Selain itu dalam sesi kuiz,saya bejaya mendapat 16/19 markah.Biarpun bukan markah penuh saya perolehi saya bersyukur kerana saya tidak menggunakan sebarang rujukan untuk menjawab solalan ini.Saya semakin gembira menulis jurnal ini kerana saya dapat mengigatkan diri saya supaya menjadi lebih baik di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment