Sunday, August 14, 2011

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar LJ03 Baru Ku Tahu

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar
LJ03
Baru Ku Tahu,
Assalamualaikum w.b.t.,
Pada tanggal 14 Ogos 2011 tepat pada jam 12.30 pagi,saya Mohd Syafiq Bin Bakar telah memulakan coretan saya untuk Learning Journal ZT:Pengurusan Emosi yang ketiga.Didalam dua jurnal saya pada kuliah kuliah yang lepas telah membincangkan mengenai teori-teori asas emosi dan mengenai isu bahagia.Tetapi pada edisi ketiga jurnal saya pada kali ini,saya akan mengupas mengenai isu emosi negatif.Di dalam kuliah ZT Pengurusan Emosi yang kelima ini saya didedahkan oleh pensyarah ZT Pengurusan Emosi saya iaitu Encik Azamri Mansor  mengenai emosi negative ini dan ianya merupakan saat pertama kalinya saya mendengar perkataan atau ayat yang sedemikian seumur hidup saya.Ianya merupakan sesuatu yang baru bagi saya,dan mungkin sedikit mengambil masa bagi saya untuk saya memahami tajuk ini.
Sebelum kita masuk kepada perbincangan isu emosi negative ini,terlebih dahulu saya ingin bagi sedikit sebanyak komen saya terhadap  dua video yang telah  ditayangkan oleh Encik Azamri Mansor sebelum kuliah ZT Pengurusan Masa yang kelima dikuliahkan pada hari rabu yang lalu.Encik Azamri Mansor telah menayangkan dua video iaitu video berkenaan Palestin dan video lagu Ummi.Dalam video lagu Ummi,video ini berkenaan lagu yang ditujukan kepada ummi atau dengan kata lain yang sama erti dengannya ialah ibu,emak atau mama.Bagi saya video ini amat lucu kerana nyanyianya diadaptasi dan di ubahsuai dari dendangan lagu Justin Bieber yang telah di post kan di Youtube.Video ini telah menimbulkan emosi gembira dalam diri saya selepas letih dengan kuliah sebelumnya.Cuma satu yang saya risaukan ialah tanggapan atau pandangan atau kritikan oleh peminat peminat Justin Bieber selepas mendengar video klip lagu ini yang seolah olah mengejek Justin Bieber.Tetapi,secara keseluruhannya saya gembira dan terhibur serta memuji pihak yang membuat video ini kerana berjaya menghasilkan lagu yang mempunyai mesej ynag mendalam iaitu ummi dalam versi yang dapat menarik minat ramai orang dari pelbagai lapisan umur untuk menontonya.Seterusnya ditayangkan video yang berkaitan Palestin dan telah menyentuh emosi saya dan juga kebanyakkan rakan rakan saya serta pelajar pelajar yang hadir dalam kuliah ZT Pengurusan Emosi pada hari rabu yang lalu.Dalam video ini pula memaparkan adegan kezaliman tentera zionis Israel dan Amerika terhadap penduduk Palestin sehingga telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak bersalah tidak kira umur,usia dan jantina iaitu kanak-kanak,kaum wanita dan juga termasuklah orang tua yang tak berdaya.Apabila saya cuba membayangkan jika Malaysia ini pada situasi Palestin,dimana ahli keluarga saya dan orang-orang yang saya kenali dizalimi seperti itu,telah membuatkan saya berasa terlalu sebak dan sedih.Emosi saya telah berubah sama sekali pada masa itu kepada sedih kerana melihat penderitaan warga Palestin dan marah kepada tentera-tentera zionis Israel dan amerika kerana tergamak melakukan kezaliman sedemikian rupa.
Selepas tayangan video itu,kuliah telah dimulakan oleh Encik Azamri Mansor yang bertajuk "Emosi Negatif".Dalam kuliah ini Encik Azamri Mansor telah menyatakan bahawa emosi negatif bukan selalunya brsifat atau membawa sifat yang negatif.Contoh emosi negatif yang diberi ialah emosi marah,takut,sedih dan malu.Sebelum kita dapat memahami mengapa emosi-emosi dikategorikan dalam emosi negatif,saya rasa eloklah jika kita pergi mendalam kepada setiap emosi di atas supaya kita memahami sifat sifat emosi itu terlebih dahulu supaya kita akan nampak kaitannya.
1)Emosi marah
àPerasaan marah merupakan suatu tindak balas psikofisiologi  terhadap suatu ancaman,kesakitan,atau terhadap penderitaan atau keadaan tertekan yang yang dikenalpasti oleh otak manusia.
*Selalunya perasaan marah ini dikaitkan dengan tindakbalas terhadap persepsi ancaman oleh otak manusia disebabkan oleh kecuaian,penghinaan,pengkhianatn,ketidakadilan,dan juga disebabkan konflik fizikal.
*Emosi marah ini dapat diekpresikan secara aktif dan pasif.Emosi marah yang diekspresikan secara aktif adalah bermaksud apabila seseorang itu dalam keadaan marah,dia akan menunjukan perasaan marahnya itu melalui tindakan verbalnya seperti menumbuk dinding,membaling benda,memukul orang dan lain lain lagi.Emosi marah yang diekspresikan secara  pasif pula bermaksud apabila seseorang itu berasa marah tetapi dia akan bertindak balas dengan cara menunjukkan wajah yang garang atau masam,menunjukkan tingkahlaku yang pasif tetapi aggresif seperti menggengam penumbuknya,mencari permusuhan dan ketegangan serta lain lain lagi.
*Berdasarkan rujukan terhadap nota kuliah ZT pengurusan masa yang berajuk emosi negative,beberapa langkah boleh diambil bagi mengatasi atau mengawal perasaan marah ini,iaitu:
i)Seseorang itu perlu mengaku kepada orang lain atau pun kepada diri sendiri  bahawa dirinya itu sedang dalam keaadan perasaan marah.
ii)Orang yang berada dalam keaadan marah itu perlu bijak untuk menilai sama ada situasi pada masa itu sesuai atau tidak untuknya meluahkan perasaan marahnya itu.
iii)Seterusnya jika individu yang dalam keaadaan marah itu merasakan situasi itu sesuai untuknya meluahkan perasaan marahnya itu,dia seharusnya menilai untuk menggunakan sama ada pendekatan secara langsung atau secara tidak langsung.
iv)Dan akhir sekali,jika seseorang yang berada dalam keadaan marah itu bertindak dengan meluahkan perasaanya ,dia hendaklah mengimbas kembali apa yang telah dirinya alami dan tindakannya bagi tujuan memperbaiki dirinya.
2)Emosi sedih
àPerasaan sedih merupakan satu emosi yang menunjukan perasaan kelemahan dan kehilangan dan kekecewaan.
*Emosi sedih ini mampu membawa seseorang itu kepada kemurungan dan memerlukan bantuan pakar kaunseling  jika emosi ini dibiarkan berlanjutan dan serius.Selain itu,kebiasaanya orang yang dilanda perasaan sedih akan menjadi kurang bersemangat,kurang bertenaga berbanding keadaan biasa,menjadi pendiam serta kerap kali mengasingkan dirinya daripada orang lain dan lain lain lagi.
*selain itu menurut satu kajian menunjukan bahawa mereka yang sedih akan mengambil masa yang lebih lama bagi memproses sesuatu input atau maklumat dan input atau maklumat yang diproses itu mempunyai ketepatan yang kurang jika dibandingkan dengan orang yang berada dalam keadaan gembira(Forgas,1992, 1994).
3)Emosi takut
àTakut merupakan tindak balas emosi terhadap bahaya yang akan berlaku,yang berkaitan dengan kebimbangan.
*Risau,bimbang,seram merupakan contoh contoh keadaan emosi apabila seseorang itu dalam keadaan takut.Perasaan takut ini bukanya tertumpu kepada takut terhadap hantu saja tetapi terhadap menyeluruh seperti takut kepada air(hydrophobia)takut terhadap ketinggian(gayat),takut terhadap obesity dan lain lain lagi.
*Antara tindakbalas oleh wajh seseorang yang berada dalam keadaan ketakutan ialah:
i)Salah satu mata akan terbuka luas
ii)Anak mati akan membesar(dilate)
iii)Anak bibir yang atas akan sedikit naik ke atas
iv)Kening akan ke dalam
4)Emosi malu
àPerasaan malu merupakan satu perasaan yang tidak menyenangkan emosi.Ianya akan dirasai apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima orang ramai seperti bertelanjang bulat di khalayak ramai,membuang angin(kentut) dan lain lain lagi.
*Selalunya perasaan malu ini akan melibatkan sedikit hilang maruah atau darjat seseorang itu.Terdapat dua jenis malu iaitu yang pertamanya ialah personal dan yang kedua ialah professional.
Kesimpulan daripada apa yang saya kupaskan diatas,barulah kita dapat melihat mengapa keempat-empat emosi ini dikategorikan sebagai emosi negatif……….
Sekian saja dari saya untuk jurnal ketiga ini……..wassalam……….

No comments:

Post a Comment