A131740 LAU CHIN LJ03
Selamat sejahtera. Pada 10 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZZZT2253 yang mendedahkan saya kepada konsep emosi positif, teori aras adaptasi dan teori Solomon Opponent Process. Ulasan berikut merupakan ulasan jurnal reflektif ketiga saya mengenai hasil pembelajaran saya daripada kuliah yang lepas itu.
Konsep emosi negatif yang disampaikan oleh Dr. Zamri telah mendedahkan 4 jenis emosi negatif, iaitu takut, malu, sedih dan marah. Perasaan takut merupakan emosi yang dizahirkan sebagai tindak balas terhadap situasi bahaya dan dikaitkan dengan kerisauan serta kecemasan. Selain itu, perasaan takut juga boleh disebabkan berlakunya insiden yang kemudiannya membawakan kesan trauma kepada seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang budak terjatuh ke dalam telaga dan berusaha menyelamatkan diri, selepas insiden tersebut dia akan mempunyai trauma dan mempunyai perasaan takut terhadap air (hydrophobia) atau ruang tertutup (Claustrophobia) Akan tetapi, perasaan takut juga boleh disebabkan oleh sesuatu yang amat abstrak, seperti takut terhadap kritikan sosial, kehilangan kuasa dan sebagainya. Apabila manusia mengalami perasaan ketakutan, manusia akan berasa terancam dan oleh itu akan membuat keputusan yang bukan berdasarkan keinginan sendiri, tetapi ada juga yang akan membuat tindak balas secara emosional.
Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana saya pernah mengalami situasi begitu. Ketika berusia kecil, saya berasa takut apabila berdepan dengan budak besar dan selalunya terpaksa patuh kepada mereka. Saya juga pernah berlawan dengan budak yang kerap membuli saya.
Perasaan malu merupakan emosi yang dizahirkan akibat tindakan diri yang berlawanan dengan norma masyarakat telah disaksikan oleh orang lain. Kadangkala perasaan malu melibatkan kehilangan rasa hormat dan maruah diri, tetapi tahap kehilangan bergantung kepada situasi yang memalukan tersebut. Perasaan malu boleh dikategorikan kepada 2 jenis, iaitu perasaan malu peribadi dan perasaan malu profesional. Perasaan malu peribadi adalah disebabkan oleh kesalahan atau keburukan diri diketahui oleh orang lain. Ciri-ciri ekspresi perasaan malu peribadi adalah seperti berasa tersipu-sipu, tergagap-gagap apabila bercakap, berpeluhan banyak, dan mengalami perasaan gelisah. Walaupun begitu, terdapat sesetengah orang yang juga cuba menyembunyikan perasaan malu peribadi dengan ketawa atau senyuman, terutamanya apabial berada di situasi yang memerlukan seseorang menjaga etika sendiri. Perasaan malu professional pula disebabkan tindakan atau perbuatan yang mengaibkan dilakukan oleh pihak yang berprofil atau berprestij tinggi. Pada pendapat saya, perasaan malu professional sebenarnya mempengaruhi emosi seseorang lebih kuat berbanding dengan perasaan malu peribadi. Hal ini kerana perasaan malu professional biasanya disebabkan terbongkarnya perbuatan negatif atau kegagalan polisi yang akan menjejaskan reputasi seseorang atau memberikan impresi yang buruk kepada orang lain terhadap diri sendiri. Seseorang yang mengalami perasaan malu professional kemungkinan besar akan menghadapi masalah kemurungan diri, atau dalam kes yang serius membawakan niat untuk membunuh diri.
Perasaan sedih merupakan emosi yang mencerminkan kehilangan dan kerugian. Apabila seseorang mengalami persasaan sedih, dia akan menjadi pendiam dan kurang bertenaga serta cenderung mengasingkan diri daripada orang lain. Kesedihan yang keterlaluan akan membawakan masalah kemurungan dan memerlukan bantuan daripada pakar profesional. Saya difahamkan bahawa kajian menunjukkan kebolehan mental orang yang bahagia atau gembira memproses informasi dengan cepat dan tepat berbanding dengan orang yang sedih. Pada pendapat saya, perasaan sedih tidak semestinya disebabkan kehilangan sesuatu atau kerugian diri seseorang. Orang yang bersifat pesimis sebenarnya juga sentiasa mengalami perasaan sedih tanpa sebab tertentu. Hal ini kerana mereka mempunyai perspektif yang negatif terhadap kehidupan dan tidak percaya kepada harapan.
Perasaan marah pula merupakan reaksi psikologi terhadap kesakitan, keseksaan yang dinampak, atau ancaman yang menimpa diri sendiri. Saya difahamkan bahawa perasaan marah boleh ditonjolkan secara aktif atau pasif. Perasaan marah yang ditonjolkan secara aktif bermaksud perasaan marah dizahirkan melalui percakapan atau perbuatan yang terus mencaci pihak tertentu, manakala perasaan marah yang ditonjolkan secara pasif pula bermaksud kemarahan tersebut terpendam di hati dan boleh dirasai melalui perbuatan yang berunsur bermusuhan, merajuk secara diam-diam dan sebagainya. Selain difahamkan tentang jenis kemarahan, saya juga telah memperoleh pengetahuan yang mendalam mengenai pemahaman perasaan marah dalam konteks neurologi, iaitu amygdale yang berfungsi untuk mengenalpasti ancaman dan membawakan reaksi atau tindak balas sebelum brain cortex sempat menilai logik dan rasional tindak balas tersebut. Di samping itu, saya juga berpeluang mempelajari panduan mengawal kemarahan apabila berdepan dengan situasi yang menjadi faktor pencetus, dengan langkah pertama, iaitu mengakui hakikat bahawa kita sendiri berada dalam keadaan marah, dan seterusnya kita harus menilai sama ada situasi sesuai untuk kita meluahkan kemarahan atau tidak. Sekiranya situasi tersebut adalah sesuai, kita harus menilai sama ada menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Setelah bertindak, kita harus mengimbas kembali apa yang dialami dan tindakan untuk tujuan memperbaiki diri. Panduan tersebut amatlah penting untuk dipraktikkan kerana kerap kali kita akan menemui pelbagai situasi yang melawan keinginan kita dalam kehidupan seharian.
Setelah konsep emosi negatif diterangkan secara teliti oleh Dr. Zamri, kuliah disambungkan pula dengan pembelajaran tentang teori aras adaptasi. Saya difahamkan tentang konsep aras adaptasi, iaitu seseorang akan berada di aras neutral (adaptasi) setelah menerima sesuatu rangsangan. Contohnya, sekiranya kita berasa gembira dengan kejayaan yang dicapai sekarang, perasaan gembira ini tidak akan berterusan kecuali kejayaan yang lagi besar dicapai lagi.
Selain itu, Dr Zamri juga menerangkan teori Solomon Opponent Process. Mengikut teori tersebut, setiap emosi akan meencetuskan emosi yang bertentangan dengannya. Sesuatu situasi akan mencetuskan peringkat emosi primari terlebih dahulu, dan diikuti dengan peringkat emosi bertentangan. Peringkat emosi primary adalah dicetuskan secara automatik manakal peringkat emosi bertentangan adalah lebih berpanjangan dan menyebabkan peringkat emosi primari semakin lemah. Sebagai contoh, setelah memenangi hadiah sebanyak RM1000, kita akan berasa gembira terlebih dahulu, dan selepas itu berasa menyesal pula disebabkan wang tersebut terlalu cepat dihabiskan. Tambahan pula, peringkat emosi bertentangan akan sentiasa meningkat sekiranya pengalaman yang sama diulangi. Sebagai contoh, apabila pertama kali membuat bungee jumping, seseorang mungkin akan berasa takut. Akan tetapi, semakin banyak seseorang memperoleh pengalaman terjun, semakin seronok ( emosi bertentangan dengan takut) seseorang merasai dan pada masa yang sama perasaan takut akan menjadi semakin berkurangan.
Selain menghayati kuliah mengenai emosi negatif, teori aras adaptasi dan juga teori Solomon Opponent Process, saya juga berpeluang menikmati lagu Baby nyanyian Justin Bieber yang telah diubahsuai kepada versi melayu,bertajuk Ummi nyanyian seorang pemuda. Saya rasa pemuda tersebut amat kreatif dan mungkin ingin menggunakan bakat nyanyiannya untuk menunjukkan penghargaan jasa terhadap ibunya. Dr Zamri juga telah menayangkan video yang berkaitan dengan kesan-kesan negatif yang wujud melalui peperangan yang membawakan kesengsaraan dan kesusahan hidup rakyat Palestin. Saya berasa amat simpati dengan kesusahan rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment